Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hadir di ibu pejabat UMNO di sini bagi memberi sokongan moral kepada sembilan ketua cawangan Bahagian Telok Kemang Negeri Sembilan yang dipanggil memberi keterangan kepada Lembaga Disiplin UMNO petang ini.
Menurut Muhyiddin berkata beliau hadir menyatakan sokongan kepada pemimpin peringkat cawangan berkenaan kerana mereka mempunyai hak untuk bersuara.
Ditanya kemungkinan beliau pula yang akan berhadapan dengan tindakan disiplin, termasuk pemecatan kerana menyatakan sokongan kepada ketua cawangan berkenaan, Muhyiddin berkata itu terpulang kepada keputusan kepemimpinan parti.
"Bagi saya apa yang penting adalah perjuangan yang benar...saya sudah nyatakan saya bersedia untuk hadapi segala kemungkinan walaupun saya tak mahu diri saya dipecat," katanya.
Muhyiddin juga mengesahkan kehadirannya pada Perhimpunan Agung UMNO minggu depan.
Sehubungan itu, beliau meminta ahli akar umbi UMNO menggunakan perhimpunan agung itu sebagai platform meluahkan apa yang terbuku di hati demi memastikan survival parti pada masa depan. (Sofea Nawar -WD MY)
Muhyiddin Perlu Bersyukur Tidak Dibuang
Kalau ikut cakap-cakap orang politik, Muhyiddin Yassin menyimpan kuku, tunggu peluang sempana perhimpunan Agung UMNO yang akan datang sebelum nak dedah semua rasa tidak puas hatinya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Seterusnya menjawab persoalan kenapa Muhyiddin jarang bersuara tentang isu 1MDB yang dikatakan jadi punca utama dia dipecat pada hujung Julai lepas - selain kegemaran Muhyiddin bercakap depan crowd yang ramai untuk dapat kepuasan maksimum kutuk Perdana Menteri.
Dia dikatakan tunggu peluang bercakap atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden membuka mesyuarat sayap-sayap dalam PAU 2015. Rancangan ini rasanya dah dapat dihidu awal dan atas sebab itulah ketua-ketua sayap mahu mereka sendiri yang buka mesyuarat, bukan Muhyiddin.
Apa pun, cakap pasal 1MDB, tak pasti apa lagi tentang syarikat tersebut yang Muhyiddin tidak puas hati sebab nampaknya semua berjalan ikut perancangan.
Penjualan Edra baru-baru ini mengurangkan hutang dan liabiliti 1MDB sebanyak RM 18 bllion lagi seterusnya menafikan dakwaan Muhyiddin dan Mahathir bahawa RM 42 billion telah hilang begitu saja.
Mungkin ada cerita lain tapi kalau ada sekalipun maksudnya 1MDB hanya alasan, yang sebenarnya memang Muhyiddin nak tengok Najib jatuh.
Bagaimanapun, Muhyiddin sepatutnya bersyukur kerana masih lagi Timbalan Presiden UMNO. Kalau ikut segala kerosakan yang dia dah buat, Muhyiddin sepatutnya dibuang bersama-sama dengan Hamidah Osman tempoh hari.
Setakat tak dibenar rasmi mesyuarat sayap ni kira kecik sangat....
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....