IPOH - Pengguna jalan raya gempar apabila melihat sepasang kekasih berpakaian pengantin melintas dalam keadaan separuh bogel di Jalan Sultan Yussuf di sini, pagi ini.
Dalam kejadian itu, dilihat wanita berkenaan dalam pakaian berbikini putih dengan memakai kain layah (veil) manakala pasangannya hanya memakai seluar panjang tanpa baju.
Keadaan pasangan pelik itu menjadi perhatian kepada beberapa pengguna jalan raya yang berhenti melihat pasangan itu melakukan penggambaran.
Malah, gambar pasangan itu telah mula menjadi viral di aplikasi Whatsapp dan Facebook.
Seorang pengawal yang enggan dikenali berkata, dia terkejut melihat pasangan itu berjalan tanpa segan silu di jalan yang sesak dengan pelbagai kenderaan berikutan ia waktu puncak.
Menurutnya, pasangan itu mula disedari berada di kawasan itu kira-kira jam 9 pagi.
"Mereka tidak lama berada di kawasan ini, hanya sekitar lima hingga 10 minit. Walaupun sekejap, ia mengundang perhatian kepada pemandu dan pekerja di kawasan sekitar," katanya.
Maklumat terkini telah pun diperolehi mengenai model yang mengambil gambar separa bogel di Ipoh. Pihak berkuasa telah mengesan dan bakal mengambil tindakan pada model berkenaan. Perbuatan sebegini adalah salah dan telah melanggar tatasusila sebagai Rakyat Malaysia.
Sumbat je dlm lokap dan bogelkan setahun
BalasPadamBuat saja satu sangkar dekat zoo taiping dan prosok dua ekor monyet ni disana . Biar berbogel sepanjang hari. Zoo pun tentu ramai orang pergi melawat sambil cuci mata yang banyak taik mata.
BalasPadamStupid monkeys either seeking cheap publicity or deliberate provocative act to cause friction among the public. To the police, nab them quickly before others with similar deformed brains think it's okay to walk around the city half naked
BalasPadamwell.mreka x leh d salahkn 100%.sbb undang2 sdia ada x sdikit pun jjaskan prilaku sdmikian.penaltinya (d fahamkn skadar rm 400) x dtg kan apa2 rasa salah / ssalan.mreka senyum sinis,sbb leh bayar penalti dgn snang hati.no problem @ all.so brmaharajalah mreka.dlm sudut lain,jika d sirat,situasi bgini adalh 1 pnghinaan pd institusi undang2 rapuh.x trksan langsung...fikir2 kan...
BalasPadam