WANITA SELAMBA BERBOGEL MENITI TALI DEMI "KEBEBASAN"

Hayley Ashburn, 24, penggiat aksi lasak wanita ini menunjukkan kemahirannya itu di kawasan pelancongan Mai Leung.





Menurut wanita dari San Francisco, Amerika Syarikat (AS) itu, dia berbogel untuk berasa “bebas” dan menikmati detik penuh ketegangan itu walaupun tahu air di bawahnya cuma sedalam 0.3 meter.


Hayley mencoba aksi berjalan di atas seutas tali sejak 2008 lalu. Beliau melakukannya sebagai latihan rutin untuk mengembangkan kemampuannya memanjat tebing.

“Sangat seronok dapat berbogel di tempat terbuka tanpa sesiapa boleh melihat saya,” katanya. Walaupun begitu, seorang rakan Hayley merakamkan aksi berkenaan untuk tatapan ramai. Hayley mula aktif dalam aktiviti berjalan di atas tali itu sejak 2008. - TS

KETUA UMNO PANDAN DIPENJARA 8 TAHUN

Kuala Lumpur: Ketua Bahagian UMNO Pandan, Abd Ghani Ismail (gambar), dihukum penjara lapan tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah atas 10 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM193,512, enam tahun lalu.


Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda berjumlah RM977,560 terhadap Abd Ghani Ismail, 46, bagi semua tuduhan dihadapinya.





Rozilah turut menolak permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi.


Mengikut rekod, pada 8 Feb 2011, ketika dibacakan lapan pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Ketua UMNO Bahagian Pandan tersebut pengsan dalam kandang tertuduh.


Kemudiannya pada 28 Jun pula beliau telah diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512, antara Mei 2006 dan Mac 2007 terhadapnya.

BB :  KEBENARAN DAN PERUNDANGAN NEGARA MASIH DILANDASAN YANG BETUL, PENGHAKIMAN TIDAK MENGENAL SESIAPA

TAHNIAH APEK : KHAIRUL FAHMI DAN LIEUNIEY SAH BERGELAR SUAMI ISTERI DENGAN SEKALI LAFAZ

Dengan sekali lafaz, penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, 23, sah bergelar suami kepada model dan usahawan, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, pada  majlis akad nikah di kediaman pengantin perempuan di Pasir Pekan, di Tumpat hari ini.




Pasangan itu dinikahkan Imam Masjid Pasir Pekan, Abdul Ghani Abdul Mutalib pada jam 10.25 pagi di kediaman keluarga pengantin perempuan sambil disaksikan anggota keluarga kedua-dua mempelai.  Pada majlis tersebut juga, Khairul Fahmi atau lebih mesra disapa Apek, tampil bergaya memakai baju Melayu berwarna kuning cair menyerahkan wang hantaran sebanyak RM19,000 bersama tujuh dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh Nur Eilunie.    Kira-kira 2,000 tetamu termasuk peminat turut hadir pada majlis akad nikah tersebut.






Khairul Fahmi ketika ditemui selepas majlis tersebut berkata beliaubersyukur majlis akad nikah tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul."Alhamdulillah majlis perkahwinan saya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Saya pilih Leuniey (Nur Eilunie) kerana beliau faham dengan kerjaya saya yang sentiasa sibuk. Sebagai contoh, saya pulang untuk membuat persedian majlis ini sehari sebelum majlis berlangsung."Saya akui gementar ketika melafazkan akad nikah tetapi perasaan itu tidak sama ketika beraksi di atas padang kerana ramai yang beri sokongan dan mendoakan saya pada hari ini," katanya.






Khairul Fahmi berkata beliau akan terus mengekalkan prestasinya sebagai enjaga gol nombor satu negara walaupun telah berkahwin.   Beliau berkata akan menyerahkan perjalanan hidupnya kepada Allah s.w.t dan berharap untuk menimang sekurang-kurang empat cahaya mata.Sementara itu, bagi Leuniey pula, beliau berharap Apek akan menjadi 'kapten' kepada keluarga mereka dengan baik walaupun sebelum ini sering terpalit dengan pelbagai kontroversi yang melanda."Saya bersedia sepenuhnya sebelum menjadi isteri Khairul Fahmi.





Ketika bercinta, keluar pelbagai cerita dalam akhbar dan blog, namun saya tak cepat melenting dan ambil pendekatan berbincang dengannnya bila sesuatu kontroversi timbul."Ini jodoh yang telah ditentukan dalam perjalanan hidup kami. Saya bersyukur kami telah disatukan," katanya yang turut menyifatkan Khairul Fahmi sebagai seorang yang romantik dan penuh kejutan.





Bagaimanapun, kedua-dua mempelai ini belum merancang untuk berbulan madu berikutan Khairul Fahmi kini sibuk dengan persiapan menjelang Liga Malaysia yang bakal bermula pada Januari depan.Majlis resepsi bagi pihak pengantin perempuan akan diadakan pada Ahad ini di Hotel Renaissance Kota Baharu manakala majlis menyambut menantu akan diadakan di rumah Khairul Fahmi di Cherang pada 5 Jan.  





Selain itu, pasangan itu turut dijadual untuk mengadakan satu lagi majlis resepsi di Hotel Royal Bintang, Kuala Lumpur pada 13 Jan ini dan turut menerima tajaan bernilai kira-kira RM300,000 daripada pelbagai pihak.- Bernama

PEMBANGUNAN KEPIMPINAN DI KALANGAN BELIA TIDAK DIBERI PERHATIAN?


Acapkali kita mendengar bahawa pihak Kerajaan tidak mengambil berat atau dalam bahasa lain mengenepikan pembangunan elemen kepimpinan di kalangan belia.


Namun, sebenarnya pihak kerajaan khususnya melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS)sentiasa mengadakan program pembangunan kepimpinan secara berterusan di pelbagai peringkat hingga ke akar umbi.
 
 


 
 
 
 
Pendekatan melahirkan pemimpin-pemimpin secara bersepadu melalui pelbagai medium seperti kursus kepimpinan asas, pertengahan dan tinggi, latihan pengucapan awam, pembentangan, dialog, debat dan perkongsian idea serta pandangan.


KBS juga telah memperkenalkan enam (6) Inisiatif Makmal Transformasi Pembangunan Belia iaitu MyPark, Parlimen Belia, Vyrec, Youth Icon, MyCorps dan The Leader untuk dilaksanakan bersama-sama dengan pertubuhan belia dalam memperkasakan sifat kepimpinan golongan belia di negara ini.

Bagi tahun 2011, KBS telah membelanjakan sebanyak RM3,397,900.00 juta untuk menjayakan 96 program kepimpinan yang melibatkan seramai 11,840 penyertaan belia di semua peringkat di seluruh Negara. 
 
 
 



Antara program yang dijalankan bersama pertubuhan belia dalam memperkasa program kepimpinan belia adalah:



a) Pembangunan Kopetensi Kepimpinan Tertinggi


b) Menjana Pemimpin Muda Bertaraf Global


c) Konvensyen Pemimpin Belia Agen Keselamatan Negara


d) Persidangan Pemimpin Belia Menjana Transformasi Ekonomi Baru


e) Pembangunan Kopetensi Kepimpinan Pertengahan


f) Cabaran Kepimpinan Muda Pertengahan


g) Cabaran Kepimpinan Muda Tinggi


h) Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional



Jadi, di mana silapnya???? Ini sekadar program yang dianjurkan oleh KBS. Bagaimana pula dengan anjuran daripada agensi-agensi mahupun kementerian-kementerian lain yang terlibat dengan belia? Tepuk dada, tanya selera..

PEMBANGUNAN KUALITI HIDUP BELIA KELAS PERTAMA MERENTASI BUDAYA, KAUM DAN AGAMA






i. Membangun dan mewujudkan persekitaran yang sihat bagi memberi sokongan terhadap pembangunan psikologikal dan emosi belia;


ii. Memastikan dan menggalakkan pembangunan aspek fizikal atau gaya hidup belia melalui tabiat kesihatan yang baik;


iii. Menerapkan nilai-nilai kerohanian dan keperibadian yang utuh;


iv.  Merangsang perkembangan intelek belia yang melibatkan pemikiran analitikal dan kritikal;


v.         untuk mewujudkan persekitaran sosial yang kondusif untuk belia melalui hubungan positif kalangan belia;


vi.         Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat;


vii.         Menyalurkan dan memberikan peluang kepada belia untuk sama-sama terlibat dalam pembangunan ekonomi negara;


viii.         Membangunkan aset dan potensi belia dengan menggilap bakat dan kemahiran yang sedia ada dalam diri mereka;


ix.         Memberikan pendedahan dan menerapkan prinsip-prinsip asas sosial bagi mengelakkan wujudnya golongan belia yang terlibat dalam masalah-masalah delinkuen;


x.         Mewujudkan budaya pengurusan waktu senggang dan membantu dalam menyediakan akses terhadap kemudahan dan aktiviti rekreasi;


xi.         Memberikan hak atau peluang yang sama rata kepada semua belia, dalam mengakses maklumat, mengembangkan potensi diri, bakat, pendidikan dan latihan kemahiran, pekerjaan, hubungan sosial mengikut ciri-ciri peribadi tertentu, pilihan dan keupayaan.


                    xii.         Mewujudkan prasarana yang mesra belia serta berteknologi tinggi;


                                xiii.         Mewujudkan persekitaran yang membantu belia terlibat secara aktif dalam aktiviti kesukanan termasuklah penyediaan fasiliti sukan di semua peringkat;

                                 xiv.         Membangunkan prasara pendidikan dan latihan kemahiran yang berkualiti tinggi, lengkap dan kondusif;

                                  xv.         Menzahirkan pengurusan kualiti hidup kelas pertama menerusi peningkatan tahap kebertanggungjawaban belia terhadap diri, keluarga, komuniti setempat dan negara; 

                                 xvi.         Menerapkan dan memastikan belia menghayati aspek kemahiran hidup (life skills) yang positif seperti kemahiran komunikasi, membuat keputusan, asertif mengurus tekanan serta penentuan matlamat hidup agar mereka berupaya menghindari diri daripada terjebak dengan gejala sosial.


                               xvii.         Mewujudkan program khas bagi melahirkan golongan belia yang lebih berdikari serta kompetitif;


                             xviii.         Mengimplementasikan Konsep Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) di kalangan belia;

PEMUPUKAN BUDAYA POSITIF DALAM PEMBANGUNAN PERSONALITI BELIA MALAYSIA

 
 



                               i.         Setiap belia Malaysia seharusnya menghargai keamanan dunia dengan berusaha untuk berasimilasi antara satu sama lain;

 

                             ii.         Membangunkan serta mempraktikkan nilai dan etika kemanusiaan sejagat;

 

                            iii.         Memastikan bahawa semua generasi belia di layan secara adil dan saksama serta mempunyai akses yang seimbang dalam membangunkan rangkaian hubungan;

 

                            iv.         Dibangunkan kompetensi belia untuk terlibat secara aktif dalam menyuarakan pandangan bagi isu-isu yang berkaitan dengan kemaslahatan dunia secara keseluruhan;

 

                              v.             Memperkenalkan inisiatif transformasi ICT belia kebangsaan;

 

                            vi.         Belia digalakkan untuk membina hubungan rangkaian sosial bersama-sama dengan generasi belia antarabangsa;

 

                          vii.         Penerapan budaya sejagat di kalangan belia perlu dilaksanakan secara komprehensif dan tidak meminggirkan golongan minoriti yang merupakan subset dari entiti generasi belia;

 

                         viii.            Memperbanyakkan rangkaian pertukaran belia antara negara dan tidak terhad kepada beberapa buah negara tertentu sahaja.

 

                            ix.         Membangunkan semangat kepimpinan dan kesukarelaan di kalangan belia Malaysia di luar negara;

 

                             x.            Memperluaskan rangkaian hubungan menerusi hubungan dua hala yang melibatkan aktiviti perdagangan, pertukaran kebudayaan, perkongsian minat dan pemantapan semangat kesukarelaan.

STRATEGI BELIA MENDEPANI CABARAN TRANSFORMASI NEGARA



 

i.              Merangka program bagi menggalak, meningkatkan minat dan daya saing belia dalam bidang ekonomi serta perdagangan;

 
ii.            Semua program pembangunan belia yang dianjurkan perlu menjadikan elemen penerapan kemahiran pemikiran kreatif dan inovatif sebagai sebahagian daripada modul program;

 
iii.           Belia perlu diarus perdanakan dalam lonjakan ekonomi negara dengan mengambil kira padangan belia dalam cetusan agenda pembangunan nasional;

 
iv.           Mewujudkan program khusus untuk mencungkil bakat belia dalam pelbagai bidang di seluruh negara;

 

v.             Merangka pelan tindakan komprehensif bagi membangunkan persekitaran mesra belia;
 

vi.          Generasi belia perlu dibangunkan sebagai generasi yang mencetus dan penjana peluang pekerjaan dan bukan lagi generasi pencari kerja;

 
vii.        Mewujudkan Akreditasi Pembangunan Belia Malaysia dan instrumen ukuran piawai yang bersifat standard dalam semua program pembangunan belia;

 
viii.       Menyediakan ruang dan fasiliti untuk membolehkan belia menyerlahkan potensi mereka dalam pelbagai bidang;

 
ix.           Menyediakan program khusus untuk mencungkil minat dan bakat belia dalam bidang keusahawanan;
 

x.            Mengenalpasti pasaran yang bersesuaian sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa bagi membolehkan belia memasarkan produk mereka; dan


xi.           Membangunkan peraturan dan perundangan kepada semua sektor pekerjaan untuk memastikan tenaga belia tempatan sebagai pilihan utama sektor pekerjaan di negara ini.