Nuffnang

SAMAN : HUSAM KALAH KES FITNAH RM10 JUTA

KUALA LUMPUR - Naib presiden Pas Datuk Husam Musa hari ini kalah dalam kes saman fitnah RM10 juta terhadap New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan empat yang lain berkaitan sebuah artikel mengenai jawatannya dalam parti dan kerajaan.

Peguam Zulqarnain Lukman yang mewakili Husam memberitahu pemberita Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Lee Heng Cheong membuat keputusan di dalam kamarnya bahawa artikel itu tidak bersifat memfitnah.



Husam Musa


Lee juga katanya memutuskan bahawa kalaupun artikel itu berbaur fitnah, mahkamah mendapati perlindungan bersyarat dan kewartawanan secara bertanggungjawab yang dijadikan alasan dalam pernyataan bela diri defendan, adalah terpakai dalam kes ini.

Beliau berkata mahkamah turut mendapati Husam gagal membuktikan kesnya terhadap defendan dan oleh itu memerintahnya membayar kos RM20,000 kepada defendan.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan tiga saksi daripada pihak Husam dan dua daripada pihak defendan.

Pada 2010, Husam memfailkan saman terhadap NSTP, dua pemberitanya Shuhada Elis dan Nik Imran Abdullah, bekas pengarang kumpulan NST Datuk Syed Nadzri Syed Harun dan pengarang urusan kumpulan NSTP ketika itu Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa.

Dalam pernyataan tuntutannya, Husam berkata defendan, dengan niat jahat, menulis dan menerbitkan sebuah artikel pada 23 Nov 2009 tentang jawatannya untuk tujuan mencemar nama baik beliau.

Beliau menuntut ganti rugi RM10 juta, kos dan relief lain yang didapati wajar oleh mahkamah.

Dalam pernyataan bela diri mereka, defendan menafikan bahawa perkataan yang digunakan dalam artikel itu bersifat memfitnah dan artikel berkenaan disiarkan berlandaskan perlindungan bersyarat.

Defendan diwakili peguam Lim Qi Si dan peguam Wee Jason. - Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top