Kementerian Belia dan Sukan (KBS) cukup sinonim dengan orang muda. Sebut sahaja pasal belia, orang muda, remaja, pasti dikaitkan dengan KBS. Begitu juga dengan sukan, pasti mempunyai perkaitan yang amat rapat dengan belia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa yang dimaklumkan kepada Sangkakala, Bajet tersebut dihantar ke kementerian lain yang tidak ada kena mengena dengan Belia.
Baca lagi di sini Pendedahan Sangkakala
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Generasi muda pemimpin masa depan. Dalam usaha itu, kerajaan mahu mengajak generasi muda berbincang. Kita mahu dengar apa kehendak mereka kerana kita tahu generasi muda masa kini adalah generasi yang bijak.
"Ini sejajar dengan kenyataan YAB Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa kerajaan tahu segala-galanya sudah berlalu. Sebab itu kita mahu dengar suara generasi muda," katanya.
Jadi, perkara seperti ini perlu dilihat dengan mendalam. Di mana lompangnya? Adakah KBS sudah tidak relevan kepada golongan muda sehingga peruntukan yang sepatutnya disalurkan ke kementerian itu "terpaksa" ditadbir uruskan oleh kementerian lain???
Fikir-fikirkan...
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....