Nuffnang

WANITA RAMAI MENGHUNI NERAKA???

Mungkin ramai golongan wanita tidak senang bila membaca tajuk di atas. Tetapi itulah realiti. Memang itulah kenyataannya kerana Rasulullah saw tidak pernah berdusta. Hadis nabi saw bertaraf sahih menjelaskan perkara ini. Iaitu Hadis riwayat imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw bersabda: “Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah golongan wanita.


Sekiranya anda seorang perempuan, anda tidak perlu risau. Ramai tidak bermaksud tidak berpeluang langsung untuk masuk syurga. Hadis ini hanya menerangkan majoriti penghuni neraka, bukan tiada langsung golongan lelaki. Oleh itu berusahalah agar anda menjadi golongan yang berhak menghuni syurga.

 Apakah sebab?

Persoalannya apakah sebab ramai wanita jadi penghuni neraka? Rasulullah saw ada bersabda dalam beberapa hadis yang menyatakan punca-punca permasalahan ini. Antara penyebab-penyebabnya ialah :

1. Tidak bersyukur dan tidak menghargai kebaikan suami

Dalam sebuah kisah ketika Rasulullah saw dan para sahabatnya melakukan solat gerhana, Rasulullah Saw melihat Syurga dan neraka.

Ketika beliau melihat neraka beliau bersabda kepada para sahabatnya , “ … dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita. Shahabat pun bertanya, “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Beliau saw menjawab, “Kerana kekufuran mereka.”

Kemudian ditanya lagi, “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Beliau menjawab, “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata, ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” ( Imam al-Bukhari)


2. Mendedahkan aurat



Dalam hadis lainnya, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam menjelaskan tentang wanita penduduk neraka, beliau bersabda, “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bonggol unta. Mereka tidak masuk Surga dan tidak mendapatkan wangian syurga padahal wangiannya dapat dihidu dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Imam Muslim)


Jalan Penyelesaian

1. Untuk selamatkan diri dari tergolong dalam penghuni neraka maka anda (para isteri) hendaklah berusaha untuk mengenang jasa dan berterima kasih terhadap kebaikan suami. Taatilah mereka dan bersyukurlah dengan apa yang ada. Jangan menafikan beribu kebaikan suami hanya kerana satu kekurangan yang ada pada dirinya.


2. Tutuplah aurat dengan sempurna. Jangan jadi seperti dalam hadis, ‘berpakaian tetapi bertelanjang’. Pada hari ini ramai yang menutup kepala tetapi memakai pakaian yang nipis, ketat sehingga menampakan susuk tubuh dan macam-macam lagi fesyen yang tidak memenuhi konsep menutup aurat yang sebenar.

3. Jaga solat, puasa dan kehormatan diri.

Terdapat satu hadis yang menerangkan berita baik bagi wanita iaitu hadis yang bermaksud :

“Perempuan apabila solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka masuklah dia akan syurga mana-mana pintu yang dikehendakinya.”( Ibn Hibban,disahihkan oleh al-Albaniy)

4. Perbanyakkan bersedekah
Ini berdasarkan hadis yang bermaksud :

Ketika beliau selesai khutbah hari raya yang menyuruh untuk bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan anjuran untuk mentaati-Nya. Beliau pun bangkit mendatangi kaum wanita, beliau menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian beliau bersabda, “Hendaklah kamu bersedekah! Kerana kebanyakan kamu adalah kayu bakar neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia bertanya, “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Kerana kamu banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami!” (Imam al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain baginda saw bersabda :

Selamatkanlah diri kamu dari neraka walaupun hanya ( bersedekah) dengan secebis kurma. (Imam al-Bukhari)

Semoga kita semua dirahmati oleh Allah dan ditempatkan di syurgaNya di akhirat kelak.
 
http://pbasmkps.blogspot.com/2010/12/kenapa-golongan-wanita-ramai-menghuni.html
 
read more...

Cover Page Majalah Glam Jan 2012 : Datuk Siti Nurhaliza



Sudah sekian lama tidak menghiasi muka depan majalah fesyen dan gaya hidup Glam, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza membenarkan dirinya menjadi tarikan untuk isu Januari 2012.

Jauh berbeza daripada daripada biasa, majalah Glam telah berkongsi kegembiraan bersama portal murai.com.my bercerita perihal selera fesyen mustika hati kegemaran ramai itu tanpa melanggar prinsip fesyen peribadinya.

Empat visual terkini Datuk Siti dirakamkan menjadi tatapan semua bagi menghiasi 12 halaman muka surat majalah Glam, bersandarkan tema ikon muzik terkenal, Madonna.

Datuk Siti menjelma menjadi Madonna, sebagaimana album terhebat diva antarabangsa berkenaan, Material Girl, diikuti inspirasi dari album Rain dan juga berubah sebagai wanita Jepun seperti yang pernah dilihat menerusi klip videp Nothing Really Metters.

Siapa sangka, dalam pada Datuk Siti sering ke hulu ke hilir dengan gaya scarf, penyanyi All Your Love itu berubah menjadi karektor Mickey Mouse seperti yang pernah tercerna menerusi potret ikonik rakaman jurugambar hebat, Herb Ritts.

Pengarang atau Editor Glam, Suzie Adnan menulis kepada kepada portal murai.com.my, bahawa Datuk Siti amat menitik beratkan imejnya yang berselendang dan bergaya mengikut kesesuaian majlis.
Baca seterusnya : http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=11091&c=30&s=152
read more...

Blast Of Youth Sempena Malam Ambang Tahun Baru 2012 @ Putrajaya

Mini Hari Belia ini akan berlangsung selama 3 hari bermula dari 30 haribulan Disember 2011 hingga 1 Januari 2012. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan antaranya, Vyrec Cyber Game, Pameran dan Jualan,dan konsert malam ambang tahun baru 2012 bersama-sama 20 orang artis tempatan .Karnival ini akan diadakan bertempat di Laman 1Malaysia Presint 2 Putrajaya. Berikut adalah tentatif dan rujukan mengenai program:

http://vyrec.com/mari-sertai-the-blast-of-youth-ambang-tahun-baru-2012-putrajaya/
read more...

IQA MENTOR "KEBASAHAN"

Apa nak jadi!!!!


Selepas sehari berlangsungnya Media Hiburan Splash Party, peminat setia hiburan tanah air dikejutkan dengan berita sebuah laman web hiburan yang menyiarkan gambar 'basah' Iqa Mentor.

Gambar ini mencetuskan pelbagai reaksi negatif daripada peminat-peminatnya. Lantas wartawan Media Hiburan mendapat penjelasan daripada empunya diri berhubung perkara ini.

"Saya tidak sedar pakaian yang saya pakai menampakkan pakaian dalam. Mujur tak nampak 'benda' yang tak sepatutnya. Lagipun ia tak adalah seksi manapun kerana pakaian yang saya pakai sesuai dengan tempat dan tema parti ini berlangsung"

Gambar-gambar dan butiran lanjut di http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2011/12/artis-melayu-bangga-tunjuk-baju-dalam.html
read more...

RM 10 UNTUK DIMILIKI

Peluang memiliki topup RM 10 hanya dengan cara mudah. Tidak perlu membayar. Hanya masa anda sedikit sahaja. Layari : http://vyrec.com/to-up-rm-10-untuk-satu-survey-kajian-persepsi-rasuah-malaysia/
read more...

UiTM : 70% BELIA BERSAMA KERAJAAN

Dapatan awal satu kajian oleh seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) menunjukkan 70 peratus responden daripada golongan belia kini berasa lebih dekat dengan kerajaan berikutan langkah yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mendekati golongan itu.

Tinjauan terhadap belia melalui kajian yang dijalankan sejak 2010, berpendapat mereka menyambut baik penggunaan media sosial interaktif oleh Najib yang membolehkan golongan ini menghubungi Perdana Menteri secara langsung untuk memberi pendapat, idea dan juga kritikan mengenai pelbagai isu.

“Hasil kajian saya mendapati 70 peratus belia menyokong kerajaan kerana mereka seronok dan suka dengan pendekatan yang dilakukan kerajaan menerusi program-program yang dirangka.
“Itu adalah kuncinya untuk kerajaan mendekatkan diri dengan belia,” kata pensyarah Sains politik di UiTM (Universiti Teknologi Mara) Dungun (Terengganu), Che Hamdan Mohamed Razali kepada Bernama baru-baru ini.

Selain pendekatan melalui media sosial, katanya responden yang terdiri daripada golongan berusia antara 18 dan 40 tahun serta daripada pelbagai bidang pekerjaan termasuk pelajar, profesional hingga nelayan dan petani, berpendapat kerajaan pimpinan Najib juga kini lebih terbuka.

Rata-rata responden mengakui sedar akan inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) yang semakin banyak melibatkan belia dan kepentingan mereka dalam merangka sesuatu program seperti rumah mampu milik untuk belia baru bekerja, bantuan kepada usahawan muda dan kemudahan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Mereka menghargai sekecil-kecil usaha seperti Perdana Menteri duduk bersila bersama belia di jalan raya untuk menonton siaran langsung perlawanan bola sepak, menganjurkan banyak kegiatan seperti futsal dan rancangan membina satu gelanggan futsal bagi setiap mukim.

Jadi adalah tidak benar jika dikatakan golongan belia suka menentang kerajaan dan ‘anti-kerajaan’ seperti yang cuba ditonjolkan pembangkang yang membawa belia ke jalan raya untuk berdemonstrasi dan bertindak tidak hormat terhadap pemimpin?

“Adalah menjadi sifat segelintir belia suka memberontak. Dapatan awal saya ialah belia ini bukanlah ‘anti-kerajaan’ seperti didakwa banyak pihak. Mereka cuma berjauh hati jika berasa dipinggirkan. Jika kerajaan memberi perhatian, mereka ini akan menyokong kerajaan,” katanya.
Beliau berpendapat kerajaan perlu agresif memberikan penjelasan mengenai sesuatu perkara sekiranya tidak mahu golongan belia terus diracuni dengan maklumat dan fakta yang salah oleh pihak tertentu yang berkepentingan politik yang cuba menonjolkan golongan belia menyokong mereka.

Che Hamdan bagaimanapun belum bersedia memberikan perincian lanjut dapatan kajian itu atas alasan bahawa ia masih terus dijalankan dan akan hanya diumumkan sepenuhnya setelah selesai.
Rumusan awal beliau ialah belia tidak akan menggadai masa depan mereka semata-mata kerana janji-janji manis, sebaliknya mereka lebih bersedia bersama-sama bergelumang dan berusaha dengan kerajaan yang sudah terbukti mempunyai perancangan yang baik untuk masa depan mereka, malah mempunyai rekod yang terbukti.

Sementara itu, naib pesiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Datuk Irmohizam Ibrahim berkata kerajaan tidak pernah meminggirkan golongan belia dalam apa jua aspek termasuk Belanjawan 2012, malah menghargai dan terbuka menerima sebarang pandangan serta kritikan belia kepada kerajaan.

“Kerajaan telah melakukan yang terbaik dengan merancang pelbagai usaha untuk mendekatkan golongan belia dengan kerajaan. Jadi dakwaan mengatakan golongan belia anti kerajaan adalah tidak benar, cuma segelintir sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Selain mengiktiraf golongan belia dalam Belanjawan 2012, kerajaan juga sedia melakukan pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Mengenai penglibatan mahasiswa dalam politik negara, dan terbaru Perdana Menteri mengibaratkan golongan muda sebagai wira unggul yang mempunyai kuasa menjadikan program transformasi negara sebagai satu realiti.

Mengakui bahawa suara golongan muda mantap, Najib pada 12 Dis lepas berkata kerajaan sentiasa terbuka kepada pandangan dan idea golongan belia dan juga kritikan mereka supaya setiap program transformasi yang dirancang akan berjaya dengan penglibatan mereka.

Irmohizam yang juga pensyarah di Fakulti Undang-Undang UiTM Shah Alam berkata hasil pemerhatiannya juga, ramai belia atas pagar kini menyukai kerajaan BN dan berterima kasih atas usaha-usaha kerajaan untuk melibatkan mereka dalam banyak isu dan projek.

Dalam pada itu, beliau mengakui memang terdapat usaha-usaha pihak tertentu yang cuba menghasut golongan belia di universiti supaya membenci kerajaan hanya untuk kepentingan politik dan keghairahan merebut kuasa pemerintahan.

“Namun, belia yang terdedah kepada pelbagai maklumat tidak mudah menerima semuanya bulat-bulat tanpa memeriksa kebenarannya. Begitu juga dengan janji-janji pembangkang, yang kami sedari sepenuhnya hanya gimik untuk meraih undi tanpa sebarang langkah konkrit diatur untuk belia seperti yang sudah dilaksanakan kerajaan BN sekarang,” katanya.

-  Bernama
read more...

AKTIVITI BELIA OLEH BELIA UNTUK BELIA DI PUSAT MARITIM PUTRAJAYA

Kepada belia-belia yang meminati aktiviti extreme dan Performance Art anda dijemput beramai-ramai ke karnival Youth Act 11.1 pada 25 Disember 2011 ini. Youth Act adalah program dibawah MyParc diamana ianya adalah salah satu inisiatif daripada Makmal Transformasi Pembangunan Belia (Gen Y Lab).




Pada tarikh tersebut juga akan diadalam pelancaran MyParc. MyParc adalah singkatan daripada Malaysian Youth Performance Art and Recreation Center dimana ianya adalah salah satu platform untuk belia-belia yang mempunyai bakat didalam sukan Extreme dan bidang Performance Art untuk menguji bakat mereka. Oleh itu jangan lupa untuk menyertai MyParc di Pusat Maritime Precint 5 Putrajaya, pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti: Persembahan Parkour, BMX demonstration, Inline Skating competition dan Youth Band performance.

Kepada belia-belia yang tidak mempunyai aktiviti esok luangkanlah masa cuti anda untuk menyertai aktiviti sihat bersama MyParc. Dan epada mereka yang berdekatan dengan Putrajaya jangan lepaskan peluang ini mari sama-sama kami memeriahkan program ini.

Sumber : http://vyrec.com/jom-sertai-youth-act-11-1-maritime-center-putrajaya/
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top