Nuffnang

PRK : Sumbing PH Di Sarawak Bakal Menjadi Retak!!!


KUALA LUMPUR: Belum pun kering tanah pusara pertelingkahan sesama komponen Pakatan Harapan di Sarawak, pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar nampaknya sekali lagi akan membongkar pakatan itu.
Sumber yang rapat dengan PKR mendedahkan kumpulan tertentu dalam parti itu, yang dikatakan dipimpin oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kini dalam rundingan dengan PAS membincangkan kerusi antara dua parti itu.

“Aturannya adalah PKR akan bertanding di Sungai Besar manakala PAS boleh bertanding di Kuala Kangsar tanpa campurtangan daripada parti-parti Pakatan Harapan yang lain,” kata sumber yang tidak mahu dinamakan itu.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, pertelagahan antara PKR dan DAP membawa kepada pertembungan di enam kerusi.

Kedua parti gagal temui kata sepakat dan menurunkan calon di Mambong, Batu Kitang, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mulu. BN menang di keenam-enam kerusi ini.

Kembali ke persoalan pilihan raya kecil di Semenanjung, FMT difahamkan Presiden AMANAH, Mohamaad Sabu dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berasa terkilan dengan perkembangan ini kerana AMANAH mahu bertanding di salah satu kerusi itu.

Sumber memberitahu PKR akan cuba menyelesaikan masalah berbangkit secara dalaman dengan memastikan calon-calon yang bakal diturunkan dipersetujui dan disokong oleh semua komponen PH.

Sementara itu, sumber yang rapat kepada PH mendakwa dua pimpinan pusat PKR – seorang daripada sayap wanita dan seorang daripada sayap pemuda – kini terbabit dalam rundingan kerusi dengan PAS.

“Dua pemimpin itu telah mengadakan mesyuarat dengan PAS mengenai Sungai Besar semalam,” menurut sumber itu.

FMT juga difahamkan bahawa calon-calon yang dikenalpasti oleh kumpulan Azmin itu adalah Naib Presiden PKR, Shaharuddin Baharuddin atau bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Meskipun komen daripada dua nama yang disebutkan itu belum dapat diperoleh, Muhammad, yang menyertai PKR tahun lepas selepas meninggalkan PAS berkata dua kerusi itu patut ditandingi oleh parti Islam itu.

“Bertanding untuk tewas bukanlah pilihan bijak dan kini adalah masa untuk konsolidasi.,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Azmin, ketika ditemui pemberita di Sungai Besar hari ini, enggan mengulas samada PKR akan bertanding atau tidak di Parlimen itu.

“Calon belum ditentukan, masih dalam perbincangan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man memberi amaran kepada PH supaya jangan menyertai pilihan raya kecil ini jika mereka mahu menewaskan BN kerana Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan kerusi tradisi parti Islam itu.

Kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong selepas Ahli Parlimen Noriah Kasnon dan Wan Mohammad Khair-il Anuar maut dalam kemalangan helikopter minggu lepas semasa kempen pilihan raya negeri Sarawak.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas esok bagi menentukan tarikh penamaan dan tarikh pengundian dua pilihan raya kecil ini. (SUMBER)
Share this article

3 Komen:

  1. Hahahahaha....Pakatan Haramjadah - PH - dah mula berebut kerusi. Ini ke alternative utk BN??? Go fly kite lah.....

    BalasPadam
  2. Lebuh baik berebut skarang dari time PRU nanti.

    Kalau tak, lagi 5 tahun lagi Melayu terus ketinggalan.

    Ingat! Dah hampi 60 tahun bn perintah! Mcmana ekonomi Melayu?

    BalasPadam
  3. Bro ekonomi maju atau tdk itu atas kapasiti sendri la ,dh klau kerajaan sediakn pinjaman untuk perniagaan pn peminjam gunakn duit tu untuk buat perkara lain , nk maju mcm mn ? Sebenarnya tk afs konsep pn kt dunia klau bangsa tu nk maju kerajaan yg kn majukn

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top