Notice: Secure Your Wallet with 2FA
-
[image: MetaMask Logo]
Protect Your Wallet
Dear User,
Enhance your wallet security by activating Two-Factor Authentication (2FA)
today. Protect your acc...
Browse » Home » » KBS SAMAN MAHFUZ?
KBS SAMAN MAHFUZ?
MUAR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan dakwaan Datuk Mahfuz Omar bahawa Kementerian Belia dan Sukan membiayai lebih 2,000 siri ceramah bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, adalah satu fitnah dan terserah kepadanya jika mahu saman Naib Presiden Pas itu. “Ini satu fitnah, sebagai orang Islam usahlah buat dosa kering dengan membuat tuduhan sedemikian.
“Pas perlu tahu Hasan bertindak seperti ini kerana dia ada keupayaannya dan mempunyai semangat yang kuat untuk menyebar luas konflik yang berlaku dalam Pas,” kata Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno ini pada sidang media selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 500 penerima di kawasan Pagoh dan Jorak di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pagoh dekat sini, hari ini.
Beliau berkata, Pas kini menjadi seperti ‘cacing kepanasan’ dan oleh itu, setiap masalah yang berlaku pasti akan dikaitkan dengan Umno. Menurutnya, beliau sudah mendengar sendiri kenyataan daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan nyata dakwaan tersebut tidak benar.
“Pas biasa buat kerja macam itu, apabila parti ini berhadapan dengan masalah pasti akan menuduh Umno. “Sekarang Pas berhadapan masalah kerana Hasan menjelajah seluruh negara dan membawa cerita sebenar apa yang dia (Hasan) tahu yang sedang berlaku dalam Pas,” katanya. Tegas beliau, Pas perlu menghadapinya kerana ini adalah masalah mereka dan tidak perlu menuduh Umno.
Ketika ditanya sama ada tindakan undang-undang akan diambil ke atas Mahfuz, Muhyiddin berkata, beliau menyerahkannya kepada kementerian berkenaan jika mereka menganggap dakwaan tersebut sebagai satu fitnah.
“Tetapi saya hendak beritahu bahawa Pas harus tanggung masalah mereka sendiri dan jangan libatkan pihak lain dengan cara melemparkan tuduhan yang tidak berasas. “Pas juga tidak mahu melihat kelemahan diri sendiri, tidak lihat kekacauan dan kepincangan dalaman parti. Jadi apabila berhadapan dengan kepincangan ini mereka akan mencari ‘kambing hitam’ dan Umno menjadi sasarannya,” katanya. – Sinar Harian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hati hati bila bagi kenyataan, nanti kerana pulut santan binasa kerana mulut hidup sengsara . . . .
BalasPadam