Nuffnang

RAMAS DAN RABA : BUNG MOKHTAR KONGSI PENGALAMAN!!!



Isu meramas dan meraba oleh pihak keselamatan di pintu pemeriksaan lapangan terbang di negara ini yang dibangkitkan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin mengundang gelak ketawa ahli-ahli Dewan Rakyat di Parlimen, petang Selasa.

Menurut Bung Moktar hanya Malaysia dan Fiiipina yang masih mengamalkan pemeriksaan penumpang dengan cara meramas atau meraba jika mesin pengimbas badan berbunyi.


“Tali pinggang pun kena buka. Apa yang ada pada tali pinggang yang kecil, kalau yang besar-besar lainlah mungkin kena periksa,” katanya yang menyatakan tidak puas hati dengan tahap pemeriksaan keselamatan sebelum menaiki pesawat di negara ini yang disifatkannya memalukan dan ketinggalan zaman.


Sambil berseloroh, beliau bertanya berapa kos Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) mengajar anggota keselamatan untuk meraba dan meramas ketika memeriksa penumpang-penumpang.


“Ini kerana ada yang meraba secara kasar dan ada yang lembut. Saya khuatir, jika silap-silap raba, boleh naik syahwat,” katanya disambut gelak ketawa ahli-ahli parlimen.


Sehubungan itu beliau mahu MAHB dan Kementerian Pengangkutan dapat membeli mesin pengimbas yang lebih canggih seperti digunakan negara-negara maju bagi tujuan pemeriksaan setiap penumpang kapal terbang.


Bung Moktar yang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Kementerian Pengangkutan juga membangkitkan mesin pengesahan tiket dalam talian Air Asia yang kerap rosak.


“Kalau rosak, kita kena pergi kaunter tetapi kena bayar RM10. Bayangkan satu hari berapa banyak syarikat ini boleh kaut untung…sebab itu mesin ini sentiasa rosak ,” tegasnya.
Share this article

1 Komen:

  1. Air Asia nie memang MELAMPAU...haramjadah kata nuar berahi

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top