Nuffnang

YANG NI LAWAK : PAN Letak Syarat Ketat Buat Muhyiddin Dan Mukhriz!!!


Perghh... Bukan calang-calang Parti Amanah Negara (PAN) ni... Ingatkan parti tu boleh sesuka hati jer masuk keluar sebab parti tu, parti khadam DAP... Rupa-rupanya ada syarat bagai... Kalah PKR dan Pas macam ni... Hahaha.

PAN yang baru ditubuhkan tidak sampati setahun jagung memaklumkan, mereka sudah bersedia membuka pintu untuk menerima bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai ahli.

Namun begitu, PAN mempunyai syarat buat Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz sebelum mereka berhajat untuk menyertai parti serpihan Pas itu yang ditubuhkan untuk menggantikan perjuangan Pas.

Menurut Naib Presiden PAN Hasanuddin Mohd Yunus, Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz perlu memahami falsafah perjuangan PAN yang mahu membina sebuah negara bebas rasuah sebelum mereka berhasrat menjadi ahli parti.

"Amanah bukan hanya sekadar boleh terima dan pertimbangkan permohonan keahlian daripada Tan Sri Muhyiddin, Datuk Mukhriz. Malah Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Mahfuz Omar sendiri ke dalam Amanah dengan syarat mereka memahami falsafah perjuangan parti kita.

"Kami nak bina negara yang dirahmati dan memberi kesejahteraan kepada semua, bina suasana kasih sayang sesama rakyat Malaysia, membina kehidupan yang murni serta mengelakkan rakyat hidup berpura-pura dan curiga-mencurigai dari segi perkauman.

"Kita juga nak membanteras bagaimana negara diurus dalam keadaan pecah amanah, rasuah ketirisan, pembaziran, pembohongan dan menyusahkan rakyat. Kalau mereka memahami falsafah yang ada dalam Amanah ini, bila-bila sahaja kami bersedia untuk memproses keahlian mereka," kata Hasanuddin.

Alahai PAN... Parti dah laa baru ditubuhkan... Sokongan pun tak berapa nak ada... Pastu nak letak syarat bagai... Macam laa parti tu dah cukup bagus sampai nak letak syarat bagai.

PAN sepatutnya bersyukur kalau Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz nak sertai parti yang tah apa-apa tu... Atleast ada juga sokongan parti khadam DAP tu... Boleh kuatkan juga parti serpihan tu... Kalau nak harapkan kat Mat Sabu jer... Memang haram laa nak ada sokongan!!

-Utaranews.com-
Share this article

2 Komen:

  1. aku rasa parti ni paling sesuai utk org2 yg kecewa dgn presiden mereka.. hahaha

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top