Nuffnang

SELENA GOMEZ : Bukti Betapa Ramainya Rakyat Malaysia Yang Hipokrit!!!


Apa jua bantahan dan tindakan yang dibuat, artis seksi kelahiran Amerika Syarikat, Selena Gomez akhirnya akan beraksi juga di Stadium Malawati, Shah Alam.
Memorandum yang dihantar Pemuda PAS tempohari nampaknya tak laku, mungkin Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pun tak ambil pusing bantahan tersebut, maklumlah PAS buat demo bantah konsert Selena cuma lepas batuk di tangga hanya berpuluh orang sahaja yang datang.

Dalam pada itu, perkhabaran mutakhir menyebut tiket-tiket menyaksikan konsert Selena Gomez yang paling murah berharga RM285 sekeping sudah habis dibeli disebalik keluh kesah sesetengah rakyat Malaysia di internet yang saban hari asyik merungut susahnya hidup kerana GST dan kos sara hidup yang dikatakan tinggi.

Nilai RM285 itu bukan sikit, boleh menampung kos makan dan minum tengahari untuk seorang individu selama sebulan lebih atau separuh bulan jika makan minum tengahari dan malam di kedai mamak. Itu berdasarkan harga RM7 – RM8 sekali masuk kedai mamak untuk menu tengahari yang biasa penulis nikmati.

Bagi mereka yang jarang makan di luar dengan nilai RM285 itu dapat membeli berpuluh kilo beras, berbelas ekor ayam segar dan bermacam rempah ratus serta sayur untuk dimasak bagi menjamu perut-perut yang kuat mengeluh, merungut siang malam di media sosial konon tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi selepas GST diperkenalkan.

Untuk yang ada anak kecil, duit RM285 itu boleh beli bertin-tin susu formula bayi dan berpeket-peket pampers. Pilih mana satu contoh di atas untuk dimanfaatkan nilai RM285 itu, jika tidak dibelanjakan untuk konsert Selena Gomez.

Tapi sayang, RM285 habis melayang sekelip mata dek kerana nak memuaskan halwa telinga dan memenuhi nafsu berseronok, hangus begitu sahaja masuk poket penganjur konsert dan Selena Gomez pula tersenyum lebar kekayaannya menggunung hasil dari menjual suara dan keseksiannya.

Bagaimana dengan harga tiket lain yang bernilai RM385, RM455 dan RM485 sekeping? Diberitakan pun hampir habis dibeli oleh kaki-kaki merungut di internet dan peminat-peminat tegarnya, dijangka sebelum konsert bermula malam nanti pun akan sold out juga.

Dalam merungut, mencela kerajaan dan memaki GST, tiket konsert yang ada GST berharga RM285 habis juga diborong. Hebat penangan Selena Gomez. Tak padan dengan genit bermuka budak, auranya kuat sampaikan ramai yang merungut kesempitan hidup dan kos sara hidup tinggi tiba-tiba mampu beli tiket konsert RM285 hingga RM485.

Inilah realiti sebahagian rakyat Malaysia, terkenal dengan sikap paling kuat merungut, mencemuh dan mengeluh kos sara hidup tinggi menyalahkan ekonomi negara, GST dan kerajaan, tapi bila bab barangan atau hiburan yang bersifat kemahuan dan kehendak mereka tiba-tiba jadi tak kisah berbelanja sakan.

Sebahagian besar dari mereka ini nanti bila habis tengok konsert Selena balik rumah malam itu atau esok lusa macam biasa akan kembali kepada tabie asal, sambung keluhan dan rungutan di internet – susahnya hidup, ekonomi Malaysia buruk, mahallah kos sara hidup, ini salah GSTlah ni sambil mengira hari lambatnya lagi hari gaji. – MyKMU.Net

SELENA TIBA DI KUALA LUMPUR

Selena Gomez tiba di Kuala Lumpur hari ini untuk menggegarkan konsert Revival Tour di Malaysia.

Selena, yang dianggap sebagai penyanyi remaja yang mempunyai bakat luar biasa, tiba pada 8 malam dan disambut oleh hampir seratus orang peminatnya di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Seorang pengikut kelab peminat Selena Gomez Malaysia di laman Twitter, Syazwin Aireena Norhazani, 18, berkata, beliau dan peminat yang lain telah menyediakan buku skrap khas, mengandungi ucapan mereka untuk Selena selepas penyanyi itu meraikan sambutan hari jadinya ke-24 pada Sabtu lalu.

"Kami menunggu sejak pagi tadi di lapangan terbang bagi ketibaannya dan kami juga telah menyediakan beberapa hadiah untuk beliau," kata pelajar Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya itu.

"Penyanyi yang popular dengan lagu "Hands to Myself" itu dijadual mempersembahkan lagu-lagu dari album keduanya, Revival, yang dikeluarkan tahun lepas, di Stadium Melawati di Shah Alam pada malam Isnin.

Kuala Lumpur ialah destinasi persinggahan keduanya selepas persembahan di Jakarta pada Sabtu.
Share this article

4 Komen:

  1. Dengki le Tu xdpt tgk. Semua nak kawal

    BalasPadam
  2. nak tengok tundun salena gomez...kena gst pun no hal la.

    BalasPadam
  3. Isu penyanyi ni...datang buat persembahan...kat Malaysia bukan masalah besar cuma bila buat show tu kena pakai sopanlah ikut masyarakat..majmuk...yang kaya no hal...yang miskin...tak tngok pun tak pe.. Cuma tak boleh terima bila si azmin.ais krim cakap seksi tu anugerah tuhan..mcm raja peliwat...suami anugerah tuhan...otak letak kat lutut tu lsh jadinya...sewel

    BalasPadam
  4. adakah kisah beberapa ekor kuda laut yang telah menghabiskan sepanjang hayatnya dilaut memakan rumpai dan bermain-main dengan kehidupannya, berenang dan berkawan dengan ikan. Tidak dibebankan dengan keja berat, tidak ditunggang oleh orang, tidak dijadikan kuda lumba dan dijadikah taruhan orang berjudi.

    tiba-tiba kita ketahui bahawa benar-benar ada dua jenis manusia sedang berkongsi negara yang sama iaitu yang mampu meneruskan hidup dengan megah dan yang terpaksa mengharungi kehidupan dengan susah-payah.

    kita masih boleh bersyukur kepada tuhan yang maha esa jika dibandingkan dengan kehidupan orang di negara jiran. jurang pendaptan mereka lebih besar. ketika kita rasa sebagai orang sederhana yang mampu berkunjung dan tinggal di hotel kelas bintang tiga, mereka yang miskin telah melihat kita sebagai orang mewah. ketika kita melihat nilai 3000 rupiah yang hanya sama dengan satu ringgit. rakyatnya yang miskin masih lagi minum kopi dengan nilai 700 rupiah.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top