Nuffnang

SOKONG NETIZEN : Apa Hak Afdlin Shauki Tegur Promo Qu Puteh?


Apa hak selebriti Afdlin Shauki menegur Datuk Vida yang menaja pasukan bola sepak Kelantan apabila pemain-pemain diarah melakukan aksi meletak ‘jari di pipi’ sebagai ‘trademark’.

Katanya, syarikat kosmetik itu boleh menaja pasukan bola sepak tetapi tidak perlu sampai menyuruh pemain-pemain melakukan aksi itu.

Meletak jari di pipi sambil menyebut ‘Qu Puteh, barulah puteh’ menjadi ‘tagline’ pemilik syarikat itu, Datuk Hasmida Othman atau lebih popular Datuk Vida.

Afdlin berkata, sebagai peminat bola sepak, dia tidak boleh terima apabila penaja boleh mengubah budaya dan integriti sesebuah pasukan.

“Mintak maaf. Saya peminat tegar bolasepak di dalam dan di luar negara…. Tapi saya tak boleh terima keadaan apabila sponsor boleh dictate dan mengubah Budaya dan Integriti sesebuah pasukan itu… Atau mungkin saya yg salah dan terlalu romantis dan terlalu ingin menidakkan yg sesiapa saja dan apa saja boleh dibeli dgn wang sekarang. Nak sponsor -sponsor jelah jgnlah sampai suruh pemain pun buat sign kat pipi tu…. Adehhhhh,” tulisnya di Facebook.

Teguran Afdlin itu bagaimanapun mendapat bantahan malah diselar pengguna laman sosial yang berpendapat, sebagai penaja Datuk Vida dan Qu Puteh berhak membuat permintaan itu.

“Her money, her terms. Pink is just a color, that sign is her trademark. Asalkan dia tak masuk campur cara melatih pemain pada saya xde masalah,” tulis Shafeeza Selong.

“Abg afdlin ada sponsor mana-mana team dlm liga super ka? Kalo takde bagus abg diam jer.. Sebab walaupun datuk vida macam tu tapi niat dia bagus nak majukan bolasepak negara kita.. Kami pun sokong team luar tapi semangat kesukanan kami pada negeri sendiri masih tinggi.. Kalau setakat nak buat program parody tu langsung tak bawa sebarang makna pun abg.. Rugi lagi bila tengak program abg tu..nak kena undi lagi.. Buang duit jer..,” komen Kelly Albert.

Qu Puteh menaja pasukan Kelantan sebanyak RM16 juta untuk mengharungi Liga Super musim ini dengan beberapa syarat termasuk mengecat Stadium Muhamad IV dengan warna merah jambu dan menukar nama pasukan kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.
Share this article

1 Komen:

  1. Dari dulu sampai sekarang....aku tak nampak pun apa "bakat" Afdlin Shauki.
    Seriously..NO TALENT. Nak harapkan lawak bodoh...pinjam dan curi idea orang lain....
    Nasib baik aku tak buang masa layan lawak atau produksi "artis" macam Afdlin Shauki.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top