Nuffnang

PUTUS HUBUNGAN!!! DAP 2 NEGERI, PAS SATU DAERAH.....KAH...KAH...KAH...


Kah...kah....kah......lawak apakah ini? Tiada maruah, harga diri dan rela dipergunakan. Tindakan PAS daerah ini sebenarnya menempelak kepimpinan tertinggi mereka sendiri. 


PAS Kawasan Kuala Nerus tidak lagi berhasrat untuk bekerjasama dengan DAP Terengganu dan peringkat pusat, kata Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus M Shukrimun Shamsuddin. 

Beliau berkata PAS Kawasan Kuala Nerus amat kesal dan dukacita dengan keputusan DAP Terengganu memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menjadikan hasrat beliau untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian bagi pelaksanaan hudud di Kelantan ke Dewan Rakyat sebagai alasan. 

Katanya PAS Kawasan Kuala Nerus menganggap pendirian DAP sama ada di peringkat pusat ataupun negeri yang memutuskan hubungan dengan Presiden PAS tetapi pada masa sama meneruskan hubungan dengan parti PAS dan anggotanya umpama mengajak anggota PAS untuk memutuskan hubungan dengan presidennya. 

"Kami dengan ini ingin menegaskan bahawa adalah haram bagi PAS Kawasan Kuala Nerus untuk tidak menyokong sebarang usaha bagi meninggikan syariah Allah di muka bumi ini dan tidak akan lagi meneruskan kerjasama dengan DAP pusat dan negeri," katanya dalam kenyataan di Kuala Terengganu hari ini. 

Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing baru-baru ini menegaskan memutuskan kerjasama dengan Abdul Hadi disebabkan tindakan Anggota Parlimen Marang itu pada 18 Mac lepas mengemukakan notis usul bagi rang undang-undang persendirian itu dibentangkan di Dewan Rakyat. 

Rang berkenaan iaitu rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 19 Mac. - Bernama 

ULASAN 

Pecahan pengundi parlimen Kuala Nerus mengikut kaum:

Melayu: 98.7%
Cina: 0.93% 
India: 0.08%

Patutlah temberang sangat buat kenyataan "tidak lagi berhasrat untuk bekerjasama dengan DAP", rupa-rupanya pengundi Cina tak sampai pun 1% di Kuala Nerus.. 

Mengapa tak berani untuk mencadangkan kepada PAS Pusat supaya ditamatkan kerjasama dengan DAP diseluruh negara terutama di Selangor, Perak dan Kedah, Johor dan Pahang? Dan kita kenal sangat dengan ahli parlimen PAS Kuala Nerus.


Beliau diantara tokoh yang pernah membuat kenyataan bahawa dua ADUN PAS di Selangor yang telah menggagalkan usaha kerjasama PAS-UMNO sewaktu krisis MB Selangor tahun lalu. Bererti beliau diantara "ulama" yang mahu mewujudkan UG di Selangor pasca PRK Kajang.

Jadi tidak hairan untuk beliau memutuskan hubungan kerjasama dengan DAP. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Pekung-pekung UG terus terdedah... didedahkan oleh tuannya sendiri... 
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top