Nuffnang

CABARAN BUAT TUN M : Beranikah Disahut?


Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP) membuat penyerahan memorandum kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi pengawal keselamatan Yayasan Kepimpinan Perdana bagi mendesak bekas perdana menteri itu mengisytiharkan harta keluarganya di dalam dan luar negara.
Presidennya, Ramesh Rao berkata, walaupun berasa kecewa kerana mendapat arahan tidak dibenarkan masuk ke dalam premis Yayasan terbabit, bagaimanapun memorandum tersebut tetap diserahkan kepada pihak sekuriti.

Ramesh mendakwa, pihaknya menghantar memorandum terbabit kerana menerima laporan bahawa Dr Mahathir memiliki sejumlah harta yang luar biasa nilainya di Argentina, Australia, Sydney, Langkawi dan Subang Jaya hasil pemerintahannya selama 22 tahun.


Menurutnya, seorang daripada penulis antarabangsa Barry Wain dalam bukunya ‘Malaysia Maverick : Mahathir Mohamad In Turbulent Times’ mendakwa Dr Mahahtir mempunyai harta bernilai berbilion di luar negara.

“Menerusi buku tersebut, Tun Mahathir mempunyai berbilion tapi langsung tidak menjawab samada mengambil tindakan tegas terhadap penulis buku ini.

“Selama 22 tahun, kenapa hanya diam? Bila bab Datuk Seri Najib dia suruh saman. Sepatutnya Tun saman penulis itu dulu dan kami akan desak Najib untuk saman Sarawak Report dan Wall Street Journal. Ini janji kami.

“Saya akan pastikan. Saya akan kejar Datuk Seri Najib dekat mana sahaja. (Tun Mahathir) jawab dahulu pertanyaan dalam memorandum ini yang mengatakan harta beliau bernilai berbilion-bilion,” akhirinya.

SuaraTV.

Bila Mahathir Nak Sumpah Al-Quran, Nak Tunggu Wahyu Ke?

Mahathir beberapa hari lepas dikatakan bersedia bersumpah menjunjung Al-Quran untuk membuktikan dakwaannya ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1MDB dan dana RM 2.6 billion - jika diminta.

Siapa mintak, bagaimana nak mintak, dia tak pulak sebut, jadilah benda itu tergantung begitu sahaja, tapi junjung Al-Quran saja pun yang kita cakapkan ni.

Gamaknya susah nak bersumpah menjunjung Al-Quran tu ye, sebab sehingga sekarang masih tak nampak lagi Mahathir bersumpah menjunjung Al-Quran seperti yang dikatakkannya tu.

Apa yang Mahathir tunggu agaknya, wahyu dari langit ke? Kalau isunya takde orang minta, sekarang penulis minta Mahathir teruskan junjung Al-Quran itu.

Begitupun dalam masa yang sama, junjung Al-Quran ini membuktikan Mahathir bersedia untuk berdosa dan dilaknat Tuhan kalau apa yang dituduhnya itu salah - dari segi undang-undang, ia tidak membawa sebarang makna sama sekali.

Kita tidak membahas Mahathir nak jadi apa bila mati besok, itu antara dia dengan Allah swt, yang kita berbahas ni apa yang berlaku di dunia sebab itu saja yang boleh, dah mati nak berbahas apa lagi ye tak?

Itupun kalau Mahathir dah angkat sumpahlah seperti yang dikatakannya, masalahnya dia cakap saja, buat apa pun tak lagi ni, gebang saja besar. - SUMBER
Share this article

3 Komen:

  1. Dia nak tunggu apek atau pariah Bershit 5 bawak Al Quran supaya dia boleh bersumpah di Padang Merdeka depan geng2 kapir dia.
    Orang tua gila!!!!!

    BalasPadam
  2. Assalam Bro,aku cadangkan kita minta pihak berkuasa negara-negara yang dinamakan mengeluarkan kenyataan tentang perkara ini.Jika kita minta Tun M mengistiharkan sudah tentu dia mengelak macam Najib...Kita boleh hantar SPRM,PDRM ke sana.....ok tak ?

    BalasPadam
  3. Lagi gentelman....najib pun kena juga isytiharkan ....kalau TUN satu keluarga.....najib pun sama...kita londehkan....baru tahu mana satu pemimpin yang betul betul berkhidmat untuk rakyat...amacam pemakan dedak....ada berani?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top