Nuffnang

GADAI PRINSIP : Dato Haron Din Gesa Mahathir Jangan Emosional


Masih ramai yang hormat dan sayang kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Moha­mad sebenarnya. Jasa dan pembangunan yang beliau zahirkan buat negara memang tidak ternilai. 
Pun begitu, tindakan beliau yang sanggup menggadaikan prinsipnya sendiri apabila bersekongkol dengan DAP yang nyata menjadi musuh Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diterima.

Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, tindakan Dr. Mahathir mencabuli prinsip yang dipegangnya selama ini akan me­ngundang banyak perkara negatif.

“Bersahabat baik dengan musuh Islam, kita akan jadi seperti mereka juga.

“Oleh itu, adalah lebih baik untuk kita balik mempertahankan syariat Islam dengan mengutamakan ukhuwah atau persaudaraan yang berteraskan kepada hukum-hukum syarak dan menjauhi diri daripada tindakan yang mengundang kemurkaan Allah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad memberi amaran bahawa tindakan Dr. Mahathir bersekongkol dengan DAP dan PAN akan membawa kemudaratan lebih besar kepada orang Melayu.

Haron yang juga Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) berpandangan, Dr. Mahathir mungkin bersikap emosional kerana hasratnya untuk menukar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berjaya.

Beliau memberitahu, hasrat Dr. Mahathir sebelum ini dikatakan semuanya dapat dicapai.

“Apabila hasratnya untuk menukar Perdana Menteri tidak berhasil, maka semuanya telah berubah,” jelasnya.

Menurut Haron, sebagai seorang ahli politik veteran yang matang, Dr. Mahathir sepatutnya tahu apa yang beliau lakukan.

“Perjuangan untuk memartabatkan Islam melalui perpaduan sepatutnya menjadi keutamaan Dr. Mahathir dalam umur yang begitu lanjut,” katanya.

Utusan
Share this article

4 Komen:

  1. Assalam Bro,aku tetap menyokong Tun M walaupun dia dituduh menggadai prinsip.Aku minta Dr.Harun Din fahamkan betul-betul tujuan Deklarasi Rakyat.Aku rela menyokong Tun M kerana dia ingin menyelamatkan negara ini dari kemusnahan daripada menyokong pemerintah yang terang-terang menggunakan wang negara untuk kepentingan sendiri.Aku nak tanya Dr.Harun Din,apa pendirian dia tentang 1MDB ?

    BalasPadam
  2. lepas ni cari la mana2 komen yg hentam mantan PM segerakan publish..ada tanya solan lain2 pada Dato Harun Din? Dulu kalau tak silap pernah dengar ayat.."takkan duit 2.6B nak masuk akaun sendiri..." ada komen?

    BalasPadam
  3. Wooi anon 1222 dgn 148 ni tak sudah2 duit akaun 2.6 billion masukk.akaun.sendiri kan lagi bagus senang tahu ooh duit tu kat sini rupanya...berapa puluh kali mahu sebut benda yang sama dah..hbis duit 100 billion duit Umno yang Mahadey kuarkan sampai aekarang tak tahu pwrgi mana kan..kalau masuk akaun sendiri senag dapt balik ni dia letak sana sikit sini ikita dalm gua dlam bantal bawah tilam..masuj acc anak2 cucu2 sedara mara....mana nak kau cari....so sapa yang jujur sebenarnya..cer jawab...duit tu tak kisah sangat bukan boleh bawa ke kubur pun cuma prinsip tu.. Kalu dah bercampur gaul dengan Cina yang busuk hati...kita pun jadi busuk hati....semua benda tak betul semua benda salah....Mahadey tu waktu LeeKuan Yue jadi mentor digelakkannya katanya Kuan Yue tamak kuasa habis... Sekarang dia tu...

    BalasPadam
  4. Terus terang aku dah tak sokong Madey. Memang dah tak betol. Elok dia tambah amal ibadah utk persediaan akhirat. Dok tuduh & buat fitnah hari2 lagi tambah dosa. Insaflah.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top