Nuffnang

KISAH BENAR : KJ Sebak Berkongsi Kisah Anak Keduanya


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tidak dapat mengawal perasaan sedihnya ketika sesi ‘kupas buku’ yang dibacanya.

Menurutnya buku berjudul Uniquely Human mengingatkan tentang kanak-kanak autisme membuatkan beliau lebih memahami anak keduanya, Timor Abdullah, 8.


“Saya minta maaf saya agak emosi hari ini sebab anak saya sendiri…saya tidak memahami kenapa dia (anaknya) begitu tapi ada pendekatan yang saya cuba fahami melalui buku ini di mana kita perlu faham apa yang dia rasa.

“Jadi, buku ini sangat penting kepada saya selain daripada melihat dari sudut lain bagaimana ibu bapa perlu memahami anak-anak mereka yang istimewa ini di mana anak-anak ini sangat unik,” katanya sebak yang menarik perhatian penonton pada majlis perasmian kupas buku itu.

Katanya, buku itu membuka matanya yang sebelum ini tidak dapat melihat di sebalik keistimewaan anaknya itu.

“Buku ini mengubah hidup saya, mengubah cara saya mendekati anak saya sendiri dan bagaiman saya memahami dia tanpa cuba mengubah dia menjadi seperti anak-anak lain yang normal,” katanya.

Sumber: Sinar Harian
Share this article

5 Komen:

  1. Kesian mengenangkan anak-anak yg suci bersih dibesarkan dalam gelumang rasuah dan harta haram.

    BalasPadam
  2. Sejak2 hadiah rm30, dah belajar sebak plak.

    BalasPadam
  3. kj ni mcm2 kontroversi dlm mentri dia tub tub di nak raih kesian bawa anak kecil
    standard havard mentality jika kita naik melantun jatuh BEDEBAB

    Hindar diri dari najis rasuah

    BalasPadam
  4. yg komen2 menghina ni msti bkan islam..so abaikan je..org islam x kan ucap mcm tu bile saudara islam itu menerima ujian Allah..

    BalasPadam
  5. Saya seorang guru untuk kanak2 pra sekolah...saya mempunyai pengalaman yang berbagai..ketika menghadapi kanak2....sebenarnya ibubapa tidak dapat mengenali anak autisme ini di peringkat awal...tetapi ketika masuk ke tadika...guru yang peka dan pengalaman seperti saya dah dapat kesan kanak2 autisme..ini...maka guru sepatutnya memberitahu ibu bapa supaya pergi berjumpa doktor untuk pengesahan...kekadang guru tadika menganggap kanak2 autisme ini lembab,bebal,atau terlebih aktif..,jadi guru2 ini membiarkan sahaja...sehingga kanak2 yang sepatutnya mendapat latihan khusus terabai..,jadi..kepada yang tukan komen.menghina kj...ingatlah...ibu bapa kadang2 tak dapat faham..keadaan anak mereka...so...anak autisme ni...memang payah untuk diajar seperti kanak2 biasa....ibubapa perlu belanja yang besar untuk hantar mereka ke tadika khas...diharap kerajaan dapat...membantu kanak2 ini terutama dari keluarga yang berpendapatan rendah.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top