Nuffnang

BANGSAT!!! Dah Ada Yang "PERTIKAI" Dan "PERBODOHKAN" Titah Sultan Johor!!!




STUPID DECISION???

OMG!!!

Ni dah kira menghina dan MENDERHAKA Kepada Sultan!!!

Tak payah nak komen maki-maki, just lakukan apa yang sepatutnya kita lakukan.

JOM REPORT RAMAI-RAMAI DI BALAI POLIS YANG BERHAMPIRAN!!!
read more...

APA DAH JADI?? BAPA TENGOK ANAK PEREMPUAN BUAT PROJEK DALAM HP!!








Hais!!! Dah haru-biru ni....makin melampau!!!


1. Adegan seks Terlampau Gadis 14 tahun, hebat budak sekolah sekarang mengalahkan orang tua.

2. Seorang bapa dari Kuala Lipis, Pahang mengucap panjang sebaik menonton rakaman melalui telefon bimbit aksi anak gadisnya yang baru berusia 14 tahun berasmara dengan dengan lima lelaki serentak.

3. Adegan seks secara bergilir-gilir berkenaan di sebuah kampung berhampiran Merapoh dirakamkan seorang daripada lima lelaki berusia 20-an berkenaan menggunakan telefon pelajar perempuan tingkatan dua.

4. Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, gadis terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah, dekat sini, dengan selamba pulang ke rumah bersama telefon bimbit berkenaan.

5. Bagaimanapun, telefon bimbitnya terlepas ke tangan seorang ahli keluarga yang kemudian membuat pemeriksaan pada fail rakamannya.

6. Katanya, selepas didesak berulang kali, gadis terbabit mengakui kejadian itu sebelum bapanya membuat laporan di Balai Polis Merapoh.
read more...

VIDEO : Allahu Akhbar!!! Ammar Pelajar Malaysia Yang "SYAHID" Dan Disemadikan Bersama Makam Para Sahabat!!




Siapakah Ahmad Ammar Ahmad Azam?

Lewat kebelakangan ini, video berkaitan Ammar banyak dikongsikan di laman-laman sosial.

Namun ketika cerita dan video tentang dirinya berlegar, Ammar yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya sudah kembali ke Rahmatullah, 2 November lalu di sana.

Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.

Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.

Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Sedangkan Ammar, cuma salah seorang penuntut Malaysia yang berada di sana.

Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat mahu mati syahid.

Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang. Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.


Untuk mengetahui perjalanan hidup Ammar, saksikan video di bawah.


read more...

HADOI!!! SPM : Kertas Soalan BOCOR!!!





Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan daripada tiga individu yang mendakwa kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, bocor.

Mohd Husaini Jaslee, Nor Izwan Abu Bakar dan Mohd Rizuan Abd Rashid turut menyerahkan salinan yang didakwa kertas soalan bocor itu kepada pemberita pada sidang media di pejabat PPIM di sini hari ini, yang dihadiri Pengarah Latihan PPIM Dr Izham Nayan.

Mohd Husaini, 30, berkata beliau mengetahui perihal kertas soalan yang didakwa bocor itu daripada beberapa pelajar sebuah sekolah di Seksyen 5, Wangsa Maju pada 19 Nov lepas.






"Kata mereka, kertas itu diedar ketika mengikuti satu seminar SPM 2013 yang dikelola seorang guru di Masjid Mua'adz Bin Jabal, Setiawangsa pada 17 Nov lepas bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.


"Selepas itu, saya ke Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di Putrajaya pada 20 Nov untuk membuat aduan, bagaimanapun, pegawainya meminta dikemukakan bukti," katanya.




Mohd Husaini berkata bukti kebocoran soalan hanya diperoleh pada 21 Nov apabila seorang pelajar menghantar gambar Kertas 2 Matematik Tambahan berserta jawapan, yang didakwa soalan bocor, melalui aplikasi 'WhatsApp'.

"Maklumat itu mengandungi tiga gambar mengenai soalan beserta jawapan yang berkemungkinan sama dengan kertas 2 Matematik Tambahan tersebut," katanya.

Beliau berkata segala maklumat itu kemudian diserah kepada LPM untuk siasatan lanjut dan satu laporan sudah dibuat di Balai Polis Wang Maju semalam.

Mohd Husaini berkata beliau membuat pendedahan itu atas dasar tanggungjawab kerana tidak ingin melihat kemusnahan masa depan pelajar SPM.

"Saya berharap pihak LPM dapat menjalankan siasatan menyeluruh sekiranya benar perkara ini berlaku," katanya. - Awani
read more...

HEY MACHA!!! Tak Mahu Terima Sultan Dan Melayu Boleh Blah La!!!




Pendedahan dari blog sahabat (KLIK SINI) amat-amat memeranjatkan. Sekali lagi institusi beraja kita dipersenda dan dipermainkan!!!

KEBAL SANGAT KE? Atau sistem perundangan kita yang LEMAH sangat sehinggakan perlembagaan NEGARA sewenang-wenangnya diperkotak-katikkan?

Secara prinsipnya, perkara dan amalan ini telah diterima pakai sebagai satu kontrak sosial sejak sekian lama oleh seluruh rakyat Malaysia, seperti dipersetujui oleh bapa-bapa pengasas negara kita terdahulu.

Ia dilindungi, dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui:

Perkara 153, Perkara 160 kurungan 2. Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan a. Juga Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan b.


"Wasiat ini sangat terang lagi bersuluh,"

Tapi apa masaalah 'si bangsat' ni mempertikaikannya lagi?


MELAYU?????
read more...

SAH!!! Cuti Hujung Minggu Negeri Johor Ditukar!!!




Sebentar tadi facebook rasmi Kesultanan Johor mengeluarkan status yang mengesahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar. 

Sultan Johor DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sebentar tadi telah menitahkan supaya cuti mingguan bagi negeri Johor dan seluruh jajahan takluknya ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1Januari 2014.
read more...

PERTIKAI SISTEM BERAJA!!! Hishamudin Rais Hasut Anak Muda!!




Aktivis sosialis yang turut merupakan antara orang Kuat PR sekali lagi cuba menghasut anak muda dan rakyat malaysia supaya membenci dan mempersoalkan sistem beraja di negara kita melalui tulisan beliau di blog Tukar Tiub


KOMENTAR TUKAR TIUB

dari mana datangnya sultan ini
dari mana datangnya raja?
para ulamak pas patut bincang pekara ini
bukan hanya bincang 
tentang kapir harbi karpal singh
dizaman nabi muhamad
adakah raja wujud raja dan sultan?
ini ulamak pas wajib timbulkan


Apakah ini dianggap biasa? Apakah ini tidak dianggap menghina? Adakah ini namanya demokrasi? Kadang-kadang pelik dengan perundangan di Malaysia ini. Ada yang lepas, ada yang merengkok dalam penjara. Paling tidak kena denda oleh mahkamah.

Pning...pning...pning...









read more...

VIDEO : DUN SELANGOR - Emosi Tidak "TERKAWAL" Timbalan Speaker!!


Ini saja ke kualiti pemimpin yang ada dalam PR? Macam mana nak "control" dewan kalau ammarah sendiri pun tidak dapat kawal? boleh ungkapkan apabila timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Selangor gagal mengawal emosi beliau dalam mengendalikan sidang.




Macam mana la orang macam ni dilantik menjadi timbalan speaker dewan? Dengan emosinya, dengan sifat pemarahnya. Jom tengok video di bawah ini....


read more...

BONGKAR!!! Surat Syiah Taqiyah Tawarkan 156 Gadis, 341 Janda Sebagai Isteri!!!



SURAT SYIAH TAQIYAH MALAYSIA



Huh....macam-macam dah....wanita dijadikan umpan!!!

Surat ini baru kami terima daripada perkongsian Whatsapp. Kepala surat menunjukkan Pertubuhan Syiah Taqiyah Malaysia cuba merekrut ahli baru dengan menawarkan pakej perkahwinan bersama 156 gadis dan 341 janda yang disediakan oleh mereka. 

Malah, hanya Mas Kahwin sahaja diperlukan kepada ahli yang berminat. Segala prosedur untuk berkahwin telah siap diatur oleh pertubuhan tersebut. 

Pertubuhan ini juga mengaku orang-orang Syiah di Malaysia bertuhankan Allah dan berasulkan Nabi Muhammad SAW. Taktik ini merupakan satu tipu daya kerana kita sudah sedia maklum Syiah bukanlah satu cabang mazhab dalam Agama Islam. 

Penyebaran Syiah di Malaysia amat membimbangkan. Golongan ajaran ini semakin berani muncul di khalayak ramai dengan menentang sebarang bentuk pergerakan Anti Syiah. Diharap pihak berkuasa mengambil langkah sewajarnya membendung penularan ajaran Syiah di Malaysia.

- SUMBER
read more...

VIDEO : Pendedahan Dan Bukti Isu 40 Ribu Pengundi Bangla # YUKTES




Siapa yang berani siasat Anwar???
Dan di parlimen semalam Anwar didapai bersalah kerana menipu ramai orang?
Orang ramai terus terus ditipu, hidup-hidup... kasihan...









 Tengok Pula VIDEO INI


read more...

APA DAH JADI?? Pas Tidak "BERKECIL HATI" Dengan Kenyataan KARPAL!!



PAS sama sekali tidak berkecil hati dengan cadangan Pengerusi DAP Karpal Singh yang mahu semua parti politik berasaskan kaum dan agama dibatalkan.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Harun Taib sebaliknya berkata, PAS tidak akan melayan sebarang gesaan daripada Karpal kerana menganggap pemimpin veteran DAP itu tidak memahami asas perjuangan Islam.

“Saya tak berdukacita dia bercakap demikian sebab Karpal Singh tidak memahami Islam.

“Dia ingat parti yang ditubuhkan berasaskan agama Islam ini akan menyebabkan berlaku perpecahan atau pergaduhan antara kaum sedangkan Islam itu diturunkan oleh Allah untuk menyatukan semua kaum dan bangsa yang sebelum ini hidup berpuak-puak,” katanya kepada pemberita selepas perasmian muktamar Dewan Ulama’ di sini hari ini.

Katanya, tidak ada sebab PAS perlu melatah dengan Karpal dan parti itu akan hanya mengambil sikap berdiam diri dan enggan memanjangkan polemik tersebut.






“Macam mana kita nak kutuk dia, kita bertahaluf dengan DAP dan PKR ini bertujuan untuk berdakwah agar mereka dan boleh faham Islam.

“Karpal Singh ini belum sempat lagi nak belajar Islam, jadi kita maafkanlah kerana dalam Islam kata biarkan orang jahil bercakap dulu, kalau lawan orang jahil rosak kita,” katanya.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu awal bulan lalu berkata, perubahan itu perlu dibuat supaya semua rakyat tanpa mengira batasan kaum dan agama boleh menyertainya selaras dengan konsep amalan perpaduan.

“Masanya sudah tiba bagi semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftarannya, malang sekali, PAS, kita perlu bersikap praktikal jika kita mahukan sebuah negara yang bersatu-padu.

”Beliau berkata demikian ketika menyelar kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar baru-baru ini yang mengingatkan Majlis Peguam supaya tidak menyokong isu penggunaan kalimah Allah dalam edisi bahasa Malaysia majalah katolik, Herald.

Karpal berkata, pendaftaran PPMM sebagai sebuah persatuan juga tidak sepatutnya dibenarkan memandangkan Majlis Peguam membuka penyertaannya kepada semua peguam tanpa mengira kaum dan agama.

“Persatuan seperti itu hanya pencetus masalah di negara ini, kerajaan juga tidak sepatutnya membenarkan persatuan seperti ini,” katanya. - SUMBER
read more...

BERBALOIKAH? Akibat Hina Sultan!!!





Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman denda RM15,000 atau penjara lapan bulan terhadap seorang jurujual telefon bimbit selepas didapati bersalah menghina Sultan Perak pada 2009.

Hakim Mahkamah Sesyen Ummu Kalthom Abdul Samad memutuskan Rutinin Suhaimin, 40, bersalah melakukan perbuatan itu di Blok A, Lot 4, Kedai Sedco, Kundasang, Ranau, pukul 6.33 petang, 13 Februari 2009.

Rutinin dituduh secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik itu di laman web http://books.dreambooks.com/duliduli.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak http://www.sultanperak.gov.my.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(9) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh membawa hukuman didenda sehingga RM50,000 atau dihukum penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Peguam Kanan Persekutuan Jamil Aripin. Rutinin yang diwakili peguam Muammar Julkarnain membayar denda itu. - Bernama
read more...

VIDEO : Polis Trafik DiPersalahkan Pemandu Bila Kena Saman!!





Tidak memakai tali pinggang keledar adalah satu kesalahan yang boleh dikatakan, semua orang tahu.

Malah jangan kata di Malaysia, kebanyakan negara di dunia pun mewajibkan pemandu kenderaan memakai tali pinggang keledar apabila memandu.

Justeru apabila seorang pemandu Malaysia mempertikaikan tindakan seorang anggota polis menyamannya atas kesalahan tersebut, siapa harus disalahkan?

Dalam video di bawah, seorang pengguna jalan raya begitu marah apabila saman dikeluarkan hingga tak henti-henti menyuruh anggota polis menerangkan kesalahannya sedangkan sudah diberitahu dia tidak memakai tali pinggang keledar.

Apabila dia lebih sibuk mempersoalkan saman tersebut sambil merakam menggunakan telefon bimbit, anggota polis terlibat malas hendak melayan kerenahnya lalu meninggalkan sahaja kertas saman di tempat duduk penumpang.

Tindakan itu nyata tambah menyakitkan hati pemandu yang disaman lalu dia turun dari kereta dan merakam nombor anggota polis berkenaan.

Tindakannya itu disambut dengan senyuman mesra anggota tersebut yang terus menunjukkan nombor anggotanya sekaligus menunjukkan kesabarannya yang tinggi.

Persoalannya di sini, apa yang hendak dibuktikan oleh pemandu yang merakam lalu memuatnaik video ini di laman sosial sedangkan dia hanya mempamerkan sikap bodoh sombong, baran dan keras kepalanya?

Apa pun, tahniah diucapkan kepada anggota polis terlibat yang begitu sabar berdepan dengan pemandu semacam ini.

- SUMBER

read more...

PAC - Perbelanjaan K-POP Dan Hari Belia "JUSTIFIED"



Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata jawatankuasa itu berpuas hati dengan penjelasan oleh Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung perbelanjaan semasa sambutan Festival Belia Negara 2012.

Nur Jazlan berkata jawatankuasa itu mendapati tiada sebarang salah laku atau pelanggaran prosedur dalam penganjuran dan perbelanjaan festival itu termasuklah konsert tiga kumpulan pop Korea yang mencetus kontroversi sebelum ini.

"Beliau memberikan jawapan yang memuaskan tentang polisi dan proses yang berlangsung tahun lalu.

"Kami tak bercadang untuk memanggil beliau semula," katanya selepas mendengar penjelasan menteri komunikasi dan multimedia itu selama kira-kira dua jam setengah bermula jam 11 pagi tadi.

Shabery bertanggungjawab ke atas Festival Belia Negara 2012 itu dalam kapasitinya semasa menjawat jawatan menteri belia dan sukan tahun lalu.

Shabery dalam sidang media selepas itu menjelaskan bayaran kepada tiga kumpulan pop Korea yang membuat persembahan itu berjumlah RM900,000.

Katanya, beliau turut menjelaskan kepada jawatankuasa PAC bahawa kerajaan mendahulukan pembayaran untuk konsert tersebut pada bulan Mac tahun lalu sebelum menerima tajaan wang tunai sebanyak RM2.3 juta untuk penganjuran festival berkenaan.

Ia merupakan sebahagian daripada tajaan keseluruhan berjumlah RM30 juta yang meliputi tajaan dalam bentuk lain, sebanyak RM26 juta, dan tajaan penganjuran acara lain.

Menurutnya lagi, penganjuran festival itu menjadi perbincangan ramai apabila fokus diberikan kepada konsert K-pop itu sahaja yang merupakan satu daripada lebih 500 acara yang dianjurkan.

Sedangkan, acara itu berjaya mencapai matlamatnya apabila menarik kira-kira 2.4 juta orang pengunjung dengan anggaran pulangan ekonomi berjumlah RM140 juta, kata Shabery.

"Alhamdulilah, saya rasa perbelanjaan itu justified (wajar) malah, PAC menggalakkan agar ia diteruskan," katanya.
read more...

KEMALANGAN!!! Menteri Cedera, Pengawal Peribadi Parah!!!




Ketua Polis Melaka Datuk Chua Ghee Lye berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, kereta berkenaan dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori yang secara tiba-tiba menukar laluan daripada laluan tengah ke laluan kanan lebuh raya itu.

Akibatnya, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam cedera di bahagian leher manakala pengawal peribadinya parah apabila kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Km220.6 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan berhampiran kawasan Pedas-Linggi, Rabu malam.

"Kecederaan Datuk Seri (Dr Subramaniam) tidak serius manakala pengawal peribadinya dipercayai mengalami kecederaan dalaman di bahagian perut dan masih berada dalam 'operating theater' (dewan bedah) Hospital Besar Melaka.

"Mereka pada awalnya dirawat di Hospital Alor Gajah dan dibawa ke Hospital Besar Melaka untuk rawatan lanjut," katanya.
Beliau berkata Dr Subramaniam dimasukkan ke wad hospital itu sebagai langkah berjaga-jaga serta mendapatkan rawatan lanjut manakala pemandu kereta menteri berkenaan tidak cedera.

Chuah berkata lori yang terlibat dalam kemalangan itu melarikan diri dari tempat kejadian dan polis akan mengambil tindakan pantas untuk mengesan lori terbabit.

Sementara itu, Pengerusi MIC Negeri Melaka Datuk M.S Mahadevan berkata Dr Subramaniam dalam perjalanan ke Melaka untuk menghadiri mesyuarat membincangkan penganjuran Perhimpunan Agung MIC yang akan berlangsung pada 30 Nov di sini.

Ambulans yang membawa Dr Subramaniam tiba Hospital Besar Melaka pada pukul 11.10 malam dan beliau berbaring dalam keadaan sedar dengan 'neck braces' dipasang di leher bagi menyokong lehernya yang cedera.

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob turut melawat menteri berkenaan di Hospital Besar Melaka.

- SUMBER
read more...

GANTUNG SAMPAI MATI!!!! Tiada Pengakuan Direkodkan!!





Pengawal keselamatan Laode Ardi Rasila dijatuhkan hukuman gantung sampai mati apabila didapati bersalah membunuh dengan niat pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib dengan menembak muka mangsa sehingga mendatangkan kematian.

Pengawal keselamatan Laode Ardi Rasila, 35, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh pegawai AmBank, Norazita Abu Talib.

Laode yang dibawa masuk pada jam 10.45 pagi kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret K.B Elena Hong Tze Lam.

Bagi pertuduhan pertama, Laode didakwa membunuh Norazita di Bangunan AmBank, Jalan USJ Sentral, Subang Jaya, antara jam 6 petang hingga jam 6.30 petang, pada 23 Oktober 2013.

Bagi perbuatan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Laode didakwa melakukan kesalahan merompak dengan menggunakan senjata ‘pump gun’ dengan niat menyebabkan kematian Norazita, di tempat dan waktu yang sama.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan dan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam serta merta.
read more...

TERKINI!!! Ketua TUHAN HARUN Ditahan!!


Gambar Fail

KUANTAN: Lelaki dipercayai ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat, 47, ditahan polis di Tangkak, Johor, dalam serbuan di sebuah rumah kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisoner Mohd Zakaria Ahmad berkata, turut ditahan dalam serbuan itu dua lagi pengikut yang dipercayai anak dan isterinya. 

Katanya, ketiga-tiga mereka mempunyai waran tangkap dan dikehendaki Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berhubung kes ajaran sesat selain dikehendaki polis untuk membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malek.

read more...

UGUT KELUAR PAKATAN : PAS P. PINANG KENA BELASAH MEDIA PR!!!




Seperti dijangka, suara PAS Pulau Pinang sendiri dikutuk dan diperlekeh-lekehkan oleh penyokong-penyokong pakatan pembangkang. Sebelum ini PAS Pulau Pinang membuat kenyataan akhbar yang dikritik hebat oleh media pro-pembangkang.

Apakah suara mereka 'berbisa' dan mahu dipedulikan oleh Lim Guan Eng DAP dan Pakatan negeri Pulau Pinang?




BACA LAGI DI SINI
read more...

CALON DIGAMBARKAN ANJING : Pemilihan Pemuda PAS Yang Memualkan!!!



PAS akan menyiasat kejadian itu di mana muka calon ketua pemuda Zulhazmi Shariff telah disunting menjadi 'imej anjing' dan diedarkan secara meluas di Facebook, demikian ujar setiausaha agung Mustafa Ali.

Bercakap pada sidang akhbar di ibu pejabat PAS, Mustafa berkata, mereka mahu memberi tumpuan kepada pemilihan parti sebelum meneruskan dengan siasatan.

Mustafa berkata, beliau telah memberi jaminan Zulhazmi bahawa PAS akan menjalankan siasatan dan menasihati beliau supaya tidak membuat laporan polis, freemalaysiatoday dipetik.

Beliau juga berkata bahawa PAS mempunyai sendiri pakar IT mereka untuk menjalankan siasatan.

"Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan hal tersebut," katanya. 

"Saya tidak pasti sama ada yang melakukan itu adalah ahli PAS atau tidak, tetapi sudah tentu orang yang terlibat perlu menghadapi akibatnya. Mari kita menyiasat terlebih dahulu," katanya.

Sementara itu Mustafa berkata semua persiapan untuk muktamar PAS ke-59 minggu ini telah selesai.

"Setakat ini tidak ada aduan atau apa-apa dari mana-mana calon," kata beliau. Mustafa berkata bagi jawatan timbalan dan ke atas, calon-calon boleh memilih untuk mempunyai wakil mereka sendiri masing-masing untuk memantau pilihan raya.

" Wakil mesti menjadi ahli PAS, " dalam mengulangi mata beliau.

Mustafa berkata pilihan raya bagi jawatan Ketua Pemuda dan Muslimah akan diadakan di Pusat Sivik PJ dan Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, Shah Alam , masing-masing pada hari Khamis.

Sementara itu, beliau berkata pemilihan kepimpinan pusat PAS akan diadakan di Stadium Melawati, Kuala Lumpur pada hari Jumaat. "Saya harap pemilihan akan berjalan lancar."
read more...

TAKDIR : Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul..BANTU SEKADAR MAMPU



Bantuan boleh disalurkan kepada Mohd Esa (bapa) di talian 013-5195877 atau 019-5447188 atau menderma melalui akaun simpanan CIMB ibunya, Asiah Jusoh bernombor 0208-0036497-52-8.


Dulu dia seorang kanak-kanak yang periang, manja dan juga penghibur kepada keluarga.

Kenakalannya mengusik abang dan dua adik perempuannya tetap menjadi hiburan kepada pasangan Mohd Esa Mohd Rejab dan Asiah Jusoh yang tinggal di Taman Sungai Kob.Bagaimanapun, ia berubah apabila anak kedua mereka, Mohd Arif Wajdi, 9, yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Ular sering tidak hadir ke sekolah kerana sentiasa mengadu sakit dan lenguh pada kaki kanannya.

Mohd Esa berkata, kejadian berlaku April lalu ketika di sekolah. Menurutnya, dua rakan tertendang kaki kanan anaknya bagaimanapun tidak diendahkan Mohd Arif.

"Masalah berlarutan sehingga paha kanannya mula membengkak.

Mohd Arif kemudiannya dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum diarahkan doktor mendapatkan nasihat pakar di Hospital Kulim.

"Setelah pemeriksaan dijalankan, dia diarahkan untuk menerima rawatan susulan di Hospital Besar Pulau Pinang," katanya.

Masalah bertambah berat Mohd Esa berkata, pembedahan kecil dijalankan pada paha kanan anaknya itu dan doktor mengesahkan Mohd Arif menderita akibat penyakit barah tulang.

“Sehingga kini, pelbagai kaedah sudah dilakukan dan doktor menasihatkan supaya Mohd Arif menjalani perubatan kemoterapi. Bengkak yang ada pada pahanya semakin membesar dan ini membuatkan dia tidak boleh berdiri atau duduk.

"Selain paha, di bahagian umbun kepala anak saya itu juga mula membengkak dan matanya tidak dapat melihat akibat penyakit dialami.

Kos rawatan yang diperlukan mahal dan ubat barah yang dibekalkan kepadanya berharga RM1,000 dan ia hanya dapat bertahan selama sebulan.

Selain itu anak kami terpaksa memakai lampin pakai buang,” katanya.

Katanya, pendapatan yang diperoleh sebagai jurujual dan isterinya sebagai guru tidak mampu untuk menampung kos perubatan anak mereka.

Mohd Esa meminta jasa baik orang ramai dan mana-mana agensi untuk membantunya bagi membolehkan Mohd Arif mendapatkan rawatan dengan segera.

Rakan sering bertanya khabar Selain itu, khidmat dari Majlis Kanser Negara (Makna) sangat diperlukan bagi membolehkan anaknya dapat ditempatkan ke hospital pakar di Kubang Kerian, Kelantan.

Masalah berkenaan dimaklumkan kepada pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan bantuan diberikan kepada Mohd Arif.

Abangnya, Mohd Nasrul Ashraf, 12, berkata, dia sering membantu adiknya.

“Saya beri dia makan dan menjaga setiap hari. Adakalanya saya mengurut perut dan kakinya apabila dia berasa tidak selesa.

"Saya sedih melihat keadaan adik dan mahu dia cepat sembuh. Mohd Arif pun sudah lama tidak pergi sekolah. Semua kawan-kawan di sekolah sering bertanyakan khabarnya,” katanya.
read more...

VIDEO : Rakaman CCTV Penculikan Kanak-Kanak BRITAIN - SEBARKAN!!!





Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merekod detik-detik kanak-kanak warga Britain berusia 20 bulan, Freddie Joseph diculik di rumahnya di Jalan Terasek 7, Bangsar, 8 November lalu mula didedahkan pada umum dalam usaha polis mengesan dalang utama penculikan, hari ini. 





Melalui rakaman yang diperoleh dari CCTV rumah seorang jiran mangsa, jelas memaparkan rentetan penuh kejadian penculikan itu bagaimanapun polis menemui jalan buntu untuk mengenal pasti identiti lelaki yang dilihat melarikan Freddie dalam tempoh tidak sampai dua minit seperti yang dirakam CCTV berkenaan.



read more...

APA DAH JADI?? Remaja 13 Tahun Ditahan Dalam Operasi Cegah Pelacuran!!




Gambar Hiasan

SANDAKAN - Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun adalah antara empat yang ditahan dalam operasi membanteras kegiatan pelacuran di kawasan Bandar Sandakan di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superitendan Fadzil Mohd Ali berkata, tiga wanita yang ditahan dalam operasi pada pukul 10.45 pagi itu berusia antara 23 hingga 39 tahun.

Beliau berkata, serbuan dilakukan di sebuah premis di tingkat tiga sebuah bangunan di Jalan Dua dan hasil pemeriksaan menemui buku kecil mengandungi catatan bayaran pelanggan dan peralatan disyaki digunakan untuk aktiviti pelacuran.

Dua yang ditahan masing-masing memiliki pasport antarabangsa Filipina dan kad pelarian IMM 13, seorang lagi memiliki kad pengenalan pemastautin tetap Malaysia dan remaja perempuan itu memiliki sijil lahir negara ini, katanya. - Bernama
read more...

BERKAS!! Polis Sabah Tahan Suspek Bunuh Pasangan Suami Isteri!!





KOTA KINABALU - Polis Sabah percaya kes pembunuhan pasangan suami isteri di sebuah kilang memproses ikan di Penampang 8 November lalu selesai apabila berjaya memberkas suspek kes bunuh itu di Sipitang Ahad lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, lelaki warga asing berumur 21 tahun dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu diberkas di perumahan setinggan dalam kawasan pembinaan Sabah Ammonia Urea Project (SAMUR) di Kg Long Kenangan, Sipitang, kira-kira 2.40 petang.

Katanya, hasil penangkapan itu membawa kepada penemuan beberapa barang kes termasuk dua unit telefon bimbit dipercayai milik mangsa bunuh.

"Motif pembunuhan adalah rompakan. Suspek terdesak memerlukan wang untuk majlis perkahwinannya. Suspek juga mengaku mengambil wang tunai sebanyak RM800 dan dua telefon bimbit milik kedua-dua mangsa dari dalam bilik kedua-dua mangsa ditemui mati,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada peserta Kembara Bermotosikal “Crime Awareness Day” 2013 di sini hari ini.

Hamza berkata suspek ditahan reman sehingga 24 November untuk siasatan. - Bernama
read more...

GAMBAR : Wajah Terbaru Pembunuh Pegawai AMBANK




Petaling Jaya: Suspek utama kes menembak mati pegawai AmBank Norazita Abu Talib muncul di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, di sini, semalam, dengan wajah selamba selain penampilan tidak bermaya.

Dia yang memakai baju lokap berwarna jingga dibawa ke mahkamah untuk disambung reman sebelum Majistret Surya Wati Shawal mengeluarkan perintah sambung reman selama tujuh hari sehingga 23 November ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 



LAODE Ardina ketika dibawa ke mahkamah.

Ketika wajahnya mahu dirakam jurugambar media, suspek hanya melontar pandangan kosong dan sedikit pun tidak memberi reaksi menolak gambarnya dirakam seperti kelaziman dilakukan suspek kes jenayah lain. 

Lelaki menggunakan MyKad palsu dengan nama Ardi Hamza itu ditahan di jeti Tanjung Belungkor, Kota Tinggi, Johor dipercayai untuk meloloskan diri ke Batam pada 10 November lalu, selepas 19 hari bersembunyi di rumah dan bangunan kosong sekitar negeri itu.

Polis juga mengesahkan identiti sebenar suspek itu sebagai Laode Ardina Laode Rasila, 35, berasal dari Sulawesi, Indonesia.
read more...

TAK TAHAN DAH!!! PAS P. Pinang Beri Kata Akhir Pada KERAjaan DAP P. Pinang!!




PETALING JAYA: PAS Pulau Pinang akan mengkaji kembali kedudukannya dalam Pakatan Rakyat Pulau Pinang jika tidak lagi diperlukan dalam kerajaan negeri, demi memelihara prinsip dan maruah perjuangan.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Fauzi Yusof, PAS Pulau Pinang akan menarik diri serta meletak jawatan dalam beberapa tawaran jawatan, portfolio dan posisi jawatan tertentu dalam kerajaan negeri jika tuntutan dan ketetapan ini tidak diambil serius oleh pihak kerajaan negeri dan Majlis Pakatan Rakyat.

Katanya, PAS mahu kerajaan negeri memberi kuasa penuh tanpa sebarang campur tangan yang tidak wajar kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sekarang (Datuk Mohd Salleh Man) untuk mengemukakan makluman keputusan cadangan lantikan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta mana-mana portfolio atau Lembaga Pengarah dalam mana-mana agensi atau anak syarikat dibawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Katanya, PAS mendakwa terdapat campur tangan yang tidak sewajarnya dari pihak Exco Kerajaan Negeri untuk menetapkan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat MAINPP untuk sesi akan datang.

“Jika benar, ianya adalah satu tindakan yang bertentangan etika dansemangat Pakatan Rakyat. Tindakan campur tangan ini sangat dikesali,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada media

Menurut Mohd Fauzi, mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri P Pinang pada 14 November 2013 lalu yang dipengerusikan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Salleh Man telah mendesak menambah bilangan Ahli Majlis MPPP & MPSP untuk kuota PAS Pulau Pinang dari dua orang setiap PBT kepada 4e mpat orang setiap PBT.

“Perlantikan Ahli Majlis MPPP & MPSP untuk kuota PAS ini hendaklah dilantik dengan cadangan dan persetujuan PAS Pulau Pinang,”katanya lagi.


Beliau menambah PAS Pulau Pinang hendak diberi kuasa penuh untuk memilih dan melantik JKKK di kawasan DUN/Parlimen yang ditandingi PAS (6 DUN, 2 Parlimen).


“Kami difahamkan bahawa terdapat lantikan JKKK di kawasan yang ditandingi PAS dibuat secara terus kepada individu terlibat tanpa persetujuan dan perbincangan melibatkan pihak PAS Kawasan. Tindakan ini juga melanggar etika Pakatan Rakyat,” katanya sambil menyesali dengan apa yang berlaku.

Campur tangan yang tidak wajar

Katanya lagi, PAS juga mahu kerajaan negeri memperuntukkan kuota mewakili PAS bagi lantikan Ahli Lembaga Pengarah dalam anak-anak syarikat milik/berkaitan Kerajaan Negeri (GLC).

“Sehingga kini, tiada mana-mana lantikan yang dibuat mewakili PAS dengan persetujuan PAS Pulau Pinang. Tindakan ini juga tidak menggambarkan semangat kerjasama Pakatan Rakyat,” tegasnya lagi.

Moha Fauzi berkata PAS Pulau Pinang bimbang dengan campur tangan yang tidak wajar oleh pihak kerajaan negeri terhadap MAINPP akan menyebabkan berlakunya ‘Pertindihan Kuasa’ yang akan mengganggu kelancaran pentadbiran dan organisasi MAINPP yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong.

“Walaupun PAS Pulau Pinang hanya memiliki satu kerusi DUN, ia tidak bermakna suara, sumbangan, khidmat dan profesionalisma PAS di Pulau Pinang dipinggirkan,” katanya lagi.

Oleh itu katanya PAS Pulau Pinang hendaklah dilibatkan dalam apa-apa perbincangan dasar dan polisi yang hendak dirancang oleh kerajaan negeri sebelum ia dilaksanakan.

“Perbincangan tersebut hendaklah melibatkan organisasi, bukan secara individu. Hal ini amat perlu kerana ahli-ahli PAS, penyokong dan pendokong PAS tidak mengizinkan PAS dilihat seperti boneka rakan Pakatan Rakyat terutamanya di P Pinang,” katanya.

Beliau berharap sebarang perlantikan politik terhadap mana-mana jawatan, portfolio, posisi dalam kerajaan negeri yang melibatkan kuota PAS mahupun pimpinan atau mana-mana ahli PAS, mestilah dengan perbincangan dan persetujuan PAS Pulau Pinang.

“ Jika tidak, PAS Pulau Pinang tidak mengiktiraf penglibatan individu tersebut sebagai mewakili parti dan akan mengambil tindakan keatas individu berkenaan, serta menganggap tindakan ini sebagai mengenepikan PAS Pulau Pinang,” ujarnya.

KAH..KAH..KAH...

Bukan Pembangkang (BN) yang tak tahan, tapi PAS yang dalam pakatan sendiri yang tak tahan....

Selepas 5 tahun, akhirnya terkeluar juga "RAHSIA" KERAjaan Paling Telus dan Berintergriti Amalan DAP...

KAH...KAH...KAH...

Campurtangan Dalam Perihal agama pula tu, ooh lupa....Tok Guru Tokong Lim Guan Eng MAHA tahu dan MAHA serba boleh. PUIHHHH!!!!!!!

Tak sabar nak tahu RESPON TOK GURU TOKONG PULA....

Kepada Kepimpinan PAS P. Pinang, tahniah la....

Akhirnya korang sedar juga walaupun lewat selepas 5 tahun. Janji SEDAR daripada langsung tak sedar.

HIDUP MELAYU, DEMI ISLAM

ALLAHU AKHBAR
read more...

PENJARA!! Ibrahim Ali Dan Penulis Blog Kena Hukuman SERTA-MERTA!!!






KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan penulis blog Zainuddin Salleh bersalah atas kesalahan menghina mahkamah.

Kesalahan itu merujuk kepada penerbitan satu tulisan Zainuddin di laman web PERKASA pada 7 Januari lalu yang dianggap mencalar imej Hakim Mahkamah Tinggi Datuk VT Singham.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari ke atas Ibrahim, berkuatkuasa hari ini dan juga denda RM20,000.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara empat minggu ke atas Zainuddin, berkuatkuasa hari ini.
read more...

SAMUN : Lagi Kedai Serbaneka Dirompak!!





Rakaman CCTV menunjukkan suspek yang berjaket hitam sedang mengacukan pedang samurai ke perut mangsa manakala seorang lagi memasukkan cerut dan rokok ke dalam beg ketika berada dalam kaunter juruwang dalam kejadian di Kemaman.


CHUKAI – Dua hari selepas kedai serbaneka 24 jam di Geliga dirompak, kedai serbaneka 24 jam di Jalan Sulaimani pula disamun apabila dua pekerja kedai itu diacu dengan sebilah pedang samurai sepanjang 45 sentimeter di perut oleh dua lelaki bertopi keledar putih bercermin gelap, Sabtu lalu.

Rompakan pada jam 6.15 pagi itu berlaku dalam tempoh hanya 51 saat dengan kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 24 tahun berjaya melarikan wang tunai sebanyak RM181.70 dan sejumlah cerut serta rokok yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM400.

Mangsa yang ketika itu berada di kaunter juruwang, Fatin Shahiza Sabri, 22, berkata, akibat terlalu trauma dengan kejadian itu, dia bermimpi mengenai kejadian samun itu beberapa kali ketika tidur.

“Tidur saya terganggu dan banyak kali bermimpi diacu pedang samurai sepanjang 60 sentimeter seperti yang diacu suspek ke perut saya. Saya benar-benar takut.

“Ketika kejadian itu terjadi, saya dan seorang lagi rakan, Nor Hawa Mohd Talib, 21, sedang mengira stok dan secara tiba-tiba masuk seorang lelaki bertopi keledar menuju ke arah rak makanan dan beberapa saat kemudian masuk lagi seorang lelaki juga bertopi keledar serta menggalas beg yang meluru ke depan saya sambil menghunus pedang samurai,” katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, lelaki di hadapannya itu kemudian mengarahkan dia mengeluarkan duit dan memasukkan ke dalam beg galas yang dibawa sementara seorang lagi lelaki yang lebih awal masuk pantas menuju ke dalam kaunter lalu mengambil sejumlah cerut dan rokok pelbagai jenama.

“Sebaik dia arahkan saya memasukkan duit, saya hanya membuka mesin juruwang dan menyuruhnya mengambil sendiri kerana terlampau ketakutan. Dia juga arahkan saya keluarkan barangan kemas dan telefon bimbit tapi saya suruh dia ambil sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, apabila terdapat pelanggan lain mahu masuk ke dalam premis itu kedua-dua suspek segera keluar dan melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal Honda Wave menuju ke arah Jalan Jakar.

Katanya, suspek yang menghunus pedang samurai yang bertubuh kurus, berkulit gelap dan setinggi kira-kira 5 kaki 3 inci memakai jaket hitam dengan di bahu kanan terdapat angka sementara rakannya yang berketinggian kira-kira 5 kaki dan berkulit cerah pula memakai berseluar pendek dan memakai baju t.

“Suspek yang berkulit putih berbadan tegap dengan rambut mempunyai ekor di bahagian belakang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, kedua-dua mangsa gagal mengecam muka kerana suspek memakai topi keledar justeru rakaman kamera litar tertutup (CCTV) akan diteliti bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata dan polis kini giat memburu kedua-dua suspek.

Orang awam yang mempunyai maklumat diharap dapat tampil membantu siasatan,” katanya.

- Sinar Harian
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top