KUALA LUMPUR 9 Jan. - Tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar dengan sendirinya sebelum 28 April ini iaitu tarikh Parlimen bubar secara automatik jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menetapkan sebarang tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan.
Tiga DUN yang terbabit itu ialah DUN Melaka, DUN Negeri Sembilan dan DUN Perak. DUN Melaka terbubar dengan sendirinya pada 21 April ini, diikuti DUN Negeri Sembilan dan DUN Perak pada 25 April.
Penentuan tarikh pembubaran sesebuah DUN mahupun Parlimen adalah berdasarkan kepada tarikh persidangan pertama selepas pilihan raya umum.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yang mengulas perkara itu berkata, sebaik sahaja terbubarnya Parlimen atau DUN secara sendiri, SPR diberi kuasa menjalankan pilihan raya dalam tempoh 60 hari bermula dari tarikh pembubaran tersebut.
Tambah beliau, sehubungan itu, pilihan raya umum perlu diadakan selewat-lewatnya antara akhir Jun sehingga awal Julai ini.
Walau apa pun, berdasarkan peruntukan undang-undang PRU-13 mesti diadakan tahun ini juga," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula ketika mengulas perkara sama berkata, SPR mempunyai tempoh masa panjang untuk mengadakan pilihan raya sebaik Parlimen dan DUN dibubarkan sama ada dengan sendiri atau berdasarkan kepada ketetapan tarikh oleh Perdana Menteri.
Oleh itu, SPR akan menggunakan tempoh 60 hari itu sebaik-baiknya dalam usaha memastikan pilihan raya di peringkat Parlimen dan DUN diadakan serentak.
Saya akui terdapat beberapa DUN yang telah memulakan persidangan sebelum sidang Parlimen pada 28 April ini tetapi itu tidak menjadi masalah kerana tempoh sidang DUN-DUN terbabit tidak jauh dari tarikh pembubaran Parlimen," jelasnya.
Sementara itu, Abdul Aziz ketika ditanya mengenai persiapan pilihan raya umum berkata, sebanyak 200,000 petugas pilihan raya telah bersiap sedia menjalankan tugas masing-masing sebaik tarikhnya diumumkan Perdana Menteri.
Begitu juga dengan persiapan dan persediaan kita dari segi logistik dan kemudahan pengangkutan. Kita mahu memastikan PRU-13 kali ini berjalan lancar," katanya.
Dalam pada itu ketika ditanya kemungkinan pilihan raya umum akan datang diadakan pada cuti persekolahan hujung Mac ini, beliau berkata, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui - Utusan Online
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....