Nuffnang

#MH370 : Khairy Bidas Anwar!!! @KhairyKJ





"Dia cuma dapat jawab dan cari peluang untuk hentam kerajaan sahaja," kata Khairy yang juga ahli parlimen Rembau.

Walaupun ditemubual media asing tentang kehilangan pesawat MH370, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya tidak mampu memberikan jawapan berkenaan operasi mencari dan menyelamat pesawat itu, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.






Justeru, Anwar tidak perlu berbangga apabila ditemubual media asing atas alasan kepimpinan negara gagal memberi jawapan, kata Khairy yang juga ketua Pemuda Umno.

"Dia bukan dapat jawab (secara) teknikal dan operasi pun," katanya ketika ditemui dalam jelajah kempen Pemuda BN di Taman Seri Sekamat di Sungai Sekamat, Kajang petang ini.





Khairy mendakwa Anwar sebaliknya memanfaatkan ruang daripada temubual itu untuk memburukkan pemimpin negara ketika misi mencari dan menyelamat pesawat itu masih berlangsung.

Dalam ceramhanya dua hari lalu, Anwar berkata media asing kini beratur untuk menemuramahnya kerana kecewa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kabinet gagal memberi jawapan dan maklumat kepada media mengenai misteri kehilangan pesawat MH370.

Ketua umum PKR itu turut membidas keengganan Parlimen membahas hal itu dan mengkritik sesi taklimat isu itu yang hanya melibatkan ahli parlimen BN di sebuah hotel.
read more...

#MH370 : Transkrip Komunikasi Terakhir Didedahkan!!

Inilah Transkrip komunikasi terakhir pesawat MH370 yang telah diterjemahkan :



Sementara itu, Mufti Zimbabwe, Ismail Musa Menk menyeru ahli keluarga dan umat Islam di Malaysia supaya tidak berputus asa dan terus berdoa serta menerima hakikat Allah lebih sayangkan mereka yang berada di dalam pesawat MH370 melebihi kasih sayang ahli keluarganya.

"Terimalah ketentuan Allah. Ini adalah untuk kita rasa sensitif dan kita kena sedar, perkara ini boleh jadi kepada sesiapa sahaja. Perkara sebegini berlaku pada ramai orang," katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk Islam Back To Basics di sini, malam tadi.

Ismail berkata setiap ahli keluarga yang bersedih di atas apa yang berlaku sewajarnya tidak menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya menerima perkara ini sebagai ketentuan Yang Maha Esa.

"Sebagai seorang Muslim, terimalah ketentuan ini. Kita harus melihat pekara ini dari sudut positif kerana seluruh dunia masih belum mendapat khabar berita tentang pesawat berkenaan.

"Mungkin ini kali pertama dan terakhir berlaku, hanya Allah SWT yang tahu. Jadi, penting untuk kita membantu ahli keluarga. Jangan putus berharap," katanya.

Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak mudah memberi sebarang kenyataan tanpa sebarang pengesahan kerana ia boleh menyebabkan emosi ahli keluarga penumpang tidak stabil.

"Hentikan menyebar perkara yang belum mendapat pengesahan pihak berkuasa. Sebarang tuduhan tidak dibenarkan dalam Islam melainkan seseorang tersebut didapati benar-benar bersalah dan bukti yang kukuh," katanya lagi.


read more...

#MH370 : Pendedahan Email Terakhir Kapten Zaharie Kepada Sahabat Baik



Rakan juruterbang MH 370, Thanos Kontogiannis mendedahkan perbualannya dengan Kapten Zaharie Ahmad Shah bagi menjawab fitnah terhadap rakannya itu.

Kontogiannis juga tidak puas hati ada pihak yang memburukkan imej Kapten Zaharie semata-mata dia memiliki sebuah simulator penerbangan di rumahnya.

Di laman blognya, Kontogiannis yang merupakan moderator X Sim DE berkongsi mesej perbualan mereka menerusi email.

Dalam perbualan itu mereka berkongsi maklumat dan idea untuk membina simulator yang lebih baik.

Kontogiannis seorang jurutera di Qualcomm membekalkan komponen Motion Controller bagi menaik taraf simulator Kapten Zaharie dan juruterbang lain.

Dalam blog itu juga, Kontogiannis menjelaskan hampir semua juruterbang berminat memiliki simulator penerbangan.

Dalam hal ini, Kapten zaharie mempunyai minat yang mendalam sehingga membina simulator penerbangan sendiri.

Bagi Kontogiannis segala tuduhan dan fitnah terhadap Kapten Zaharie adalah tidak berasas. 

- ASTRO AWANI
read more...

#MH370 : Panggilan Kokpit Sebelum Berlepas Juruterbang Disiasat!!




Satu laporan mendakwa bahawa juruterbang pesawat MH370 Malaysia Airlines membuat panggilan dari dalam kokpit sejurus sebelum berlepas.

Akhbar The Sun UK berkata penyiasat cuba menyiasat dengan siapa Kapten Zaharie Ahmad Shah bercakap dalam kokpit sebelum pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA) pada jam 12.41 pagi 8 Mac. 

Maklumat itu diiharapkan ini dapat membantu menjelaskan kenapa pesawat itu secara misteri hilang dari radar awam kurang satu jam kemudiannya, kata laporan itu.

Polis Malaysia tidak secara rasmi mengulas mengenai penyiasatan berkaitan dengannya tetapi pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah menegaskan bahawa kesemua 227 penumpang dan 12 kru penerbangan itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Polis sedang menyiasat “faktor manusia” selepas menyimpulkan bahawa komunikasi penerbangan itu sengaja dimatikan dan pesawat itu juga ditukar haluan dengan sengaja.
read more...

#MH370 : Malaysiakini Cuba Sabotaj MAS?






Portal pro Pakatan, Malaysiakini.com hari ini cuba menyalahkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) atas kehilangan pesawat MH370 kerana membenarkan pesawat tersebut membawa bateri Lithium-ion yang mudah terbakar.

Portal itu melaporkan MAS hari ini mengesahkan bahan kargo yang dibawa oleh pesawat MH370 termasuk bateri lithium-ion. Pengesahan ini dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya itu dibuat hari ini.

“Kami bawa beberapa bateri kecil lithium-ion, ia bukan bateri yang besar dan ia pada dasarnya diluluskan di bawah ICAO (Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa) di bawah barangan berbahaya,” katanya.

Menurutnya, bateri lithium-ion pada asasnya bukan barangan berbahaya tetapi dari segi ianya diisytiharkan sebagai bahan berbahaya di bawah ICAO.

Jauhari berkata demikian dalam taklimat harian di Hotel Sama-Sama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Jauhari bertegas kargo bateri lithium-ion itu telah diperiksa “beberapa kali” bagi memastikan ia dibungkus mengikut garis panduan ICAO.

Syarikat penerbangan, katanya melakukannya sepanjang masa, dan bukan Malaysia Airlines sahaja. Barangan ini diterbangkan oleh banyak syarikat penerbangan kargo, yang berdasarkan kepada peraturan ICAO,” katanya.

Bagaimanapun Malaysiakini yang terkenal dengan sikap anti kerajaan Barisan Nasional menyambung laporan dengan memetik beberapa kes kemalangan membabitkan bateri lithium ini.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) yang berpangkalan di AS, sejumlah 141 insiden udara melibatkan bateri yang dibawa sebagai kargo atau bagasi dicatatkan antara 20 Mac 1991 hingga 17 Feb tahun ini.

Dalam kes-kes yang jarang berlaku, seluruh pesawat telah musnah akibat kebakaran yang bermula dari bateri lithium-ion dengan kes yang terbaru ialah Asiana Airlines Penerbangan 991 dan UPS Airlines Penerbangan 6, walaupun kedua-dua insiden itu membabit pesawat kargo.

Dalam kes UPS Airlines Penerbangan 6 yang berlepas dari Dubai ke Cologne, Jerman, ia terhempas selepas cuba melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada 3 September 2010, yang mengorbankan anak kapalnya.

Lembaga Penerbangan Awam Emiriah Arab Bersatu, dalam laporannya setebal 322 halaman mengenai insiden itu yang diterbitkan pada tahun 2013, membuat kesimpulan bahawa kemalangan itu dikaitkan dengan kebakaran yang dicetuskan oleh bateri lithium-ion, atas sebab-sebab yang tidak ketahui dan merebak ke barangan mudah terbakar di dalam kargo.

Laporan itu menyebut, juruterbang terpaksa meninggalkan tempat duduknya untuk mencari oksigen mudah alih di dek penerbangan yang dipenuhi asap dan selepas itu Boeing 747-400F itu terputus komunikasi.

Berikutan kebimbangan itu, tahun lepas, ICAO mengenakan peraturan baru yang memerlukan sebarang penghantaran yang mengandungi lebih daripada dua bateri lithium-ion perlu mematuhi syarat-syarat terperinci berkaitan barangan berbahaya.

‘Kemungkinan terlepas pandang’

Kemungkinan berlaku kebakaran akibat bateri lithium-ion yang membawa kepada kehilangan MH370, pertama kali ditimbulkan oleh CNN pada 14 Mach 14, tetapi hanya sedikit perhatian diberikan terhadapnya kerana pihak berkuasa enggan mendedahkan kandungan kargo pesawat tersebut.


Laporan Malaysiakini ini jelas sekali berniat jahat kerana sehingga kini tidak ada sebarang bukti MH370 meletup di udara dalam laluannya ke Beijing. Jika bateri Lithium yang cuba disensasikan oleh Malaysiakini sebagai penyebab kehilangan MH370 sudah tentu kapal tersebut terbakar dan meletup dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Sebaliknya, semua data yang ada menununjukkan Penerbangan MH370 bagi laluan KL- Beijing telah dengan sengaja menutup segala komunikasi pesawat terbabit dan keluar dari laluan asal. MH 370 juga dikesan terbang beberapa jam selepas ia berpatah balik.

Justeru teori ia meletup akibat bateri Lithium langsung tidak masuk akal buat masa ini kecuali Malaysiakini mempunyai bukti yang sebaliknya berbanding fakta-fakta dari satelit dan radar yang sedia ada.

Justeru apakah matlamat portal ini apabila melaporkan secara mengelirukan kemungkinan pesawat tersebut terbakar dan meletup akibat bateri Lithium sedangkan selepas 14 hari semua bukti menunjukkan pesawat tersebut dengan sengaja dilencongkan dari laluan asal berjam-jam sebelum hilang.

Fakta-fakta ini mengeesahkan ia bukan terbakar secara tiba-tiba dan meletupkan pesawat tersebut di udara.

Mengapakah sebuah portal berita yang menjalankan perniagaan di negara ini, ditulis oleh warga negara ini sanggup mencari jalan untuk mensabotaj syarikat penerbangan Malaysia milik rakyat negara ini sangat mengelirukan. Apakah mereka ini sanggup berbuat apa sahaja untuk melingkupkan kepentingan-kepentingan negara ini demi agenda tuan-tuan terselindung mereka?

read more...

VIDEO : #MH370 : Kenapa Anwar Gagap!!



Jenuh nak spin hubungan keluarga dia. Kenapa susah nak mengaku ada hubungan keluarga? Ironinya masyarakat Malaysia mengetahui fakta, juruterbang pesawat MAS MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, ahli seumur hidup Parti Keadilan Rakyat, PKR.Itu hak individu di negara mempraktikkan sistem demokrasi.

Apa yang mencuit hati, Anwar tergagap-gagap apabila disoal berhubung hubungannya dengan Zaharie.



Sewaktu ditemu bual oleh CNN, Anwar Ibrahim mengatakan Zaharie ahli kepada parti pemerintah, 'the ruling party'. PKR bukan parti pemerintah Malaysia tetapi Barisan Nasional. Barangkali dia tersasul kerana pemikiran Ketua Pembangkang itu semakin berserabut dan kusut. Kalaupun taksub ingin menjadi Perdana Menteri, usah sampai begitu sekali.


read more...

#MH370 : "Gurauan" Chef Wan MELAMPAU!!!


Terlebih suda kau!!

Chef Wan padam gambar hina objek penemuan MH370 - Selepas Zed Zaidi, Jimmy Shanley dan Puteri Mardiana, kini giliran Chef Wan pula dikecam peminat kerana didakwa cuba mempersendakan penemuan objek berkaitan serpihan pesawat MH370.

Bagaimanapun, Che Wan terus memadam status berserta gambar itu susulan kecaman yang diterima daripada peminat dan pengikut akaun Instagramnya. Memang agak tidak sesuai untuk Chef Wan membuat kelakar di kala semua pihak masih ternanti-nanti berita gembira penemuan pesawat MH370.




Belajarlah Menghormati Perasaan Orang Lain!!!
read more...

#MH370 : Kapten Zaharie Adalah Wira!! - Pakar

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U. Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri. Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."

Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat."





Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong pusingan U untuk ke lapangan terbang terdekat di Langkawi.

Katanya, terputusnya komunikasi termasuk kesan radar munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."

Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh guna masa kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit.

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Langkawi.

"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."

Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui.

read more...

VIDEO : #MH370 - Hanya Kapten Zaharie Saja Yang Yang Menjadi Perhatian Calon #PRKKajang?



Mula-mula tak mengaku kenal dengan Kapten Zaharie ni, tapi bila dah kantoi nak jadi ejen insurans pulak. Macam-macam hal lain Wan Jijah ni...

read more...

#MH370 : Pesawat AS Tiba Di Lautan Hindi





Seorang wartawan yang berada dalam pesawat P8 Poseidon milik tentera laut Amerika Syarikat memberitahu, pasukan pencari mengutip isyarat radar sebuah objek besar di Lautan Hindi yang mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang.

Wartawan ABC News itu, David Wright adalah satu-satunya wartawan yang menyertai pesawat berkenaan.

P8 Poseidon merupakan pesawat pertama yang tiba di kawasan di selatan Lautan Hindi tempat dua objek yang dipercayai boleh memberikan petunjuk lanjut dalam usaha mengesan MH370, dirakam oleh satelit.

Jurucakap Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat, Komander William Marks bagaimanapun kemudian menjelaskan kutipan isyarat radar itu adalah perkarabiasa dan tidak ada kaitan dengan pesawat yang hilang.

Pihak berkuasa Australia hari ini mendedahkan rakaman satelit yang menunjukkan dua objek dikesan di selatan Lautan Hindi yang mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370 yang dicari sejak 8 Mac lalu.





Menurut Wright, penerbangan dari Perth menuju ke kawasan carian itu yang terletak kira-kira 2,500 kilometer mengambil masa tiga jam.

- LIHAT Twit dari pegawai tentera AS dan wartawan ABC DI SINI
read more...

MH370 : Najib Jumpa PAT Berhubung Penemuan 2 Objek Di Lautan Hindi



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan perbincangan dengan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengenai pengesanan objek di selatan Lautan Hindi yang mungkin berkaitan dengan pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang. 

Najib dalam catatan terbaharu Twitternya berkata beliau mengadakan perjumpaan itu selepas Perdana Menteri Australia Tony Abbott menelefon beliau untuk menyampaikan berita pengesanan imej objek di satelit.


"Berjumpa dengan Panglima Angkatan Tentera. Selepas panggilan daripada @TonyAbbottMHR, menunggu pengesahan dari Australia mengenai objek yang ditemui," katanya dalam tweet beliau di @NajibRazak.

Abbot menelefon Najib pada pukul 10 pagi hari ini untuk memberitahu beliau tentang kemungkinan objek yang berkaitan dengan pesawat MAS MH370 yang hilang dikesan di selatan Lautan Hindi.

Perdana Menteri Australia itu memberitahu Parlimen di Canberra awal hari ini bahawa imej satelit telah menunjukkan dua objek yang mungkin berkaitan dengan pesawat MAS Boeing 777-200ER yang hilang pada 8 Mac.

Agensi berita Reuters memetik Abbot sebagai berkata "Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah menerima maklumat berasaskan imej satelit mengenai objek yang mungkin berkaitan dengan pencarian itu."

Pesawat Malaysia Airlines MH370, dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam sebelumnya. Pesawat itu dijadual tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Pengumuman hari ini di Australia bersamaan hari ke-13 misi mencari pesawat itu, menggabungkan kerjasama pelbagai negara, yang berpandukan data satelit telah mengalih operasi dari kawasan pencarian asal di Laut China Selatan ke Lautan Hindi.

Kawasan pencarian telah diperbesar meliputi bahagian luas di sebelah barat Malaysia termasuk Lautan Hindi apabila diketahui bahawa pesawat itu telah terbang selama tujuh jam selepas hilang dari radar.

Operasi mencari itu kemudian memberi tumpuan kepada dua koridor, menjangkaui dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand, dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi. - Bernama


Penganalisis Kejuruteraan Penerbangan, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar berkata jika spesifikasi 24 meter yang dikesan satelit ia berkemungkinan dari badan atau sayap pesawat.

Namun, katanya yang paling munasabah dengan saiz atau panjang itu ialah sayap Boeing 777.

"Difahamkan saizdebrisyang dikesan ialah sepanjang 24 meter, kalau spesifikasi itu ia mungkin datang dari badan atau sayap Boeing 777.

"Dengan saiz 24 meter itu yang paling munasabah ialah sayap Boeing," 



Imej objek yang dirakam oleh satelit. --foto AMSA


Dr Shamsuri juga berkata, jika debris bersaiz atau panjang 24 meter ditemui ia menandakan pesawat itu melakukan soft landing.

"Mana-mana pesawat, tidak kira Boeing atau tidak, jika serpihannya 24 meter, ia memberi petanda berlaku soft landing sebab ia tidak berkecai. Kalau ia terhempas dari satu ketinggian ia akan berkecai," katanya.
read more...

#MH370 : Kenapa Data Simulator Kapten Zaharie DIPADAM?




Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan maklumat yang dipadam daripada simulator penerbangan pesawat milik Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang, adalah log data permainannnya.

Menurut Khalid, log data itu telah dipadamkan pada 3 Februari manakala polis mengambil peralatan berkenaan pada 15 Mac.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian mengenai perkembangan terkini pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama, Sepang, pada petang Rabu.

Khalid turut mengesahkan laporan media sebelum ini bahawa polis menemui lima landasan dalam simulator yang diambil dari rumah Zaharie, mengandungi tiga perisian penerbangan iaitu Flight Simulator (FSX), FS9 dan FS10.

Katanya, semua ahli keluarga juruterbang dan pembantunya memberikan sokongan penuh bagi membantu siasatan.

“Apa juga yang kami (polis) perlukan, kedua-dua ahli keluarga memberikan kerjasaapenuh dan kami tidak ada masalah dalam mendapatkan apa juga yang kami perlukan,” kata Khalid.

Ditanya wartawan asing mengenai fokus siasatan, Khalid hanya berkata siasatan setakat ini ditumpukan terhadap aspek utama tetapi beliau tidak bercadang mendedahkan secara terperinci mengenai aspek berkenaan.

Difahamkan, selain pakar forensik siber PDRM Bukit Aman juga dibantu oleh pakar dari syarikat pengeluar pesawat Boeing 777-200ER yang hilang itu serta pakar syarikat pengeluar simulator bagi mendapatkan semula semua data yang hilang.

Dalam perkembangan lain, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Dr. Zulkifeli Mohd Zin mengesahkan dengan pihak berkuasa Maldives laporan media tertentu kononnya pesawat MH370 dilihat di ruang udara negara pulau di Lautan Hindi itu adalah tidak benar.

Demikian disahkan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam sidang media yang sama.

Hishammuddin juga berkata, beliau boleh mengesahkan pihaknya ada menerima beberapa data radar daripada beberapa buah negara tetapi tidak dapat mendedahkannya kepada umum kerana data itu bukan milik Malaysia.

Menurut beliau, operasi SAR MH370 kini membabitkan kerjasama peringkat diplomatik serta teknikal.

“Walaupun operasi pencarian masih diketuai Malaysia, namun negara-negara sahabat kini semakin mula mengambil alih teraju operasi di kawasan masing-masing.

“Indonesia dan Australia antaranya bersedia menerajui operasi SAR di koridor sebelah Selatan,” kata beliau.

Fokus utama pasukan SAR yang kini sudah membabitkan penyertaan 26 buah negara adalah bagi mengecilkan kawasan pencarian di kedua-dua koridor Utara dan Selatan

Dalam pada itu, beliau berkata, kru an penumpang MH370 tidak boleh dipersalahkan mengenai kehilangan pesawat itu selagi tiada bukti.

Beliau percaya misteri kehilangan pesawat itu akan terjawab sekiranya pihak berkuasa menjumpai kotak hitam MH370…-bnbbc.my
read more...

VIDEO : #MH370 - Rakyat Malaysia PERLU Tengok Video Ini! Terutamanya PR



Hmm.. Setuju sangat dengan Mat Lutfi ni. Dalam isu MH370 ni, sebaik-baiknya kita berdiam diri daripada membuat pelbagai andaian atau spekulasi yang bukan sahaja menganggu siasatan pihak berkuasa, malah mengguris hati dan perasaan keluarga mangsa khasnya.

"Berdiam diri tidak bermakna kita tidak concern. Bercakap, mengulas dan membuat spekulasi sendiri bukan pula bererti kita amat-amat concern dalam isu ni".


read more...

DIBOM!! Pusat Perubatan Malaysia Musnah, Seorang Terkorban!!



KUALA LUMPUR 18 Mac - Sebuah pusat perubatan yang didirikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia, Life Line for Syria, di Kallaseh, Aleppo, Syria, musnah dibom tentera Syria, kelmarin.

Pengeboman pusat perubatan Al-Hayat yang ditubuhkan dengan kos RM20,000, hasil sumbangan rakyat Malaysia itu turut mengorbankan seorang doktor wanita warga Syria yang berkhidmat secara sukarela di situ.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Life Line for Syria, Shahrir Azfar Saleh, serangan bom berkenaan dipercayai sengaja disasarkan kepada pusat perubatan itu.

Katanya, berikutan itu, pusat berkenaan tidak boleh digunakan lagi dan memerlukan dana baharu dari Malaysia untuk pembinaannya.

"Saya dimaklumkan, serangan itu mengorbankan seorang doktor wanita berusia 30-an yang bertugas pada hari kejadian. Ada yang turut cedera namun jumlahnya masih belum diketahui.

"Peralatan dan barangan perubatan yang dibeli hasil sumbangan rakyat negara kita juga rosak, terutama klinik kanak-kanak dan bilik bedah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Shahrir Azfar memberitahu, pusat perubatan itu mula beroperasi sejak Januari tahun lalu dan menerima sumbangan sebanyak RM5,000 sebulan dari Malaysia Life Line for Syria untuk beroperasi.

"Kita menyalurkan dana bulanan kepada Al-Hayat dan wang itu adalah hasil sumbangan dari rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib menimpa rakyat negara berkenaan," katanya.

Shahrir Azfar berkata, meskipun berlaku kejadian pengeboman itu, Malaysia Life Line for Syria komited untuk meneruskan sumbangan dana kepada Al-Hayat.

"Usaha pemulihan akan diuruskan oleh Malaysia Life Line for Syria dan kita menganggarkan RM20,000 diperlukan untuk membangunkan kembali pusat berkenaan.

"Dana pembangunan semula itu kemungkinan akan dihantar bulan depan kerana ia amat diperlukan rakyat di negara berkenaan," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bagi pembinaan semula atau memberi dana berterusan Al-Hayat, boleh berbuat demikian kepada Salam Suriah Resources, nombor akaun 5645-5733-8496 atau hubungi talian 03-41416732.
read more...

#MH370 : Penduduk Maldives Lihat Pesawat Terbang Rendah Pada 8 Mac!!


Penduduk Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll di Maldives dilaporkan melihat sebuah "pesawat jumbo terbang rendah" di atas rumah mereka pada awal pagi 8 Mac, hari yang sama Malaysia Airlines penerbangan MH370 hilang.

Dalam satu akhbar harian Maldives iaitu Haveeru, penduduk menjelaskan bahawa pesawat itu terbang di Kuda Huvadhoo kira-kira pukul 6.15 pagi dengan ømenggambarkan ia berwarna putih dengan jalur merah.




Skim warna itu adalah hampir sama dengan yang digunakan oleh pesawat Malaysia Airlines termasuk Boeing 777 untuk penerbangan MH370.

Saksi-saksi yang melihat pesawat itu bersetuju bahawa ia membuat penerbangan dari utara sehingga ke tenggara ke arah Addu, di selatan Maldives, dan kesemua mereka memberi komen mengenai bunyi kuat dari pesawat itu apabila terbang melintasi pulau itu.

Paparan laman web Haveeru Online yang melaporkan mengenai penduduk Maldives melihat 'pesawat jumbo terbang rendah'.

Salah seorang saksi dapat melihat pintu pesawat dengan jelas, malah ia turut dipersetuji oleh seorang saksi lain.

"Ada yang keluar dari rumah mereka untuk melihat apa yang menyebabkan bunyi bising yang kuat," kata saksi, dan dilaporkan bahawa Anggota Majlis pulau itu, Mohamed Zaheem mengatakan bahawa penduduk lain di Kuda Huvadhoo turut bercakap mengenai kejadian itu.




Haveeru turut memetik seorang pakar penerbangan tempatan, yang berkata ia mungkin pesawat MH370 yang diterbangkan sehingga ke Maldives, sambil menambah bahawa kemungkinan sebarang pesawat terbang di atas pulau itu adalah sangat rendah.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal , berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing pada 8 Mac, mendapat perhatian antarabangsa sejak kehilangannya pada awal pagi hari yang sama.

- Mstar.com.my
read more...

#Mh370 : Perubahan Kapten "Diisedari" Pengawal Keselamatan?





Juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilaporkan hilang, Kapten Zaharie Ahmad Shah dilaporkan berubah sikap sebelum melakukan penerbangan ke Beijing pada 8 Mac lalu, lapor akhbar India Today semalam.

Perubahan itu disedari ketika Zaharie memberi salam kepada pengawal keselamatan yang bertugas di luar kawasan perumahan di Laman Seri, Shah Alam sebelum malam penerbangannya.Sebuah stesen televisyen, Headlines Today mendedahkan, biasanya kapten yang berusia 53 tahun itu akan memberi salam mengikut cara Islam kepada beberapa pengawal keselamatan warga Nepal.

Namun, pada malam sebelum melakukan penerbangan pesawat yang hilang itu, beliau memberi tabik hormat gaya tentera kepada pengawal-pengawal keselamatan itu.

“Terdapat perubahan ketara dengan gaya beliau memberi hormat kepada kami. Sikapnya berbeza berbanding biasa,” kata salah seorang pengawal keselamatan yang bertugas di luar kediamannya.

Selain itu beliau dilihat memandu sendiri keretanya jenis BMW 5 Series ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk bertugas pada hari tersebut.

Kebiasaannya, beliau mengambil teksi MAS untuk KLIA sebelum melakukan penerbangan antarabangsa.

Menurut pengawal keselamatan berkenaan, sebuah teksi MAS tiba di kediamannya hampir 20 minit selepas beliau meninggalkan rumahnya untuk ke KLIA.

Malah, pada malam itu beliau keluar dari rumah kira-kira pukul 9 malam dan turut ditemani isterinya.

Bagaimanapun, isterinya tidak pulang ke rumah pada malam itu dan dia hanya kembali ke rumah pada pagi Sabtu lalu seminggu selepas pesawat tersebut hilang.

Kata pengawal itu, isterinya pulang ke rumah pada pukul 10 pagi.

Siasatan pihak berkuasa kini tertumpu kepada kru dan penumpang pesawat itu termasuk Zaharie dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.
read more...

#MH370 : Menteri Selar Tindakan Pihak Perlekeh Usaha Mencari Dan Menyelamat!! @KhairyKJ @reginalah




Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin pada Selasa mengecam tindakan pihak tertentu yang cuba memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak 8 Mac.

Khairy berkata tindakan pihak tertentu yang cuba memutarbelitkan fakta kononnya kerajaan BN mengaitkan fahaman politik juruterbang pesawat itu dengan kehilangan pesawat berkenaan, amat dikesali.

Di laman Facebook beliau, Khairy turut merujuk kepada laporan agensi berita asing dan berkata ia memberi gambaran seolah-olah kerajaan BN cuba mengaitkan juruterbang pesawat itu dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata BN tidak pernah mengaitkan secara politik Kapten Zaharie Ahmad Shah dengan Parti Keadilan Rakyat walaupun sebelum ini ada pendedahan dibuat bahawa juruterbang itu menyokong parti berkenaan.

Dalam entri itu, Khairy turut memuat naik gambar muka hadapan sebuah akhbar luar negara serta pautan kepada agensi berita asing itu yang membuat semua dakwaan politik berkenaan.

“Tak kiralah politik beliau, BN menghormati perasaan keluarga Kapten Zaharie. Kita tak pernah kaitkan apa-apa motif politik pada beliau.

“Yang mengambil kesempatan berpolitik sekarang bukannya BN, tetapi Anwar yang sentiasa cuba menjadi mangsa.

“Cukuplah, Anwar. Tak perlulah putar belit dan fitnah. Kamu sebenarnya yang tidak menghormati Kapten Zaharie dengan putar belit yang cukup tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

Pesawat Boeing 777-200ER ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi 8 Mac. Ia dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Sehingga kini, nasib penumpang dan anak kapalnya tidak diketahui apabila usaha mencari, yang melibatkan pelbagai negara, belum membuahkan hasil. - mStar Online
read more...

MH370 : Twit 3 Pemimpin Yang Menimbulkan TandaTanya!!!





Apa sebenarnya yang cuba "DISAMPAIKAN" oleh ketiga-tiga pemimpin PR ini? Apakah mereka telah "MENGETAHUI" plot atau jalan cerita "misteri" kehilangan pesawat MH370? Harap sangat semoga ia tidak langsung mempunyai perkaitan. Namun, dalam politik "Nothing is Impossible".




Apa yang lebih menarik, twit dari Tian Chua "....... The people will bring down Najib in 5 months, that I promise you!!!"

Twit ini dipost Tian Chua selepas sahaja Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan berhubung tuduhan liwat ke atas bekas pegawai khasnya bernama Saiful Bukhari. 5 bulan? Najib akan digulingkan?

Apakah maksud dan tujuan Tin Chua yang sebenarnya?





Yang YB sorang ni lagi la tak boleh blah. Siap sebar fitnah lagi. Atau itu sebagai ujian dan klu? Nak lihat sejauh mana respon pihak "bertanggungjawab" untuk kes-kes begini.

Apa pun, penulis tidak mahu membuat sebarang tuduhan. Serahkan sepenuhnya kepada pihak berkaitan untuk menjalankan siasatan. Hanya dipanjatkan doa kepada Illahi semoga dipermudahkan segala usaha dan ikhtiar dalam merungkai misteri kehilangan #MH370 ini.

read more...

Video #MH370 : MELAMPAU!!! Wan Azizah Terlebih Pula!!!



Ni la masalahnya kalau kepentingan politik sering menjadi KEUTAMAAN berbanding REALITI sebenar. Mereka bercakap seolah-olah merekalah yang pakar. Mereka berhujah seperti merekalah yang betul. Walhal, apa yang mereka kata dan hujah tersebut hanyalah andaian dan tohmahan semata-mata.






Usahlah berlakon dengan watak dan penampilan yang meraih simpati.

read more...

#MH370 : Air Asia Beri Nadira Cuti Sebulan




Pembantu juruterbang pesawat MH370 Fariq Abdul Hamid, 27 tahun yang hilang bersama-sama dengan pesawat Malaysia Airlines MH370, 8 Mac lalu mempunyai teman wanita iaitu Kapten Nadira atau nama sebenar Nadira Ramli, 26 Tahun yang juga juruterbang Air Asia merupakan teman wanita Fariq dan menurut laporan Daily Express, pasangan itu turut merancang untuk melangsungkan perkahwinan (sumber tidak sahih mengatakan yang mereka sudah pun bernikah).

Beliau yang juga anak kepada seorang juruterbang kanan Mas telah diberi cuti sebulan oleh pihak Air Asia untuk menenangkan diri dalam menghadapi tragedi kehilangan pesawat MH370 dan juga teman lelakinya Fariq.

Nadira merupakan anak bongsi Kapten Ramli Ibrahim dan Nancy Jipanis (berasal dari Penampang Sabah) kini dilaporkan berada di sisi ibu Fariq yang tidak tidur hampir 3 hari di sebuah hotel yang lokasinya tidak didedahkan di sekitar Kuala Lumpur.

Fariq merupakan anak bongsu kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Abdul Hamid Mad Daud, yang membantu juruterbang Kapten Zaharie bin Ahmad Shah dalam penerbangan yang hilang dalam perjalanan ke Beijing awal Sabtu lalu. 

Fariq yang memulakan kerjayanya dengan MAS pada tahun 2007 mengenali Nadira selama sembilan tahun dan berkenalan semasa belajar bersama-sama di sebuah sekolah penerbangan di Langkawi, Kedah. Saudara terdekat menyifatkan Nadira sebagai seorang yang tenang dalam menghadapi kesukaran dan menjadi tonggak kekuatan kepada ibu Fariq yang menanti kepulangan anaknya.




Pelbagai spekulasi mengenai Farid dan wanita warga Australia di laman kokpit kapal terbang yang disensasikan oleh media barat dan itu sedikit sebanyak telah mencalarkan emosi Nadira dan juga keluarga Fariq. Nadira juga memberitahu keluarganya supaya tidak mempercayai laporan negatif terhadap Fariq seperti yang dilaporkan oleh media antarabangsa baru-baru ini.

Dipercayai syarikat penerbangan Air Asia mempunyai juruterbang wanita paling ramai di ASEAN dan mempunyai juruterbang wanita berpangkat Kapten pertama di ASEAN iaitu Kapten Norashikin Onn.
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top