Nuffnang

#MH17 : Siapa Individu Yang Ketuai Pasukan Siasatan Khas Malaysia Di Kiev?




KIEV: Pasukan siasatan khas Malaysia mengenai tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kiev di sini pada jam 4 pagi tadi (waktu Kiev). 

Ketuanya, Khairil Hilmi Mokhtar, (Pegawai Tadbir dan Diplomatik M48) berkata pasukan itu, yang terdiri daripada 131 anggota daripada pelbagai agensi kerajaan, akan berada di Ukraine sehingga 25 Julai. 
read more...

PENEROKA TERLAMPAU!!! Disabitkan 16 Pertuduhan Rogol Pelajar!!!



Selepas menghilangkan diri sejak tiga tahun lepas, semasa perbicaraan kesnya, seorang bekas peneroka FELDA didakwa semula di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 16 pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan tingkatan dua pada 2007. 

Che Ghazali Abdul, 59, yang sebelum ini didakwa terhadap pertuduhan sama pada 6 April 2007, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azwarnida Affandi. 

read more...

#MH17 : Rusia Kantoi Edit Maklumat!!!



Kerajaan Rusia dilaporkan telah menyunting maklumat di Wikipedia mengenai nahas penerbangan MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) dengan menukarkan beberapa rujukan yang menunjukkan penglibatan kerajaan itu di atas insiden tersebut.

Portal The Telegraph yang berpangkalan di London menerusi penulisan Timbalan Ketua Teknologinya, Matthew Sparkes berkata, bot Twitter yang memantau suntingan pada laman web itu telah mengenal pasti alamat IP (nombor siri unik pada sesebuah komputer atau rangkaian) kerajaan Rusia yang membuat pengubahan tersebut.

read more...

#MH17 : VIDEO - Pasukan Pemerhati Antarabangsa Diganggu Pemberontak!!



GRABOVE, Ukraine: Pasukan pemantau antarabangsa pertama tiba di lokasi MH 17 terhempas, berdepan kesukaran memulakan tugas pasca nahas.


Ia berikutan kekangan dan larangan dari pasukan pemisah pro Rusia.

read more...

#MH17 : GAMBAR - Inikah Pelancar Peluru Berpandu Yang Disembunyikan?



SEBUAH sistem pelancar peluru berpandu BUK M2 yang didakwa telah menembak jatuh pesawat MH17 berjaya dirakam di kawasan pangsapuri era Soviet di Torez, Ukraine selepas beberapa jam nahas itu berlaku. 
read more...

PERHATIAN!!! Perintah Berkurung Berkuatkuasa Di ESSZONE, Sabah!!!




Mulai hari ini, jam 6 petang sehingga 6 pagi esok, Ahad dan seterusnya selama 14 sehingga 2 Ogos depan perintah berkurung diisytiharkan di Perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).


Perintah berkurung kali pertama selepas berakhirnya ancaman komunis lebih 20 tahun lalu itu melibatkan keluasan perairan 194,032 kilometer persegi dari Tanjung Pudaras di Sandakan sehingga jeti Tawau (rujuk gambar di atas).

read more...

BAJU RAYA HIPSTER : KJ Tempah 6 Pasang!!



Pereka fesyen Zery Zamry terkejut apabila menerima tempahan baju melayu daripada Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin (KJ) beberapa bulan lepas.

Menurut Zery, KJ menghubunginya sendiri untuk menempah koleksi “Baju Melayu Hipster by Zery Zamry” itu ketika tempahan bagi baju melayu itu hampir ditutup.

read more...

#MH17 : Mengapa Suami Ziana Zain Pula Yang Menggeletar?



Suami kepada penyanyi popular Ziana Zain iaitu Armin Zaharin menggeletar sebaik sahaja dikhabarkan tentang kesahihan kemalangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang jatuh terhempas di timur Ukraine dekat dengan sempadan Rusia.

Situasi itu diceritakan sendiri oleh Ziana Zain ketika ditemui portal murai.com.my pagi tadi ketika majlis Syawal Berlian Safi Rania Diamond di Perkasa Ballroom, Wisma Perwira, di sini.

read more...

#MH17: SAMPAH!!! Portal Malaysiakini Dan Sin Chew Daily Hanya Kerohkan Keadaan!!!




Agak-agaklah sebelum membuat sebarang berita, lebih-lebih lagi dalam keadaan tegang ketika ini melibatkan insiden MH17 dan konflik antara Rusia dan Ukraine. 

Malaysiakini dan Sin Chew tidak sewajarnya membuat laporan merendah-rendahkan kepimpinan Malaysia dan Russia dengan mendakwa isteri Perdana Menteri Malaysia perlu masuk campur sebelum Presiden Russia mahu menghubungi Perdana Menteri Malaysia berbincang mengenai isu MH17.

read more...

#MH17 : SADIS!!! Hujan Mayat Di Timur Ukraine - Penduduk Tempatan



Bermula dengan bunyi letupan kuat yang membuat bangunan bergegar; kemudian disusuli dengan hujan tubuh manusia.

Salah satu mayat jatuh mengenai bumbung rumah usang Irina Tipunova di sebuah perkampungan terpencil di timur Ukraine, seketika selepas pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH17 meletup di udara di kawasan di mana pemisah pro Russia dan tentera kerajaan Ukraine sering bertempur.

read more...

#MH17 : SEBAK - Akhirnya Hasrat Pramugara Termakbul Jua!!!


Kredit foto peribadi Wafiey Haskia


Tragedi nahas yang melibatkan pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak diruang udara Ukraine benar-benar mengemparkan seluruh dunia.

Salah seorang mangsa yang terlibat dan terkorban akibat nahas tersebut iaitu pramugara Shaikh Mohd Noor bin Mahmood. Berita kemalangan itu memberi kesan hebat kepada rakan baiknya Wafiey Haskia dan berkongsi kata-kata yang pernah diungkapkan oleh sahabatnya Shaik semasa tragedi kehilangan MH370 pada Mac lalu.

read more...

#MH17 : KONSPIRASI? Wartawan Rusia Letak Jawatan!!!



Pelbagai teori dan ramalan dikeluarkan oleh pelbagai pihak berhubung insiden MH17 ini. Tragedi yang menyayat hati kita semua telah menyerlahkan banyak keburukan, sikap tidak bertanggungjawab dan betapa tidak adilnya negara-negara barat terutamanya media-media mereka.

read more...

#MH17 : Apa Kata Tun Mahathir



Dia bukanlah sempurna, apatah lagi "mampu" melakukan segala-galanya. Namun, Tun M sentiasa dirujuk apabila berlakunya sesuatu perkara atau masalah yang menimpa negara.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan syarikat penerbangan Malaysian Airlines (MAS) tidak bernasib baik apabila MH17 menggunakan ruang udara bergolak dan ditembak kumpulan pemisah di sempadan Ukraine semalam.
read more...

#MH17 : Identiti Wanita Menghina Kapten Dan Islam Didedahkan!!! Tindakan?



Please.... Jangan menilai dari sudut RASIS!!!! Lihatlah dari sudut nilai kemanusiaan dan toleransi sebagai rakyat Malaysia.

Komen seorang wanita di Facebook menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial apabila didakwa menghina kapten pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine.

"The captain is an idiot, puasa fasting, no fly zone... bodoh betul captain tu, MAS bunch of idiot" tulis akaun facebook bernama Sim Kwang Yung Sim.

read more...

#MH17 : Alhamdulillah..... JAKIM Hantar 10 Imam Untuk Pengurusan Jenazah!!!



PUTRAJAYA: JAKIM menghantar 10 imam ke Kiev, Ukraine untuk membantu dari aspek pengurusan jenazah dan bimbingan berkaitan agama ekoran tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas semalam. 

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha dalam kenyataan berkata perwakilan Jakim itu diketuai Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Abdul Manaf Mat. 
read more...

#MH17 : Tindakan Dan Kenyataan Memalukan Dari PAS!!!



Berita mengejut yang diterima di mana pesawat MAS, MH17 yang didakwa ditembak dan terhempas di Timur Ukraine berlaku tengah malam tadi benar-benar meragut perasaan seluruh rakyat Malaysia di kala umat Islam bakal menyambut lebaran Syawal tidak lama lagi. Perasaan hiba dan sedih amat dirasai lebih-lebih lagi buat keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas ini.

Ini kerana, selepas empat bulan tragedi MH370 berlaku dan masih lagi diingati oleh rakyat, nahas MH17 pula terjadi yang benar-benar menguji negara Malaysia.

read more...

#MH17 : VIDEO : Bukti Terbaru Ditemui Penyiasat Ukraine!!




Satu pasukan siasatan khas dengan 116 anggota akan berlepas ke Kiev, Ukraine Jumaat malam bagi menjalankan siasatan menyeluruh mengenai nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas pada Khamis.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata pasukan itu disertai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia serta satu pasukan perubatan.

read more...

#MH17 : "Hati Ada Sedikit Gentar" - Ayat Terakhir Penumpang (VIDEO)




Hati ada sedikit gentar.

Itu adalah antara ayat-ayat terakhir yang ditaip oleh seorang penumpang pesawat MH17 yang digunakan sebagai caption video yang kemudiannya dimuatnaik di laman Instagramnya sebelum pesawat itu terhempas di timur Ukraine pada Khamis..

read more...

PECAT!!! Deejay Terkenal Terkejut Diberhentikan Astro!!!



PETALING JAYA: Berita memeranjatkan apabila penyampai radio Sinar FM iaitu Najman Mohamed telah dipecat daripada stesen radio itu berkuatkuasa 11 Julai lalu.

Najman, 44, yang bekerja secara kontrak saluran radio itu berkata, dia terkejut dengan tindakan pihak pengurusan Astro Radio yang membuat keputusan tersebut tanpa memberi sebarang alasan kukuh sebab-sebab pemecatannya.
read more...

TERBAIK!! Pandangan Menarik Tun Mahathir Kepada SU Agung ASEAN!!



SEBAGAI tetamu melawat kilang Proton beberapa tahun lalu, mantan Setiausaha Agung Asean dan Felo Tun Abdul Razak, Prof Emeritus Dr Surin Pitsuwan, berkesempatan berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Menceritakan pengalaman itu kepada saya baru-baru ini, Dr Surin berkata beliau terkejut dan hairan apabila Dr Mahathir berkata: “Semua yang anda lihat di kilang ini adalah daripada al-Quran.” Lalu beliau minta penjelasan.

read more...

#MH17 : REAKSI!!! Antara Luahan Ibu, Adik Dan Ahli Keluarga Mangsa Nahas!!



Menurut sumber, satu keluarga 6 beranak yang menaiki pesawat MH17 dikhuatiri turut maut dalam insiden pesawat yang ditembak itu. 

Pasangan Ariza Ghazalee dan Tambi Jiee bersama 4 orang anaknya dikatakan kembali ke Malaysia setelah bermastautin di Kazakhstan selama lebih 2 tahun. Keluarga mereka berasal dari negeri Sarawak. 

Gambar bagasi yang dimuatnaik oleh Ariza dikongsikan oleh ramai pengguna media sosial. 

read more...

#MH17 : Apa Yang Perlu Anda Tahu!!



Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang menuju ke Kuala Lumpur dari Amsterdam jatuh terhempas di timur Ukraine dekat dengan sempadan Rusia.Pesawat itu sebelumnya hilang daripada radar semasa melalui wilayah bergolak. 

Laporan awal menyebut pesawat itu dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemberontak bersenjata yang pro-Rusia. Semua penumpang dilaporkan terbunuh.

read more...

#MH17 : MAS Sahkan 45 Rakyat Malaysia Termasuk 2 Bayi Mangsa Tragedi!!!



KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan bahawa seramai 298 jumlah penumpang dan krew, termasuk tiga orang bayi terlibat di dalam nahas pesawat MH17.

MAS mengesahkan daripada 298 orang itu, 45 orang adalah rakyat Malaysia, 154 orang adalah rakyat Netherlands, 27 dari Australia, 12 dari Indonesia, sembilan dari United Kingdom, empat masing-masing dari Jerman dan Belgium, tiga dari Filipina serta satu dari Kanada.

read more...

#MH17 : Najib - Beri Ruang Tanpa Batasan Buat Malaysia Untuk Siasatan Sepenuhnya!!!



Perdana Menteri Datuk Seri Najib berkata, Malaysia menggesa pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan sekiranya benar pesawat MH17 ditembak jatuh.

“Jika didapati ia benar-benar ditembak jatuh, kita menggesa agar pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan”, katanya dalam sidang media pagi ini.
read more...

VIDEO : 3 Rakaman Amatur Pesawat #MH17 Terbakar Dan Terhempas Dan Operasi Menyelamat!!!




Dikemaskini : Juga video operasi memadam api dan menyelamat oleh pihak tentera


The news comes soon after Ukraine said that a Russian plane had shot down one of its fighter jets, which would mark a new level of open hostility between the countries. That report has not been confirmed, and the spokesperson for one separatist group told The New York Times that missiles were fired by Ukrainian rebels from the ground, rather than in the air with Russian support. Russia's defense minister reportedly said the accusation was "absurd."

Lihat 2 rakaman amatur di bawah :

read more...

#MH17 : Mayat Dan Serpihan Pesawat Di Merata Tempat (Gambar)



18 JUL: Mayat-mayat bergelimpangan dengan beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat MH17 terhempas dipercayai ditembak.

Sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.

read more...

TERKINI!!! DIKEMASKINI : Pesawat MAS Terhempas Lagi? #MH17 - (Gambar-Gambar)




Ya Allah....pesawat MH17 dilaporkan terhempas di sempadan Ukraine-Rusia? Lagi berita-berita bergambar di bawah

read more...

VIDEO : Derhaka...Derhaka...Dan Terus Derhaka - Itulah Khalid Samad!!!



Ahli Parlimen PAS Shah Alam yang telah dimurkai Sultan Selangor, Khalid Samad hari ini menegaskan pendiriannya kerajaan negeri Selangor perlu menyemak kembali kuasa eksekutif yang diberikan kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Beliau menjelaskan niatnya bukan untuk mencabar Sultan namun "melindungi" institusi beraja daripada kritikan sekiranya Mais melakukan kesilapan semasa menjalankan tugas.

read more...

INSIDEN MABUL : RM10 Juta Sebagai Tebusan Konstabel Zakia!!!!



Lebih RM10 juta. Itulah nilai tebusan yang didakwa diminta kumpulan pengganas untuk membebaskan anggota polis marin, Zakia Aliep, 26, yang kini dalam tawanan mereka.

Zakia diculik pada jam 11.10 malam Sabtu lalu, dilaporkan selamat dan kini dalam tawanan kumpulan terbabit yang dipercayai bersembunyi di Selatan Filipina.
read more...

NAKHAROM!!!! Ahli Parlimen Mahu Semua Ibu-Ibu Palestin Dibunuh!!



Seorang ahli Parlimen Israel menimbulkan konytroversi apabila melabelkan semua rakyat Palestin sebagai pengganas dan menyeru agar semua kaum ibu Palestin dibunuh dalam konflik Israel-Palestin ketika ini.

Menurut satu laporan laman berita Israel, PressTV, wanita yang bernama Ayelet Shaked itu berkata seruan dibuat kerana kaum ibu rakyat Palestin dikatakan telah melahirkan ‘ular-ular kecil’.

read more...

GURU TERLAMPAU!!! Keluarga Pelajar Kemuka Saman Sivil Kepada Guru,Sekolah Dan Kementerian!!!



Ibu bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun mengambil tindakan undang-undang terhadap guru yang membaling kasut ke arah anak mereka kerana bermain di dalam bilik darjah.

Kakitangan Majlis Perbandaran Port Dickson, K Muthtu, 35, dan isterinya, R.Siyamala, 32, dibantu oleh Pemuda MIC untuk mengemukakan saman sivil terhadap guru, sekolah dan Kementerian Pendidikan.

read more...

RASUAH!!! Seorang Pengurus GLC Ditahan SPRM!!!



PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus jualan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam industri aksesori dan perkhidmatan kenderaan pagi ini.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Jamidan Abdullah berkata, pengurus jualan GLC itu ditahan kerana disyaki menyeleweng dana projek syarikat tersebut.
read more...

#CDM25 : Kenyataan Khairy Berhubung Isu Kiki Dan Uncle Sim Beserta Video Permohonan Maaf



KUALA LUMPUR: Walaupun wanita yang mengamuk kerana keretanya dilanggar seorang lelaki berumur, dikritik hebat di laman media sosial, ada segelintir pengguna berpandangan pembulian siber terhadap wanita itu haruslah dihentikan.

Ramai di antara mereka berkata pembulian siber ini tidak boleh diterima dan ia tidak membuatkan isu itu lebih baik daripada seadanya.

read more...

BIADAP!!! Berang Tayar Dikunci, Wanita Tampar Penguatkuasa!!!




Georgetown – Berang tayar keretanya dikunci penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), seorang wanita bertindak menampar muka seorang pegawai penguat kuasa wanita MPPP di hadapan sebuah kedai di Jalan Burma, di sini, malam kelmarin. Wanita sekarang menjadi-jadi nampaknya, berang sikit tampar sana, maki sini.

read more...

LANUN : Kapal Tangki Malaysia Diserang Dan Dirampas Di Laut China Selatan!!



Sekumpulan lanun menyerang kapal tangki Malaysia dan melarikan kargo berisi minyak sebelum menghanyutkannya dalam serangan terbaru di perairan Laut China Selatan, lewat malam tadi.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, kapal MT Oriental Glory dirampas sekumpulan lanun sebelum menghanyutkannya dengan peralatan komunikasi dan enjin yang sudah rosak.

read more...

VIDEO : 3 Awek "Kebasahan" Kereta Terjunam Parit Di KK!!!



RABU, Kota Kinabalu- Sebuah kereta dilaporkan terbabas ke dalam parit di sini yang berlaku di dalam kawasan RTM. Kereta putih tersebut dilihat terapung di dalam parit berkenaan ketika gambar di tempat kejadian diambil.

Pemandu dan kereta berkenaan, tiga orang wanita, tidak mengalami apa-apa kecederaan. Orang ramai yang berada di tempat berkenaan bergegas untuk menyelamatkan ketiga-tiga mereka.

Lagi gambar-gambar kemalangan di bawah......

read more...

PERHATIAN SEMUA!!! UMAT ISLAM : Ini Isu Yang Lebih Penting Dari #KikiCDM25!!!



Kecoh sepanjang hari dengan CDM25 dan Kiki Kamaruddin. Bersungguh-sungguh semua orang membantai wanita bertudung yang bersikap kurang ajar dan biadap terhadap seorang lelaki Cina tua yang juga merupakan pesara kerajaan akibat satu kemalangan kecil di tempat meletak kereta di UTC Kuantan.

Seluruh perhatian di Malaysia tertumpu kepada insiden tersebut dan ada pihak yang cuba menjadikannya sebagai isu perkauman dan beria-ia menyokong Kiki Kamaruddin kerana dia Melayu selain memuji tindakan biadapnya terhadap seorang lelaki tua Cina.
read more...

Peugeot #CDM55 : AKhirnya Kiki Dan Uncle Berdamai - Alhamdulillah!!



Wanita yang didakwa menghemburkan kata-kata kesat serta memukul kenderaan warga emas mengunakan pengunci stereng di Kuantan baru-baru ini tampil memohon maaf terhadap mangsa.

Beliau yang dikenali sebagai Kiki Kamaruddin menjelaskan turut memohon maaf kepada seluruh warga Malaysia ekoran kenyataan berbaur perkauman yang dilemparkannya pada hari kejadian.
read more...

PANASSS!!! Harakah Digelar Buah Beracun Oleh Wartawannya Sendiri!!!



Bila bekas wartawan sendiri gelarkan harakah sebagai BUAH BERACUN , ternyata jelas akhbar keagungan macai PAS ini adalah pembawa fitnah !!

Lihat tajuk seperti di dalam gambar ini cukuplah dengan memfitnah UMNO Halang bersedekah walhal ianya tidak benar dan palsu. Adakah pemimpin PAS sedar akhbar ini umpama mesin memfitnah di akhir zaman ini hingga membawa pepecahan umat Islam ??

read more...

JIJIK!!! Kilang Roti Diarah Tutup, Sijil Halal Ditarik Serta Merta!!



IPOH - Sejak kelmarin, di media sosial termasuk sebuah laman blog, heboh memperkatakan keadaan jijik sebuah kilang membuat roti di sini. Berdasarkan entri sebuah blog kelmarin, mendedahkan beberapa gambar dikatakan dimuat naik seorang pengguna Facebook keadaan kilang berkenaan yang kotor.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati isu berkenaan bukan baharu sebaliknya gambar yang tersiar merupakan gambar sebulan yang lalu.

read more...

BIADAP!!! Selepas Ditegur, Khalid Samad SINDIR Sultan Selangor?


Semalam, Sultan Selangor telah berkenan merasmikan Masjid Pekan Sepang dan secara terbuka bertitah menyatakan kemurkaan baginda ke atas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

read more...

#PEUGEOTCDM25 : GAMBAR - Identiti Didedah, Anak Uncle Tuntut Keadilan!!!



Siapa tidak marah jika ayahnya diperlakukan sedemikian rupa. Benar, mungkin beliau salah kerana terlanggar kereta wanita tersebut.

Namun, tidak wajar sekiranya beliau yang sudah tua diperlakukan sebegitu.

Menurut Robin Sim, anak kepada uncle mangsa buli jalanraya tersebut, tindakan wanita terbabit tidak wajar dengan mengambil "Steering Lock" dan memukul kereta ayahnya. Dan Robin Sim berharap wanita tersebut juga mendapat balasan yang sama.
read more...

VIDEO : Kecoh Tak Bertempat, Aksi Wanita Melayu Yang Memalukan!!!




Kalau dulu riuh pasal aksi berlagak isteri kepada seorang pemain bolasepak marah-marah pak cik guard...Selasa muncul di youtube lagak seorang wanita muda Melayu pula gara-gara keretanya terlanggar dari belakang.

Siapa saja yang yang tengok video itu tentu bengang dengan cara wanita itu ' hilang akal' melalak ditengah jalan pada seorang pemandu Cina yang tua.

read more...

VIDEO : KEBIADABAN Khalid, Kemurkaan Sultan!!!



Ingat balik...pada 17 Jun baru ini, Ahli Parlimen PAS kawasan Shah Alam, Khalid Samad telah mendesak PAS meminta kerajaan negeri Selangor meminda peruntukan enakmen bagi mengurangkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Ini ekoran kontroversi MAIS tidak mahu memulangkan Bible dalam bahasa Malaysia yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Persatuan Bible Malaysia dekat Petaling Jaya Januari lalu.

Ramai juga yang terkejut beliau membuat kenyataan seumpama itu kerana MAIS adalah dibawah naungan Sultan Selangor.Baginda mempunyai kuasa dalam semua urusan hal ehwal agama Islam di negeri itu.

read more...

BLOGGER TERLAMPAU: Akhirnya Direman 4 Hari!!



Mahkamah Majistret di sini, hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap seorang blogger bagi membantu siasatan berhubung kes mengugut bunuh Menteri Besar Kedah dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah. 

Suspek berusia 37 tahun ditahan di Shah Alam, Selangor petang semalam, direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah. 
read more...

SIRAH NABI : Ketika Perut Rasullullah SAW Berbunyi.....



Suatu ketika Rasulullah SAW menjadi imam solat. Para sahabat yang menjadi makmum di belakangnya mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh Rasulullah bergeser antara satu sama lain. 

Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai sholat, ”Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, apakah Anda sakit?” Namun Rasulullah menjawab, ”Tidak. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.” 
read more...

TRAGEDI MABUL : 2 Mesej Terakhir Dari Perwira Negara



SEMPORNA – Dua mesej terakhir dihantar suami Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, sejam sebelum ditembak mati menjadi tanda kenangan sedih seumur hidup buat Salamah Amad, 26.

Mesej itu bertanyakan mengenai anak lelaki tunggal mereka, Khairine Zafran yang berusia setahun pada 26 Julai ini dan satu mesej lagi bertanya mengenai Salamah.
read more...

HINA ISLAM : Mahkamah Sivil Pun Tolak Permohonan Kassim Ahmad!!



Bekas aktivis politik dan sosial, Dr Kassim Ahmad gagal dalam cubaannya mencabar keputusan pendakwa untuk menghadapkannya ke Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya Syariah atas tuduhan menghina Islam dan tidak mematuhi arahan pihak berkuasa agama.

Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas), Datuk Zaleha Yusof menolak permohonan Kassim untuk mendapatkan semakan semula kehakiman bagi mencabar keputusan tersebut dan memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu (permohonan kebenaran).
read more...

MILITAN BUKAN JIHAD : PAS Pecat Lagi 3 Ahlinya!!!



PAS memutuskan memecat tiga lagi ahlinya yang dikaitkan dengan kumpulan jihad seperti yang didedah media sebelum ini.

Mereka adalah Dr Mahmud Ahmad, 36, Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39, dan seorang lagi Mohd Najib Husen, 36.

read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top