Nuffnang

CINTA FB MEMBAWA KECELAKAAN!!!



Orang dah kata. Dalam dunia alam maya ni semua benda tak boleh nak percaya. Semua benda kena pakai akal dan fikiran jugak. Jangan main ikut sedap hati je. Macam - macam benda orang boleh buat dalam dunia siber ni. Bab menipu tu, tok sah cerita la. Bab mencuri dan merompak pun boleh berlaku.

Cerita bab menipu ni, sebab melalui laman media sosial jugak la yang Pakatan guna untuk menyebarkan berita mengenai kejadian 'Blackout' tempoh hari.

Habis satu Malaysia diorang kompang cerita kononnya kejadian tu berlaku untuk memenangkan calon BN. Walhal orang buat cerita tu pun tak tau cerita sebenar.

read more...

BLACKOUT 505 : JANGAN HARAP PIHAK KESELAMATAN "BERLEMBUT" LAGI!!






Esok…sekali lagi pembangkang akan berhimpun secara haram di ibu negara…entah kali keberapa dalam dua tiga tahun ini dan seperti biasa ia dibuat dalam keadaan yang sengaja mencari pasal dengan kerajaan.

Motif: Nak menampakkan kononnya kerajan zalim sedangkan hakikatnya perhimpunan itu memang tidak mematuhi syarat perhimpunan aman yang ditetapkan.

Kali ini ia dirancang untuk dibuat di Padang Merbuk, Kuala Lumpur atas alasan yang entah apa-apa tetapi dengan satu tujuan yang nyata iaitu mahu kuasa politik dengan cara kotor.

read more...

CABUL!!! PELAKON BARU NEKAD SAMAN PENGARAH!!!



Secara peribadi, penulis kenal sangat dengan pengarah yang diperkatakan itu. Malah penulis pernah berkawan, bekerja dan sakit hati dengan pengarah tersebut. Tidak sahaja mengenalinya, bahkan mengenali anak-anak dan isterinya.

Tak payahlah dipanjang-panjang bab kenal-mengenal nih...

Dalam isu Anwar Ibrahim dengan Saiful Bukhari Azlan, para pecacai mempersoalkan perbezaan usia Anwar Ibrahim dengan mangsa mereka. Kata para pecacai, takkanlah orang muda seperti Saiful tidak boleh melawan, melainkan apa yang berlaku adalah bersifat SUKA SAMA SUKA.

read more...

VIDEO : SEMUANYA SALAH UMNO - LIM GUAN ENG MALU SENDIRI




Ini kenyataan paling baghal dari Ketua Menteri Pulau Pinang, Joseph Lim Guan Eng. Ketua Menteri Pulau Pinang, dalam video di atas, kononnya berasa kesal kerana tidak dapat buka semula Jalan Macalister yang telah disiapkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) kerana kerja-kerja dijalankan di Menara UMNO yang mungkin membahayakan orang ramai. 

Dari awal sehingga akhir video berkenaan, beliau asyik menyalahkan UMNO. UMNO buat kacau. UMNO susahkan Rakyat. UMNO tidak bertanggungjawab. UMNO tak siap.

read more...

VIDEO : PANASS!! SHAH JASZLE PELAKON VIDEO LUCAH?




Minggu ini sahaja cerita pasal Shah Jaszle dan kisah pertunangannya. Semuanya bermula dengan kes tangkap khalwat beliau dengan seorang wanita.

Kisahnya nampak seperti semakin reda, tiba-tiba teman khalwat beliau mula buka mulut kerana sikap Shah Jaszle yang mengambil sikap lepas tangan. Bertambah serabut apabila ibu bapa kepada tunangnya mula masuk campur berkenaan status pertunangan mereka.

Beberapa snapshot dari video yang kami fikirkan agak panas dan kurang sesuai ditonton disetiap peringkat umur. Videonya di bawah sekali ya!


read more...

EMAIL : REALITI CINA KINI - LUAHAN USAHAWAN MELAYU PENANG!!

read more...

MUKTAMAD!! OPERASI APUNG BOT "KAWAN MAS" DIHENTIKAN!!



SIBU: Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang dikhuatiri masih terperangkap di dalam bot ekspres 'Kawan Mas' yang karam di Belaga pada 28 Mei lalu dan kerja mengapungkan bot itu dihentikan berkuat kuasa hari ini, iaitu 24 hari selepas tragedi.

Mengumumkan perkara itu, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perbincangan dan mempertimbangkan maklum balas diperoleh daripada jawatankuasa khas yang dipengerusikan beliau sendiri.

"Keputusan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat khas bencana yang diadakan di Bilik Gerakan Negeri Sarawak petang semalam," katanya.

read more...

SEMPORNA : TRAGEDI BERDARAH 1954 BUAT PDRM



Hari itu, 29 April, 1954, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah ada yang dicabul kehormatan, dirogol dan diperkosa.

Tarikh hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya entah dari mana.

Pekan Semporna yang terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman dan damai. Petang itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu.
read more...

KETAKSUBAN NIK ABDUH PADA #505 SEMAKIN PARAH. LIHAT NI!!!

Makin lama Sangkakala lihat semakin jauh sesatnya puak PAS ni, Sangkakala terbaca tweet daripada Nik Abduh yang merupakan anak Mursyidul Am PAS yang mengatakan Allah SWT sebagai Presiden beliau.





Takkan kerana terlalu taksub sampai sanggup menyamakan Allah dengan Presiden kerana kalau mengikut apa yang Sangkakala tau, Presiden adalah lantikan manusia kepada manusia dan sama juga seperti Presiden PAS yang dipilih oleh pengikut.

Tapi tak tau le pulak kalau dalam fahaman PAS, Allah itu dilantik oleh manusia sebagai Tuhan.

Dan pernah juga satu ketika dulu Nik Abduh mengatakan bahawa Allah mengarahkan PAS untuk menjadi pemerintah di dalam negara dan oleh itu mereka (PAS) perlu berjuang ke arah itu.

read more...

TERHARU!! KISAH KANAK-KANAK "LUARBIASA" MENGGEMPARKAN CHINA




Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.

Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.

Sejak dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin.
read more...

APA NAK JADI!!! PELATIH PLKN LAHIR BAYI DI PUSAT LATIHAN

MUAR - Seorang pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sri Ledang, Jementah, Segamat melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut hari ini.

Pengurusan kem tersebut yang menyedari remaja berkenaan melahirkan bayi dalam tandas pada kira-kira pukul 3 pagi segera mengejarkan ibu berusia 18 tahun itu bersama bayi seberat 2.7 kilogram ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.




Gambar : Antara Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN),


read more...

DIKEMASKINI : GAMBAR2 TRAGEDI KEBAKARAN DI SIBU




SIBU - Lebih 600 orang tinggal sehelai sepinggang apabila lebih 100 buah rumah di Kampung Datuk, antara perkampungan Melayu tertua di Sarawak, di sini musnah dalam kebakaran besar hari ini.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu, Mutalib Jaafar berkata kebakaran itu berlaku pada kira-kira pukul 4 petang dan 47 anggota dari dua balai di sini dan Kanowit berjaya mengawal kebakaran lima jam kemudian.

"Sehingga kini kita belum menerima sebarang laporan kemalangan jiwa dan kita akan meneruskan siasatan berkenaan punca kebakaran ini," katanya semasa dihubungi Bernama.

Lagi gambar-gambar kejadian...
read more...

TRAGEDI!! 3 CEDERA KERETAPI REMPUH KERETA DI SABAH - Gambar



KOTA KINABALU: Tiga pelancong Hong Kong cedera manakala seorang lagi terselamat apabila kereta yang mereka naiki dirempuh kereta api di Jalan Lintas berhampiran jejambat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 5.35 petang itu, kereta sewa jenis Hyundai yang dinaiki oleh empat pelancong termasuk dua wanita dipercayai gagal berhenti di lintasan kereta api di persimpangan ke KKIA.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata kesemua mangsa yang cedera itu dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

Lagi Gambar-gambar kejadian...

read more...

MESTI BACA!!! PASCA PRU 13 : 10 KEGAGALAN NAJIB RAZAK!!!



Daripada tahun 1999 hingga kini Umno dah tukar tiga presiden. PKR masih lagi dengan presiden yang sama. Anwar pula sampai ke hari ini pegang jawatan yang tidak dipertandingkan. Tambah lagi anak pula jadi naib presiden. Tidak ada parti politik dalam dunia yang sebangang PKR dimana dari ayah sampai ke anak pegang jawatan utama dalam parti. Jadi tak usahlah PKR nak mencerca atau kritik Umno. Kami jauh lebih baik dari kamu untuk uruskan parti kami. 

Kalau ada yang kata Najib lah yang menjadi punca utama BN gagal mendapat keputusan yang baik dalam PRU 13, saya rasa itu ada juga kebenarannya. Kenapa ?

read more...

NEKAD!! 5 PENYAMUN REMPOH KERETA PERONDA SEBABKAN ANGGOTA CEDERA



Hulu Selangor – Seorang anggota polis cedera selepas kereta peronda dipandunya dirempuh sebuah kereta dinaiki lima penjenayah, petang kelmarin.

Mangsa berpangkat Lans Koperal berusia 30-an yang juga anggota unit peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, di sini, mengalami kecederaan di jari kelingking kiri dan lutut kanan akibat rempuhan itu.

read more...

MUTAKHIR : TRAGEDI 40 RUMAH DI KAMPUNG HILIR, SIBU TERBAKAR! GAMBAR


Satu kebakaran besar memusnahkan sekurang-kurangnya empat puluh buah rumah kayu didiami kominiti Melayu di Kampung Hilir, Sibu, Sarawak lebih kurang jam 4 petang tadi.

Menurut sumber di tempat kejadian, setakat ni, tiada laporan kecederaan atau kehilangan nyawa yang di laporkan. Punca kebakaran masih belum diketahui.

LAGI GAMBAR-GAMBAR TRAGEDI..
read more...

VIDEO : APA KES NI? PEMIMPIN UMUM MATI SYAHID DI BLACKOUT 505!!!



Makin bercelaru dan keliru BB dibuatnya. Ya Allah! Perwira kita yang terkorban di Lahad Datu pun mereka pertikaikan status Syahidnya, ini dengan yakin pulak dia kata siapa yang meninggal dunia di perhimpunan Blackout 505 yang akan dianjurkan PR di Padang Merbok sebagai SYAHID.

Allahu Akhbar!!!

Rosak..rosak..dah makin meracau mamat ni...dia kalah di Putrajaya, tapi menang di Salor, Kelantan...lepas tu tak mau datang Dewan Undangan Negeri Kelantan atas sebab-sebab tak dapat dielakkan..

Tau tau dia buat video "panas"

Tengok video kat bawah ni..

read more...

VIDEO : PANASSSSS!! PERGADUHAN INDIA DAN MELAYU AKIBAT SALAH FAHAM!!

Panass.....

Pergaduhan Antara Pemuda India dan Melayu Akibat Salah Faham?

Peristiwa yang berlaku di tepi jalan ini sempat dirakam oleh individu yang kebetulan melintasi lokasi kejadian dan merakamkannya menggunakan telefon bimbit beliau. Antara kejadian yang sempat dirakamkan tersebut ialah seorang pemuda India yang menghayunkan helmet beliau kepada pemuda Melayu yang sedang melihat enjin keretanya. (mungkin rosak).

Apa sebenarnya yang berlaku? Mari kita lihat video ini yang memaparkan realiti sebenar masyarakat kita pada hari ini...







BB : KEPADA SEMUA PEMBACA TERMASUK BB SENDIRI, BERHATI-HATILAH DALAM KITA MENGHEBAHKAN SESUATU PERKARA ATAU BERITA YANG TIDAK PASTI KESAHIHANNYA DEMI MENJAGA KEAMANAN SERTA KEHARMONIAN YANG KITA MILIKI SEKARANG.
read more...

TERKINI: LAHAD DATU DISERANG 400 TENTERA SULU - AKHBAR FILIPINA KANTOI MENIPU!!!




Fresh clash breaks out between Malaysia, Sultan followers
By Mike Frialde (philstar.com) | Updated June 18, 2013 - 3:50pm


KOTA KINABALU: Malaysia menyangkal dakwaan media Filipina mengenai berlaku pertempuran di antara pasukan keselamatan dengan kira-kira 400 tentera Sulu di daerah Lahad Datu.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom), Datuk Mohamad Mantek memberitahu The Star pada selasa bahawa dakwaan berlaku pertempuran itu adalah tidak masuk akal.

"Tiada insiden seperti itu berlaku.
read more...

SIASAT SEGERA!! BUKA TUDUNG SYARAT TERIMA JURURAWAT DI PAHANG!!

KUANTAN -- Kerajaan negeri Pahang akan menyiasat dakwaan kononnya mereka yang ditemuduga untuk jawatan jururawat di sebuah hospital di Kuantan dipaksa menanggalkan tudung sekiranya mahu diterima bekerja.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata Selasa, perkara berkenaan (menanggalkan tudung) tidak pernah dijadikan syarat oleh mana-mana majikan di negeri ini sebelum ini.



Gambar Hiasan


"Perkara itu perlu dikaji dari banyak sudut termasuk dari segi kesahihan laporan berkenaan.

read more...

LAHAD DATU : Pencerobohan Tiada Kaitan Dengan Tuntutan Sultan Sulu!!



KOTA KINABALU -- Pencerobohan di Lahad Datu tidak ada kaitan dengan tuntutan 'Sultan Sulu' tetapi adalah tindakan pengganas yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara khususnya di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Sabah, tegas beliau, adalah sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat dalam Malaysia.

Sambil merujuk buku bertajuk 'Putting to Rest the Claim to Sabah by Self-proclaimed Sultanate of Sulu', beliau berkata Peguam Negara Malaysia menyatakan status negeri Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia yang sah adalah berdasarkan dua asas utama.

read more...

BERAT!! KONFLIK KUBUR SWASTA vs RIZAB TANAH MELAYU DI KEDAH!!



Kewujudan tanah perkuburan swasta di tengah-tengah perkampungan Melayu dan di atas tanah rezab Melayu di Sungai Kob, Karangan kekal menjadi perkara yang cukup menyakitkan hati. Pada zaman pentadbiran PAS lalu, syarikat pemaju tersebut yang turut mencerobohi tanah orang kampung bagi pembinaan jalan ke tanah perkuburan berkenaan selain menghalang pemiliknya daripada mengambil tindakan terhadap mereka, begitu besar kepala dan begitu kebal daripada sebarang tindakan undang-undang. 

Sudah ada kes pertumpahan darah membabitkan tanah perkuburan swasta berkenaan. Orang kampung yang berusaha mempertahankan hak mereka, akhirnya dipersalahkan, terutama apabila terdapat konco-konco syarikat pemaju tersebut yang bertindak sebagai gunting dalam lipatan terutama dengan kepiah putih di atas kepala dan keahlian mereka dalam PAS.

read more...

RUMAH URUT IKUT JANTINA? APA HAL LAK YB!!




Ramai yang pasti tersenyum sinis dengan kenyataan yang dicadangkan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim untuk mewujudkan rumuh urut mengikut jantina bagi tujuan mengelakkan berlakunya kegiatan maksiat di Selangor.

“Saya ada idea ini… untuk adakan rumah urut (sama jantina) sahaja. (Jika) kamu mohon pusat urut untuk lelaki, seluruh kawasan itu akan dizonkan sebagai zon lelaki. Tiada wanita dibenarkan, walaupun tukang cuci,” katanya.

read more...

PALSU : PENGGANAS SULU KEMBALI DI LAHAD DATU




SUBANG JAYA – Berita yang tersebar mengenai pencerobohan semula di Kampung Tandou, Lahad Datu oleh tentera kesultanan Suluk hanya khabar angin dan salah faham pihak tertentu di media sosial.

Berdasarkan sumber terbaru yang diterima dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), berita sebenar ialah mengenai kehilangan seorang budak perempuan di Kampung Tangian, Lahad Datu yang didakwa diculik oleh sekumpulan 12 individu.

Kumpulan berkenaan disahkan bukan penceroboh tentera Suluk seperti yang didakwa.
read more...

VIDEO : PELANCARAN MARKAS SYIAH DI KLANG!! JAIS DAN JAKIM DUDUK SAJE?

KEPADA SEMUA UMAT ISLAM TOLONG TONTON VIDEO INI DAN SEBARKAN !!!





Video Pendedahan Pelancaran Markas Syiah Melayu di Klang,Selangor - 2013 Video ini di telah diupload didalaman youtube oleh seorang pengikut SYIAH MELAYU dan pada tarikh 12 JUN 2013

SILA LIHAT APA YANG BERLAKU !!!








RENUNG-RENUNGKAN

- SUMBER
read more...

MERBAHAYA!!! Halimah Hussein DIBURU Polis



Polis bertindak menyerbu tujuh lokasi secara serentak di ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor awal pagi ini bagi mengesan seorang suri rumah, Halimah Hussein yang disyaki menganggotai kumpulan pengganas Tanzim Al- Qaeda Malaysia.

Serbuan itu bagaimanapun gagal menemukan Halimah, 52, yang menghilangkan diri setelah dilepas serta dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 20 Mei lalu.

Wanita terbabit sebelum ini pernah ditahan dan didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia bersama bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dan pembantu kafeteria, Muhammad Hilmi Hasim.
read more...

HORMATI HAK BELIA MASA KINI?




Apabila sebut belia mesti semua orang akan fikir orang muda yang usianya 20-an. Sebenarnya golongan belia adalah antara usia 15 tahun hingga 40 tahun. Namun pada tahun lepas Kementerian Belia Sukan (KBS) mencadangkan menetapkan had umur baru belia di Malaysia bermula 15 hingga 30 tahun berbanding sehingga 40 tahun sebelum ini. Penetapan ini dilakukan bagi menyesuaikan had usia belia di negara ini supaya lebih setanding dengan usia belia masyarakat antarabangsa.

Malah dengan penetapan terbaru ini dilihat sebagai satu inisiatif menunjukkan bahawa belia yang lebih muda berupaya berdiri setanding dalam memberi pendapat dan keputusan yang besar untuk negara. Perubahan ini adalah positif kerana memberi impak yang besar dengan perubahan keadaan sekeliling dan fenomena ini bukan saja berlaku di negara kita malah di luar negara. Belia belasan umur mampu berfikir diluar kotak dan mampu mencipta sesuatu yang lebih inovatif serta berfikiran kreatif.

read more...

VIDEO : KEMALANGAN NGERI PERODUA VIVA DI FEDERAL HIGHWAY RAGUT 3 NYAWA PELAJAR

Video Kemalangan Ngeri Perodua Viva Yang Meragut Nyawa Tiga Pelajar Di Federal Highway



SEMALAM tiga sahabat maut manakala seorang cedera selepas kereta yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Km 14.5 Lebuh Raya Persekutuan menghala Kuala Lumpur.

Insiden 5.30 pagi itu menyebabkan pemandu Perodua Viva, Adam Abdul Rahman yang berasal dari Muar, Johor dan dua rakannya, Ameer Asyraf Sulaiman (Jasin, Melaka) dan Nurul Maizura Maidan Dali (Labuan, Sabah) meninggal dunia di tempat kejadian.

read more...

PANAS!!! ANAK MUDA CINA TAK HORMAT MELAYU SEBAB RASUAH?

Musa dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia berkata apabila orang Melayu terlibat dalam rasuah, masyarakat Cina akan melihatnya sebagai satu bentuk pengkhianatan kerana menjual hak kepada orang lain. 

"Generasi muda Cina membenci rasuah. 



"Apabila orang Melayu rasuah, mereka mengganggap seperti menjual hak kepada orang lain dan akibatnya mereka tidak menghormati orang Melayu," kata Musa yang dipetik berkata dalam Utusan Malaysia di "Forum Rakyat: Melayu Islam Bersatu?" hujung minggu lalu. 

read more...

VIDEO : MASHA ALLAH!!! KEKEJAMAN KE ATAS WANITA SYRIA




Sungguh Tak Tertahan BB Melihat Penghinaan Serta Penyiksaan Ini.



Wanita Islam Syria Di Siksa Tentera Kafir Basyar Laknatullah

YA ALLAH YA TUHANKU, KAU LINDUNGILAH MEREKA INI YA ALLAH


read more...

OPS DAULAT : TEMBAKAN MERIAM PERTAMA

Semangat atasi rasa gentar



Pertempuran dengan jarak 300 meter selama 10 minit menjadi antara pengalaman paling berharga ketika ketika menyertai Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Biarpun gentar, namun Pegawai Pemerhati Hadapan, Rejimen Pertama Artileri Diraja (Para), Kapten Mohd Nor Azmi Mohamad tetap melaksanakan tugas digalas dalam membantu pasukan sahabat, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan itu.

read more...

TU DIA!! BLACKOUT 505 : 10 NGO MENGAKU TERTIPU!!


Sebelum ini, kumpulan yang dinamakan Suara Rakyat 505 yang diketuai oleh CheguBard dari SAMM telah dimalukan dan diperbodohkan oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang apabila gesaan mereka supaya majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24hb Jun ini tidak diendah oleh Pakatan Pembangkang.




Penjelasan beberapa pemimpin tertinggi pembangkang yang tidak akan memboikot majlis angkat sumpah telah menyebabkan kredibiliti Suara Rakyat 505 hancur dan tidak boleh dipercayai lagi kerana suara NGO-NGO itu sendiri tidak didengar oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang.

read more...

ANWAR JADI KETUA? LAIN KALILAH - ABIM



Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr Yusri Mohamad, apa yang berlaku, DAP seolah-olah sedang bermain dengan persepsi untuk membuktikan kononnya tidak wujud sebarang dominasi kaum di dalam gabungan pembangkang itu.

"DAP dilihat cuba bermain persepsi yang kononnya dalam Pakatan Rakyat tidak berlaku dominasi kaum Cina, walaupun jika kita lihat DAP adalah yang paling layak untuk menjadi ketua dalam Pakatan.
read more...

OPS RAMBO II : FINAL EPISODE (KISAH DARI VETERAN) VAT69 PERJUANGANSEMALAM

Part III: OPS RAMBO II - GHOST PROTOCOL





..... DRAGON yang baru sampai ke “SafeHouse” di berikan taklimat oleh Black Cat di atas semua maklumat yang telah di terima dari Echo dan pergerakan anggota “The Silent Killer’s”. DRAGON memaklumkan bahawa ada perubahan arahan penugasan daripada “Strike Out” kepada “Sniper Option”. Black Cat menerima arahan dan merancang strategi bersama semua anggota untuk melaksanakan arahan tersebut. Maka Team Sniper mula membuat perancangan cara untuk merapati kubu Rizal yang begitu tersusun ciri2 keselamatannya. TInjauan udara yang di buat dengan kerjasama Unit Udara PDRM telah dapat merakamkan beberapa maklumat penting tentang seluruh kawasan kubu penempatan Rizal &The Gang. 

Rizal yang merupakan seorang yang berpengalaman dalam taktikal perang dan mempunyai pengaruh yang kuat dan sokongan dari sebilangan penduduk tempatan yg berasal dari suku Suluk, Bajau dan Jawa (jangan di politikkan pulak pasal isu suku2 ni) Ini telah membantu beliau dalam membina penempatan yang siap dengan pos sentri, 3 buah kelong berbentuk anak panah, menebang pokok2 bakau di belakang rumah agar mudah melihat pergerakan, menutup laluan sungai di belakang penempatan beliau dengan pokok2 bakau yang di tebang dan di tanam semula secara terbalik (ianya bertujuan agar bot2 polis tidak boleh menghampiri dari arah belakang kecuali ketika air pasang sahaja).

read more...

MUTAKHIR : TAHANAN FLASHMOB DEPAN SOGO TELAH DIBEBASKAN!!




KUALA LUMPUR: Peserta flashmob Black 505 yang ditahan di luar pusat membeli-belah Sogo hari ini telah dibebaskan.

Pengarah eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Nalini Elumalai mengesahkan perkara ini kepada AstroAWANI.

Nalini berkata 15 peserta tersebut termasuk seorang kanak-kanak berumur 10 tahun telah ditahan dibawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Awam 2012.

read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top