Nuffnang

TANDA TANYA : Berundur Dari Kabinet, Kenapa Husni Lepas Semua JawatanLain?


Lumrah apabila berlaku rombakan kabinet, pasti ada pemimpin yang tersenyum lebar dan ada pula yang berkecil hati atau bermasam muka. Namun, tindakan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan peletakan semua jawatan dalam kerajaan dan Umno hari ini menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Setiausaha politiknya, Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin dalam satu kenyataan memaklumkan jawatan itu termasuk Menteri Kewangan Kedua, Bendahari Umno, Bendahari Agung BN, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua Umno Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Parlimen Tambun.

Beliau hanya mengekalkan jawatan Ahli Parlimen Tambun yang disandang sejak 1995.

Ketika ditanya punca Ahmad Husni meletak jawatan, setiausaha akhbarnya, Datuk Wan Nurzila Wan Abdul Rahman menerusi aplikasi WhatsApp menjawab: “Pencen.”

Bagaimanapun, Bernama melaporkan Datuk Seri Najib Razak ketika membuat pengumuman rombakan kabinet petang tadi memaklumkan Ahmad Husni menamatkan perkhidmatan sebagai Menteri Kewangan Kedua atas sebab peribadi.

Perdana menteri mengumumkan pelantikan Datuk Johari Abdul Ghani bagi mengisi kekosongan itu manakala Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz pula sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

Johari serta Othman antara empat menteri penuh dan enam timbalan menteri yang berada dalam senarai rombakan dan penyusunan semula kabinet hari ini.

Ahmad Husni menyertai sektor awam pada 1984 sebagai Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Perak.

Anak jati Perak itu kemudiannya dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Timbalan Menteri Kewangan yang disusuli kenaikan pangkat sebagai menteri.
Share this article

4 Komen:

  1. Baru dia tahu, jadi penjilat takkan kekal.
    Harga diri hilang, maruah jatuh ke jamban, yang tinggal cuma dedak.
    Dedak pun akan tinggal bila mati, yang dibawa cuma kain kapan dan amalan soleh. Yang lain kena jawab kepada pencipta, kenapa tak jalankan KERJA penuh amanah. Segala harta benda yang terkumpul hasil menjilat, takkan kekal. Itu duit haram - mudah dapat, mudah juga lesapnya.
    Tak percaya, tanya pemimpin-pemimpin umno yang terdahulu, yang begitu gah menunjuk kekayaaan. Akhirnya terpaksa mengemis, menjual maruah demi segengam dedak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah dok cover sangat Lanun Bugis tu....ada si Lanun tu kisah??????

      Padam
  2. Jangan bersangka buruk...setiap insan perlu diberi ruang untuk mereka berehat dan mungkin Husni rasa dah sampai masanya beliau....tumpukan pada amal ibadah...atau keluarga...menuduh orang kononnya sebb Najib jahat tak sanggup jadi menteri bawah kepimpinan Najib... Sesuatu fitnah yng jahat

    BalasPadam
  3. Sesiappun pasti terperanjat dan terkecewa..apabila sesuatu yg mengherankan diri berlaku..ini biasa..reaksi Normal for normal people..alasan jasanya yg lepas lepas..tu semua valid. dan perlu diakui..dia memikirakan kebaikan tuk dirinya dan keberuntungan ..ini hal biasa.. ada merit untuk dia memikir cara begitu.. Begitu juga PM yg memikir kebaikan jutaan Rakyat..dan yg terbaik tanpa sentimen yg bercorak individu .. jadi sama sama berada dilandasan benar.. Maka Untuk rakyat perlu kita hormati tanpa menyalahkan kkekecewaan org.. bersyukur apa yg kita dah lalui dan akan lalui itu selayaknya dihayati... Bersyukur tu lah org yg beriman bukan disebaliknya.. kepada gulongan yg kufur nikmat (taj bersyukur)..tidak perlu kita hiraukan...nanti terpalit pula..sayangi diri anda..itu ultimate ..ini life..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top