Nuffnang

JAWAPAN BALAS : Tindakan Muhyiddin Didorong Jawatan Perdana Menteri?


“Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digantikan kerana beliau gagal dalam tugasannya selain bercanggah dengan konsep tanggungjawab kolektif yang merupakan asas kepada kabinet kerajaan. Beliau sebaliknya secara sengaja cuba menghasut ahli-ahli parti untuk menjatuhkan Perdana Menteri hanya berdasarkan dakwaan-dakwaan yang telah terbukti palsu”.
Itu kata kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Shariffuddin Tengku Ahmad merujuk artikel temubual Muhyiddin dengan agensi berita Reuters dengan mendakwa beliau digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana menuntut penjelasan Najib pada pertengahan 2015 berhubung deposit dana US$681,000,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri.

Muhyiddin dalam temubual itu mendakwa bahawa beliau sejak 2014 telah berkali-kali menyuarakan kebimbangannya berhubung salah laku dan rasuah membabitkan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), namun bantahannya sentiasa ditolak.

Malah beliau turut memberi amaran kepada kepimpinan UMNO/Barisan Nasional (BN) supaya menjatuhkan Najib yang dakwanya adalah liabiliti jika tidak mahu kalah pada pilihanraya akan datang.

Keadaan juga dakwanya semakin teruk dan Najib perlu segera digantikan.

Sebaliknya, Shariffuddin menjelaskan bahawa amaran Muhyiddin yang menjadi sebahagian daripada Kempen Anti Najib oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibuat kerana telah dijanjikan jawatan Perdana Menteri dengan pemahaman bahawa beliau akan mendidik dan menyerahkannya kepada anak Tun Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sehubungan itu, Shariffuddin menegaskan bahawa Muhyiddin dengan berkelakuan sedemikian tidak berhak dan perlu mengeluh apabila karier politik beliau menemui jalan penamat kerananya.

Najib kata Shariffuddin, sebelum ini sentiasa menyokong kepimpinan parti dan tidak pernah mencabar mana-mana rakan sekerja semasa pendakian politiknya untuk berada di kedudukan sekarang.

“Perdana Menteri telah dipilih secara demokrasi oleh rakyat untuk memimpin Kerajaan. Adalah menjadi hak beliau mengikut undang-undang di bawah Perlembagaan untuk merombak kabinetnya apabila perlu,” katanya.

Untuk rekod, persoalan sumber dana dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri telah disahkan sendiri oleh Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir bahawa ianya adalah sumbangan dari kerabat Diraja negara itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sebelum ini telah mengesahkan bahawa dana itu tidak datang daripada 1MDB malah siasatan lanjut oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai 5 ahli parlimen pembangkang dan dibentangkan di parlimen pada 7 April lalu juga telah membebaskan Perdana Menteri dari sebarang salah laku.
Kenyataan Media Setiausaha Akhbar Perdana Menteri tentang Temuramah Bekas TPM bersama Reuters
“Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digantikan kerana beliau gagal dalam menjalankan tugasnya dan melanggar konsep tanggungjawab bersama yang menjadi asas penting kepada pembetukan Kabinet Kerajaan. Sebaliknya, beliau secara sengaja telah memujuk ahli parti yang lain untuk menjatuhkan Perdana Menteri melalui tuduhan-tuduhan tidak berasas.
“Sebagai satu rancangan Kempen Anti Najib yang diketuai oleh Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin telah dijanjikan jawatan sebagai Perdana Menteri dengan syarat bahawa beliau akan mendidik dan akhirnya menyerahkan jawatan tersebut kepada anak Tun Mahathir, iaitu Dato’ Seri Mukhriz Mahathir.
“Ahli politik yang hidupnya berjuang tidak harus takut untuk mati dalam perjuangan. Namun sebaliknya, Perdana Menteri pula yang sentiasa menyokong pimpinan parti dan tidak pernah mencabar mana-mana rakan seperjuangan sepanjang karier politiknya.
“Perdana Menteri kita dipilih secara demokrasi untuk memimpin kerajaan. Ini adalah haknya yang sah mengikut Perlembagaan untuk merombak kabinetnya apabila perlu.”
Datuk Seri Tengku Sariffuddin
Setiausaha Akhbar kepada Y.A.B Perdana Menteri
Diterjemah oleh: KKMM
Share this article

6 Komen:

  1. Assalam Bro,Kebenaran semakin menyerlah......

    BalasPadam
  2. Tunggu pru 14...cute banyak x guna

    BalasPadam
  3. jangan marah...itu orang sentiasa REDHA. phuiiii...

    BalasPadam
  4. asal nama tengku jer mesti bodo

    BalasPadam
  5. Apa juga yang berlaku adalah kehendak Allah SWT. Maka dengan itu. Allah memberikan kami mata dan telinga serta akal fikiran untuk melihat apa yang terjadi. Gunakan lah aqal, pilihlah mereka yang melakukan tugas sebagai wakil rakyat kerana rakyat.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top