K Thiyagarajan, 26, salah seorang rakan kongsi kedai itu berkata premis perniagaannya menerima notis Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mengarahkan simbol 1Malaysia ditanggalkan dari papan tanda itu selewat-lewatnya semalam.
Bagaimanapun, setakat pagi tadi tiada tindakan diambil terhadapnya sekalipun beliau masih tidak mematuhi arahan itu.
Thiyagarajan berkata beliau merasa seolah-olah ada campurtangan politik dalam perniagaannya sedangkan beliau tidak terlibat dalam politik dan program 1Malaysia itu adalah untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.
Thiyagarajan mempersoal mengapa logo itu perlu ditanggalkan kerana para peniaga membayar lesen iklan.
Laporan sebuah akhbar Inggeris hari ini memetik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor Ronnie Liu sebagai berkata Selangor melarang pemasangan logo 1Malaysia kerana ia 'logo politik'.
Logo itu pesanan politik dari Barisan Nasional dan ini bertentangan dengan undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan, kata Liu.
-- BERNAMA

Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.
Katanya, penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.

