Nuffnang

DAKWAAN SAMM : Dua Tun Punca Masalah MAS Hari Ini!!!


Masalah yang dihadapi MAS berpunca daripada kesilapan Dr Mahathir menyerahkan syarikat itu kepada kroninya, Tan Sri Tajuddin Ramli pada 1993.

Syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines System (MAS) tenat dan hampir diisytiharkan bankrap disebabkan kesilapan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin.

Pengarah Pemikir Kaum Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Ahmad Anwar Asyraf berkata, masalah yang dihadapi MAS berpunca daripada kesilapan Dr Mahathir menyerahkan syarikat itu kepada kroninya, Tan Sri Tajuddin Ramli pada 1993.

“Tajuddin Ramli melalui syarikat‪ ‎Malaysia Helicopter Service yang kemudiannya ditukar kepada Naluri. Kerana “kehandalan” dan “kepintaran” kroni Dr Mahathir ini, MAS telah mewarisi kerugian terkumpul sebanyak RM9.4 bilion sebaik sahaja Tajuddin menjual semula kepada Kerajaan pada 2001.

“Dr Mahathir ketika itu masih bergelar Perdana Menteri dan Daim Zainuddin adalah Menteri Kewangan telah membuat keputusan untuk membeli semula saham MAS seperti harga yang dibeli oleh Tajuddin dahulu iaitu RM 8.00 sedangkan harga pasaran ketika itu adalah RM 3.68.

“Kononnya untuk menyelamatkan MAS daripada menjadi milikan asing. Tajuddin meraih untung RM 1.8 billion tetapi MAS mewarisi hutang,” katanya.

Ahmad Anwar berkata, MAS sekarang telah menjadi MAS yang baharu bermula 1 Jun lalu sama juga UMNO yang menjadi UMNO baharu hasil kerja tangan Dr Mahathir.

“Dr Mahathir bukan sahaja gagal dalam memilih pengganti beliau sebagai Perdana Menteri, malah Dr Mahathir termasuklah Daim dan Tajuddin telah melakukan dosa yang amat besar terhadap 6,000 orang yang kehilangan pekerjaan,” katanya.


- SUMBER

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika beliau berada di tempat Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau tidak teragak-agak untuk memecat mereka yang tidak sehaluan dengannya.

Malah menurut Dr Mahathir, ketika era pemerintahannya dahulu, beliau pernah melakukan perkara sama sambil memberi gambaran, Perdana Menteri juga akan berbuat demikian.

“Kalau saya Najib, saya buang sajalah orang tak suka dengan saya... saya buang. Dulu pun saya buang banyak orang,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan pertandingan penulisan esei dan foto anjuran Yayasan Maybank serta Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soal beberapa menteri Kabinet yang dilihat mengkritik cara Najib menangani isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menggesa agar ahli lembaga pengarah syarikat itu dipecat segera.

Beberapa kenyataan dan gesaan itu datang daripada Timbalannya sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan serta Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Laporan akhbar tempatan hari ini melaporkan Najib juga telah memberi kata dua kepada barisan Kabinetnya supaya letak jawatan jika tidak mahu bersama-samanya dalam pemulihan 1MDB pada Jumaat.

BB : Kepada SAMM, rakyat sudah lali dengan tuduhan sebegini. Rakyat perlukan bukti, fakta dan apa sahaja yang boleh menyokong dakwaan ini. Walaupun Tun Mahathir kebelakangan ini hebat mengasak kepimpinan YAB DS Najib Razak, tidak semestinya apa yang ditohmahkan ke atas beliau akan diterima bulat-bulat.

Kepada Ahmad Anwar, jangan cakap sahaja. Kalau betul dakwaan anda, sila bawa kes ini ke mahkamah!!!
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top