i.
Merangka
program bagi menggalak, meningkatkan minat dan daya saing belia dalam bidang
ekonomi serta perdagangan;
ii.
Semua
program pembangunan belia yang dianjurkan perlu menjadikan elemen penerapan
kemahiran pemikiran kreatif dan inovatif sebagai sebahagian daripada modul
program;
iii.
Belia
perlu diarus perdanakan dalam lonjakan ekonomi negara dengan mengambil kira
padangan belia dalam cetusan agenda pembangunan nasional;
iv.
Mewujudkan
program khusus untuk mencungkil bakat belia dalam pelbagai bidang di seluruh
negara;
v.
Merangka
pelan tindakan komprehensif bagi membangunkan persekitaran mesra belia;
vi. Generasi
belia perlu dibangunkan sebagai generasi yang mencetus dan penjana peluang
pekerjaan dan bukan lagi generasi pencari kerja;
vii. Mewujudkan
Akreditasi Pembangunan Belia Malaysia dan instrumen ukuran piawai yang bersifat
standard dalam semua program pembangunan belia;
viii. Menyediakan
ruang dan fasiliti untuk membolehkan belia menyerlahkan potensi mereka dalam
pelbagai bidang;
ix.
Menyediakan
program khusus untuk mencungkil minat dan bakat belia dalam bidang
keusahawanan;
x.
Mengenalpasti
pasaran yang bersesuaian sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa bagi
membolehkan belia memasarkan produk mereka; dan
xi.
Membangunkan
peraturan dan perundangan kepada semua sektor pekerjaan untuk memastikan tenaga
belia tempatan sebagai pilihan utama sektor pekerjaan di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....