Nuffnang

KHAIRY : Hanya Atlet Kita LAYAK Wakili Negara @khairykj @reginalah @kbsmalaysia




Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin tidak menyokong sebarang usaha mengambil ahli sukan dari luar untuk mewakili Malaysia dengan memberi kerakyatan kepada pihak berkenaan.

Beliau berkata perkara itu bukan sahaja bertentangan dengan dasar pembangunan sukan negara malah semangat kesukanan untuk mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

"Pada dasarnya, saya tidak bersetuju, dasar (sukan) negara kita berbeza dengan negara jiran lain di rantau ini di mana mereka boleh memberi kerakyatan kepada mana-mana orang luar untuk mewakili negara mereka dalam sukan seperti bola sepak," katanya kepada pemberita ketika mengulas hasrat penyerang import Selangor, Paulo Rangel, untuk menyarung jersi skuad kebangsaan.




Khairy, yang ditemui di Karnival Permotoran Terengganu 2014, berkata beliau amat tidak mengalakkan mana-mana usaha mengambil pemain atau atlet yang langsung tiada pertalian darah dengan rakyat negara ini.

Dalam pada itu, menyentuh sukan permotoran, beliau berkata setakat ini, Kementerian Belia dan Sukan merancang membina dua litar Sprint Test bertaraf antarabangsa di Sepang serta Muar untuk memberi galakan kepada golongan belia menyertai sukan lumba kereta secara sihat.

Khairy juga berkata rancangan itu masih di peringkat kajian bagi mengenal pasti tapak yang sesuai seperti dikehendaki dalam standard perlumbaan Sprint Test antarabangsa.

Mengulas persiapan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-17 di Perlis, Khairy berkata beliau mendapat jaminan bahawa pihak penganjur berusaha memastikan semua venue siap sebelum hujung bulan ini.

Katanya, setakat ini ada dua venue yang belum siap sepenuhnya iaitu membabitkan sukan akuatik dan badminton.

Bagaimanapun, Khairy berkata beliau difahamkan kedua-duanya akan siap dalam tempoh terdekat.

"Saya diberi jaminan (oleh Menteri Besar Perlis) ia akan dapat disiapkan sebelum SUKMA bermula," katanya.



read more...

KESIAN!!! Akibat Tidak Puas Hati Komen Di FB!!!




Akibat tidak berpuas hati dengan komen di laman sosial Facebook (FB), dua wanita masing-masing didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menyerang jiran mereka, Februari lalu. 

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, menjatuhkan hukuman itu ke atas Maziah Samion, 31, dan Melor Abu Bakar, 51, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan. 

Mereka didakwa secara bersama menyebabkan kecederaan Saridah Sohib, 39, di sebuah rumah di Jalan 19, Taman Mulia, Mantin dekat sini, pada jam 10 malam, pada 21 Februari lalu. 

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Sebelum menjatuhkan hukuman, Mohamad Izwan berkata, tertuduh sepatutnya malu dengan perbuatan mereka serta tidak terlalu mengikut perasaan marah. 

“Malu apabila jadi begini kerana anak sudah besar. Jika tidak dapat selesai cara baik, jumpalah penghulu atau sesiapa yang boleh membantu. Kamu sepatutnya cari cara lain, kalau ikutkan nafsu, memang beginilah akibatnya,” katanya. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Mohammad Zanudin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Mengikut fakta kes, kedua-dua tertuduh mengunjungi rumah Saridah kerana tidak berpuas hati dengan komen jiran mereka dalam Facebook hingga berlaku pertengkaran. 

Dalam kejadian itu, Saridah memaklumkan komennya kerana tindakan tertuduh yang bercerita mengenai hal dirinya dan keluarga kepada penduduk, selain menuduhnya dengan perkara bukan-bukan. 

Berikutan itu, tertuduh memukul, menarik rambut dan menampar pipi Saridah sehingga mulutnya berdarah. Dalam kejadian itu, Maziah turut menggigit tangan Saridah. 

read more...

VIDEO : KURANG AJAR!! Raja Dan YDP Agong Dimaki Dan Dicerca Sesuka Hati!!!!




“Fuck la Raja, Pergi Jahanam!!!” jerit mereka

Malah ada dikalangan ahli kumpulan tersebut yang turut meludah apabila lirik ‘Raja Kita Selamat Bertahta’ dinyanyikan kononnya bagi menzahirkan rasa tidak puas hati.

Rupa-rupanya, demo pembangkang di Dataran Merdeka bukan sahaja disokong oleh kumpulan homoseksual, budak-budak hingusan yang membuat kacau sesama mereka sendiri. 


Tetapi juga kumpulan yang sangat melampau kerana menghina dan memaki-hamun institusi Di-Raja!

Lihat video di bawah :




Perarakan yang pada mulanya aman dan terkawal itu, mula bertukar kecoh apabila beberapa ahli dari kumpulan tersebut mula membuat bising dengan menyanyikan beberapa lagu provokasi yang diiringgi dengan alunan muzik. 

Keadaan menjadi semakin bingit, apabila ada dikalangan mereka mula menjerit-jerit sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepada para pemimpin negara. 

Paling memeranjatkan, sejurus selepas menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku kata-kata cemuhan telah dilemparkan kepada Yang Dipertuan Agong dan Raja Melayu - seterusnya

LAGI BERITA PENUH DAN GAMBAR DAN VIDEO : KLIK SINI
read more...

GAMBAR : HOTT!!! Aksi TERLAMPAU Pelajar UKM Sambut YAB PM!!


Macam-macam la pe'el mahasiswa kita ni. Ingatkan bila dah menjadi mahasiswa/ mahasiswi di menara gading ni, tingkahlaku dan tindakan mereka akan lebih berhemah dan terpuji. Tindakan yang melambangkan seorang yang terpelajar dan berpendidikan tinggi. Namun, apa yang berlaku hari ini di UKM amat-amat menjengkelkan. MEMALUKAN!!! MEMUALKAN!!!

Tidak berpuas hati kerana gagal menyertai demonstrasi semalam, sekumpulan pelajar-pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia mengambil kesempatan daripada kedatangan Perdana Menteri Malaysia ke institusi pengajian tinggi awam yang dibangunkan oleh UMNO dan mendapat sokongan kuat daripada PAS yang dipimpin oleh Dr. Zulkifli dan Dr. Burhanuddin Helmi pada ketika itu. 




Gambar Hiasan


Demonstrasi dilakukan antara jam 2:05 petang sehingga 2:25 petang di Bulatan Masjid UKM. Seramai lebih kurang 15 orang pelajar dari Fakulti Pengajian Islam (FKI) UKM, Bangi telah berkumpul untuk membuat bantahan secara aman berkaitan isu GST dan isu air. Mereka turut mempamerkan kad manila sebanyak 8 keping untuk menarik perhatian Perdana Menteri berhubung isu-isu yang mereka bangkitkan.



Perdana Menteri, Najib Abdul Razak ke Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menunaikan solat Jumaat dan makan tengah hari bersama-sama pentadbiran UKM.





Antara yang dikenali hadir semasa bantahan adalah:

(1) Abdullah Sani bin Hashim - Presiden GM UKM
(2) Nabilah Farhana - Mahasiswa FPI
(3) Hasyimah binti Ibrahim - Biro Kebajikan Khidmat Sosial PMUKM




LAGI GAMBAR DAN BERITA : KLIK SINI
read more...

GAMBAR : HOTTT!! Aksi Pramugari Yang Menggoncang IMAN!!!



Macam-macam cerita SENSASI mengenai pramugari ni. Namun, Kali ini SENSASINYA lain sikit.

Eddie Putera merupakan seorang jurugambar yang terkenal di kalangan insan-insan yang berada di lapangannya. Beliau sering berkongsi pengalamannya ketika melancong ke mana-mana lokasi pengambaran yang beliau singgah.

Eddie, yang juga suami kepada Nurfarahin Jamsari telah berkongsikan satu adegan yang amat istimewa baginya ketika menaiki sebuah pesawat (tidak pula dimaklumkan pesawat jenis apa…)

Menurut beliau, ketika berada di dalam pesawat, beliau sering duduk di bahagian belakang sekali, kononnya dengan harapan dapat mengorat pramugari yang berlegar di situ.

Namun, insiden kali ini amat istimewa sekali baginya. Pramugari yang disangkakan mahu ke bahagian belakang, disangkakan untuk mengambil pesanan rupa-rupanya mahu solat. Beliau yang begitu terharu dengan situasi berkenaan telah berkongsinya di laman FB beliau seperti gambar di bawah.



read more...

VIDEO : Memang SEMPOI Jawapan PENDEMO Mengenai GST!!!



Memalukan! Itu yang boleh dirumuskan selepas menonton video temu ramah di antara peserta demo membantah GST atau Cukai Barang dan Perkhidmatan yang bakal dilaksanakan pada 1 April 2015, pada kadar enam peratus.

Kesemua yang menghadiri perhimpunan itu semalam rupanya pergi membabi buta tanpa melengkapkan diri dengan pengetahuan mengenai GST.

Kan dah tergagap-gagap nak jawab apabila ditemu ramah wartawan.

Untuk pengetahuan anda, GST adalah sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang memanfaatkan semua rakyat Malaysia.

GST yang dikenakan kerajaan adalah yang paling rendah dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Selain itu, GST juga tidak akan dikenakan ke atas bahan makanan asas seperti beras, gula dan tepung.

Lain kali sebelum berdemo, kasi faham dulu apa itu GST ya kakak-kakak dan abang-abang. 


read more...

#MH370 : Video Rakaman Perbualan Dan Transkrip Komunikasi Didedahkan!!





Berikut laporan mengenai komunikasi yang dirakamkan melalui talian terus, merumuskan urutan peristiwa berkaitan Penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) selepas kelipan pada radar padam sehinggalah Pusat Penyelarasan Menyelamat diaktifkan, yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan.

Tindakan yang diambil antara 1.38 pagi dan 6.14 pagi pada Sabtu, 8 Mac.





read more...

VIDEO (3) : HOTTT!!! Pergaduhan Unit Amal VS SAMM!!


Himpunan Bantah GST : Pergaduhan Antara Unit Amal dan SAMM / ANARKI

ANDA PILIH, ANDA DAPAT!!!!







Perhimpunan aman membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) anjuran pakatan pembangkang di Dataran Merdeka bertukar menjadi kecoh apabila sekumpulan remaja yang membawa kain rentang tertera Antifa (Anti-Fasis) melakukan keganasan terhadap petugas media.

Kekecohan tercetus beberapa minit selepas peserta demonstrasi bersurai apabila kumpulan terbabit yang dianggotai kira-kira 40 individu menyalakan api suar menyebabkan kawasan sekitar dipenuhi asap. 

Petugas media terdiri daripada jurufoto, jurukamera dan wartawan kemudian menghampiri kumpulan terbabit untuk mengambil gambar namun ditolak dan dihamburkan dengan kata-kata kesat. 

Keadaan menjadi lebih kecoh apabila ahli kumpulan terbabit turut memukul petugas media termasuk jurukamera myMetro TV menggunakan kayu bendera selain membaling botol air mineral.



TINDAKAN liar kumpulan yang menggelar diri mereka Antifa menimbulkan kekecohan dengan membakar suar. FOTO Muhd Zaaba Zakeria


Kekecohan itu tercetus hampir lima hingga 10 minit apabila petugas media dan segelintir peserta mula bertengkar dengan kumpulan terbabit.

Bagaimanapun, Unit Amal PAS berjaya menenangkan peserta perhimpunan dengan menyuraikan mereka, manakala kumpulan serba hitam yang mencetuskan kekecohan itu kemudiannya bergerak meninggalkan Dataran Merdeka menuju ke Jalan Raja Laut sambil dikejar petugas media kira-kira jam 4.50 petang. 

Difahamkan ada petugas media yang dipukul kumpulan serba hitam yang dipercayai sengaja mencetuskan kekecohan itu akan membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan di Balai Polis Dang Wangi.


Macai gaduh sesama macai masa demo #BantahGST , kesian Melayu PR ni..

read more...

KEMASKINI : VIDEO-VIDEO Sekitar Himpunan Bantah GST


VIDEO dirakam sekitar KLCC dan SOGO..








read more...

VIDEO : Terkini - Liputan Bantah GST





Liputan dari atas bumbung bangunan Sultan Abdul Samad.

Lagi sekali.....di mana Cha Ya Nun Alif????





read more...

AKHIRNYA Khalid Mengalah - Tawar Lepaskan Jawatan Sebagai MB!!!





Pasti berita ini membuatkan Azmin dan kuncu-kuncunya melonjak kegembiraan. Khalid telah mengangkat bendera putih!!!

Mesej clear Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang mengisytiharkan untuk bersara sebagai MB pada penghujung penggal ini.

Mungkin dalam istilah lain, Khalid Ibrahim dah malas nak jadi MB Selangor. Mungkin juga terdapat banyak faktor yang menyebabkan beliau bertindak demikian rupa.




Salah satu nya adalah kerana beliau tidak mampu memperjuangkan & mempertahankan hak orang Melayu terutamanya di Selangor. Semenjak mengambil alih tampuk kepimpinan Selangor 2008, Khalid dilihat umpama boneka kepada Cina DAP & PKR di negeri ini.

Mulai tahun 2008 juga, rakyat semakin bijak menilai kepimpinan Khalid yang 'hebat' dengan mengalu-alukan kepesatan rumah-rumah urut yang turut menawarkan khidmat seks di negeri Selangor ini umpama tumbuh 'meliar' bagaikan cendawan selepas hujan. Kegiatan haram ini bagaikan tidak boleh dibendung lagi apabila terdapat tangan-tangan ghaib yang menghalang penguatkuasa menjalankan tugas mereka membuat serbuan dan mengambil tindakan undang-undang.

Ia sedikit sebanyak menambahkan lagi derita yang terpaksa ditanggung Khalid apabila kuasa sebagai MB hanya kelihatan sebagai jawatan di atas kertas sahaja namun di kalangan kepimpinan negeri, ia adalah sandiwara sahaja.

read more...

Gambar : Sekitar Himpunan Bantah GST - Mana Cina?


Tahniah la.... Sanggup untuk terus diperbodoh dan dipergunakan oleh cina. Puas juga melihat sekeliling untuk mencari manusia berkulit kuning langsat, tapi tidak kelihatan...., 

Apakah mereka yang hadir ini faham dan tahu kenapa mereka perlu hadir? Sedih melihat bangsaku diperkotak-katikkan sebegini...... Siap membawa anak-anak kecil yang kelihatan amat gembira kerana dibawa keluar dari ruang lingkup persekitaran rumah. Tidak tahu apa-apa selain mengambil kesempatan dan teruja melihat persekitaran luar..











read more...

TAKZIAH : MP DAP Meninggal Dunia Lagi?





Apakah ini satu petanda? Seorang MP di Sarawak yang Sedang tenat pun dari DAP... Hmmmm

Ahli Parlimen Teluk Intan dari DAP, Seah Leong Peng (gambar) meninggal dunia pagi ini kerana penyakit barah.

Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai mengesahkan perkara tersebut dan akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi, lapor The Star Online.

Seah, dilantik menjadi ahli Parlimen penggal pertama selepas memenangi kerusi Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum 2013 apabila menewaskan Pengerusi Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dengan 7,313 majoriti undi dalam perebutan tiga penjuru.

Mendiang memperolehi 27,399 undi sementara Mah mendapat 20,086 sementara calon bebas, K Moralingam menerima 279 undi.





Beberapa pemimpin DAP menyatakan kesedihan dan ucapan takziah di laman sosial Twitter.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara, Ng Sze Han menulis dalam Twitternya:"RIP YB Seah Leong Peng kita kehilangan lagi seorang pemimpin yang baik."

Manakala Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dalam status Twitternya menulis:”Moga Tuhan menenangkan jiwanya dan orang yang menyayanginya.”

Mendiang sebelum ini adalah Adun Pasir Bedamar di Perak selama tiga penggal dan sebagai exco di negeri itu.

Bulan lalu, bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor meninggal dunia dalam satu kemalangan di km301.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Kampar, Perak pada awal pagi selepas kenderaannya berlanggar dengan sebuah lori .

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi kerusi Bukit Gelugor pada 12 Mei dan 25 Mei adalah hari membuang undi bagi mendapatkan ahli Parlimen baru menggantikan Karpal.
read more...

TERBARU : Confirm PR Kata Kerajaan Pengaruhi Keputusan Hakim!!



KAH..KAH..KAH...

Mahkamah Rayuan membatalkan pertuduhan terhadap YB Nik Nazmi - Timbalan Speaker DUN Selangor yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberikan notis 10 hari ketika menganjurkan Himpunan Blackout di Stadium Kelana Jaya pada Mei tahun lepas.

Panel 3 hakim diketuai Hakim Mohd Ariff Mohd Yusof memutuskan Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang memerlukan rakyat untuk memberikan 10 hari kepada pihak berkuasa sebelum protes sebagai tidak berperlembagaan. 

Mahkamah Rayuan memutuskan, polis boleh mengenakan sekatan ke atas himpunan aman tetapi tidak boleh menghukum penganjur atau orang yang berhimpun kerana tidak mematuhinya.

Kah..kah..kah...

Undang-undang apa ni?

read more...

VIDEO : HOTTT!!! Penipuan Pemilihan PKR Tersebarrrrrrr...


Paku Dulang Paku Serpih...
Kata Orang Dia Yang Lebihhhhh......
read more...

VIDEO : AKSI Terlampau Di Pemilihan PKR Sabak Bernam.... HANCUS!!!




Hish... Orang suruh mengundi la woi!! Bukan suruh buat hal kat tempat pemilihan!! Buka-buka baju... menangis bagai... Apa Pun Tak Boleh!!! Memalukan!!!

Korang Pilih, Korang Dapat!! Amekkau!!!


read more...

VIDEO : Perempuan Lagak Gengster Di Highway!!!



Punca pergaduhan tidak dapat dipastikan, namun kelihatan wanita berbaju warna grey itu cuba merakam gambar dan no plat kereta proton saga hitam yang mungkin telah melanggar belakang keretanya.

Entahlah.... Lihat video di bawah :



read more...

HOTT!!!! Rafizi Menggelabah, Bakal REBAH di Kemaman!!!




Selepas sambutan hambar di Keningau, SABAH, Rafizi menerima satu lagi tamparan yang lebih berat. kali ini di KUBU beliau sendiri, Kemaman, Terengganu.


Menghidu kekalahan ketika proses pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai berlangsung, kem Rafizi membuat provokasi termasuk mengoyakkan kertas undi. Provokasi bertujuan untuk menghentikan proses pemilihan PKR Cabang Kemaman kelmarin kira-kira dua jam sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang. 

Calon Timbalan Ketua Cabang Kemaman, Lee Sheng Lim, berkata kekecohan bermula pada jam 11.30 pagi lagi apabila penyokong penyandang Ketua Cabang, Rafizi Ramli melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi. 

Beliau berkata, bermula daripada itu, Rafizi dan penyokongnya memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat hingga berlaku pertikaman lidah antara dua pihak. 

“Rafizi kemudian naik ke tempat pengundian dan marah-marah mengatakan kami tidak pandai bekerja. Selepas itu beliau turun semula ke bawah, sebelum beberapa penyokongnya naik dan mengoyakkan kertas undi. 

“Kejadian itu mengejutkan dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengundi. Kami tidak mampu berbuat apa-apa selain meminta mereka bertenang. Namun keadaan menjadi semakin kecoh hingga akhirnya proses pemilihan terpaksa dihentikan jam 2.45 petang.”

Pada pemilihan kelmarin, Rafizi yang juga penyandang sejak 2010 ditentang Mohd Ramlee selaku ahli biasa, manakala Sheng Lim, bekas naib ketua cabang Kemaman bertanding jawatan itu buat kali pertama. 

"Kejadian ini amat memalukan kerana ia dimulakan oleh pemimpin PKR sendiri. Kalau pemimpin sendiri menunjukkan contoh tidak baik begini, bagaimana parti ini mampu menjadi parti yang baik untuk rakyat.

“Disebabkan masalah ini, pemilihan terpaksa ditangguhkan pada 10 Mei nanti. Kami amat berharap supaya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tidak melakukan pengundian semula bagi mereka yang sudah mengundi, sebaliknya hanya menyambung kembali proses pemilihan kepada ahli yang belum menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya. 

Sumber dalaman PKR yang enggan namanya disiarkan berkata, Mohd Ramlee menjadi saingan hebat Rafizi yang dilihat sebagai calon tidak disenangi rakyat dan didakwa hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak pernah turun padang dan cakna masalah rakyat.

read more...

VIDEO : #Selfie Atas Motorsikal - Giler Arr Mamat Ni!!!



Selfiee atas motor yang sedang bergerak? Di lebuhraya? Ni semua POYO!!! Jangan berani cuba untuk buat seperti ini sebab sedikit kelekaan boleh mengundang padah.

Malang Tidak Berbau Jang Oii...

Berhati-hati di jalan raya.


read more...

VIDEO : Lahanat Punya Olang - Lasuah Talak Telima Loo...



Inilah Nasib Abam Trafik.... Kalau Tak terima rasuah, maki dan caci diterima. Yang pasti memang ini olang sengaja nak memalukan abam trafik sebab awal-awal lagi dah standby video camera. SIAL!!!

Saksikan cubaan rasuah di bawah :


read more...

VIDEO : Kapten Tinggalkan Feri Karam Didedahkan!!



SEOUL: Pengawal Pantai Korea Selatan mendedahkan satu lagi video bagaimana kapten Feri Sewol diselamatkan ketika nahas berlaku.

Video berkenaan dirakamkan di perairan Jindo pada 16 April.

Lee Joon Seok yang memakai baju sejuk dengan jelas dapat dilihat meninggalkan feri yang sedang karam dan memasuki bot penyelamat.

Pegawai pengawal pantai, Kim Kyung Il memberitahu, kru feri tidak memberitahu anggota penyelamat bahawa mereka adalah anak kapal.

Tambahnya, pada hari kejadian semua mangsa memakai jaket keselamatan dan adalah sukar untuk membezakan mereka.





Di bawah ini pula detik-detik semasa feri mula tenggelam dan usaha menyelamat sedang dilakukan




read more...

MUTAKHIR : #MH370 Telah Ditemui - Syarikat Australia!!!



Sebuah syarikat penerokaan Australia telah mendakwa telah menemui bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.


Syarikat GeoResonance dalam sebuah laporan oleh7News Australiamenyatakan bahawa ia melakukan pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac, dan telah mengesan objek yang berkemungkinan bangkai pesawat di Teluk Bengal, 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang iaitu selatan Lautan Hindi.



Lokasi penemuanobjek yang didakwa berkemungkinan bangkai MH370 di Teluk Bengal.


Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.

"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu," katanya seperti yang dipetik7News.

Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2,000,000 km persegi di perairan di mana P itu dikatakan terhempas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat.

Saintis syarikat tersebut juga menumpukan usaha mereka di kawasan utara dengan menggunakan lebih 20 teknologi menganalisa data termasuk reaktor nuklear.

Kata Pope, GeoResonance telah membandingkan penemuan mereka dengan imej-imej yang diambil pada 5 Mac, iaitu tiga hari sebelum MH370 dilaporkan hilang, namum mereka tidak berjaya menjumpai apa yang telah dikesan di kawasan itu.




"Bangkai itu tiada di situ sebelum kehilangan MH370. Kami tidak kata ia sememangnya MH370, merupakan petunjuk baru boleh kami lakukan susulan," kata Pope.

Dalam pada itu, seorang lagi jurucakap syarikat, Pavel Kyrsa memberitahu bahawa beberapa unsur yang terdapat pada pesawat komersil, telah dikesan di kawasan Teluk Bengal itu.

Katanya unsur yang dikesan itu merupakan unsur kimia yang digunakan pesawat Boeing 777 seperti aluminium, titanium, tembaga, aloi keluli dan bahan-bahan lain.

Terdahulu, dalam sidang taklimat bersama media di Perth pada Isnin, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata kemungkinan penemuan serpihan pesawat di permukaan laut adalah tipis.

Kata Abbot, misi pencarian kini telah memasuki fasa baru dimana setakat ini, pencarian menerusi udara, permukaan mahupun dalam laut masih belum berhasil.

Abbott menerangkan bahawa misi pencarian baru ini akan memberi fokus kepada satu kawasan yang lebih luas di dasar laut - Awani
read more...

Ya Allah!!! Pesawat Terhempas Di Kelantan!!!





Ya Allah..... nampaknya seperti sudah menjadi tren pula sekarang ini. Kemalangan melibatkan kapal terbang dan bas ekspres seperti menjadi trend atau kebiasaan. Apakah ini sebagai suatu "peringatan" buat kita?

Terbaru, Kapal terbang pelatih telah jatuh terhempas tengah hari tadi di Taman Kurnia Jaya Pangkalan Chepa, Kelantan. Mangsa dilaporkan cedera. 

BBP Pengkalan Chepa terlibat dalam operasi menyelamat. Gambar dikongsi bersama oleh rakan Fb Bomba Saudara Nyetok Keng dan saudara Ariff. 





read more...

MUKA Boleh Tahan, Tapi Hati Macam SETAN!!!





Kesian dengan bebudak sekarang ni.... tambah-tambah gegirl yang comel macam ni. Comel ker? Namun tindakan gegirl ni bagi BB amat melampau dan keterlaluan. Nasib la.... ko punya member juga yang print screen tu. PADAN MUKA!!!
read more...

MALAYSIAKINI : Anwar Ketua Pembangang!!!!



Apa Sudah Jadi? Akhirnya portal Pro PR Malaysiakini "meluahkan" juga rasa hati yang telah lama terpendam. Sudah tidak mampu membendung perasaan akan sikap ketua pembangang tersebut.

Kah..kah...kah....





read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top