Nuffnang

HUDUD!! Masa Untuk PAS Buktikan ISLAM Perjuangan Sebenar Mereka Bukan POLITIK!!!




Tiada Lagi Alasan!!! Masa Untuk Buktikan......

Kenyataan Dato Ketua Hakim Syari'e Kelantan bahawa Jabatan Kehakiman Syari'e Kelantan telah siap sedia sepenuhnya MELAKSANAKAN HUDUD merupakan sesuatu yang menggembirakan bukan sahaja penganut PAS tetapi juga kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Pelbagai alasan diberikan sebelum ini.




Banyak pihak termasuk pemimpin PAS dan DAP sendiri terkeliru bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan, kata pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Menurut Aziz (gambar), beliau tidak nampak sebarang asas dan sebab yang memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hukum hudud.

Kerajaan negeri Kelantan yang diperintah PAS sejak 1990 masih berusaha untuk melaksanakan hukum hudud itu di negeri itu. PAS mengambil langkah yang sama di Terengganu ketika memerintah antara 1999 hingga 2004.

“Setakat ini saya tidak jelas sebab mengapa perlembagaan perlu dipinda untuk pelaksanaan hudud,” kata beliau

Ahli akademi dan pemerhati politik ini menambah, keperluan itu tidak wujud sebab sebahagian hukum hudud sudah pun dilaksanakan dalam bentuk jenayah syariah.

“Contohnya zina dan murtad, cuma hukumannya tidak mengikut Islam,” kata beliau.

Oleh itu kata beliau lagi, “logiknya mereka yang berkata hudud perlu pinda Perlembagaan (Persekutuan), maka apa yang ada itu, yakni jenayah syariah tadi, adalah tidak sah.”

“Ini tidak masuk akal,” kata beliau lagi.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan awal tahun ini, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata “bagi PAS, isu yang dipertikai adalah apakah perundangan syariah itu menepati kehendak Perlembagaan (Pusat) atau berlawanan dengan kehendak Perlembagaan negara, dan ini mestilah ditentukan oleh mereka yang berautoriti.”

Kata Aziz lagi, mereka yang mendakwa hudud tidak boleh dilaksanakan kerana Perlembagaan Persekutuan kononnya bersifat sekular juga tidak betul kerana kandungan rangka utam undang-undang negara itu tidak berkata begitu.

“Samalah dengan demokrasi itu sendiri, Perlembagaan Persekutuan tidak mengatakan bahawa sesuatu undang-undang itu tidak boleh dilaksanakan kerana ia tidak demokratik atau akan terbatal kerana bertentangan dengan demokrasi,” katanya lagi.


Share this article

1 Komen:

  1. KALAU LAMPU HIJAU DAH MENYALA HENDAK TUNGGU APA LAGI ? LAKSANAKANLAH HUDUD DI KELANTAN SEBERAPA SEGERA YANG BOLEH, RAKYAT MENUNGGU TERLALU LAM (25 TAHUN) UNTUK MELIHAT PAS MENGOTAKAN JANJI NYA. DULU PAS PERNAH BERKATA SEANDAI PAS BERJAYA MEMERINTAH SELEPAS AYAM BERKOKOK HUKUM ISLAM AKAN TERLAKSANA .....TAPI SAYANG, AYAM TUA TERSEBUT BUKAN SAHAJA TELAH HABIS BERKOKOK MALAHAN PUN DIJADIKAN SUP DAN SAHINGGA KINI JUGA HUDUD TINGGAL HUDUD DAN CUMA BERBUNYI SEMASA PILIHANRAYA. .......SEBENARNYA SEBESAR ZARAH PUN PAS TAK ADA NIAT NAK BUAT HUDUD KALAU PAS IKHLAS TELAH LAMA HUDUD TERLAKSANA DI SANA (KELANTAN) DAN SAYA JUGA PERCAYA TOK GURU PAS PUN TAK TAHU DAN TAK RETI APA ITU HUDUD APATAH LAGI UNTUK MELAKSANAKANNYA JAUH API DARI PANGGANG.....HUDUD YANG DIJADIKAN TONIK ATAU JAMU SEMASA PILIHANRAYA BAGI MENAMBAH TENAGA PAS.......SEKARANG SETELAH LAMPU HIJAU DINYALAKAN PAS SEMAKIN GELABAH DAN TERKEJUT BEROK SEBAB TAK BERSEDIA DAN TAK PERNAH SERIUS KE ARAH ITU......SAYA PERCAYA PAS AKAN GAGAL KERANA JIKA HUDUD PAS DILAKSANA IA TIDAK MENEPATI KEHENDAK ISLAM SEBALIKNYA IANYA HUDUD ALA-ALA PAS, DAN TIDAK AKAN BERLAKU KEADILAN.....KALAU PAS JUJUR DAN IKHLAS HUDUD PERLU DIBUAT BERLANDASKAN KERANGKA UNDANG-UNDANG ISLAM SEBENAR YANG BEBAS DARI UNSUR POLITIK.......APA YANG PASTI PAS SEDANG MENCARI SEJUTA ALASAN UNTUK MENUTUP KELEMAHAN DIRI DAN PARTI......

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top