Nuffnang

Eksklusif : Lebuh Raya Rakyat Lambang Pengorbanan dan Perjuangan Islam???


Telah dua bulan berlalu sejak majlis pecah tanah pelancaran Lebuhraya Rakyat dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012 lepas.





Projek Lebuhraya Rakyat idea Exco kerajaan negeri, Husam Musa itu sekiranya menjadi realiti, barangkali bakal melonjakkan aktiviti ekonomi di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Ramai yang mengharapkannya menjadi kenyataan walau sebenarnya lebih ramai yang tersenyum sinis tiap kali melihat Husam Musa dan Nik Aziz bersemangat membicarakan perihal lebuhraya tersebut.

Sehingga kini sebahagian besar rakyat Kelantan kerap tertanya-tanya sesama sendiri, benarkah lebuhraya tersebut akan dapat direalisasikan atau sekadar mengulangi sejarah batu asas Jambatan Palekbang?




Tambahan pula semasa projek Lebuhraya Rakyat yang dikatakan bernilai RM 1.8 bilion ini dilancarkan pada 28 Mei 2012, ianya belumpun mendapat kelulusan Mesyuarat Exco Negeri.


Hampir setahun kisah projek tersebut diwar-warkan kepada umum dan selepas dilancarkan serta majlis pecah tanah telah diadakan, barulah Husam Musa mahu dibawa ke mesyuarat Exco untuk meminta kelulusan. Bukankah pelik prosedurnya itu.




Saling tak ubah seperti seorang pemuda bernafsu kuda 'mentekedarah' dulu anak dara orang sampai lunyai selepas itu barulah berfikir-fikir untuk membawa rombongan keluarga untuk menemui keluarga wanita malang itu. Tak begitu?

Jika diimbas 22 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, yang banyak kelihatan ialah lebih banyak janji kosong yang dihamburkan oleh pemimpin negeri berbanding jasa bakti yang memberi manfaat kepada rakyat.

Banyak projek segera menjelang pilihanraya yang dilancarkan oleh kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz hanya gah sewaktu pelancaran kemudian senyap begitu sahaja selepas habis musim pilihanraya.

Sekadar beberapa contoh, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Jambatan Palekbang, Projek Tanaman Depu, Pelabuhan Pantai Sri Tujuh dan berpuluh-puluh lagi hingga kini sama ada hanya tinggal batu asas atau hanya tinggal nama sahaja.

Saban tahun rakyat ternanti-nanti sambil membilang jari entah bila tahunnya projek-projek tersebut akan siap untuk dinikmati.

Tak mustahil, Lebuhraya Rakyat ini sama saja seperti yang lain. Penantian demi penantian. Saban hari kian ramai yang senyum sinis sementara menunggu hari pembuangan undi untuk melunaskan 22 tahun amarah dalam hati.
read more...

Projek Langat 2 : Nilai Kemanusiaan Di Gadai Demi Ego Sebuah Pakatan

Projek Langat 2 Talian Hayat Penduduk Lembah Klang Keputusan tegas Kerajaan Pusat menolak rancangan kerajaan negeri yang mahu mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS) nyata tepat dan memenuhi kehendak majoriti penduduk Lembah Klang.






Serentak dengan keputusan tersebut, Kerajaan Pusat memutuskan untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor (PPAMPS) walaupun tanpa kerjasama kerajaan negeri. Langkah berani dan segera ini amat diperlukan demi menjaga kepentingan rakyat selain mengelakkan kesan buruk pada ekonomi negeri dan negara sekiranya masalah air terus dipolemikkan oleh kerajaan negeri yang hanya tahu berdolak dalik.


Ramai rakyat Selangor serta penduduk sekitar Lembah Klang yang mengurut dada berasa lega atas keputusan tersebut yang dikira sebagai petanda baik dan hikmah sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bagi mereka, kepayahan hidup yang terpaksa dilalui sewaktu krisis air 1998 agak perit untuk diharungi sekali lagi.







Malah sekiranya krisis seperti itu terjadi lagi sebagaimana diramalkan, tidak mustahil situasinya akan lebih teruk. Projek Langat 2 bukan sekadar bakal mencegah risiko krisis air yang digeruni itu malah tidak salah jika diibaratkan umpama talian hayat penting bagi penduduk sekitar Lembah Klang. Reputasi buruk kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Khalid Ibrahim yang masih gagal menyelesaikan masalah kutipan sampah sarap, jalan berlubang dan lain-lain tidak menyukarkan kita untuk membayangkan nasib SYABAS sekiranya berjaya diambil alih oleh kerajaan negeri.


Kemampuan sebenar Khalid hanya sekadar gah beretorik sahaja. Cukuplah dua tahun dibazirkan begitu sahaja gara-gara terpaksa melayan kerenah Khalid Ibrahim yang masih berselindung disebalik tarif air dan penstrukturan semula syarikat bekalan air sedangkan kedua-dua perkara tersebut boleh dibincangkan kemudiannya.


Keutamaan sekarang ini ialah segera menyelesaikan masalah bekalan air bersih untuk kegunaan rakyat, itu yang sewajarnya menjadi prioriti kerajaan negeri sejak dulu lagi tapi malangnya Khalid lebih rela mempertaruhkan masa depan rakyat Selangor & penduduk Lembah Klang.
read more...

Eksklusif : Pahit Manis Serta Perjuangan Najib Sepanjang 59 Tahun

YAB Dato’ Seri Najib mungkin baru 3 tahun memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, namun jasa-jasa beliau kepada rakyat dan negara begitu banyak dan sukar untuk disenaraikan.




 

Bermula dari usia 22 tahun, Najib telah pun menjadi Ahli Parlimen sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dan kemudiannya Timbalan Menteri Pelajaran serta Timbalan Menteri Kewangan. Ini bermakna, di usia yang begitu muda, Dato’ Seri Najib telah pun menabur jasa kepada rakyat melalui portfolio-portfolio yang dipegangnya.

Kewibawaan, kesungguhan dan keikhlasan beliau berkhidmat telah mendapat perhatian Perdana Menteri pada ketika itu, iaitu Dr. Mahathir Mohamad yang kemudiannya mencalonkan beliau ke kerusi DUN Pekan yang membawa kepada perlantikannya sebagai Menteri Besar Pahang di usia 29 tahun.

 



Lanjutan dari itu, Najib sebagai Menteri Besar menjadi antara tokoh perintis Yayasan Pahang bagi mempromosi pendidikan dan sukan di kalangan belia melalui biasiswa dan dana. Beliau juga berjaya menjana pendapatan negeri melalui sumber semulajadi dan kerjasama dengan FELDA, dengan membuka jalan untuk skim pendudukan tanah baru bagi memberi peluang pendapatan kepada golongan miskin dan tidak memiliki tanah.

 



Selain menyumbang melalui politik, Najib yang dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan, Majuternak, telah menggunakan sepenuh peluangnya di sana untuk mencari idea-idea baru bagi membantu para penternak.

Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, kesungguhan beliau meningkatkan mutu sukan negara ternyata membawa hasil apabila Malaysia berjaya menunjukkan pencapaian terbaik di Sukan SEA 1989 yang diadakan di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1991, Najib dilantik menjadi Menteri Pertahanan dan sehingga kini beliau tetap dianggap sebagai Menteri Pertahanan terbaik bagi Malaysia. Beliau memodenkan dan meningkatkan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia melalui berbagai latihan dan peralatan terkini.

Setelah kementerian tersebut berada di tahap yang membanggakan beliau diberi pula tanggungjawab untuk menerajui Kementerian Pelajaran. Di sini, beliau mengstruktur semula dan mengswastakan universiti awam serta menggalakkan kerjasama dengan universiti luar negara. Antara jasa beliau di kementerian ini yang dapat dinikmati secara langsung oleh para guru hari ini ialah menaiktaraf sijil pendidikan kepada diploma bagi menaikkan tanggagaji guru-guru.

Khidmat Najib sebagai Menteri Pertahanan sekali lagi diperlukan pada tahun 1995. Beliau pun mengambil peluang ini untuk meningkatkan moral Angkatan Tentera Malaysia yang telah sedia dihormati dunia, dengan memperkenalkan skim perumahan yang lebih baik, pengstukturan semula elaun dan juga pendapatan mereka.

Jelas, jasa-jasa Dato’ Seri Najib sebelum menjadi Perdana Menteri juga sudah tidak terhingga banyaknya.

Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009, dan sejak itu, beliau langsung tidak membuang masa untuk bekerja. Dalam masa hanya 3 tahun, idea transformasinya ternyata berjaya dilaksanakan, malah berjaya membuahkan hasil dan bukannya hanya slogan kosong.

Beliau pantas memperkenalkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) bagi meningkatkan kualiti, kecekapan dan ketelusan dalam sektor perkhidmatan awam dan kerajaan. KPI diperkenalkan bagi mengukur tahap pencapaian pegawai dan juga agensi-agensi kerajaan.

Selain itu, National Key Result Areas (NKRA) diumumkan sebagai garis perancangan untuk menangani 7 perkara yang melibatkan rakyat dan negara, iaitu mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, meningkatkan pencapaian pelajar, menaikkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah, meningkatkan infrastruktur asas di kawasan luar bandar, memastikan bekalan air bersih dan dirawat, meningkatkan sistem pengangkutan awam di bandar dan menangani masalah kos sara hidup.


 



Kesemua ini telah dan sedang berjalan lancar manakala sebahagian besarnya telah pun menunjukkan hasil yang memuaskan. Ternyata, beliau adalah seorang yang mengotakan apa yang dikata dan tanpa membuang masa.

Kempen 1Malaysia yang dilancarkan beliau juga mendapat tempat di hati rakyat yang rata-ratanya menyokong perpaduan di bawah nama satu bangsa.

Dalam masa tiga tahun pemerintahan beliau juga, Najib berjaya mengekalkan kekukuhan ekonomi Malaysia bermula dengan lonjakan paling tinggi dalam GDP sehingga 5.9% pada September 2009 dari rekod yang rendah pada Mac 2009 iaitu -7.6% sebelum beliau pengambil-alihan tampuk pemerintahan

Kestabilan politik dan ekonomi dalam negara hasil dari kepimpinan Najib, telah membolehkan kerajaan mengumumkan bantuan-bantuan bersifat langsung kepada rakyat, antaranya BR1M, KR1M, TR1M, Klinik 1Malaysia dan berbagai-bagai lagi.

Berdasarkan fakta di atas, pendek kata, sejurus selepas mencapai usia dewasa, iaitu di awal 20-an, Najib telah tidak berhenti-henti menabur jasa kepada rakyat. Namun, di usia 59 tahun hari ini, Najib tidak langsung menganggap kedudukannya sebagai balasan kepada jasa-jasanya tetapi mengambil sikap seolah-olah beliau pula yang terhutang budi dengan rakyat kerana memberi keyakinan kepadanya. Justeru itu, beliau terus tegap bersemangat untuk berkhidmat dan menabur jasa tanpa merasa jemu atau letih.




 
Sesungguhnya tidak seorang pun dari rakyat Malaysia yang mampu menafikan segala jasa-jasa beliau walaupun mereka mungkin merupakan penyokong pembangkang. Tiada siapa boleh menafikan yang mereka menerima wang tunai serta bantuan langsung dari berbagai-bagai program yang diilhamkan Najib.

Sememangnya, sudah menjadi tuntutan agama dan moral bagi kita semua untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau atas segala jasa yang dicurahkan. Dengan itu, kita mendoakan agar Dato’ Seri Najib dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik agar dapat terus berkhidmat kepada negara dan juga rakyat.

Selamat Ulang Tahun, Dato’ Seri Najib, Perdana Menteri yang dikasihi lagi dihormati!
read more...

Video : Akhirnya Azhar Idrus Akui Pok Nik Dan Azizan Juga Gagal, Cakap Tak Serupa Bikin

Hari ini, masyarakat di Malaysia di’panas’kan dengan isu hudud. Satu perkara baik yang sepatutnya diterangkan dengan berhikmah oleh orang-orang Islam, malangnya ada orang Islam sendiri yang memandang negatif  terhadap hudud, lantaran kerana ilmu & kefahaman mereka sendiri yang cetek dalam perkara tersebut, menyebabkan hudud disalahfaham sebagai sesuatu yang negatif & kejam.
Walhal ia sebenarnya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri secara keseluruhannya, termasuklah kepada non-muslim, walaupun hukum hudud itu hanya untuk orang beragama Islam sahaja. Bukan semua orang Islam faham akan Islam sebagaimana bukan semua orang Islam yang menutup aurat.
Dengan segala patuh dan rasa hormat, saya ingin menyentuh tentang tujuan sebenar Hukum Hudud ini. Sebelum kita mengkritik dan memberi pandangan haruslah kita melapik perdebatan kita dengan ilmu. Kerana kata-kata tanpa ilmu diibaratkan membelah kayu api diatas kaki sendiri.
Menurut Imam Syafie, setiap pandangan itu mesti berdasarkan atas ilmu pengetahuan kerana ilmu pengetahuan itu datangnya dari Tuhan yang menciptakan. Oleh itu mari kita hayati apakah sebab musabab lahirnya Hukum Hudud ini, bila harus dipraktikkan, untuk siapa, serta apakah platform yang perlu ada sebelum Hukum Hudud diimplementasikan.
Bukan semua Negara Islam mampu mengimplementasikan Hukum Hudud ini oleh kerana ditakuti mencetus kontoversi apatah lagi pada rakyat yang bukan Muslim. Pada zaman Rasulullah S.A.W. Hukum Hudud dilaksanakan sebagai sebahagian kecil dalam syariah. Kecil disini bukan dimaksudkan dengan diambil ringan mahupun hanya sebagai alternatif terakhir.
Yang ingin disampaikan adalah kecil yang bermaksud hadirnya hukum itu adalah pada keadaan yang memaksa disebabkan kesalahan disisi syariat yang jelas telah dilakukan. Sebagai contoh, untuk membuktikan mereka yang berzina (fornication) bukanlah suatu yang mudah.
Tetapi perbuatan itu nyata perlukan Hukum Hudud jika kita hadirkan 4 orang saksi yang dipercayai untuk membuktikan tuduhan itu, melainkan perbuatan zina itu dilakukan dikhalayak ramai.
read more...

Video Pengakuan Farid Ismeth Pembaca Berita Berkaitan Hubungannya Dengan Rosmah

Sebelum apa-apa persepsi atau rumusan dibuat, jom kita lihat dulu video di atas dan lihat pengakuan pembaca berita RTM1 Farid Ismeth Emir. Apa kata anda??? Apakah anda masih lagi merasakan Farid Ismeth Emir seorang yang pembohong dan penipu dalam kenyataannya seperti mana yang beliau nyatakan???
Apa yang beliau nyatakan adalah benar dan bukanlah satu pembohongan, malah beliau akui fitnah yang datang dari puak pakatan haram ini bukanlah baru tetapi sudah berakar umbi sejak 11 tahun yang lalu yang mana dimainkan oleh pakatan haram bagi mewujudkan persepsi. Rakyat malaysia boleh percaya cerita ini. Anda nampak dari situ ??? puak pakatan haram yang mainkan cerita ini pembohong besar !!!
Jelassss... Beliau tidak pernah berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor, beliau bersumpah beliau tidak pernah berhadapan dengan Rosmah Mansor dan ini semua adalah kebenaran yang mana sengaja difitnah oleh puak pakatan haram. Adakah kita rakyat Malaysia terus percaya dan begitu seronok sekali menceritakan dengan rakyat malaysia dengan cerita Datin Rosmah Mansor yang terus difitnah oleh puak pakatan haram di Malaysia ini ???
Sebenar nya Mereka GAGAL dalam mendapatkan keyakinan rakyat, sebab itu puak pakatan haram ini memainkan sentimen serangan Fitnah ke atas pimpinan BN termasuklah Datin Seri Rosmah Mansor Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia. So, tepuk dada tanya hati
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top