Nuffnang

PRK N20 SG LIMAU : BN Bakal Rampas Kembali!!!




Barisan Nasional (BN) bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, diKedah, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, jentera pilihan raya BN perlu bekerja keras untuk meyakinkan pengundi Sungai Limau jika mahu menawan kerusi DUN itu.



"Jentera parti harus bersedia mulai sekarang dan kita tahu mesyuarat pertama (Umno Kedah) semalam telah diadakan supaya menghadapi pilihan raya kecil ini...mudah-mudahan kita berjaya," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Pada mesyuarat khas Perhubungan Umno Negeri membincangkan persiapan pilihan raya kecil Sungai Limau di Kedah pada Ahad, Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dipetik sebagai berkata beberapa jawatankuasa khas bagi menghadapi pilihan raya kecil Sungai Limau ditubuhkan untuk menggerakkan jentera dan kempen BN.

Pilihan raya kecil itu bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya bekas Pesuruhjaya PAS Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius pada 26 September lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, Azizan yang juga bekas menteri besar Kedah memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dariBN dengan majoriti 2,774 undi.

SPR dijadual mengadakan mesyuarat khas pada 3 Oktober di ibu pejabatnya untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil itu. 





Maklumat Am DUN N20 Sg Limau, PARLIMEN JERAI

KELUASAN DUN SUNGAI LIMAU = 70 KILOMETER PERSEGI

TERDAPAT 19 PUSAT UNDI DENGAN JUMLAH PENGUNDI= 27,287

1) MATANG BULOH 
2) SUNGAI DEDAP 
3) GELAM TIGA 
4) BUKIT CHORAS
5) BUKIT BESAR 
6) SIMPANG TIGA LUAR 
7) SIMPANG TIGA 
8) SELENGKOH 
9) SUNGAI DAUN 
10) SUNGAI LIMAU
11) KABU 10
12) SUNGAI KERING
13) SEDAKA
14) ULU SEDAKA
15) PADANG LUMAT
16) BATU ENAM BELAS
17) KAMPUNG TITI BATU
18) DULANG KECHIL
19) DULANG BESAR

FAKTA-FAKTA MENARIK

* 1 Saluran Undi Pos
* Pengundi Muda (21 - 40 tahun) 11,868 orang bersamaan 43 % dari jumlah pengundi
* 43 % merupakan pengundi muda (21 - 40 tahun)
* 51% Pengundi wanita, 49% pengundi lelaki
* 20-30 minit dari Alor Setar / Sungai Petani
* PRK pertama Mukhriz selepas menjadi Menteri Besar Kedah
* 91% Merupakan pengundi Melayu

*** Maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa




Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top