Nuffnang

Rumah ADUN Pula Dipecah Masuk!!!




Rumah Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Caves di Taman Templer Suasana, Rawang dipecah masuk awal pagi semalam dan beberapa barangan berharga dilarikan.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah (gambar) berkata kejadian hanya disedari Amirudin Shari, 33, apabila beliau bangun kira-kira 8 pagi dan mendapati pintu belakang rumahnya terbuka.




"Hasil pemeriksaan mendapati barangan yang hilang ialah seutas jam tangan, wang tunai RM500, dua buah telefon bimbit, dompet beliau dan isterinya, kad ATM serta beberapa dokumen pengenalan diri.

"Jumlah kerugian dianggar bernilai kira-kira RM1,500," katanya hari ini.

Dilaporkan tiada pengawal keselamatan yang bertugas ketika kejadian.

"Bagaimanapun, kami berjaya mengesan tiga cap jari di tempat kejadian yang dipercayai milik perompak," kata Abdul Rahim.

Di laman Facebook, Amirudin berkata kehilangan telefon bimbit dalam kejadian itu menyebabkan beliau tidak dapat dihubungi rakan-rakannya.

"Saya mohon maaf kerana tidak dapat dihubungi sehingga selepas Tahun Baru Cina, kerana telefon saya hilang bersama beberapa barang lain selepas kejadian kecurian di rumah saya pada awal pagi 30 haribulan.

"Insya-Allah, selepas cuti Tahun Baru Cina semuanya akan kembali sedia asal," katanya. – Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top