Nuffnang

RUNTUH!! 6 Kampung Terputus Hubungan Jambatan Dihempap Pokok!!


Gambar Hiasan


KINABATANGAN - Penduduk di enam kampung di Tongod terputus hubungan selepas jambatan utama menjadi laluan kampung itu runtuh dihempap pokok tumbang.

Kampung berkenaan adalah Minusu, Menanam, Tampasak, Sagoun, Pinangah serta Maliau dan sepuluh sekolah di sekitar kampung terlibat turut ditutup hari ini.

Seorang penduduk kampung Minusu, Melton Yong, 30, berkata jambatan konkrit itu terletak di Kampung Menanam runtuh kira-kira pukul 7 malam, semalam.

Katanya jambatan itu merupakan laluan utama menghubungkan kawasan Pinangah ke Pekan Telupid.

"Kejadian itu disebabkan hujan lebat dan angin kencang sejak petang semalam mengakibatkan pokok tumbang menghempap jambatan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Melton yang bekerja sebagai pegawai Teknologi Maklumat di sebuah agensi kerajaan di Sandakan berkata akibat kejadian itu ramai penduduk di kampung tersebut termasuk dirinya tidak dapat keluar bekerja.

Katanya sesi persekolahan di beberapa sekolah di sekitar kampung juga terpaksa ditutup hari ini.

Menurutnya penduduk kampung dimaklumkan kerja pembaikan jambatan itu telah dilakukan dan dijangka siap petang ini. - Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top