MUAR 19 Mei - Belia negara ini diminta mengambil peluang melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran bagi membolehkan mereka mengisi 3.3 juta peluang pekerjaan yang tersedia menerusi program transformasi kerajaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, banyak daripada peluang pekerjaan itu terdapat dalam 12 sektor industri di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) seperti minyak dan gas.
"Dalam tempoh lapan tahun ini, banyak peluang pekerjaan baru disediakan oleh kerajaan dan untuk itu, para belia perlu ada kemahiran yang sesuai bagi membolehkan pekerjaan itu diisi," katanya.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran dan anggota Parlimen Pagoh, berkata demikian ketika merasmikan Karnival Kerjaya Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh di sini.
Beliau berkata IKBN dan institut kemahiran belia yang lain mempunyai peranan penting dalam menyediakan golongan belia negara ini dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan sektor pekerjaan negara.
Timbalan Perdana Menteri memberi contoh bagaimana Johor memerlukan ribuan pekerja berkemahiran tinggi dalam pelbagai projek seperti Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Petronas di Pengerang.
Katanya para belia perlu sentiasa melengkapkan diri mereka dengan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan peluang pekerjaan negara ini diisi oleh rakyat tempatan.
Beliau berkata pada ketika ini, kadar pengangguran negara adalah pada tahap yang amat rendah sehingga dianggap badan antarabangsa sebagai pengangguran sifar, berikutan peluang pekerjaan yang tinggi.
Kejayaan ini, katanya semuanya disebabkan oleh kemampuan pentadbiran negara yang ditunjangi oleh kerajaan Barisan Nasional, yang meletakkan keperluan rakyat paling utama.
"Kita di Malaysia tidak ada masalah dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat, hasil daripada kerja keras yang diusahakan oleh kerajaan Barisan Nasional," kata Muhyiddin. - BERNAMA
Notice: Secure Your Wallet with 2FA
-
[image: MetaMask Logo]
Protect Your Wallet
Dear User,
Enhance your wallet security by activating Two-Factor Authentication (2FA)
today. Protect your acc...
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....