SHAH ALAM, 7 Mei – ‘Vocal Acts’, satu program santai hujung minggu bersama golongan muda akan dijadikan sebagai platform untuk menyemai semangat patriotik serta medium penerangan berhubung sebarang isu yang timbul di negara ini.
Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi M. Zin berkata Vocal Acts yang dianjurkan oleh Pemuda Umno bahagian itu akan mengadakan aktiviti seperti persembahan muzik, deklamasi sajak dan diskusi di dataran Bangunan UMNO Shah Alam di Seksyen 11 di sini.
“Melalui program mingguan ini kita menyediakan peluang kepada anak-anak muda supaya berkumpul dan menjalankan aktiviti berfaedah sekaligus dapat membendung mereka dari kegiatan tidak sihat,” katanya selepas mengadakan lawatan penghargaan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.
Ahmad Nawawi dan wakil 23 badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob bagi menyatakan penghargaan terhadap polis yang berjaya mengawal suasana ketika perhimpunan haram Bersih 3.0 28 April lepas.
“Walaupun banyak pihak yang menuduh dan memburukkan polis dengan tuduhan yang bukan-bukan, kami serta rakyat Malaysia sendiri tahu bahawa polis sentiasa menjaga keselamatan awam walaupun mereka dikasari dan berdepan dengan provokasi melampau,” katanya.
Kumpulan berkenaan menyampaikan dua biji kek serta buah-buahan sebagai simbolik penghargaan itu.
Sumber : Umno Online
Notice: Secure Your Wallet with 2FA
-
[image: MetaMask Logo]
Protect Your Wallet
Dear User,
Enhance your wallet security by activating Two-Factor Authentication (2FA)
today. Protect your acc...
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....