Nuffnang

JOM SEBARKAN "JANJI DITEPATI"




Mari kita lihat sendiri usaha-usaha yang telah dan sedang kerajaan laksanakan demi pembangunan negara amnya dan kebajikan rakyat khasnya. Diharap pamplet ini dapat memberikan serba sedikit penerangan terhadap inisiatif-inisiatif yang diambil oleh kerajaan yang mana sebelum ini agak gagal penyampaiannya diterjemahkan kepada rakyat khususnya mereka yang di luar bandar.

Disediakan dalam 4 bahasa bagi memudahkan pemahaman semua kaum, diharap ia dapat disebarkan secara menyeluruh kepada rakyat.





KLIK LINK BERIKUT (JANJI DITEPATI) MENGIKUT KESUKAAN ANDA:

1. VERSI BAHASA MELAYU

2. VERSI BAHASA INGGERIS

3. VERSI BAHASA CINA

4. VERSI BAHASA TAMIL
read more...

SAAT DAN KETIKA IZRAIL MENJEMPUT RASULLULLAH SAW

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.





Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?''Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'

'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:

'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya.

'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita umatnya ini.

Betapa pula cinta kita kepadanya?

Betapa taatnya kita kepada ajarannya?

Betapa tulusnya ingatan kita kepadanya?

Betapa alpanya kita kepada pesanannya?
read more...

SUNGAI KAPAR SAKSI PENOLAKAN ANWAR, KRISIS PKR SEMAKIN MERUNCING

SUNGAI KAPAR INDAH - Penganjur program Rapat Rakyat Kapar bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa program mereka disabotaj pihak tertentu yang sengaja cuba menggagalkan program di pekarangan pejabat PKR Cabang Kapar, Sabtu lalu.

 



Salah seorang penganjur yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR Cabang Kapar, Norkhalim Mohamed berkata, pihak terbabit mungkin tidak berpuas hati dengan penganjuran program itu dilihat besar dan dihadiri pemimpin tertinggi PKR.

Menurutnya, untuk menggagalkan program itu, pihak terbabit mengadakan program berasingan pada masa dan tarikh sama.

“Ia juga diadakan berdekatan Pejabat Ahli Parlimen Kapar di pekan Kapar yang jaraknya tidak sampai lima kilometer daripada lokasi program di Sungai Kapar Indah.

“Kita sudah memaklumkan kepada pihak berkenaan tentang program ini yang membabitkan kehadiran Datuk Seri Anwar beberapa hari sebelum itu, bagaimanapun mereka degil dan dilihat sengaja meneruskan program tersebut,” dakwanya.

 



Berang dengan tindakan itu, pihaknya segera memaklumkan perkara itu kepada Timbalan Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Zuraida Kamaruddin beberapa hari sebelum itu supaya meminta pihak berkenaan membatalkan program terbabit.

Katanya, bagaimanapun tindakan itu menemui jalan buntu apabila penganjur program yang juga bekas Ketua PKR Cabang Kapar yang kini Penyelaras Dun Sementa, Mohd Bakir Wahab dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kapar yang juga Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam berkeras mahu meneruskan program mereka.

“Apa yang saya dan penganjur program kesalkan adalah hasrat kami untuk menyatukan orang ramai termasuk anggota PKR menerusi program ini tidak terlaksana,” katanya.

Beliau berkata, penganjur program tersebut mempunyai banyak pilihan untuk mengadakan program itu pada tarikh lain namun tarikh sama tetap dipilih.

“Saya lihat mereka cuba melabelkan kepada umum dan pucuk pimpinan tertinggi bahawa AJK PKR Cabang Kapar gagal berfungsi untuk menjayakan sesebuah program selain tidak mampu menarik orang ramai ke program Datuk Seri Anwar.

“Justeru, saya dan AJK PKR Cabang Kapar minta pucuk pimpinan tertinggi PKR mengambil tindakan tegas ke atas pihak terbabit yang cuba mensabotaj program PKR walaupun dari parti sama - Sinar Harian



BB : Cakap banyak pun tak guna, bila terhantuk baru nak mengaduh....masa dan peluang dah diberi, namun pergeseran sesama sendiri berlaku kerana isu kronisme. Apa cer...??? PERAK MESTI MENANG
read more...

PEREKA MUDA PAMER KREATIVITI REKAAN KASUT

TIDAK hanya pengunjung ibu kota berpusu-pusu ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Festival Kasut Antarabangsa 1Malaysia (IMISF) baru-baru ini malah ia turut menarik perhatian pereka kasut tempatan untuk mengetengahkan rekaan masing-masing.




Masing-masing bersaing untuk memperagakan rekaan yang dihasilkan sendiri bagi menarik perhatian pengunjung selain sebagai platform mengembangkan bakat serta membina nama dalam industri itu.
Bagi pereka kasut muda yang juga pemegang Diploma Seni Halus, Akademi Seni Dasein, Angie Ni, dia mengambil motif daripada rekaan kasut bersaiz besar. Alasan menghasilkan kasut buatan sendiri kerana kesukarannya mendapatkan kasut bersaiz besar.

 “Apabila terlalu sukar untuk mendapatkan kasut bersaiz besar di pasaran, saya tekad untuk menghasilkan rekaan buatan sendiri bagi memberi memberi keselesaan.
“Biasanya saya memakai kasut bersaiz 12.5 dan memang banyak koleksi yang nampak cantik namun apabila dipakai, ia begitu menyedihkan kerana tidak sesuai dengan saiz kaki saya yang besar,” katanya yang mula meminati dunia seni sejak berusia 15 tahun lagi.

Kebanyakan kasut digunakan gadis ini adalah rekaan sendiri sama ada rekaan bertumit tinggi, tapak rata atau kasut baji untuk digayakan mengikut trend terkini.

Walaupun baru setahun jagung dalam dunia rekaan kasut, kini Angie berjaya menghasilkan enam hingga tujuh koleksi kasut sejak 2011 yang kesemuanya untuk kegunaan sendiri.

Jelasnya, biarpun proses menghasilkan kasut yang selesa agak sukar namun atas usaha dan semangatnya, akhirnya ia membuahkan hasil apabila memakai kasut buatan sendiri.

Dia lebih banyak menghasilkan rekaan bercirikan gaya ringkas tetapi menarik perhatian sebagai lambang identiti dirinya.

Pereka fesyen muda, Joy Quek, 21, turut menjadikan festival di PWTC itu sebagai tempat untuk mencipta nama.

Mengambil inspirasi daripada konsep fesyen ketenteraan di London, Joy menampilkan koleksi rekaan kasutnya yang kelihatan unik dan menarik. Menggunakan rona hitam dan putih, ia melambangkan ketegasan serta keberanian dalam pakaian tentera di negara itu selain penggunaan butang bagi mewakili raja.

Tidak hanya tertumpu kepada pereka fesyen wanita, pereka pelatih, Wan Abdul Latiff, 24, ternyata mempunyai karisma tersendiri untuk menghasilkan kasut di bawah jenama Paula Moda.

Biarpun baru menapak dalam industri rekaan kasut, dia berjaya menghasilkan koleksi yang dilihat ringkas namun mengetengahkan warna digemari musim ini.

Baru menghabiskan pengajian dalam industri rekaan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), ternyata langkah awalnya itu menerima sambutan baik daripada majikannya untuk terus memberi kepercayaan kepadanya menghasilkan kasut terkini.

Banyak menggunakan warna trend terkini tahun ini yang lebih kepada rona terang seperti biru, kuning dan oren, ia menonjolkan lagi keberanian generasi muda dalam berfesyen.

“Sebelum menghasilkan rekaan saya banyak membuat kajian atau rujukan mengenai trend terkini yang digemari generasi muda menerusi pembacaan.

“Walaupun syarikat banyak memberi tumpuan kepada perincian berlian, kita harus bijak menggunakan satu rekaan yang dipelbagaikan hasilnya mengikut kreativiti pereka itu sendiri.

“Kami lebih mensasarkan kasut untuk dieksport ke Dubai dan Itali jadi rekaan trend terkini harus diberi tumpuan supaya ia mendapat sambutan daripada pengguna,” kata yang menghasilkan 10 koleksi sejak menceburkan diri dalam industri berkenaan.

Selain Paula Moda, kira-kira 150 gerai menjual kasut pelbagai jenama bagi memberi peluang kepada pengunjung membuat pilihan digemari.

Tidak hanya kasut, pengunjung juga disajikan pelbagai pameran rekaan unik dan menarik untuk menambah pengetahuan mengenai proses pembuatannya -  My Metro
read more...

TERKINI RANKING BOLASEPAK MALAYSIA : REALITI ATAU FANTASI

Gara-gara "Politiking" dalam bolasepak Malaysia, inilah padanya. Rangking terkini yang dikeluarkan oleh FIFA meletakkan Malaysia pada kedudukan 156 berbanding dengan Bangladesh di kedudukan 152, Filiphina (154) dan Samoa (155).

 


Bagaimana kita boleh berada dalam ranking lebih rendah dari Bangladesh dan Filiphina sedangkan kita tahu kedua-dua pasukan itu adalah pasukan belasahan dan lemah.

Mengapa FAM begitu lemah dan lembap dalam menguruskan pasukan negara sehingga pasukan kita dimalukan dengan sedemikian rupa.

Jika benar kemerosotan kedudukan pasukan kebangsaan di sebabkan kurangnya penyertaan kita pada kejohanan antarabangsa dan kurangnya perlawanan antarabangsa, mengapa FAM tidak mengaturkan perlawanan tersebut demi menjaga maruah kita.

Malah dalam Negara Asia Tenggara Malaysia terperosok ke tangga ke enam di belakang Vietnam, Thailand, Indonesia dan Singapura serta Filiphina

Apalah nasib pasukan kita. Bayangkan betapa teruk prestasi pasukan kita sehingga gagal mendapatkan sebarang mata pada pusingan kelayakan Olimpik apabila tewas semua perlawanan kepada pasukan Jepun, Syria dan Bahrain.

Sesuatu mesti dilakukan demi masa depan pasukan Negara. Pihak pengurusan FAM mesti bertanggungjawab sepenuhnya dengan fakta yang amat memalukan ini.

Diambilkira pula dengan pelbagai krisis yang melanda FAM mutakhir ini, nampaknya kedudukan Malaysia pasti akan merudum.

Alangkah sayangnya perkara ini berlaku tatkala sokongan peminat terhadap pasukan bolasepak negara ketika ini kembali meningkat.
read more...

PEMIMPIN KUDAT BERSAMA BELIA

Kudat - "Belia hari ini inginkan pembangunan dan mereka mahukan suara, pandangan dan aspirasi mereka diambil kira dalam program pembangunan khususnya di daerah Kudat", demikian kata YB Datuk Teo Chee Kang ADUN N2 Tanjong Kapor ketika di sesi sembang-sembang bersama belia Kg. Perapat Laut, Kudat, kelmarin.


 


Program ini melibatkan 300 orang penyertaan dan melibatkan belia serta beliawanis setempat. Antara pengisian bagi program ini ialah aktiviti gotong-royong, pemberian sumbangan peralatan sukan, peralatan surau, sukaneka, bola sepak dan pertandingan karaoke.

Walaupun pelaksanan program ini berbentuk santai dan dalam skala yang kecil, namun sambutan dan komen dari setiap peserta amat menggalakkan. Majoriti belia yang menghadiri program ini sangat teruja dan amat berharap program seumpama ini dapat diadakan lagi dengan lebih kerap.





Melalui program sebeginilah, para belia dapat bertemu sesama sendiri melalui medium yang sihat di samping berpeluang bersemuka bersama kepimpinan tempatan khususnya dalam mengetengahkan isu dan kehendak anak muda setempat.

Semoga program seumpama ini dapat memberikan ruang dan peluang kepada belia khususnya belia luar bandar untuk memberi pandangan dan idea dalam pembangunan belia di peringkat akar umbi.

Sumbangan daripada Sutera Bayu HMA
read more...

ARSENAL KEMBALI TEMUI HARIMAU MALAYA TAHUN INI

KELANA JAYA - Arsenal sah akan beraksi menentang skuad senior kebangsaan buat tahun kedua berturut-turut di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Julai depan.





Perkara itu diumumkan Pengarah Pengurusan ProEvents International Sdn Bhd., San Boon Wah dalam satu sidang media yang turut dihadiri Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan, Pengarah Pemasaran Arsenal, Angus Kinnear, Pengarah Komunikasi Arsenal, Mark Connella serta ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal.

Perlawanan pada hari Isnin itu dijadualkan berlangsung jam 9.45 malam di mana harga tiket akan ditentukan kelak.

Malaysia menjadi destinasi pertama The Gunners dalam siri Jelajah Asia musim 2012/13 sebelum berangkat ke China untuk menentang Manchester City du Beijing pada 27 Julai diikuti menentang kelab Kitchee FC di Hong Kong dua hari kemudian.

Tengku Abdullah yang juga merupakan peminat Arsenal bertitah, "Saya berharap dapat melihat lebih banyak kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) datang ke Malaysia.

"Kedua pihak perlu menjalinkan kerjasama untuk meningkatkan (prestasi) pemain kita berdasarkan pengetahuan Arsenal terhadap pemain muda dan berharap agar perkara ini dapat direalisasikan.

"Saya juga mengharapkan pasukan Malaysia dapat memberi cabaran sengit."

Mark Connella pula menegaskan Arsenal sudah pasti akan membawa bintang utamanya walaupun wujud kebimbangan barisan utama mereka mungkin tidak akan mengikuti siri jelajah ini kerana baru mengharungi kempen Euro 2012.

"Ini perlawanan pertama kami di Asia dan sebahagian daripada perancangan pra-musim kami.

"Pemain akan kembali selepas kempen Euro," katanya sambil tidak menolak beberapa aktiviti sampingan bersama pemain sebelum hari perlawanan berlangsung.
read more...

AUKU : AKHIRNYA DIPINDA JUA DEMI KELANGSUNGAN POLITIK ANAK MUDA

Hari ini telah dikemukakan di Dewan Rakyat pindaan ke atas undang-undang untuk memberi lebih kebebasan kepada para pelajar untuk bergiat dalam parti politik.





Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 itu telah dipinda bagi membenarkan pelajar mendaftar sebagai ahli dalam parti politik.

Namun begitu, pindaan yang dikemukakan itu tidak membenarkan pelajar yang mempunyai jawatan dalam parti politik daripada bertanding dalam pemilihan serta memegang sebarang jawatan dalam pertubuhan/ organisasi pelajar di kampus.

Dalam masa yang sama, Dewan Rakyat juga dibentangkan dengan rang undang-undang pindaan AUKU, meliputi pindaan ke atas Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) 1996 dan Akta Institusi Pendidikan (Disiplin) 1976.

Cuma persoalan semakin menebal di kalangan rakyat khususnya golongan mahasiswa dan pendidik adakah pindaan-pindaan ini akan mematangkan golongan mahasiswa khususnya di arena politik negara?

Adakah pindaan-pindaan ini juga bakal melahirkan golongan cerdik pandai pemimpin muda dari kalangan mahasiswa dalam meneraju kepimpinan politik negara di masa akan datang?

Sejarah telah membuktikan bahawa seorang pemimpin politik yang berjaya tidak semestinya lahir daripada IPTA, IPTS mahupun mana-mana institusi pendidikan.

Sejauh mana pindaan ini bakal merubah senario politik di kalangan anak muda kita?
read more...

CARDIFF CITY : 70 PEMAIN MUDA MALAYSIA JALANI LATIHAN

SUNGAI BULOH — Seramai 70 pemain muda termasuk 50 orang dari Rancangan Tanah Felda akan menjalani latihan di bawah program pembangunan kelab bola sepak Cardiff City.

Pengerusi kelab bola sepak Cardiff City (CCFC), Datuk Chan Tien Ghee berkata, seramai antara 20 hingga 24 pemain berbakat akan dipilih daripada kejohanan bawah 12, bawah 14 dan bawah 16 tahun Liga 1Malaysia Cardiff City (1MCC).

Beliau berkata, 50 pemain dari Tanah Rancangan Felda akan ditaja sepenuhnya oleh Felda."Kita mahu mereka mendapat pengalaman profesional dari usia 12 tahun. Ini yang kita mahukan bagi memastikan kita mendapat program yang sesuai dan tidak membazir wang dan masa kerajaan."Pemilihan berdasarkan kebolehan dan semangat mereka untuk belajar.

Mereka akan menjalani latihan selama dua minggu (di Wales). Kita akan mengumumkan tarikh dan masa latihan yang ditetapkan kemudiannya,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran rasmi Liga 1MCC oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di padang Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di sini hari ini.

Lebih 80 pasukan beserta lebih 2,000 pemain menyertai Liga 1MCC 2012 yang bermula bulan lepas hingga Disember ini pada setiap Sabtu dan Ahad dari pukul 8 pagi hingga 4 petang di padang RRI.— BERNAMA
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top