i. Membangun dan mewujudkan persekitaran yang sihat bagi memberi sokongan terhadap pembangunan psikologikal dan emosi belia;
ii. Memastikan dan menggalakkan pembangunan aspek fizikal atau gaya hidup belia melalui tabiat kesihatan yang baik;
iii. Menerapkan nilai-nilai kerohanian dan keperibadian yang utuh;
iv. Merangsang perkembangan intelek belia yang
melibatkan pemikiran analitikal dan kritikal;
v.
untuk mewujudkan persekitaran sosial yang kondusif untuk
belia melalui hubungan positif kalangan belia;
vi.
Menggalakkan pembelajaran sepanjang
hayat;
vii.
Menyalurkan dan memberikan peluang kepada belia
untuk sama-sama terlibat dalam pembangunan ekonomi negara;
viii.
Membangunkan aset dan potensi belia dengan menggilap
bakat dan kemahiran yang sedia ada dalam diri mereka;
ix.
Memberikan pendedahan dan menerapkan prinsip-prinsip
asas sosial bagi mengelakkan wujudnya golongan belia yang terlibat dalam
masalah-masalah delinkuen;
x.
Mewujudkan budaya pengurusan waktu senggang dan
membantu dalam menyediakan akses terhadap kemudahan dan aktiviti rekreasi;
xi.
Memberikan hak atau peluang yang sama rata kepada
semua belia, dalam mengakses maklumat, mengembangkan potensi diri, bakat,
pendidikan dan latihan kemahiran, pekerjaan, hubungan sosial mengikut ciri-ciri
peribadi tertentu, pilihan dan keupayaan.
xii.
Mewujudkan prasarana yang mesra belia serta
berteknologi tinggi;
xiii.
Mewujudkan persekitaran yang membantu belia
terlibat secara aktif dalam aktiviti kesukanan termasuklah penyediaan fasiliti
sukan di semua peringkat;
xiv.
Membangunkan prasara pendidikan dan latihan
kemahiran yang berkualiti tinggi, lengkap dan kondusif;
xv.
Menzahirkan pengurusan kualiti hidup kelas pertama
menerusi peningkatan tahap kebertanggungjawaban belia terhadap diri, keluarga,
komuniti setempat dan negara;
xvi.
Menerapkan dan memastikan
belia menghayati aspek kemahiran hidup (life
skills) yang positif seperti kemahiran komunikasi, membuat keputusan,
asertif mengurus tekanan serta penentuan matlamat hidup agar mereka berupaya
menghindari diri daripada terjebak dengan gejala sosial.
xvii.
Mewujudkan program khas bagi
melahirkan golongan belia yang lebih berdikari serta kompetitif;
xviii.
Mengimplementasikan Konsep
Strategi Lautan Biru (Blue Ocean
Strategy) di kalangan belia;
read more...