Nuffnang

KRONOLOGI HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #HKR112 #KL112

Gambar dan Info Terkini Dari #HKR112 #KL112





Terkini @ 4.55 pm

Diakhiri dengan Nyanyian Negaraku




Bacaan Doa Oleh TG. Nik Aziz







Update @ 4.45 pm

Deklarasi Oleh Saipudin Nasution






Update @ 4.16 pm



DS Anwar Ibrahim

- 1645 salam dari Anwar
- Anwar "MERDEKA" , Pengunjung "RAKYAT"
- Saya Akan Jerit Merdeka (7 kali), saudara semua sambut dengan RAKYAT
- Akhir sekali, saya tabik hormat dan salute kepada rakyat semua lynas, royalti, ungu, hijau, oren
- Rakyat akan bangkit mengubah sejarah Malaysia
- SPR jangan tipu lagi, kalau tipu PRU13, rakyat bangkit tumbang kamu
- Tentukan mutu kesihatan, pendidikan dan kekayaan kita bertambah
- Kita akan angkatkan mutu bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain Cina, India, kadazan
- Kita akan turunkan harga minyak
- kita akan mansuhkan PTPTN
- Kita akan mansuhkan AES
- TV3 bodoh kerana melaporkan kegagalan HKR ini
- Tahniah dan terima kasih kepada polis kerana mula merasai kehadiran kerajaan baru yang akan datang
- Berilah peluang suara rakyat menjadi suara keramat mentadbir kerajaan
- Saya rasa, saya tahu, saya selami kesengsaraan rakyat
- Rakyat Bangkit kerana kesedaran mereka
- RM190 juta Wang Haram



** update setakat jam 1600.

1. Dalam Stadium Merdeka - 32,000
2. Luar stadium merdeka dan kawasan sekitar - 3,000


Jumlah keseluruhan - 35,000

Semasa Hj. Hadi berucap sebentar tadi kelihatan ada peserta mula beredar dr stadium. Peserta di luar stadium juga tlh mula beredar


Update @ 4.15 pm

kutipan derma kali kedua digerakkan oleh MC

Update @ 3.45 pm



Haji Hadi Awang


- Takbir!!
- Kita UBahh sekarang
- Mari kita istiharkan kemerdekaan kita yang KEDUA
- P. Pinang kita dapat keluarkan daripada kepeningan BN
- Kedah kita memerintah dengan hasil bendang sahaja tapi masih aman
- Perak Ditumbangkan secara Rasuah
- Di Perak, BN melanggar dan merampas hak rakyat semasa PAS memerintah
- Buku Jingga yang mahu hapuskan tol bukan cakap kosong
- PAS Melahirkan anak-anak Kelantan yang Bijak, Mahir, Kaya
- Islam Agama Persekutuan, Hak beragama bangsa lain
- Kita Bertindak di atas Resolusi PR
- Hari ini kita tubuhkan satu gagasan bersama Pakatan
- Kerajaan PAS ditumbangkan di Terengganu dan Kelantan
- PAS Wajib bersama rakan-rakan yang dizalimi (PKR,DAP) untuk menentang kezaliman BN


Update @ 3.35 pm



Lim Guan Eng Mengambil Giliran Memberi Ucapan di #HKR112 #KL112


- Kita mulakan coutdown merdekakan Malaysia dari tarikh ini
- Kita Pastikan Lynas ditutup
- Kita tumbangkan Barisan Nasional
- Akan merdekakan rakyat Malaysia daripada rasuah
- Tangan Kanan beri BR1M Tangan Kiri Ambil AES 
- Smartphone tak berguna kalau tiada internet
- Pemberian Komputer Percuma tak Berguna kalau tiada Internet
- Akan Pasang Wifi Percuma di Semua Tempat Awam
- Lebih kurang 40,000 yang di dalam stadium


Update @ 3.25 pm


Mat Sabu Sedang Berucap dan Melancarkan Tabung #HKR112 #KL112

- mengucapkan terima kasih kpd ngo dan rakyat kerana hadir ke perhimpunan
- menyeru hadirin supaya perhimpunan ini bermula dan berakhir dengan aman tanpa kekecohan
- jangan merosakkan harta awam
- melancarkan kutipan derma dan mengumumkan jumlah kutipan derma semasa di kedah sebanyak RM300 ribu dan meminta peserta menderma melebihi 500 ribu dalam HKR.
- menyatakan rakyat malaysia di Melbourne, Auckland, Canbera dan Abu dabi.


Update @ 2.45 pm





VIDEO #KL112 #HKR112: Suasana di sekitar Central Market




#KL112 #HKR112 1445: Stadium Merdeka telah dipenuhi oleh seramai lebih kurang 50,000 peserta HKR.


Keadaan di Masjid Negara semakin beransur lengang.


Update @ 2.35 pm



suasana dlm stadium merdeka


lebih ramai yg melihat daripada bersolat. ker dah buat jamak takyah



Update @ 2.15 pm


#KL112 #HKR112 1414: Seramai lebih kurang 50,000 peserta bersama peminpim HKR telah berada di dalam Stadium Merdeka dan seramai lebih kurang 7,000 peserta berada di luar kawasan stadium.





VIDEO #KL112 #HKR112: Suasana di sekitar KLCC dan penugasan anggota PDRM.



#KL112 #HKR112 1414: Keadaan trafik di hadapan Masjid Negara.


#KL112 #HKR112 1410: Peserta dari Masjid Negara mula memasuki Jalan Kinabalu utk ke Stadium Merdeka



            #KL112 HKR112 1406: Peserta di Masjid Negara mula bergerak ke Stadium Merdeka.





Update @ 1.35 pm



Dr masjid negara ke stadium




@abby_abadi112 meroyan




Kak Wan TAK Sudi Datang Dgn Anwar sbb ni perhimpunan utk Shamsidar...!!



Update @ 1.20 pm








update setakat jam 1300.

1. Masjid Negara - 3000
2. Pasar Seni - 100
3. UM- 20
4. KLCC- 0
5. Brickfields- 1730
6. Jln Sultan- 3000
7. Dataran Merdeka  - 0
8. KSS Kg. Baru - 0
9. Stadium Merdeka & kwsn persekitaran - 8300
10. lain2 kawasan - 3850
Jumlah keseluruhan - 20,000
Antara pemimpin yg tlh hadir - MAT SABU, NURUL IZZAH, TIAN CHUA, AZMIN ALI, CHEGU BAD, Dato MAFUZ OMAR, Datuk Seri NIZAR JAMALUDDIN, Dr. MICHAEL JEYAKUMAR, ELIZABETH WONG.

Kumpulan2 masih bergerak ke Stadium secara berperingkat..

















update jam 1150.


Jam 1148 mula bergerak dari KSS dengan laungan Reformasi....






Jam 1145 bacaan doa untuk jatuhkan rejim oleh Nor Azizi.
Jam 1135 di depan pintu utama KSS seramai lebih kurang 300 ahli SAMM diketuai oleh Cikgu Bad berkumpul. 
Jam 1135 di depan pintu utama KSS seramai lebih kurang 300 ahli SAMM diketuai oleh Cikgu Bad berkumpul. Ucapan  Khalid Isthmath kita tunjukkan marah kita kepada BN secara aman dan bergerak ke Stadium Merdeka secara aman untuk tumbangkan rejim yang korup, menyatakan pagi ni van dan bas Polis telah bawa ramai Polis berpakaian HKR untuk provok perhimpunan...kita tangkap mereka minta pengenalan. 










Jam 1050 terkesan 11 buah bas dari Pantai Timur parking di depan HKL dengan kekuatan l/kurang 500 orang bergerak perlahan ke Stadium Merdeka.




Jam 0950 - Sejumlah l/kurang 500 orang (30% warga emas/ 50% belia & 20% remaja) berkedudukan statik berpakaian semua warna HKR.

HKR 112 - Point Kelab Sultan Sulaiman (KSS) & sekitar Masjid Kg Baru 












Laporan awal








Lagi berita dan info terkini di Portal Suara Generasi Baru

read more...

Kenyataan Media @PDRM bagi #HKR112 #KL112


#KL112 #HKR112: Kenyataan Media oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi



Tiada sebarang perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Tiada apa-apa tangkapan. Perhimpunan dihadiri sekitar 40 hingga 45 ribu orang
read more...

Golongan Penipu Penganjur #HKR112 #KL112

Lebih kurang dua tahun kebelakangan ini sudah banyak perhimpunan dan demonstrasi jalanan serta pelbagai gimik politik diusahakan oleh pakatan pembangkang disegenap pelusuk negara termasuklah sebahagiannya tertumpu di ibukota Kuala Lumpur. 

Terbaru mereka mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) #KL112 atau lebih diingati ramai sebagai Himpunan Menyokong Gadaikan Kalimah Allah Kepada Kristian yang berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013 melibatkan gabungan 4 kumpulan propaganda utama PR. Empat kumpulan ini terdiri daripada NGO Bersih berwarna kuning fokus pada propaganda anti SPR, kumpulan Hijau tertumpu pada bantahan terhadap kilang nadir bumi Lynas dan Rapid Pengerang, manakala kumpulan Oren pula berusaha untuk memburukkan FELDA serta kumpulan merah, NGO Royalti dari Kelantan. 




Atas kepercayaan angka 4 dikalangan masyarakat Cina bermaksud "si" yakni bermaksud "mati" dan dianggap suwey serta membawa sial, maka PR sebagai pihak penganjur membawa masuk satu lagi kumpulan sampingan berwarna ungu yang terdiri daripada muslimat dan wanita PKR. Dengan gabungan 4 kumpulan propaganda utama ini pihak penganjur optimis tanpa mengira logik akal telah dengan selamba mempromosikan kononnya sejuta (1,000,000) orang peserta yang terdiri daripada penyokong mereka dari seluruh negara akan hadir memenuhkan Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. 

Awal-awal promosi lagi sudah menipu semacamlah rakyat tidak tahu yang Stadium Merdeka cuma mampu menampung 30,000 orang hadirin sahaja. Hatta jika dipenuhkan sekali dengan kawasan padang bola dan laluan pejalan kaki cuma 40,000 orang sahaja yang boleh berhimpit-himpit dalam stadium tersebut. Mana lagi nak disumbat kai lebih 900 ribu? Kot ya pun mahu bikin gempak gunalah logik akal sikit. Ini tidak, dari awal lagi sudah menipu rakyat. 

Macam mana rakyat nak meyakini PR jika begitu gayanya, belum memerintah sudah menunjukkan belang penipuan? Paling malang sekali, kesemua 4 kumpulan propaganda utama warna warni ini masing-masing mempunyai rekod pernah cuba memperbodohkan khalayak serta berniat menipu rakyat dengan pelbagai gimik dan tingkahlaku yang menjelekkan. NGO proksi PR, Bersih 2.0 misalnya pernah terlibat dalam adegan memalukan apabila sengaja mencipta trick propaganda apabila seorang pesertanya bernama Suhardi Mat Isa yang merupakan penyokong PAS telah dengan melakonkan aksi dua tiga kali mati dan hidup semula semasa demonstrasi jalanan Bersih 2.0 pada Julai 2011. 

Sementara itu ketika demontrasi Bersih 3.0 dilangsungkan pada April 2012 pula para pesertanya berkelakuan liar dengan memusnahkan kenderaan peronda polis dan menendang motosikal anggota polis trafik. Mereka juga telah melanggar perintah Mahkamah dengan sengaja merempuh ke arah Dataran Merdeka bertujuan untuk menawannya, bila pihak berkuasa bertindak balas untuk menguatkuasakan undang-undang demi ketenteraman awan, para perusuh ini telah memutarbelitkan cerita untuk mengabui mata rakyat dengan menyalahkan pihak polis pula. 

Manakala kumpulan Hijau pro DAP dan PKR yang kononnya aktivis alam sekitar pula telah dengan sengaja memesongkan fakta mengenai kilang pemprosesan bahan nadir bumi Lynas kononnya membahayakan keselamatan rakyat, walhal fakta saintifik membuktikan sebaliknya. Lebih menyakitkan hati bila mana kumpulan yang sama melancarkan gimik mogok lapar selama 100 jam sebagai bantahan terhadap Lynas dan Rapid Pengerang. 

Baru sehari dua berlangsung akhirnya kantoi apabila ramai pesertanya dilihat secara senyap-senyap menjamu selera di resoran dan hotel. Tidak cukup dengan ppgimik dan penipuan di atas, kumpulan Oren yang anti FELDA di ketuai AJK PAS Pusat juga terlibat secara langsung menipu para peneroka FELDA kononnya tanah dan rumah peneroka akan tergadai bila FGVH menyertai pasan saham BSKL. 

Realitinya tiada tanah milik peneroka yang dipajak atau berisiko tergadai sebaliknya yang betul-betul tergadai ialah maruah rakyat Kelantan dan berpuluh ribu ekar tanah serta hasil bumi di selatan negeri itu telah jatuh ke tangan orang luar. Dalam salah satu demonstrasi Oren bulan lepas pula, pesertanya telah dengan sengaja menyalibkan patung menyerupai Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, mirip seperti Tuhan triniti kristian, Jesus yang mati disalib. 

Satu penghinaan terhadap sesama Islam dan lebih memalukan kejadian menyalib itu dilakukan selepas selesai mereka menunaikan solat Jumaat. Memalukan. Kumpulan terakhir yang bertemakan warna merah, NGO Royalti tajaan pemimpin PAS pula telah dengan sengaja memutarbelitkan fakta carigali minyak di luar persisiran pantai negeri itu. Sedangkan fakta sebenar hanya minyak yang dijumpai dalam lingkungan 3 batu nautika dari pantai Kelantan sahaja yang layak menerima royalti minyak. 

Jika lebih dari lingkungan tersebut, Kerajaan Pusat atas budi bicara berpandukan perjanjian yang ditandatangani boleh mengusulkan perbincangan seterusnya mempertimbangkan bayaran wang ehsan terus kepada rakyat melalui agensi-angensi Kerajaan Pusat untuk . Apa yang terjadi, wang ehsan ditolak oleh Kerajaan PAS Kelantan dan NGO Royalti sebaliknya mereka menuntut wang tersebut dimasukkan terus ke kantung Kerajaan Negeri, yang sebenarnya terselit motif untuk diambil kesempatan buat mengenyangkan perut sesetengah pimpinan negeri.

Walhal majoriti rakyat Kelantan ternyata selesa dengan pemberian wang ehsan yang memberi manfaat kepada mereka berbanding jika wang itu diberikan kepada Kerajaan PAS Kelantan akibatnya banyak berlaku ketirisan sebagaimana berlaku dalam kes royalti kayu balak, perlombongan emas, pasir dan bijih besi. Satu perkara yang agak mengelirukan, NGO Royalti ini tanpa sedar telah menuntut supaya diwujudkan kompleks pendaratan dan penapisan petrokimia di Pantai Sabak, Bachok. 

Percanggahan ketara bila mana kumpulan Hijau yang bergabung bersama mereka dalam HKR pula menentang pembinaan kilang pendaratan dan penapisan petrokimia Rapid di Pengerang, Johor. Tampak jelas, terang lagikan bersuluh, segalanya menunjukkan penganjuran HKR sebetulnya hanyalah satu propaganda politik yang motif utama mereka hanyalah mahu menarik perhatian rakyat khususnya para pengundi sempena PRU 13 nanti. 

Mereka cuba mengelirukan rakyat melalui pelbagai gimik, penipuan dan pemesongan fakta termasuklah melakukan aksi liar dan kontroversi tanpa mempedulikan hakikat yang rakyat sebenarnya lebih celik akal dan mindanya. Golongan penipu dan penyebar propaganda politik ini semua sepatutnya sedar, tingkah laku dan watak pembawaan mereka tidak sedikit pun mampu mmmembantu PR untuk menghadapi PRU 13. 

Tiba masanya kelak, rakyat sebagai hakim negara pastinya beramai-ramai menunaikan hak mereka dalam pilihanraya dan mengundi menolak gabungan parti politik yang tidak beretika ini.
read more...

VIDEO : MENTERI BELIA @SHABERYC SANGKAL KBS PINGGIR BELIA INDIA

Pelbagai tohmahan dan dakwaan yang dibuat kononnya Belia India dipinggirkan oleh KBS dalam program-programnya. Baru-baru ini, Portal Kuala Lumpur Post telah menerbitkan artikel yang menghentam Menteri dan Timbalan Menterinya yang dikatakan tidak membantu pembangunan belia India.




Menteri Belia dan Sukan, Dato Ahmad Shabery Cheek yang ditemui selepas Majlis Perasmian Pejabat Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang di Batu Uban hari ini menyangkal dakwaan tersebut. Ikuti jawapan maklumbalas Menteri yang sempat dirakamkan oleh wartawan dari Portal Warta Rakyat berkenaan isu ini.






Ternyata dakwaan bahawa Menteri Belia dan Sukan meminggirkan belia India hanya dakwaan semata-mata. Untuk rekod, pelbagai program komuniti telah dianjurkan seperti Program Sukarelawan Pasca Bencana dan Karnival Mesra Belia yang mendapat penglibatan daripada belia India. Begitu juga bagi Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) yang ahlinya terdiri daripada beberapa orang wakil NGO India bagi membawa suara golongan ini.

KBS juga sentiasa megambil langkah untuk kearah melahirkan belia yang aktif dalam kerja sukarela seperti dengan melaksanakan penubuhan One Malaysia Corps, yang akan menggabungkan usaha dan tenaga pelbagai kumpulan belia sukarelawan daripada pelbagai bangsa bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia. One Malaysia Corps ini merupakan gabungan daripada anggota Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN), Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Rakan Muda dan kumpulan-kumpulan sukarelawan yang lain.

Agensi-agensi dan pertubuhan yang disebut di atas turut disertai oleh pelbagai kaum di Malaysia.

Mengenai dakwaan bahawa KBS tidak tidak sanggup menolong ataupun memberi peruntukan yang disediakan oleh Perdana Menteri lebih dari RM70juta untuk NGO dibawah KBS dalam menangani permasalahan belia India, berikut adalah senarai antara pertubuhan-pertubuhan belia India peringkat kebangsaan yang diberikan bantuan pentadbiran oleh KBS.

1. Majlis Belia Hindu Malaysia ( HYO ) – RM100,000

2. Kelab Bell Belia Tamil Malaysia ( KBBT ) - RM100,000

3. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA) – RM80,000

4. Majlis Belia India Malaysia ( MIYC ) – RM80,000



read more...

Kalimah Allah : Guan Eng Tepuk Tangan Pemimpin PAS Bertelagah

Kebelakangan ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dikhabarkan kerap tersenyum dan kelihatan gah bangga tak terkata bila mana pegawai atau rakan-rakan pemimpin parti berborak cerita mengenai isu kalimah Allah s.w.t. Daripada wajah keruh mencuka gara-gara serabut memikirkan tentangan dalaman berikutan pemilihan jawatan CEC tempohari yang tiba-tiba menjadi pertunjukan magik ala David Corperfield, terus sahaja terukir senyum dibibirnya. 

Memang layaklah untuk Guan Eng tersenyum bangga, hatta kalau Guan Eng sambil tidur malam tiba-tiba mengigau bertepuk tangan dengan air liur basi meleleh pun, tak usahlah ada yang terasa pelik bin ajaib. Bukankah dek kerana keberaniannya semasa menyampaikan ucapan Kristmas akhir tahun 2012 itulah anak lelaki kesayangan Penasihat DAP itu telah membuktikan kepimpinannya mempunyai keupayaan untuk kekal menjadi abang besar kepada balaci setianya, iaitu PAS. 




Dalam ucapan Kristmas itu, Guan Eng tanpa berselindung mengulangi tuntutan supaya kalimah Allah s.w.t dibenarkan untuk kegunaan Bible versi Bahasa Melayu bagi menggantikan perkataan God yang selama ini sering diguna pakai dalam Bible Bahasa Inggeris. Lebih manis lagi bagi Guan Eng dan DAP, dek kerana isu kalimah Allah s.w.t itulah juga menyebabkan kepimpinan PAS terpaksa bertelagah sesama sendiri. 

Pertentangan terbuka ini menyebabkan ramai ahli dan penyokong PAS keliru dan termanggu sendirian. Mereka resah mana satu puak yang mahu didukung dan disokong dengan penuh wala dan mana satu yang wajib menjadi prioritinya - pilihan yang dikira sukar bagi mereka, antara mendahulukan kebenaran agama ataupun mengutamakan kepentingan politik kepartian. Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din, 

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Harun Taib serta tidak ketinggalan ialah Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali tegas dengan pandangan kalimah suci Allah s.w.t hanya milik Islam. Pandangan mereka benar kerana sekalipun di beberapa sudut bumi ini ada wilayah yang penduduknya beragama Kristian menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan Jesus, namun hakikatnya Allah s.w.t Yang Maha Esa sama sekali tidak boleh disamatarafkan dengan konsep ketuhanan triniti dalam Kristian. 

Dalam Kristian penganutnya beriktikad yakin adanya Tuhan Jesus, Tuhan Bapa dan Roh Kudus. Sedangkan, Allah s.w.t hanya satu, Dia yang berkuasa mencipta manusia dan alam semesta, akan tetapi bila dibiarkan kalimah Allah tergadai kepada agama lain khususnya Kristian, bermakna ia seperti meredhakan perbuatan menyekutukan Allah s.w.t. 

Manakala dipihak yang satu lagi yang lebih liberal dan menguasai tampuk kepimpinan dan dasar PAS pula tetap dengan pendirian songsang mereka mahukan kalimah Allah s.w.t dibiarkan tergadai kesuciannya demi keutamaan mengejar undi masyarakat Kristian. Pemimpin PAS yang termasuk dalam golongan liberal yang terkenal dengan gelaran Anwarinas, Erdorgan dan Parasit ini diketuai oleh Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala penggerak aktifnya ialah Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang didukung oleh majoriti pemimpin PAS di peringkat Pusat dan Negeri. 

Selepas lebih kurang seminggu bertelagah sambil bersandiwara, akhirnya keputusan yang dicapai selepas Mesyuarat Pimpinan Tertinggi PR seperti dijangkakan ramai, kemenangan memihak kepada puak liberal. Muktamad sudah untuk kali kedua yang dasar PAS bersama PR kini ialah untuk menjayakan proses menggadaikan kesucian kalimah Allah s.w.t dan akidah ummah. Maka terus tersengihlah Guan Eng sambil bertepuk tangan dengan senang hatinya kerana hasil usahanya, DAP dan Gereja Kristian semakin melebarkan pengaruh dalam PR termasuklah meneruskan tradisi membalacikan PAS untuk entah ke berapa puluh kalinya. 

Simbolik untuk meraikan kejayaan itu pula membawa kepada acara kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat atau lebih tepat lagi Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah di Stadium Merdeka hujung minggu nanti. Tika itu Guan Eng akan lagi kerap bertepuk tangan bersama pimpinan DAP dan PKR yang lain. 

Tiada lagi masalah untuk DAP meneruskan agenda mengacau bilau kesucian agama Islam serta akidah penganutnya kerana selagi sebahagian besar kepimpinan PAS Pusat dalam genggaman puak liberal Anwarinas, selagi itulah DAP kekal sebagai abang besar kepada PAS. Tinggal lagi sekarang, DAP bersama PR serta dengan gandingan mantap dari pimpinan PAS hanya perlu fokus untuk memenangi PRU 13 bagi merealisasikan kalimah Allah s.w.t benar-benar termaktub dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.
read more...

APA KENA MENGENA LAGU SENTUHAN KECUNDANG DENGAN DAP??

Imej Dap yang selama hampir lima dekad ditonjolkan sebagai sebuah parti yang berbilang kaum berlandaskan konsep 'Malaysian Malaysia'. Dap adalah serpihan kepada parti pemerintah di Singapura iaitu Pap dan mempunyai prinsip perjuangan yang sama yang memberi hak sama rata kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama atau budaya. 

Bagaimana muluk sekali pun garis prinsipnya, Dap tetap dilabel sebagai sebuah parti perkauman yang hanya memperjuangkan hak dan isu-isu untuk kaum Cina sahaja di dalam parti itu. Sikap rasis tebalnya terserlah dalam banyak perkara sebelum ini umpamanya isu Universiti Merdeka, bahasa dan sekolah Cina, desakan menghapuskan kedudukan istimewa orang Melayu di sisi Perlembagaan, mempertikaikan Islam sebagai agama Persekutuan dan sebagainya. 





Dengan sikap yang amat cendurung kepada kaum Cina, maka Dap tidak mampu mengikis imejnya sebagai sebuah parti politik yang rasis dan cauvinis di tengah-tengah sistem politik kepelbagaian di negara ini. Imej 'suci' Dap kini mengalami tamparan yang maha hebat yang tidak mungkin dapat diperbaiki lagi dan terpahat selamanya sebagai igauan ngeri. 

Pertama ia berhubung dengan keputusan pemilihan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu pada 15 Disember tahun lalu yang memperlihatkan kesemua lapan calon Melayu kalah dengan teruk sekali. Keputusan itu 'mengejutkan' Setiausaha Agung Lim Guan Eng yang berkata beliau menyesali keadaan itu berlaku. Keputusan itu bukan sahaja dikecam oleh pelbagai pihak tetapi dilihat sebagai satu lagi hujah yang tidak boleh dipatahkan bahawa sememangnya Dap sebuah parti Cina yang anti-Melayu dan anti-Islam. 

Tetapi bencana yang lebih malang kepada Dap ialah usaha pemimpin tertinggi Dap untuk membuat 'damage control' atau mengawal keadaan dengan membuat pindaan selepas 19 hari keputusan pemilihan CEC. Tindakan itu yang kini dilihat sebagai satu usaha manipulasi keputusan pemilihan parti telah meletakkan seorang tokoh muda 'Melayu' bernama Zairil Khir Johari sebagai pemenang unggul. 

Daripada kedudukan nombor ke 65 dengan jumlah undi sebanyak 305 di dalam senarai keputusan pemilihan CEC, Zairil telah 'dilonjakkan' kepada nombor 20, kedudukan terakhir yang membolehkan beliau dipilih menduduki jawatankuasa tertinggi parti. Dalam proses tergesa-gesa mengikis imej anti-Melayunya, Dap terpaksa mengorbankan salah seorang calon yang berjaya melayakkan dirinya mengambil kerusi di dalam CEC. 

Vincent Wu Him Ven, yang berjaya meraih 1,202 undi kini ditendang kepada kedudukan nombor 26 dengan 669 undi, sekaligus terkeluar daripada senarai 20 calon teratas yang dipilih ke CEC. Meletakkan Zairil menduduki kerusi CEC tidak menyelesaikan masalah kemelayuan Dap kerana Zairil adalah anak tiri kepada bekas pemimpin UMNO, Mohd Khir Johari yang mengahwini seorang wanita Cina bernama Christine Lim. 

Tindakan Dap mengangkat Zairil ke dalam CEC telah memburukkan lagi keadaan kerana Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang ini memakai nama ayah tirinya untuk menunjukkan bahawa beliau seorang Melayu. Jadi Dap telah menipu dan pada maa yang sama telah ditipu sebenarnya! Menyahkan Vincent Vu sebagai pemenang yang sah juga akan bakal membawa implikasi politik besar kepada Dap kerana ahli-ahli pada peringkat akar umni telah mula mempertikaikan perbuatan yang dikira tidak bermoral dan beretika itu. 

Malah Pengerusi Kebangsaan Dap, Karpal Singh mengakui 'kesilapan teknikal' dalam proses pengiraan undi namun beliau menolak gesaan untuk diadakan semula pemilihan parti. Guan Eng dan bapanya, Kit Siang setakat ini tidak banyak memberi komen kerana mereka tahu tindakan memenangkan Zairil bukan sesuatu yang bijak dan kini telah memakan diri sendiri. 

Kini serangan ketiga-tiga parti dalam ikatan Pakatan Rakyat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung isu ketelusan dan keadilan untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih hanyalah omongan kosong dan ilusi bagi mengaburi mata rakyat semata-mata. Bak kata pelbagai pihak, sekiranya tidak mampu mengira undi daripada 1,823 perwakilan bagaimana pula hendak memerintah negara, satu pemerhatian yang tepat sekali mengena batang hidung Dap. 

Kali ini dap tidak boleh lagi menutup sifat hipokrit dan munafiknya yang hanya melihat kesilapan dan kelemahan pihak musuh politik dan kerajaan tetapi diri sendiri terpalit dengan penipuan yang lebih hebat lagi. Sebenarnya Dap telah terperangkap dalan jerat yang dipasangnya untuk memerangkap musuh tetapi malang tidak berbau kecundang kepada muslihatnya sendiri! Harapan Dap untuk memperdaya pengundi Cina untuk mengundinya pada PRU-13 sudah tidak berkesan lagi dan kemungkinan undi Cina akan berbalik kepada 

Barisan Nasional. Dalam dunia politik semuanya adalah mungkin dan kemungkinan senario ini berlaku tidak boleh dikesampingkan, hanya masa akan menentukan. Sementara itu Dap seperti anjing yang cedera tidak lagi dapat berbuat apa-apa untuk mengembalikan keyakinan ahli terhadap parti itu kecuali menjilat lukanya sendiri.


Akhir sekali, gua nak share lagu Sentuhan Kecundang nyanyian Ekamatra walaupun lagu ini tiada kaitan dengan artikel ini. Hehehe............



read more...

Langkah Mayat Gua Dulu Sebelum Guna Nama Allah Dalam Kitab Korang!!!


Nampaknya dengan hanya satu ucapan Hari Krismas oleh Tokong Lim, DAP akhirnya berjaya menggunakan nama Allah untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu tanah Kelantan yang tidak mampu ditepis oleh Nik Aziz mahupun Ngeh dan Nga. 

Nik Aziz tentunya merasa lega dan terhutang budi dengan Tokong Lim. Isu Kalimah Allah ini juga berjaya meredakan sedikit isu Amanat Hadi yang melemaskan Hadi Awang, walaupun tidak mampu menguburkannya bersama mereka-mereka yang telah dikuburkan dalam keadaan dikafirkan oleh saudara-mara, anak-anak atau ibubapa sendiri. 




Oleh itu, Haji Hadi juga tentu turut merasa lega dan turut terhutang budi dengan Tokong Lim. Bagi memastikan kelegaan itu berpanjangan, PAS cuba bermain kata-kata dengan memutarbelit kenyataan sendiri dalam menyatakan pendirian parti itu terhadap perjuangan DAP untuk menyebarkan Injil berbahasa Melayu serta menggunakan nama Allah di dalam risalah dan kitab agama Kristian. 

Harapan mereka, isu ini akan menenggelamkan terus isu lain yang menyesakkan mereka, sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya. Jika dirujuk laporan-laporan serta kenyataan pemimpin PAS yang disiarkan oleh laman web rasmi dan tidak rasmi pembangkang di tahun yang lepas-lepas, kita akan dapati bahawa PAS tegas dan konsisten membenarkan Injil berbahasa Melayu dan juga kalimah Allah digunakan dalam risalah dan kitab Kristian dengan syarat ia tidak disalah-gunakan. 

Alasan PAS ialah bagi menjaga keharmonian serta membuktikan yang Islam, atau parti mereka, bersifat terbuka berbanding UMNO. Tetapi, PAS tidak pernah memperincikan maksud ‘salah-guna’ serta tidak menyatakan langkah-langkah untuk memastikan ia tidak disalah-guna dan apa yang dapat dan boleh dilakukan sekiranya ia tetap disalahguna? Mudah bagi PAS mendesak kerajaan membenarkan kalimah Allah dan injil berbahasa Melayu diedar, tetapi apabila ia disalahguna, tuding pula telunjuk kepada kerajaan. 

Apabila kerajaan mengambil tindakan terhadap kes Melayu yang telah berjaya dimurtadkan akibat penyalahgunaan ini, PAS mengambil sikap berdiam diri dan berselindung di sebalik gereja sehingga sanggup memecat Dato’ Dr. Hasan Ali yang membongkarnya. Hari ini, PAS turut konsisten untuk terus bermain dengan kata-kata, berbelit-belit dan berpusing-pusing untuk memberi ruang kepada puak Kristian memanipulasi kalimah Allah. 

Untuk itu, Harakahdaily melaporkan kenyataan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib bahawa MStar telah tersalah melaporkan kenyataannya yang bertajuk: ‘Ulama PAS tetap tidak setuju bukan Islam guna kalimah Allah’ pada 9 Januari 2013. Menurut Harun Taib, tajuk yang betul mengenai kenyataannya sepatutnya ditulis begini: ‘Ulamak PAS tetap tidak setuju bukan Islam guna kalimah Allah di dalam kitab mereka bagi menggantikan perkataan God'. 

Inilah kenyataan paling ‘busuk’ yang pernah keluar dari mulut seorang yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama. Soal, Kalimah Allah merujuk kepada perkataan ‘God’ di dalam Injil tidak pernah timbul dalam mana-mana kenyataan PAS yang menyokong DAP dalam isu ini, sebelum ini. Ianya kerana, ia sudah difahami dan tidak perlu diperjelaskan lagi bahawa kalimah Allah itu digunakan untuk merujuk kepada Tuhan atau ‘God’ dalam kitab dan risalah Kristian. 

Inilah isunya, jika tidak tidak mungkin ia menjadi isu. Agak-agak Harun Taib, jika bukan untuk menggantikan perkataan ‘God’ untuk apakah puak DAP Kristian ini ingin menggunakan kalimah tersebut? Sekadar sebutan? Atau untuk merujuk kepada benda-benda lain? Bukankah ini lebih teruk dan lebih sesat lagi? Takkanlah Harun Taib bermaksud bahawa jika kalimah itu dirujuk kepada benda lain maka ia tidak apa? 

Apakah yang Harun Taib cuba belitkan ini? Kalau ya pun ingin membelit, janganlah dibelit diri sendiri. Hakikatnya, sama ada kalimah Allah dirujuk kepada Nabi Isa (Jesus), atau Tuhan Bapa, atau Holy Spirit, ia tetap merupakan satu penyalahgunaan kerana kesemua itu dirangkumkan oleh Kristian sebagai satu elemen yang dianggap Tuhan (God). Kenyataan Harun Taib membuatkan kita hairan, kenapa begitu cetek sekali pengetahuan seorang yang bergelar Ulama mengenai agama-agama langit yang ‘berselisih’ dengan Islam? 

Bukankah bagi mendapatkan ‘hak’ untuk memakai gelaran Ulama, seseorang itu perlu mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidangnya, siap dengan kajian terperinci dan idea-idea yang bernas untuk dirujuk, dibahas atau dikaji semula oleh orang lain? Jika inilah tahap seorang Ketua Ulama, maka tidak hairanlah bagaimana seorang yang bergelar Tokong juga mampu mempermainkannya sekali gus kesemua mereka yang hanya melangut dan menelan apa saja kata-kata ‘Ketua Ulama’ tersebut. 

Jangan nanti, kerana terlalu ingin menjaga hati Tokong, maka PAS pula yang keliru antara ‘Jesus’ dan ‘Allah’. PAS perlu pastikan bahawa dalam mereka menyembah Allah SWT, jangan pula mereka menjadi hamba kepada Tokong. 


"LANGKAH MAYAT GUA DULU SEBELUM BUKAN ISLAM GUNAKAN NAMA ALLAH DALAM KITAB DIORANG"
read more...

Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #112) : Syarat Polis Demi Keselamatan dan Ketenteraman Negara


Walaupun pihak PDRM memberi persetujuan kepada penganjur #112 untuk berhimpun, namun   peserta dan penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) dikehendaki mematuhi beberapa syarat bagi menjamin ketentraman awam dan negara mengikut Seksyen 15(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Mohd Sabu berkata “Setelah berbincang dan berdialog dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad, mereka bersetuju untuk memberi kerjasama dengan kita untuk berhimpun secara aman.

“Diharapkan semua datang awal dan memberikan sokongan tanpa membuat kecoh kerana kita akan berkumpul secara aman,” kata Mohamad kepada media selepas pertemuan itu di IPD Dang Wangi petang tadi.

Huh!!! Boleh caya ker?? Masakan ada Skuad Tempur yang diketuai Mahasewel yang digantung pengajian, siapa lagi kalau bukan si Adam Adli dan konco-konconya.

Dan apa yang lebih menakutkan, Adam Adli dan 30 orang yang lain sebenarnya telah pun dihantar ke Indonesia selepas hari raya yang lalu semata-mata untuk mempelajari selok belok "DEMO" di negara jiran tersebut. 

Untuk apa ye??? diulangi... Untuk Apa Ya???



Berikut antara syarat-syarat yang ditetapkan polis:

1. Penganjur dan peserta yang berada dalam himpunan itu tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan menganggu ketenangan orang awam.

2. Penganjur hendaklah memastikan bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada di himpunan tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang bertulis.

3. Penganjur hendaklah mematuhi tarikh, masa dan tempat perhimpunan sebagaimana yang telah ditetapkan, tarikh 12 Januari 2013, 2 petang hingga 5 petang di Stadium Merdeka.

4. Penganjur hendaklah menentukan tiada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke tempat perhimpunan.

5. Penganjur hendaklah menentukan semua syarat-syarat dan semua sekatan perhimpunan dimaklumkan kepada semua peserta perhimpunan.

6. Penganjur hendaklah memastikan bilangan peserta perhimpunan yang masuk stadium tidak melebihi 30,000 orang sebagaimana mengikut terma yang ditetapkan oleh pemilik Stadium Merdeka.

7. Penganjur hendaklah mematuhi cara berhimpun yang ditetapkan di bawah Akta 736.

8. Penganjur hendaklah memastikan pembersihan semasa dan selepas perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan.

9. Penganjur hendaklah memastikan perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar.

10. Penganjur dan peserta hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa awam.

Hummm.... kepada PDRM dan semua petugas-petugas (media, blogger dan sesiapa yang terlibat) dalam memastikan ketenteraman awam dan negara dipelihara, BB ingin mengambil kesempatan ini untuk memanjatkan doa semoga keselamatan kalian akan dipelihara oleh ALLAH SWT hendaknya, Amin Ya Rabbal 'Alamin.


read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top