Nuffnang

#FIZOOMAR JALANI PEMBEDAHAN, KARIER SEBAGAI ARTIS BERAKHIR???

Apa dah jadi bro? Siapa yang tidak kenal FIZO OMAR??? atau lebih dikenali dengan Super FIZO ini. Aktor kacak yang menjadi kegilaan peminat wanita ini memang terkenal dengan kegigihan beliau mengembangkan karier bukan sahaja di bidang seni, tetapi juga di bidang perniagaan. Namun, baru-baru ini Fizo dikhabarkan telah dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang pada Isnin lalu dan dibenarkan keluar sehari kemudian selepas menerima tujuh jahitan akibat ketumbuhan.
 
 
 
 
 
 
Fizo Omar dinasihatkan tidak melakukan kerja-kerja berat buat sementara waktu selepas doktor melakukan pembedahan kecil bagi mengeluarkan ketumbuhan pada bahagian tangan kirinya.
 
Kata Fizo, 27, dia dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang dekat sini pada Isnin lalu dan dibenarkan keluar sehari kemudian selepas menerima tujuh jahitan akibat ketumbuhan itu.
 
“Saya pun tidak sedar sejak bila ada ketumbuhan ini. Tiba-tiba ada satu benda bulat pada bahagian tangan kiri saya. Sebelum ia merebak menjadi penyakit yang lebih serius, doktor menasihati saya supaya menjalani pembedahan,” katanya kepada mStar Online pada sidang media kedua pementasan teater muzikal Ali Baba di Istana Budaya di sini pada Selasa.
 
Ujar Fizo, ketumbuhan itu bukanlah penyakit yang serius dan para peminat tidak perlu risau mengenainya.
 
Dalam pada itu bercerita mengenai teater muzikal berkenaan yang turut dilakonkannya Fizo berkata, setakat ini latihan untuk pementasan itu berjalan lancar namun dia perlu memberikan tumpuan yang lebih kepada aspek tarian.
 
Baca lagi di SUARAGENERASIBARU
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top