Nuffnang

KEJUTAN!!! Danga Bay Nak Keluar Malaysia?



Mana pejuang-pejuang KETUANAN MELAYU. Kalau di Penang korang kecoh nak mampus. Ni di tempat yang korang sendiri perintah pun tak boleh nak control, apa cer? Fenomena ini dapat dilihat dengan jelas di Danga Bay, Johor Bahru. Jangan asyik menyalak kesalahan orang lain, sedangkan korang sendiri pun "dibutakan" dengan kemewahan dan pembangunan.

Sebagai sebuah negara yang merdeka, kita mesti menyelesaikan isu ini dengan segera. Janganlah kita berdiam diri dan berpeluk-tubuh sahaja kerana jika kita berdiam diri, kelak ianya akan menjadi perkara lumrah, dan kesannya generasi akan datang sudah tidak lagi melihat bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama, bahasa perhubungan dan bahasa perpaduan. 


Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP)

Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) adalah seperti berikut:

untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi;

untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan;

untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain;

untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan;

untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan

untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
Sumber kuasa DBP ialah Perlembagaan Persekutuan dan Akta A930 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Perluasan 1995).

Visi DBP ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dalam dunia ini. Namun perkara yang berlaku di Danga Bay, Johor Bahru sangat mengejutkan saya. Sebagai sebuah negara yang merdeka dengan mempunyai undang-undang bahasa, saya amat terkejut mengapa di dalam negara sendiri Bahasa Melayu diketepikan dengan begitu tragis, menyedihkan dan memalukan. Ianya pula berlaku di negeri Johor, yang disebut-sebut dengan bangganya sebagai ibu budaya kepada negara kita.

Misi DBP pula ialah meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu. Ianya suatu yang amat lucu apabila di dalam negara sendiri Bahasa Kebangsaan tidak boleh dipulihara, dikuatkuasa penggunaannya dan paling malang ianya seolah-olah tidak bernilai.

Wawasan DBP pula dinyatakan hendak menjadi peneraju utama pengembangan Bahasa dan Persuratan Melayu dalam pembinaan negara bangsa. Dengan perkembangan terbaharu di Danga Bay, jelas membuktikan DBP tidak lagi mempunyai kekuatan untuk melaksanakan wawasan mereka. Pada pandangan saya, kesilapan yang berlaku di Danga, Bay di atas perlu diambil tindakan segera oleh pihak DBP sebagai pemegang teraju utama dalam pengembangan bahasa kebangsaan negara kita. Yang jelas bahasa China, bahasa Mandarin, bahasa Inggeris bukan bahasa Kebangsaan negara kita walau apapun alasannya hatta alasan ekonomi.

Manakala Falsafah DBP ialah 'Bahasa Jiwa Bangsa'. Jika bahasa kebangsaan tidak digunakan di tempat awam di dalam negara sendiri, sebaliknya bahasa asing boleh pula diletakkan dengan megah, cantik dan menarik, apakah ertinya sebuah kata-kata 'Bahasa Jiwa Bangsa' itu?



Bagaimana hendak bercakap hal nation building jika hal bahasa kebangsaan pun tidak mampu ditangani.

Saya merayu Parlimen Malaysia melakukan sesuatu untuk memulihara martabat bahasa Kebangsaan di dalam negara sendiri. Barangkali DBP tidak ada kekuatan untuk menerobos isu ini. Amat sedih untuk berkata DBP tidur atau mati. Bangunlah.

** Ahli Parlimen Johor Bahru - KLIK SINI

Share this article

3 Komen:

  1. Akibat kebodoha Najib yang meminggirkan Bahasa Melayu. Turunkan Najib, naikkan Muhyidin.

    BalasPadam
  2. Akibat kebodohan Najib yang meminggirkan Bahasa Melayu.

    BalasPadam
  3. Banyak sangat kepincangan dibawah Ah Gor... Kembalikan ISA

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top