Nuffnang

VIDEO : Sengsara Akibat Cinta Seberang - Pengakuan Mangsa!!!


AYU (kiri) mencium tangan ibunya, Jaliah Tamin sebaik tiba di KLIA, semalam.


Diharapkan panas hingga ke petang, rupanya gerhana datang melanda. Itulah nasib yang perlu ditanggung Ayu selepas berkelana bersama suami tercinta seorang warga Nepal.

Helah untuk menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris bagi mendapatkan dokumen peribadi dan pendaftaran anak-anak membolehkan Nur Sri Rahayu Marimon, 24, keluar dari rumah keluarga mentuanya di Morang, Nepal, sebelum ke Kedutaan Malaysia di Kathmandu.

Menurutnya, dengan helah itu juga, dia nekad melarikan diri pada waktu malam menaiki bas sejauh 500 kilometer ke Kedutaan Malaysia di ibu negara itu pada 28 April lalu dengan hasrat untuk pulang menemui keluarga dan melupakan kesengsaraan lebih empat tahun dijadikan hamba abdi oleh keluarga mentua sendiri.

Tepat jam 6.25 pagi semalam, dia yang mesra dipanggil Ayu bersama dua anaknya, Aiman, 8, dan Azam, 6, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang dan dengan linangan air mata, dia memeluk erat ibunya Jaliah Tamin, 52, dan berkali-kali memohon maaf kepada orang tuanya itu.

Sambil menyatakan kekesalannya atas apa yang berlaku, Ayu tanpa segan silu menceritakan bagaimana dia ‘diperalatkan’ suaminya yang mengajaknya ke kampung halaman di Nepal untuk bercuti sebelum dia diperlakukan seperti hamba selepas suaminya berhijrah ke Qatar untuk bekerja.





“Mula-mula datang ke kampung suami untuk cuti saja. Suami beritahu untuk cuti dan berjumpa keluarga. Bila keadaan semakin teruk dengan penerimaan keluarga yang memberi layanan teruk, dia pula pergi ke Qatar dan saya kena buat kerja macam-macam. ~Metro


Share this article

4 Komen:

  1. Apa hukum lari dari suami/ memutuskan ikatan perkahwinan. Anak2 nampak mcm sihat saja.

    BalasPadam
  2. suami suruh isteri makan taik manusia. isteri engkar. apa hukum engkar arahan suami?

    bodo punya mae. menikah dulu tak pernah tau pasai taklik ka? kalau kena kat anak sendiri baru tau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah akibatnya kalau dah jadi lembu..setakat ada otak saja tapi tak berakal..memang betina melayu ni bodoh bangang..tak reti nak fikir ke yg orang kata hujan emas negara orang..sekarang baru tahu nyesal...padan muka ko tu

      Padam
  3. Dah jodoh dia kahwin dgn Osman org Nepal. Isteri yg baik akan terima suami seadanya. Susah dan senang setia bersama.
    Cuma perbuatannya melarikan diri ke Malaysia tu boleh mendatangkan fitnah dan dosa. Org yang membantu bawa dia pulang turut bersubahat.
    Jika tidak sehaluan, berpisahlah secara baik. Supaya tiada rasa dendam dihati pasangan masing-masing. Hidup didunia ni sementara saja.
    Apa pun, jodoh pertemuan ketentuan Allah.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top