Maaf, artikel ini bukan hendak memalukan sesiapa. Sekadar menceritakan kebenaran dan realiti yang kita alami dalam kehidupan ini. Yang baik jadikan pedoman, Yang Buruk jadikan sempadan. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.
Kurang dari 24 jam, nama Nadia Nordin secara tiba-tiba menjadi trending di laman sosial Twitter dan Facebook gara-gara rakaman memaparkan dia memukul seorang lelaki didakwa suaminya selepas kantoi sedang ‘bermadu kasih’ bersama wanita simpanan.
Insiden tersebut didakwa berlaku di sebuah bilik hotel di Kota Bharu, Kelantan selepas kelakuan curang suaminya itu diketahui Nadia.
Menerusi dua rakaman berasingan yang kini viral di media sosial menunjukkan wanita tersebut ‘naik hantu’ dengan bertindak memaki hamun, menumbuk serta menendang suaminya berkali-kali, selain memukul kekasih suaminya itu menggunakan botol kaca.
Berdasarkan rakaman video pertama berdurasi 30 saat, wanita simpanan tersebut yang berada dalam keadaan berbogel telah ditengking oleh Nadia, selain dia dibaling dengan sebiji botol kaca sehingga menyebabkan botol tersebut pecah berkecai.
Wanita berkenaan yang duduk di lantai kedengaran menangis dan merayu supaya tidak dipukul , namun tidak diendahkan oleh Nadia. Lebih menyakitkan hati apabila didakwa wanita tersebut adalah rakan baik Nadia.
Sementara, video kedua berdurasi 1 minit 16 saat pula menunjukkan Nadia melepaskan amarahnya dengan bertindak memukul, menumbuk, menendang serta memaki hamun suaminya dalam dielek Kelantan.
Tidak cukup dengan itu, Nadia yang memakai seluar pendek dilihat turut menarik rambut suaminya sambil terus menghemburkan kata-kata kesat.
“Mung wat nate apo katku? (Kau buat apa),” jerit wanita tersebut dalam rakaman berkenaan.
Netizen mendakwa ketika kejadian, perempuan tersebut berada dalam keadaan bogel bersama suami Nadia. Akibat dipukul menggunakan botol kaca, mangsa dikatakan cedera dan menerima 15 jahitan.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang maklumat mengenai bila dan lokasi sebenar insiden tersebut. Difahamkan, video tersebut didakwa telah disebarkan sendiri oleh Nadia.
Rata-rata netizen memberi reaksi pelbagai terhadap insiden berkenaan, di mana ada yang berpendapat bahawa tindakan Nadia memukul suaminya dan wanita tersebut adalah terlalu kejam, selain ada yang menggesa supaya siasatan dilakukan berhubung insiden terbabit.
Perkembangan Terkini
Keluarga seorang wanita, 26, mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang memukul dan membogelkan anak perempuannya dalam kejadian di sebuah hotel di pekan Sungai Golok, pagi Selasa lalu.
Dua video masing-masing berdurasi dua minit lapan saat dan satu minit 15 saat itu tersebar di Facebook sejak semalam, yang mendapat komen daripada netizen.
Dalam video berkenaan, mangsa dipukul menggunakan dua botol kaca minuman oleh seorang wanita warga Thailand, dipercayai diupah wanita dikenali sebagai Nadia yang membuat rakaman itu.
Difahamkan, kejadian berlaku akibat salah faham apabila mangsa dituduh menjalin hubungan cinta dengan suami Nadia.
Ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Ani, 50-an, berkata dia mengetahui kejadian menimpa anaknya Sabtu lalu, selepas dimaklumkan anak keduanya yang tinggal di Kuala Lumpur.
“Akibat kejadian itu anak saya cedera di badan, kepala dan menerima lapan jahitan di dahi. Sebagai ibu, saya sedih dengan kejadian itu kerana mengaibkan anak saya tanpa belas kasihan.
“Anak saya tidak pernah menjalin hubungan cinta dengan suami orang dan sudah membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian Sabtu lalu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung
Macam singa...patut la laki cari perempuan lain. Yang mak bapak skandal tu tak payahlah naknbagi alasan bagai. Dah anak awak kena serbu masa berdua duan dalam bilik hotel nak cakap apa lagi. Mencederakan orang memang salah tetapi ia tidak menutup kesalahan anak awak tu.
BalasPadamSiapa dia ni? Kenapa perlu jadi tajuk blog?
BalasPadamboleh dah ni join MMA ... confirm champion
BalasPadamSalah jantan. Dah ada isteri yg halal cari betina. Suka sangat makan daging busuk.
BalasPadamX tkut dose ke? Mmang bgus kena pkul gan botol, satu dnia dpt tgok tubuh ko yg jijik tu, mak ppuan tu blh bela ank yg buat zina, klu sbgai islam thu hkumnye,yg jantan tu mmang jhat ada yg halal nk cari yg haram, tu baru blasan dnia, tggu di akhirat nanti ye good luck.
BalasPadamnasib kita belum tentu ke mana...jgn menghina orang...sbb kita pun bukan mulia sangat ...
PadamSi isteri da thu suami main dgn prempuan lain bawa la polis atau jais kn senang settle masalah
BalasPadamTakyah nak dakwa..ikutkan anak kau kena rejam sampai mati..baru kena botol kaca
BalasPadamHuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuuuhhuhuhuhuhuhuhuhu
BalasPadamBawa gi mahkhamah je, nmpk Sgt jahat jgak...
BalasPadam