Nuffnang

MUHYIDDIN DILARANG? Fitnah Dan Malaysiakini Berpisah Tiada?


Portal Malaysiakini ni siapa wartawannya? Rakyat Malaysia ke rakyat mana ni? Bahasa Melayu tunggang langgang, lepas tu salah maksud pula... Atau memang "disengajakan" bagi mensensasikan berita mereka?
Apapun penulis nak mengucapkan syabas kepada Portal BICARA NEWS yang berjaya mengesan taktik jahat mereka untuk menghasut rakyat Malaysia supaya membenci kerajaan.

Bicara News melaporkan:

Portal totok pro pakatan haram, Malaysiakini mungkin sengaja salah lapor berhubung kononnya Muhyiddin dilarang masuk ke sebuah sekolah di Subang Jaya. Penulis artikel tersebut mungkin gagal berbahasa Malaysia dengan baik atau mungkin beliau bukannya berbangsa Melayu atau bukan dari sekolah aliran Kebangsaan.

Terlalu jauh beza atara dilarang masuk ke kawasan sekolah dengan dilarang membuat ucapan.

Tambah memalukan apabila Adun DAP, Hannah Yeoh juga dilaporkan memetik kononnya Muhyiddin yang juga Presiden UMNO Malaysia tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah berkenaan.

Peliknya apabila di akhir perenggan penulis cuba menyalin semula apa yang diperkatakan oleh Muhyiddin melalui status akaun facebook peribadi beliau. Inikah taraf penulis malaysiakini? Gagal memahami bahasa Kebangsaan?

Warga Subang Jaya keliru dengan kenyataan Hannah Yeoh, begitu banyak taman perumahan di kawasan DUN beliau yang masih belum beliau pergi, kenapa jadikan sekolah sebagai isu? Adakah kerana kawasan taman perumahan rumah murah maka Hannah terasa jijik dan geli untuk menjengok pengundinya di sana?

Tidak perlulah Hannah cuba mempolitikkan isu untuk buat gotong royong di kawasan sekolah dengan menggunakan alasan kempen cegah denggi. Lihat statistik, kawasan perumahan atau kawasan sekolah yang menjadi punca wabak tersebut. Turunlah ke kawasan orang miskin bandar dan bukannya tertumpu di kawasan orang kaya sahaja.

Ini dari Malaysiakini: ‘Pengajaran buat Muhyiddin, sekolah bukan alat politik’

Selepas dilarang memasuki sebuah sekolah semalam, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjadikan perkara itu sebagai pengajaran bahawa sekolah tidak seharusnya dijadikan alat politik.

ADUN dari Pakatan Harapan, Hannah Yeoh berkata perkara sama dihadapi wakil rakyat pembangkang sejak sekian lama apabila mereka dilarang memasuki sekolah bagi menghadiri program dan acara tertentu.

“Pakatan Harapan telah menekankan ketidakadilan ini sejak 2008. Hingga ke hari ini, sebagai ADUN Subang Jaya saya masih disekat daripada menghadiri acara sekolah dan tidak boleh masuk ke sekolah untuk program kesedaran denggi atau gotong royong.

“Saya harap mereka sedar sekarang bagaimana sekolah-sekolah tidak boleh digunakan sebagai alat politik dan saya ulangi sekali lagi apa yang kita telah kata selama ini – bebaskan sekolah-sekolah kita,” kata Speaker DUN Selangor itu dalam Facebook hari ini.

Hannah sendiri pernah disekat daripada menghadiri acara di Sekolah Menengah Subang Utama, tidak lama selepas menjadi ADUN Subang Jaya.

Sehingga kini beliau masih dihalang daripada memasuki sekolah berkenaan dan terpaksa menyampaikan bantuan dari luar sekolah.

Semalam, Muhyiddin tidak dibenarkan berucap di SMK USJ14 bagi melancarkan Liga Bolasepak Belia Komuniti Subang Jaya.

Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri itu, pihak sekolah mengatakan bahawa mereka “menerima arahan daripada pihak-pihak tertentu untuk tidak membenarkannya berucap.

Bekas menteri pendidikan itu berkata, pihak sekolah mengatakan mereka “menerima arahan daripada pihak-pihak tertentu untuk tidak membenarkannya berucap.

Bagaimanapun katanya, beliau telah menjangkakan perkara itu dan sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum berangkat pulang.- Bicara News

Kalau dilarang memasuki sekolah, gambar-gambar tu TSMY kat mana? Luar pagar sekolah? Baghal ke bengap? Dilarang berucap dengan dilarang memasuki sekolah jauh sangat bezanya.
Share this article

2 Komen:

  1. Taktik pengecut Najib dan kuncu-kuncu, teruskan putar, makin hari makin rakyat tahu permainan kotor korang ni.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  2. Najib tak pengecut kalau dia pengecut dah lamam dia sembunyi kat kedutaan mcm raja peliwat ,kalau najib pengecut dia tak suruh Sprm ke atau polis siasat....jangan jadi batu api lah ...lagi kau banyak menfitnah lagi banyak Allah tunjuk orang yang busuk hati termasuk kau abu yang dah terbakar hati...kalau kau tak pengecut aku cabar kau kalau kau ada bukti tunjuk kat polis...ni takat merapu kat blog yang sokong umno kenapa...kau tu yang pengecut....malulah...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top