Nuffnang

ISU MURTAD!!! Keceluparan Ngeh KooHam Tahap CADBURY RENTUNG!!!



Melampau dan dasar BANGSAT!!!

DAP yang keluarkan statement mahu Islam hormati orang murtad...nanti Pakatan akan gunakan anjingnya PAS untuk salahkan BN...percaya tak?

Nanti PAS akan cakaplah kalau BN tak laksakan undang2 Perlembagaan...perkara ni xkan jadi macam ni...PAS akan cakap sebab tulah kita mahukan Hudud dilaksanakan segera...

read more...

SIAL!!!! Iklan Seks Liar Secara Terbuka Di FB!!!


read more...

BONGKAR!!! Identiti Anak Cina Cadbury Didedahkan!!!



Jika sebelum ini kita tertanya-tanya siapalah empunya ID FB bernama Chow Jack yang menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia bukan sahaja yang beragama Islam atau Melayu, hari ini identi beliau telah berjaya dikesan.

read more...

ENGKAR!!! BLOGGER SEKS Diberi Waran Tangkap!!!



Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap penulis blog seks Alvin Tan selepas tertuduh gagal menyerahkan semula pasportnya kepada mahkamah yang sebelum ini diberikan untuk tujuan penggambaraan di Singapura, lapor Utusan Malaysia.

Alvin dan bekas kekasihnya, Vivian Lee menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan iaitu memuat naik di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers, satu kandungan gambar dan komen di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi pada jam 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai 2013.

Bagi pertuduhan pertama, Tan dan Lee didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu satu kandungan gambar dan komen yang sama yang mengandungi logo halal dan ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Chong Joo Tian, peguam yang mewakili Tan berkata, beliau gagal untuk menghubungi anak guamnya dan percubaan keluarga menghubunginya juga gagal.

Bagaimanapun, Lee mengikut arahan mahkamah dan memulangkan passportnya pada 3 Jun.

Chong kemudian memberitahu The Malaysian Insider, beliau diberitahu oleh Lee produksi di Singapura tidak diteruskan.

"Jadi kami tidak tahu di mana beliau berada, tiada halangan baginya untuk ke mana saja dengan pasportnya.

"Kami tidak tahu sama ada beliau di Singapura," katanya.

Mahkamah menetapkan 18 Julai untuk sebutan semula kes itu.

Pada 21 April lalu, Mahkamah Rayuan menggugurkan pertuduhan mempersenda umat Islam pada bulan Ramadan terhadap Tan dan Lee kerana ia tidak terpakai kepada bukan Islam.

Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim diketuai Datuk Mohtarudin Baki juga memutuskan pertuduhan mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan tidak dapat dikuatkuasakan terhadap pasangan itu.

Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 26, dan Lee atau Lee May Ling, 25, sebelum itu memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan untuk membatalkan pertuduhan ke atas mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi, ketika menolak permohonan pasangan itu pada 21 November tahun lalu, memutuskan Seksyen 298A (1)(a) terpakai bagi semua kaum dan sah serta boleh dikuatkuasakan secara universal tanpa mengira kaum, etnik atau agama seseorang dan bahawa seksyen itu terpakai pada kedua-dua perayu dalam kes ini.

Dalam permohonan itu, Tan dan Lee memohon daripada Mahkamah Tinggi bagi perintah untuk mengisytiharkan Seksyen 298A tidak konsisten dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak dapat dikuatkuasakan ke atas mereka, dan sekalipun tuduhan itu sah di sisi undang-undang, ia hanya terpakai bagi orang Islam.
read more...

PRIHATIN : Kecacatan Adik Nor Damia Dibela Usahawan Melayu



ALHAMDULILLAH..... Kecacatan seorang kanak-kanak perempuan yang kudung kaki dan tangannya sejak lahir mendapat perhatian sebuah syarikat apabila menciptakan kerusi dan meja khas untuknya.

Kekurangan yang menyebabkan pergerakan Nur Damia Irsalina Daeng Malis, tujuh tahun, terbatas, mencetuskan idea buat Zull Design Autotronic untuk mencipta sebuah kerusi roda elektronik dan meja khas yang dinamakan ‘Damia Asisting Table’.

Menurut juruteknik rekaan Zull Design Autotronic, Muhamad Zalihan Abd Hamid mereka terpanggil untuk mencipta kerusi khas itu selepas melihat kesengsaraan murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong itu.

Selepas melihat kisah Nur Damia yang tersebar di media massa, pihak kami mencipta meja serta kerusi khas bagi meringankan beban yang ditanggungnya.

“Ia dibina dengan kos RM10,000 dan mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan,” katanya kepada pemberita di Program Transformasi Kepimpinan Sekolah Negeri Terengganu di sini, Khamis.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merasmikan majlis itu turut menyaksikan demonstrasi penggunaan Damia Asisting Table yang dilakukan oleh Muhamad Zalihan.

Sementara itu, ibu Nur Damia, Rosnaini Muhammad, 36, melahirkan rasa gembira dan terharu dengan sumbangan yang diberikan kepada anak ketiga daripada empat beradik itu.

Katanya, sumbangan yang dihulurkan itu memudahkan pergerakan Nur Damia mengikuti sesi pembelajaran di sekolah.

“Saya berterima kasih pada pihak yang prihatin dengan nasib yang menimpa anak saya sehingga mengeluarkan idea dan sumbangan untuk membantu Nur Damia,” katanya.

Beliau berkata, jika sebelum ini mereka sekeluarga terpaksa memberi tumpuan lebih ekoran keistimewaan yang dimiliki Nur Damia, namun kini dengan kerusi serta meja itu membantu meringankan bebanan yang dihadapi.
read more...

GAMBAR : Balasan SEGERA Akibat Memijak Al-Qur'an!!!

BUATLAH SESUKA HATI KAMU!!! 




V

V

V

V

V

V

V



INILAH AKIBATNYA!!!


BEBERAPA HARI SELEPAS 
MEMIJAK AL QUR'AN INILAH AKIBATNYA!

ALLAHU AKHBAR


read more...

BIADAP DAN MELAMPAU!!! Di Mana Pejuang Melayu Dan Pihak Berkuasa? @PDRMsia @ZahidHamidi

Kalau sebelum ini seorang blogger terkenal telah didakwa di mahkamah kerana menghina YDP Agong, adakah perbuatan facebooker yang sorang ni boleh dibiarkan begitu sahaja? Posting ini bukan setakat menghina dan memperlekehkan institusi Di Raja, malah menghina agama rasmi Persekutuan iaitu agama Islam.

Adakah ada 2 sistem penghakiman di negara kita?

Korang tengok dan baca sendiri apa yang facebooker ini post di akaunnya :







Persoalannya, Siapa Chow Jack? Fack Account? RBA? Atau orang asing yang sengaja mengganggu gugat ketenteraman yang ada di Malaysia?

Dengan kemajuan teknologi dan kepakaran yang ada pada ketika ini, rasanya tidaklah terlalu sukar untuk mengesan identiti beliau kan?

Diharap sangat pihak berkuasa dapat menangani perkara-perkara seperti ini agar ia tidak terus merebak dan membakar sentimen perpaduan serta keharmonian yang kita kecapi selama ini.
read more...

AWAS!!! Bahayanya Fahaman Islam Liberal!!!



Kalangan muslim yang prihatin begitu bimbang dengan ajaran sesat dan pertelagahan sesama sendiri soal furuk (cabang) dalam agama terutama pada perkara-perkara bidaah yang timbul selepas kewafatan Rasulullah SAW.
Bagaimanapun, jarang yang sedar dan prihatin akan ancaman yang jauh lebih bahaya dalam memesongkan akidah serta tauhid Islami serta fitrah kemanusiaan itu sendiri dalam Islam liberal.
Sebabnya, ancaman ideologi yang jelas bercanggah dengan Al-Sunnah dan Al-Quran melalui aliran pemikiran moden yang mengsinonimkan falsafah Islam berpaksikan akal dengan pemikiran barat yang memesongkan akidah itu sudah menjadi 'pakaian' dan 'sajian' harian hidup ummah kini.
Mengguna label Islam liberal dengan memperjuangkan hak kebebasan dan hak asasi manusia, umat Muslim sebenarnya sudah diresapi dengan 'akidah' liberalisme dan pluralisme yang menjadi agenda dalam doktrin Yahudi-Kristian dalam menghancurkan Islam melalui pemesongan akidah Muslim.
Akidah menurut Profesor Dr. Hamka, terhimpun kepada tiga iaitu tauhid yang menjadi pokok kepercayaan tentang KeEsaan Allah SWT, Al-Risalah iaitu manusia pilihan Allah yang diutus menyampaikan wahyuNya bagi membimbing manusia dalam kehidupan dan Al-Baats iaitu kepercayaan kepada hari berbangkit untuk kehidupan kedua yang berkekalan. (Tafsir Al-Azhar: mukadimah juzuk 17).
Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: 
Maka hadapkanlah dirimu dengan lurus kepada agama Allah, (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah (agama) Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Fitrah Allah ialah ciptaan Allah iaitu manusia diciptakan Allah mempunyai naluri beragama iaitu agama Tauhid. Kalau ada manusia tidak beragama Tauhid, maka hal itu tidaklah wajar. Mereka tidak beragama Tauhid adalah kerana pengaruh lingkungan kehidupan). (Ar-Ruum: 30).
Namun, manusiawi dan sikap kebendaan sudah mengambil alih peranan dalam kebanyakan amalan dan budaya hidup ummah era kini berbanding Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai pegangan untuk kekal mengEsakan Allah SWT.
Menurut Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zain Al-Ghari, fahaman sesat ada pada setiap zaman tetapi ancaman pemikiran moden sinonimkan Islam dengan falsafah pemikiran barat melalui liberalisme dan pluralisme adalah ancaman dan fitnah zaman ini yang jauh lebih bahaya.
Katanya, agama dan semua kepercayaan selain Islam bukan agama, sebab semuanya bersifat kemanusiaan dan perkara rekaan.
"Semua agama rekaan manusia itu tidak mungkin boleh dianggap sebagai agama. Hanya Islam yang meng-Esakan Allah SWT agama dan kepercayaan yang mutlak," katanya.
Ini telah ditegaskan Allah SWT dalam al-Quran yang mafhumNya: Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (Ali-'Imran: 85).
Oleh itu, kata Zamihan, hanya Islam satu-satunya agama kerana ia tidak ditokok tambah dan direkacipta oleh manusia untuk manusia.
Malah tegas beliau, Islam adalah agama yang paling cantik, komprehensif, natural, rasional dan mengikut fitrah makhluk lagi eksklusif yang tidak berubah sejak dulu, kini dan selamanya.
"Kerana kecantikan dan kesempurnaan Islamlah menyebabkan ia dicemburui oleh 'pereka' kepada pelbagai kepercayaan lain," tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika membicarakan 'Ancaman Liberalisme dan Pluralisme' pada Seminar Isu-Isu Semasa Akidah untuk kakitangan kerajaan dan badan-badan berkanun pada 10 November lalu.
Seminar sehari anjuran Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan itu diadakan di dewan serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Ancaman Islam liberal kini kata Zamihan, amat serius kerana ia melibatkan secara menyeluruh di semua peringkat dari barisan kepimpinan dan pengurusan sama ada dalam politik, sosial, budaya, ekonomi dan agama itu sendiri hingga kepada individu. 



"Ia berbahaya kerana mereka memperjuangkan prinsip kebebasan dan rasional akal tanpa batasan," katanya.

Menurut Zamihan, kebebasan bersandarkan logik atau rasional secara terbuka tanpa had bukan sahaja menyimpang daripada landasan Islam malah melampaui syariat dan prinsip dalam Al-Quran dan Al-Sunnah itu sendiri.
Kata beliau, Islam berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah untuk menegakkan akhlak berbeza dengan langkah menjaga moral yang dilaungkan Islam liberal.
Melalui liberalisasi agama pula tambahnya, wujud sekularisme yang menyaksikan semua perkara berkaitan urusan dunia dipisahkan daripada syariat agama.
"Usaha pembaratan ini sudah bermula sejak Perang Salib lagi kerana musuh Islam sedar Muslim tidak dapat dikalahkan selagi kita berpegang teguh akidah al-Quran dan al-sunnah," tegasnya.
Maka itu katanya, wujud pemikiran nasionalisme, demokrasi, pluralisme politik, hak asasi manusia, feminisme, kebebasan, globalisasi dan Islam liberal memesongkan soal aqidah Muslim.
Pegawai Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Rashidy Jamil Muhammad Ar-Rashid pula memberitahu, usaha terbaru proaktif memesongkan akidah Muslim adalah mengedarkan buku-buku Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru kepercayaan Kristian berbahasa Melayu bertajuk Al-Kitab: Berita Baik secara percuma oleh kumpulan pendakyah Kristian.
Buku olahan baru dan semasa dari Kitab Bible dan Gospels Kristian itu juga turut dijual di kebanyakan kedai-kedai buku sebaris dengan kitab-kita Islam dengan meluas.
"Pengedaran tulisan khat arab yang dipetik dari buku-buku bible dan gospels pegangan Kristian yang menyerupai ayat-ayat al-Quran juga sedang bertebaran dan memenuhi ruang rumah, kedai, pejabat dan sesetengah tempat ibadah Muslim," jelasnya.
Sebab itu, tegas Rashidy, umat Islam yang dangkal agama dan bahasa Arab perlu lebih berhati-hati dan prihatin dalam memilih kitab dan tulisan khat serta kaligrafi Bahasa Arab.
"Bible telah diterjemah ke dalam lebih 2,000 bahasa, tetapi Buku Al-Kitab: Berita Baik edisi Bahasa Melayu bukanlah dari Taurat dan Holy Bible Kristian yang asli," jelasnya.
Sebaliknya kata beliau, ia mengandungi ayat-ayat untuk menyuntik idealisme Yahudi-Kristian ke pemikiran dan akidah Muslim Melayu yang membacanya.
Beliau yang banyak terlibat dalam dialog dan perdebatan mengenai Islam dan Kristian dengan paderi serta pendakyah agama seluruh dunia itu membuat pendedahan tersebut ketika membicarakan tajuk 'Ancaman Kristianisasi di Malaysia' pada seminar tersebut.
Menurut Rashidy, identiti Islam pada umatnya sekarang sudah hilang dan hampir seluruh kehidupan harian kebanyakan Muslim dikuasai budaya dan idealisme Kristian-Yahudi.
"Sebab itulah ramai Muslim yang terpesong akidahnya dan tidak kurang pula yang begitu mudah dimurtadkan," ujarnya.
Sementara itu, Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Hukum Hakam (Istinbat) Jabatan Mufti Selangor, Mat Jasi Kamos pula berkata, kejahilan muslim mengenai Islam menjadi punca utama akidah mereka terpesong.
Kerana jahil katanya, ramai mengambil jalan pintas untuk 'mendapatkan syurga' dan mendekatkan diri dengan Allah, sehingga tidak dapat membezakan antara mukjizat, karamah (keramat) dan istidraj (luar biasa) yang dibawa oleh seseorang atau kumpulan atas nama agama.
"Akibatnya ramai yang bertuhankan kepada sesama manusia dan mereka juga taksub dengan kebendaan sehingga memesongkan akidah," katanya.
Begitupun kata Mat Jasi, setiap individu muslim bertanggungjawab melaksanakan dakwah bagi mengembalikan akidah Islam kepada sesama manusia.

Sumber
read more...

Eiiii : Ekor Cicak Dalam Hidangan Lontong Di Pontian!!!

Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang sedang menikmati hidangan lontong terkejut apabila menemui ekor cicak di dalam makanan kegemarannya itu.

S Kalpana, 20 berkata, dia menjumpai ekor cicak berkenaan selepas hampir separuh daripada hidangan tersebut dinikmatinya kira-kira jam 10 pagi semalam.



Hidangan Lontong Berperisa Ekor Cicak Di Pontian Johor


Menurutnya, dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada ayahnya, T Sarvendaraja 55, yang turut terkejut dengan penemuan itu.

“Ayah membeli lontong tersebut untuk sarapan pagi di sebuah kedai makan yang sering dikunjunginya di kawasan bandar Pontian.

“Ketika menjamu selera, tiba-tiba saya terpandang ekor cicak. Saya was-was pada mulanya, namun selepas menunjukkannya kepada ayah, dia beritahu ia memang ekor cicak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya lagi, dia kemudian dibawa ke klinik kesihatan kerana mula terasa sakit perut dan tekak menjadi loya.

Sementara itu, Sarvendaraja berkata, dia bimbang dengan keadaan kesihatan anaknya walaupun sudah mendapatkan rawatan di klinik berikutan terdapat banyak kes membabitkan keracunan makanan dilaporkan kebelakangan ini.

“Mujur keadaan anak saya tidak serius dan dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan.

“Saya terus melaporkan kejadian ini kepada pihak Jabatan Kesihatan dan menunjukkan ekor cicak yang ditemui dalam hidangan lontong,” katanya.

Dia meminta pihak penguatkuasa mengambil tindakan tegas terhadap premis makanan terlibat supaya kejadian seumpama ini tidak berulang.

Sumber : Sinar
read more...

TERKINI : Rombakan Kabinet Secepatnya Jumaat Ini, Perubahan Besar Berlaku - Malay Mail


Rombakan kabinet yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak bakal tiba mungkin akan mengalami perubahan yang besar bukan hanya untuk menempatkan dua presiden dari parti komponen Barisan Nasional.

Menurut sumber, Najib sedang mempertimbangkan baik pulih utama pentadbiran barisan sejak dulu dan bukan hanya membawa masuk Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan rakan sejawatnya dari Gerakan, Datuk Mah Siew Keong. 




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (duduk, kanan kelima) menyertai barunya
barisan Kabinet untuk peluang foto di Bangunan Perdana Putra
pada 16 Mei, 2013 -. Bernama


Gembar-gembur rombakan kabinet yang akan dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak dijangkakan bakal diumumkan Jumaat ini yang mungkin akan mengalami perubahan besar iaitu bukan semata-mata untuk menempatkan dua presiden dari parti komponen Barisan Nasional.

Menurut sumber, Najib sedang mempertimbangkan untuk memperbaiki jemaah kabinetnya dan bukan hanya membawa masuk Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan rakan sejawatnya dari Gerakan, Datuk Mah Siew Keong. 

Sekiranya rombakan ini tidak diumumkan pada Jumaat, ia akan berlaku selepas Hari Raya yang dijangka jatuh pada 28 Julai 2014. 

Najib yang sedang mengadakan lawatan rasmi ke Turkmenisten dijangka akan pulang ke tanah air esok. Mesyuarat kabinet setiap minggu ditetapkan pada hari Jumaat. 

“Beliau sedang mempertimbangkan perubahan yang bakal berlaku walaupun mungkin melibatkan tiga naib presiden UMNO – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal. 

“Najib tahu beliau perlu menggiatkan semula kabinetnya dan apa cara yang lebih baik daripada menggerakkan menteri-menteri di sekitarnya,” kata seorang ahli parti. 

Secara tradisinya, tiga naib presiden Umno yang diberikan jawatan kanan kabinet adalah bagi mencerminkan kedudukan parti mereka. 

Perdana Menteri sedang mempertimbangkan Hishamuddin untuk jawatan Menteri Kewangan dimana telah dipegang oleh Najib sejak September 2008 semasa beliau masih menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika di bawah pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi. 

Hishamuddin yang kini sedang memegang portfolio Pertahanan dan juga bertindak sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan (kouta MCA).

Menteri Dalam Negeri, Zahid diramal kembali ke portfolio Pertahanan – jawatan yang beliau nikmati dengan cemerlang sebelum pilihanraya ke-13 tahun lepas. 

Najib dikatakan mahu mengambil alih Kementerian Dalam Negeri yang beliau belum pernah terajui sepanjang kerjaya politiknya. 

Shafie dijangka tidak akan dipindahkan dari portfolio beliau sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Pegawai parti, bagaimanapun, berkata mereka tidak akan terkejut jika Shafie dipindahkan kerana terdapat beberapa kementerian lain yang leibh penting yang memberi kesan kepada penduduk luar bandar, sebagai contoh, Kementerian Pertanian. 

Beberapa menteri Umno yang berprestasi rendah dijangka akan digugurkan. Sumber berkata salah seorang daripada mereka memegang jawatan kanan parti dan dijangka akan diminta untuk memberi tumpuan dalam pentadbiran Umno supaya bersedia untuk pilihan raya umum yang akan datang. 

Menteri Umno yang lain mungkin akan digantikan oleh Menteri Besar negeri mereka sendiri. Pemimpin negeri yang telah berkhidmat beberapa penggal sebagai Menteri Besar dan dikatakan berkelayakan untuk menjadi menteri, terutama dalam bidang ekonomi. 

Liow dijangka akan diberi jawatan Menteri Pengangkutan pada kemasukan semula MCA dalam pentabiran persekutuan. 

Persoalan di fikiran semua orang adalah sama ada MCA, yang mempunyai empat Menteri di dalam kerajaan Barisan Nasional, akan mendapat menteri yang baru walaupun Najib telah menyatakan sebelum ini beliau hanya mempertimbangkan jawatan seorang menteri untuk parti itu. 

Orang No.2 MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong yang biasanya berkedudukan untuk menjadi menteri tetapi kini dijangka akan diletakkan sebagai Timbalan Menteri Kewangan yang dikatakan jawatan yang paling senior untuk timbalan menteri. 

Selepas kemenangan Mah di Teluk Intan beberapa minggu lalu, Mah akan menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

Dengan adanya kemasukan Mah dan Liow, kabinet akan mempunyai tiga wakil Cina. 

Sumber mengatakan Najib mungkin akan menawarkan MCA tiga jawatan timbalan menteri. 

Bagaimanapun, bagi parti MIC dengan presiden Datuk Seri G. Palanivel dan Timbalannya Datuk Seri Dr S.Subraniam bertentangan antara satu sama lain. 

Ia seolah-olah genjatan senjata yang ditegahi secara peribadi oleh Najib tahun lepas adalah bukan suatu perkara yang mudah dimana Palanivel sepatutnya memegang jawatan tersebut untuk satu jangka masa yang tertentu sebelum diambil alih oleh Subramaniam. 

Sumber parti berkata, para pengundi kedua-dua pemimpin telah melobi Najib untuk meletakkan mereka di dalam rombakan. 

Walaupun pengundi Palanivel mendakwa bahawa Dr Subramaniam tidak mempunyai sokongan daripada ahli-ahli parti, penyokong setia negara itu mempersoalkan prestasi presiden sebagai menteri. 

Najib juga perlu mengambil tahu yang kini terdapat pemimpin baru yang mentadbir Sarawak dan mungkin memindahkan beberapa pengikut Tan Sri Adenan Satem di dalam persekutuan Barisan Nasional. 

Beliau juga perlu mengambil kira pembentukan Teras sebuah parti politik baru yang oleh diwakili oleh 11 wakil rakyat dari pelbagai parti komponen Barisan di Sarawak. 

Parti Teras yang diketuai oleh Tan Sri William Mawan, merupakan parti mesra BN dan jika ia dibenarkan untuk memasuki BN, ia akan menjadi parti komponen kedua terbesar.

Najib mungkin tidak akan menggerakkan mana-mana enam menteri dari Sarawak tetapi berkemungkinan akan melihat kepada timbalan menteri. 

Sabah juga tidak akan terjejas oleh rombakan ini dengan keadaan Umno yang begitu berakar umbi di negeri itu dan juga diwakili dengan baik dalam beberapa jawatan. 

Selain Shafie, menteri-menteri Sabah yang lain Datuk Seri Anifah Aman (Asing), Datuk Abdul Rahman Dahlan (Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar), Tan Sri Joseph Kurup (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) dan Datuk Dr Ewon Ebin (Sains, Teknologi dan Inovasi).

- Sumber


Walaubagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak tahu menahu mengenai sebarang rombakan Kabinet dalam masa terdekat ini.

“Saya tidak tahu,” katanya ketika ditanya wartawan Malaysia di Ashgabat, mengenai laporan sebuah akhbar harian mengenai kemungkinan rombakan Kabinet dilakukan pada Jumaat.

Najib berkata demikian pada sidang akhbar sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ashgabat pada Selasa malam, setelah melakukan lawatan rasmi yang kedua ke Turkmenistan.

read more...

SEDIH!!! Harga Gadis Ini Semurah 1 Tin Gam!!!



Sedih!!! Sedih sangat-sangat. Kepada ibu bapa, tolonglah....... Pantaulah anak-anak anda baik lelaki mahupun perempuan bagi mengelakkan perkara seperti ini menimpa diri anda. Kepada pihak berwajib, diharap pendedahan ini dapat membantu anda mengesan dan "menyelamatkan" anak gadis ini dari terus hanyut dengan dunia maksiat ini.

Hanya memerlukan modal satu tin gam yang berharga tidak sampai RM5, lelaki hidung belang yang tinggal di sekitar bandar Kuantan boleh menikmati tubuh seorang gadis berusia 16 tahun yang berkeliaran di sekitar kawasan ini dengan tujuan mencari sesiapa yang sanggup membekalkan bahan mengkhayalkan itu kepadanya.

Bukan setakat melakukan aksi ringan-ringan, malah gadis yang sering dilihat mundar mandir di Jalan Pasar dan Medan Warisan ini boleh di ajak ke ranjang asalkan ketagihan terhadap gam dapat dihilangkan.

Gadis ini di gelar ‘Minah Gam Ringan-Ringan’ oleh orang ramai yang mengenalinya. Bagi golongan lelaki yang ingin mendapatkannya, mereka tidak perlu bersusah payah mengeluarkan modal yang banyak, cukup dengan satu tin gam remaja ini pasti milik mereka.

Fenomena ketagihan gam dikalangan remaja di bandar Kuantan dilihat semakin membimbangkan kerana mereka yang terlibat sanggup melakukan apa sahaja asalkan ketagihan mereka dapat di hilangkan.

Tabiat ini digemari oleh golongan remaja terutamanya pelajar sekolah di sebabkan harganya yang murah dan ia mudah di dapati di kedai-kedai.

read more...

SAYU : Lukisan Anak Abby Yang Menyentuh Perasaan!!!



Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apatah lagi ini merupakan kegagalan kali kedua buat Abby dalam berumahtangga.

Hasrat pelakon Abby Abadi yang masih menanti sinar agar dia dan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, kembali rujuk terpaksa dilupakan kerana perkara itu tidak mungkin berlaku.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, dalam status terbaru Instagram miliknya berkata, sekiranya perkara itu terjadi, ia merupakan satu keajaiban kepadanya.

“Apa yang boleh saya katakan kalau berbaik memang ‘keajaiban’ berlaku. Jika sebaliknya, Allah lebih mengetahui apa yang diatur untuk saya. Saya reda,” ujarnya dalam kapsyen status berkenaan.

Menerusi Instagram itu Abby turut memuat naik gambar lukisan anak keduanya iaitu Marissa Dania Hakim, 9, yang menggambarkan hubungan cinta ibunya dengan Muhammad Noor Farhan dulu dan kini.

Sebelum ini Abby turut memuat naik rakaman video anak-anaknya yang menuntut agar Muhammad Noor Farhan yang dipanggil Abi agar pulang ke rumah. 

Dalam pada itu Abby berkata, Dania ada memberitahu bermimpikan bapa tirinya. Sebaliknya Abby berkata, dia dapat rasakan Farhan lebih bahagia di luar sana dan dia tidak meletakkan apa-apa harapan lagi terhadap rumah tangga mereka.

Abby juga turut mengulas lukisan yang dimuat naik dalam Instagramnya itu adalah hasil tulisan tangan anaknya dan bukan dia yang berbuat demikian untuk meraih simpati terhadap pemuda itu. 

Malah Abby turut menjelaskan, pekahwinannya dengan Farhan bukanlah paksaan mana-mana pihak sebaliknya atas kehendak mereka berdua. “Benda ni baru sangat takkan saya takde perasaan boleh lupa terus sekelip mata. Saya reda, tiada jodoh itu kuasa Dia. Saya tak pertikai pun,” ujarnya membalas komen pengikut laman sosialnya itu.

Jodoh dan maut itu sesungguhnya di tangan Tuhan. Wallahu Alam
read more...

KAJIAN : SAH - Syarikat Cina Diskriminasi Melayu!!!



Ini adalah kajian dua orang pensyarah kanan Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya.

Apa yang dihasilkan adalah berdasarkan suatu kajian mereka terhadap syarikat-syarikat di sini dengan menghantar ‘resume’ kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru lulus universiti kepada syarikat yang mengiklankan kerja kosong.

Analisa jumlah panggilan untuk di temuduga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 22.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 4.2% pemohon Melayu yang dipanggil.

Dr Lee berkata mereka amat berhati-hati memastikan resume yang dihantar adalah hampir sama dari segi kualiti antara pemohon Melayu dan Cina untuk mengetahui apakah pemilihan berdasarkan bangsa pemohon.

1. Didapati 24% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 6.8% pemohon Melayu diterima untuk temuduga bagi syarikat milik Cina.

2. Didapati 6.8 % graduan Cina berbanding hanya 4.8% untuk graduan Melayu di syarikat yang di miliki Melayu.

3. Didapati 22.9% calon Cina dipanggi untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.


Graduan Melayu didikriminasi oleh syarikat cina walaupun mereka adalah golongan majoriti dalam negara Malaysia.

Bila kita sebut perkataan sahaja "melayu".. kita akan dituduh rasis oleh pecacai DAP dan cina DAP serta orang "melayu" pakatan rakyat. Itu realiti yang orang Melayu lalui sekarang.


read more...

VIDEO : Rasa-Rasa Anwar Terasa Tak Dengan Tun M? Hehe....



Seperti yang dikenali, Tun Cukup tenang tetapi sinis ketika menjawab sebarang persoalan yang diutarakan kepadanya lebih-lebih lagi berkaitan Bang Non ni.



KREDIT : Sumber

Dah Dengar? Apa Pandangan?

read more...

MUAL DAN MELOYAKAN!!! Bihun Cap Masjid Tapi Cara Membuatnya....

Perkongsian kali ini BUKANLAH semata-mata berkaitan status halal atau haram bihun CAP MASJID ini, tetapi lebih kepada sejauh mana ANDA SEMUA masih sanggup untuk menerimanya sebagai sebahagian sajian makanan anda.

Anda penggemar bihun? Baik bihun goreng maupun bihun sup. Dan bagi yang beragama Islam, mungkin gambar masjid sudah cukup meyakinkan anda mengenai kesucian atau pun kebersihan bihun mentah yang bakal anda beli di pasar raya mahu pun di kedai runcit.

Penulis tidak perlu menulis panjang kali ini. Gambar-gambar di bawah ini bakal menceritakan dari A-Z proses penyediaan dan pemprosesan Bihun Cap Masjid.


Keadaan kilang memproses bihun tersebut




Pekerja-pekerja kilang yang "dipercayai" pekerja Bangladesh atau Nepal



Keadaan peralatan dan persekitaran menguli dan memasak 





Menimbang dan pembungkusan



Bihun Cap Masjid siap untuk dipasarkan..... Eiiiii





Terpulanglah kepada pembaca semua untuk membuat keputusan. Bagi yang beragama Islam, suka ditekankan di sini bahawa Islam amat MEMENTINGKAN kebersihan serta KESUCIAN dalam kehidupan kita seharian. 

EIII... JIJIK DAN MEMUALKAN!!! Tak perlu logo halal JAKIM untuk di "reject" brand bihun Cap Masjid Ini.

read more...

VIDEO : Samseng Jalan Yang Diburu Polis - SEBARKAN!!! Anda Mungkin Menghadapinya



Tidak diketahui kisah yang sebenarnya. Tetapi menurut perakam video ini beliau telah melanggar tanpa sengaja Myvi putih sebelum Tol Karak.

Maka selepas tol, perakam video ini meminta pemandu Myvi tersebut berhenti untuk berbincang. Tetapi sebaliknya telah berlaku.


Pemandu Myvi putih tadi turun dan meluru terus memaki hamun perakam video ini serta memecahkan cermin tingkap sebelah pemandu. Kejadian menyebabkan si isteri dan anak menangis ketakutan di belakang.

Jari isteri perakam video ini juga turut tercedera dan berdarah. Bimbang keadaan menjadi lebih teruk, si isteri cuba memujuk suaminya untuk beredar dan membuat laporan di balai polis berdekatan.





Pihak polis kini sedang mengesan pemilik kenderaan WSW5028. Kepada sesiapa yang mengenali pemilik kenderaan tersebut diminta menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. - My Media Hub
read more...

VIDEO : Aksi Gadis Bajau Di Laut Yang Memukau!!!



Wow!!!! Rupanya gadis Bajau di Sabah bukan sahaja terkenal dengan kecomelannya, tetapi ada keistimewaan lain yang tidak diketahui umum khususnya ketika di laut. Video teknik seorang kanak-kanak perempuan berketurunan Bajau Laut menyelamatkan perahu karam telah menjadi viral di facebook. Hit di youtube telah melebihi 1.3 juta. 

Di dalam video berdurasi 1:56 itu, sebuah perahu kecil dilihat karam apabila air memasukinya hingga seorang wanita dan tiga kanak-kanak terapung-apung di dalam air.

Kanak-kanak perempuan Bajau tersebut kemudiannya bertindak pantas menggunakan kemahirannya yang tersendiri untuk mengeluarkan air dalam sampan tersebut dengan cara mengimbangkan badannya ke kiri dan ke kanan sehingga air di dalam perahu itu habis keluar ke lautan semula.

Setelah itu dengan cepat dan tangkas beliau terjun ke laut untuk ke pelantar mengambil pendayung dan menuju semula ke perahu.

Dia turut membantu salah seorang kanak-kanak memasuki semula sampan tersebut. 

Kalau dilihat pada komen-komen dalam youtube, ia sebenarnya telah mendapat perhatian antarabangsa dimana majoriti yang komen adalah mereka dari luar negara. 

Peter Lamm - The human spirit is incredible. After watching this, I think that little girl must be a little angel in the flesh, so clever to save her family, so caring she immediately turn to help her siblings, and so humble she does not think of herself. That girl -- if she gets an opportunity, will go places and do great things. 

Scott Linford - Amazing technique. Not in the scouting manual. 

Kane Foster - She's got the moves! Wonder how she knew to do that! 

mark s guy - Little Girl Saves Capsized Boat With Her Crazy Legs (she is a Hero)


read more...

KETERLALUAN!!! Kenyataan Jason Lo Berbaur HASUTAN!!! Cabar Perlembagaan Dan Islam?



Pasti umum mengenali siapa individu bernama Jason Lo ini. Cukup terkenal dengan rancangan maya mencari bakat pemain bola atau lebih diingati dengan Pasukan My Team. Juga merupakan antara tokoh usahawan muda yang berjaya di negara kita.

Namun kenyataan beliau yang dibuat secara terbuka dalam twitnya seperti di atas telah mengundang kontroversi. Apakah perlu beliau mengeluarkan kenyataan begitu? Tidakkah beliau sedar bahawa Islam mendapat keistimewaan dalam perlembagaan negara?

Peruntukan mengenai Islam sebagai Agama Persekutuan termaktub di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna Malaysia adalah sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama negara (agama persekutuan) tetapi hak untuk penganut agama lain mengamalkan agama dan kepercayaan mereka tidak disekat. 

Agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan-Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Namun, hak seseorang untuk mengembangkan agama lain boleh disekat atau dikawal oleh undang-undang negeri, atau undang-undang persekutuan bagi Wilayah Persekutuan. Mereka dilarang menyebarkan agama lain kepada umat Islam. Perkara 11(4).




Apakah Jason Lo telah lupa akan perlembagaan negara kita? Jangan kerana "kebebasan bersuara" merosakkan keharmonian yang kita kecapi ketika ini.

Jason Lo, Lu yang mulakan :





Ni satu lagi BADIGOL!!!



Kepada pejuang-pejuang agama dan perlembagaan, rasanya kenyataan beliau ini AMAT BOLEH DIKATEGORIKAN SEBAGAI MENGHASUT!!!! Jadi tunggu apa lagi?
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top