Nuffnang

ULTRAS SELANGOR? KJ PERLI BANG NON!!!


KETUA Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini mengutuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai terdesak mahu menjadi orang Selangor. 

Melalui akaun twitter miliknya, Khairy menulis :

"Desperate gila nak jadi orang Selangor *facepalm*" 

Sambil merujuk sekeping gambar, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim mengenakan jersi Selangor, ketika meraikan Kelab Penyokong Pasukan Selangor petang tadi.






read more...

TRAGEDI : Maut Akibat Mercun Meletup Di Muka!!!





JOHOR BAHRU – Seorang pekerja am sebuah kilang maut akibat bermain mercun untuk meraikan Tahun Baharu Cina di rumahnya di Permas Jaya di sini.


Mercun yang dibakar Sze Joon Choon, 36, ketika tengah malam tadi dilaporkan terkena mukanya sehingga cedera teruk.

Dia dikejarkan anggota keluarganya ke Hospital Sultanah Aminah dan meninggal dunia kira-kira 7.30 semalam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan kejadian itu. – BERNAMA

read more...

Rumah ADUN Pula Dipecah Masuk!!!




Rumah Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Caves di Taman Templer Suasana, Rawang dipecah masuk awal pagi semalam dan beberapa barangan berharga dilarikan.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah (gambar) berkata kejadian hanya disedari Amirudin Shari, 33, apabila beliau bangun kira-kira 8 pagi dan mendapati pintu belakang rumahnya terbuka.




"Hasil pemeriksaan mendapati barangan yang hilang ialah seutas jam tangan, wang tunai RM500, dua buah telefon bimbit, dompet beliau dan isterinya, kad ATM serta beberapa dokumen pengenalan diri.

"Jumlah kerugian dianggar bernilai kira-kira RM1,500," katanya hari ini.

Dilaporkan tiada pengawal keselamatan yang bertugas ketika kejadian.

"Bagaimanapun, kami berjaya mengesan tiga cap jari di tempat kejadian yang dipercayai milik perompak," kata Abdul Rahim.

Di laman Facebook, Amirudin berkata kehilangan telefon bimbit dalam kejadian itu menyebabkan beliau tidak dapat dihubungi rakan-rakannya.

"Saya mohon maaf kerana tidak dapat dihubungi sehingga selepas Tahun Baru Cina, kerana telefon saya hilang bersama beberapa barang lain selepas kejadian kecurian di rumah saya pada awal pagi 30 haribulan.

"Insya-Allah, selepas cuti Tahun Baru Cina semuanya akan kembali sedia asal," katanya. – Bernama
read more...

KRISIS LAHAD DATU : Tiada Tanda Penceroboh Mahu Serah Diri!!!


KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini Khamis diberitahu bahawa penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu tidak menunjukkan sebarang tanda mahu menyerah diri kepada pihak berkuasa Malaysia.

DSP Abdul Rani Alias, ketua pasukan komando VAT69 di Sektor D, berkata ketika pasukannya melakukan tinjauan rapat di Kampung Tanduo dari 28 Februari hingga 1 Mac 2013, tidak ada tanda yang menunjukkan para penceroboh itu mahu menyerah diri.





Semasa pemeriksaan balas oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai kumpulan pendakwa raya, Abdul Rani berkata pada masa itu, pasukannyamenganggap para penceroboh yang membawa senjata api dan menduduki kawasan itu sebagai askar tempur musuh.

Saksi kelima itu bersetuju dengan cadangan Abdul Gani bahawa misi VAT69 bukan untuk bertempur dengan musuh kecuali jika mereka diserang.

Abdul Rani juga berkata, beliau tidak nampak sebarang petunjuk bahawa penceroboh bersenjata itu mahu menyerah diri sepanjang tempoh sehingga 1 Mac 2013.

Abdul Gani : Misi anda hanyalah untuk membuat tinjauan rapat?

Abadul Rani : Ya.

Abdul Gani : Apakah arahan yang diberikan kepada anda pada 28 Februari 2013?

Abdul Rani : Untuk melakukan tinjauan rapat dan kami hanya boleh bertindak balas jika ditembak.

Abdul Gani : Anda juga memberitahu mahkamah bahawa setiap anggota anda mempunyai 400 butir peluru yang menunjukkan mereka bersedia untuk bertempur.

Adakah ia benar?

Abdul Rani: Ya.

Adul Rani berkata ia adalah amalan biasa bagi VAT69 untuk membawa 400 butir peluru bagi mempertahankan diri mereka jika ditembak oleh musuh.

Semasa memberi keterangan di hadapan Hakim Stephen Chung, saksi itu berkata, pada 6 Mac tahun lepas, pasukannya bersama-sama pihak tentera telah menjalankan operasi mengerah keluar penceroboh di Tanjung Batu.

Ketika ditanya Abdul Gani mengapa para penceroboh itu dikerah keluar dari kawasan itu yang berdekatan ‘sentri’ di Tanjung Batu, pegawai kanan VAT69 itu menjawab bahawa ia bertujuan mengelakkan sebarang musibah kepada orang awam dan pihak keselamatan.

Beliau turut bersetuju dengan cadangan Abdul Gani bahawa sebelum 28 Februari 2013,para penceroboh bersenjata itu tidak menduduki kawasan lain kecuali kawasan diKampung Tanduo.

Abdul Rani juga berkata, beliau tidak bimbang ditembak penceroboh semasa melakukan tinjauan udara dengan sebuah helikopter pada 23 Feb dan 26 Februari tahunlepas di Kampung Tanduo.

Terdahulu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam Ram Singh mengenai jengkaut yang ditemui di kawasan rumah dua tingkat di Kampung Tanduo, Abdul Rani berkata, beliau berpendapat jentera itu mungkin digunakan untuk mengorek atau membina kubu tanah sebagai pertahanan.

Sebanyak 27 tertuduh warganegara Filipina dan tiga lagi rakyat Malaysia dituduh melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong yang jika sabit kesalahan membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan menjadi anggota kumpulan pengganas yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda.

Seorang daripada mereka turut berdepan dua pertuduhan tambahan iaitu merekrut anggota kumpulan pengganas dan melindungi individu yang diketahui anggota kumpulan pengganas.

Lima individu daripada lapan tertuduh lagi berdepan pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas manakala seorang lagi, iaitu satu-satunya wanita dan merupakan warganegara Malaysia, didakwa melindungi individu yang diketahuinya anggota kumpulan pengganas.

Dua lagi berdepan pertuduhan cuba melindungi individu yang diketahui anggota kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan masing-masing antara 12 Februari dan 10 Apriltahun lepas.

Perbicaraan itu, yang dikendalikan di Jabatan Penjara Sabah, akan disambung pada 10 Februari ini. 

- BERNAMA


    read more...

    HELIKOPTER TERHEMPAS : 4 Anggota Tentera Terselamat!!


    JOHOR BAHRU - Sebuah helikopter Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) jenis Agusta A-109 LUH terhempas di sebuah kawasan hutan berhampiran Empangan Bekok, Segamat di antara pukul 9 hingga 10 malam tadi, menurut sumber ketenteraan hari ini.

    Bagaimanapun, empat anggota tentera termasuk juruterbang dalam helikopter yang sedang melakukan latihan penerbangan itu selamat dan dihantar ke Hospital Daerah Kluang untuk rawatan, katanya.



    Gambar Hiasan


    "Helikopter itu sedang melaksanakan latihan penerbangan malam sebelum ia terhempas di hutan berhampiran Empangan Bekok di Segamat,” kata sumber itu kepada Bernama.

    Katanya, pasukan penyelamat daripada PUTD yang digerakkan ke lokasi kejadian berjaya membawa keluar kesemua mangsa yang disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius sebelum dihantar ke hospital berkenaan kira-kira 1 pagi.

    Seorang daripada empat anggota tentera terbabit ialah seorang pegawai tentera asing berpangkat Leftenan Kolonel yang bertindak sebagai jurulatih penerbangan, katanya. - Bernama
    read more...

    GAMBAR : Tragedi Menyayat Hati Bapa Kelar Anak Di Bangi!!!


    Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di Bangi, petang tadi.

    Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.

    "Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

    Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.

    Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah.

    "Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.

    "Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis," katanya.

    Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.

    Beliau berkata polis menjumpai mayat budak perempuan, yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu.

    Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.

    "Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya.

    Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada suspek itu.

    Suspek yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental. 




    read more...

    BANGSAT!!! Tidak Mahu Seks Oral, Kanak-Kanak Ditoreh Kemaluan!!!



    MUAR - Seorang kanak-kanak menempuh detik hitam bukan hanya dirogol dan diliwat, tetapi menerima 18 jahitan di kemaluan akibat ditoreh dengan senjata tajam apabila enggan melakukan seks oral, oleh lelaki yang menculiknya di sini, kelmarin.

    Kejadian kira-kira jam 3 petang itu berlaku ketika murid berusia 10 tahun berkenaan dalam perjalanan ke sekolah agama dengan menaiki basikal bersendirian melalui jalan pintas dari rumahnya.





    Mangsa diculik di lorong dalam kebun getah pada jarak kira-kira 150 meter dari rumah penduduk.

    Menurut sumber, mangsa didatangi lelaki berusia 37 tahun yang menariknya masuk ke dalam kereta sebelum dilarikan.

    “Mangsa dibawa ke tempat pembuangan sampah lalu dirogol dan diliwat dalam kereta tersebut.

    “Seorang pekebun ternampak mangsa diculik tetapi tidak sempat menghalang kerana kejadian berlaku dengan pantas,” katanya.

    Sumber berkata, pekebun itu mencatat nombor pendaftaran kereta suspek sebelum menghubungi pihak polis.

    Katanya, suspek berjaya diberkas kira-kira jam 5 petang kelmarin semasa berhenti di sebuah stesen minyak dipercayai untuk mengisi minyak.

    Dalam pada itu, seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata, jalan pintas itu sememangnya sunyi kerana dikelilingi kebun getah.

    “Tetapi penduduk tidak ada pilihan lain kerana laluan itu mempercepatkan perjalanan hantar anak ke sekolah serta turut digunakan mangsa setiap hari,” katanya.
    read more...

    TERDESAK!!! Akaun Twitter Najib Pula Dipalsukan!!! @najibrazak @mykmu @KhairyKJ @TunFaizal




    Masyarakat maya (virtual community) hari ini dikejutkan dengan penyebaran “screenshot” Twitter Perdana Menteri yang menyatakan Barisan Nasional tidak akan mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Selangor kawasan Kajang pada bulan hadapan.

    Grafik Twitter palsu Perdana Menteri ini diedarkan sejak tengahari tadi berikutan pengumuman Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa Barisan Nasional belum membuat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak dalam PRK tersebut.


    Dah terdesak ke Bang Non? Hahaha....

    read more...

    PULAK DAH!! Jawatan MB : Dulu Tak Akan Tukar, Hari Ni Mungkin TUKAR!!

    Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jawatan Menteri Besar Selangor yang disandang oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin akan diganti bagi menaikkan prestasi negeri itu.

    "Tindakan ini bukan kerana mutu kerja kerana Abdul Khalid telah melakukan yang terbaik dan berjaya menyelesaikan banyak isu yang timbul di negeri itu.






    "Cuma penambahbaikan perlu dilakukan bagi mengecap lebih banyak kejayaan di negeri itu yang merupakan negeri model bagi pakatan rakyat (PR) dan rumah untuk pemimpin PR.

    Berhubung tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, jelasnya, keputusan itu bukanlah sesuatu yang tidak baik.

    "Ahli politik adakalanya 'naik' dan 'turun', jika mereka bersangka untuk berada di atas sepanjang masa ia tidak akan membawa mereka ke mana.

    "Bagaimanapun, saya faham bahawa saya berhutang penjelasan kepada ramai orang, termasuk penyokong pakatan sendiri. Saya memberi jaminan akan memberi penjelasan dalam tempoh terdekat mengenai tindakan ini (bertanding di DUN Kajang)," katanya.

    Beliau menambah, PKR akan mengharungi pilihan raya kecil (PRK) ini dengan kos yang rendah dan parti telah membuat keputusan untuk mengguna semula bahan terpakai dalam pilihan raya umum lalu.

    "Saya akan mengguna semula sebanyak mana poster dan kain rentang yang ada dan yang baharu pula akan dibuat mengikut keperluan Suruhanjaya Piliha Raya (SPR)," katanya.

    Dalam perkembangan lain, Anwar memberitahu, permuafakatan nasional yang dicadangkan bertujuan mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah yang memberi kesan kepada rakyat.

    "Ketika ini, ketegangan kaum semakin berkembang dikalangan rakyat.

    "Ia merupakan keutamaan kami untuk memulihnya dan berharap kerajaan yang memerintah akan berasa yang sama kerana situasi itu boleh mengancam rakyat.

    "Daripada pihak kami telah bersedia untuk bertemu (kerajaan) dan membincangkan isu ini pada bila-bila masa sahaja selain berharap ianya dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini Rabu.
    read more...

    TERKINI : Kampung Cenderamata 2, Likas Sabah TERBAKAR LAGI!!



    Kebakaran berlaku sebentar tadi. Ketika ini pihak BOMBA dan Penyelamat serta penduduk kampung sedang berusaha memadamkan api dan menyelamatkan keperluan.







    Untuk rekod, perkampungan ini pernah terbakar pada 3 April 2012 melibatkan 12 buah rumah dan 30 keluarga telah hilang tempat tinggal. Namun tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Kebakaran tersebut dikatakan berpunca daripada masalah litar pintas.

    Berita Penuh akan menyusul...

    - SUMBER


    read more...

    AJARAN PAS : Bukan ISLAM Pun Berani Mengkafirkan Melayu Dalam UMNO!!



    "Kapir ameno mana suka tengok keharmonian cenggini
    diorang fikir ini malaysia melayu yang punya. tak sedar ke melayu tu asal pendatang jugak kikikik"


    Tahniah la PAS....

    Ini semua kesan dari ajaran TOK GURU-TOK GURU yang seringkali melabelkan UMNO sebagai kafir. SYABAS bete..




    Dan siapa TOK GURU untuk menentukan seseorang itu masuk syurga atau neraka? Adakah di dalam UMNO itu tiada langsung golongan ulama atau cerdik pandai ISLAM untuk "MENENTUKAN" mereka tidak masuk syurga?





    Memandangkan betapa beratnya implikasi mengkafirkan seorang muslim yang lain, Islam melarang keras budaya takfir. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;
    Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.[1]

    Apakah ada kata-kata cemuhan dan ejekan yang lebih buruk selain dari menggelarkan seseorang itu dengan panggilan kafir? Maka amalan pengkafiran bukan sahaja dilarang oleh syari‘at tapi ianya juga adalah satu tindakan yang amat zalim. Sesungguhnya semua umat Islam itu bersaudara dan tidak selayaknya bagi kita terjebak dalam perbuatan kafir-mengkafirkan terhadap saudara kita yang lain.


    read more...

    HIDAYAH : Model Antarabangsa Peluk ISLAM




    Aliza Kim, seorang model antarabangsa berbangsa Thai-Amerika mengisytiharkan keislamannya di FB beliau pada 1 Januari lalu. Seorang siswazah Sarjana dalam Perniagaan Antarabangsa, beliau mula bekerja di AS dan seterusnya di Thailand selama dua tahun dan menyertai pertandingan ratu cantik Thailand, menceburi iklan komersial dan drama TV yang membawanya ke Malaysia. Ikuti kisah perjalanan hidayah beliau yang menyentuh hati.

    Saya telah melihat halaman kosong ini (FB) sekurang-kurangnya 20 minit, memikirkan bagaimana saya harus mulakan cerita yang ingin saya beritahu anda. Saya telah memikirkan kandungannya untuk beberapa hari – sebenarnya untuk beberapa bulan – tetapi tidak menemui cara yang memuaskan untuk saya mulakan. Jadi, saya rasa saya hanya mulakan dengan memperkenalkan diri saya.

    Nama saya Aliza. Saya tidak berbeza daripada anda, tetapi ramai yang berkata bahawa saya telah mengalami beberapa perkara yang luar biasa. Dalam hidup saya, saya telah belajar di beberapa sekolah-sekolah yang paling teruk dan juga sekolah-sekolah yang terbaik di dunia, mempunyai peluang untuk mengembara ke lebih daripada sedozen negara-negara, bekerja dalam pekerjaan yang berubah seperti yang anda boleh bayangkan – dari seorang pelayan kepada seorang anggota pengurusan kanan korporat, model yang ‘in-demand’ kepada seorang jurubahasa tentera.

    Saya boleh katakan bahawa saya telah mempunyai suatu hidup yang ditaburi dengan cebisan-cebisan menarik dalam perjuangan, pengembaraan, kesusahan dan sedikit glamor. Malah pada tahun lalu, saya berada di muka depan sekurang-kurangnya dalam dua majalah dan menjadi tajuk utama dalam tiga atau empat majalah yang lain.

    Tetapi tahun ini sangat berbeza.

    Bagi tempoh 12 bulan lalu, saya sengaja menjauhkan diri daripada media dan daripada acara-acara industri model; memendam diri untuk mencari diri saya sendiri. Walaupun banyak kerja saya masih mendapat perhatian tinggi di TV, nama saya pudar daripada majalah, media dan senarai undangan. Tahun ini, saya dikelilingi oleh rakan-rakan dan bukannya kamera. Tahun ini, hati saya lebih damai daripada apa yang dirasai. Mengapa? Saya telah menemui asas, kebenaran, keikhlasan dan ketenangan dalam agama … agama yang bukan ketika saya dilahirkan.

    (Saya berharap untuk berkongsi pengalaman hidup saya, minat saya dalam kesihatan dan kesejahteraan, pengembaraan makanan saya dan pandangan saya mengenai isu-isu dunia dan banyak lagi hanya kerana saya telah lama dengan anda selepas cerita ini dikeluarkan. Saya tahu bahawa jika anda seperti saya, anda adalah seseorang yang melihat seseorang melebihi bangsa, agama dan jantina mereka dan berminat untuk berkawan dengan semua orang dengan cara yang positif dan terhormat tanpa mengira perjalanan hidup mereka.)

    Saya telah menemui agama yang berasaskan kedamaian, keikhlasan dan kehormatan. Nama agama ini diterjemahkan secara bahasa bermaksud “penyerahan” dan, apabila dimasukkan ke dalam konteks keagamaan, ia bermakna “untuk beribadah (menyerah diri) kepada satu-satunya Tuhan”. Ini adalah Tuhan yang sama Nabi Adam, Nuh, Musa, Ibrahim, Daud dan Isa sembah … Tuhan yang sama yang saya suburkan sembah dan cinta sebagai penganut Kristian yang kuat.

    Tetapi, agama yang saya peluk itu adalah satu agama yang terlalu disalah fahami dan dan ditakuti secara meluas kerana budaya popular dan peristiwa-peristiwa semasa.

    Saya mula belajar tentang Islam melalui usaha ikhlas untuk melihat diri saya dalam Kristian ketika saya memerlukan harapan. Tetapi pencarian saya untuk harapan dalam Kristian membawa saya kepada penyelidikan akademik yang teliti tentang Islam sebagai agama dan satu cara hidup. Saya menemui Islam tidak melalui apa yang media gambarkan atau apa yang saya pernah mendengar tentang orang Islam, tetapi melalui sejarah, ilmuwan, menteri-menteri Kristian , pakar-pakar Bible, guru-guru agama (Islam), pemerhatian rakan-rakan Islam saya dan apa yang saya rasa dalam hati saya sendiri.

    Secara jujurnya, tidak mudah bagi saya untuk membuka dan memberitahu anda cerita saya. Dan, kerana kebanyakan orang tahu saya sebagai penganut Kristian yang kuat, saya rasa ramai di kalangan anda yang membaca (tulisan) ini yang terkejut dengan apa yang saya kongsikan dengan anda. Tetapi saya berharap anda masih teruskan membaca pada kerana saya tidak menulis ini untuk keuntungan peribadi atau cuba untuk meyakinkan anda apa-apa. Harapan saya adalah untuk berkongsi sedikit tentang diri saya dengan anda dan memberi sedikit imbasan sebahagian daripada apa yang telah saya pelajari tentang Islam semata-mata demi memupuk toleransi agama, hormat dan persahabatan.

    Permulaan Sederhana
    Bagi anda yang tidak tahu dengan latar belakang saya, izinkan saya untuk memberitahu secara ringkas tentang diri saya.

    Saya dilahirkan di sebuah pekan kecil di Oklahoma, Amerika Syarikat yang dinamakan Enid dengan bilangan penduduk kurang 50,000 berbanding dengan bandar yang berpenduduk 1.5 juta yang saya tinggal sekarang (Kuala Lumpur). Selepas Enid, saya telah berpindah 12 kali setakat ini.

    Dalam beberapa tahun, ada beberapa masa yang selesa dan masa kesusahan yang melampau. Saya hampir-hampir tiada tempat tinggal, mempunyai sangat sedikit makanan yang ditaja kerajaan, tetapi saya juga mempunyai peluang untuk bekerja dan belajar dengan lebih keras bagi mencipta masa depan untuk diri sendiri. Walaupun dengan kesusahan itu, saya telah cemerlang di sekolah, memenangi biasiswa akademik dan kini memegang dua Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dan Sosiologi dan juga Ijazah Sarjana Perniagaan Antarabangsa.

    Saya juga telah berubah secara dramatik dalam tahun-tahun tersebut. Daripada seorang gadis pekan kecil yang senyap, yang tidak berkata sepatah pun di sekolah hingga berumur 12 tahun, kepada seorang wanita muda yang secara sedar berjanji kepada dirinya untuk menjadi seseorang yang akan berjaya dalam apa sahaja yang diletakkan di mindanya.

    Saya mula bersuara, menjadi pemimpin pelajar, kemudian menjadi aktivis kampus, mendapat pengiktirafan untuk beberapa pencapaian saya dari tempat-tempat seperti Pentagon di Washington DC dan, selepas mendapat MBA, saya mendapat sendiri kerja di mana saya dengan segera menjadi Pengarah Pemasaran walaupun dengan usia saya yang muda.

    Bagi orang yang melihat saya dari luar, segala-galanya kelihatan baik … terlalu mudah (dilihat). Tetapi, tiada siapa yang dapat melihat apa yang berlaku di dalam. Dari dalam, saya dalam keadaan kacau-bilau.

    Suatu Pencarian Untuk Kedamaian
    Dalam banyak cara, peristiwa-peristiwa dalam hidup saya adalah satu kekaburan. Dan ia adalah satu kekaburan dalam ingatan saya untuk sebab yang baik – untuk menjauhkan kesakitan, sedih dan kitaran buruk kemusnahan diri.

    Saya tidak mahu pergi secara terperinci dalam bahagian ini kerana menghormati orang ramai yang boleh dipengaruhi oleh apa yang saya tulis, tetapi apa yang saya boleh katakan ialah saya jatuh ke dalam tempoh kemurungan klinikal kerana keadaan hidup saya semasa itu, pengalaman yang saya terpaksa bertahan tahun demi tahun; dan apabila saya fikir saya hampir pulih, saya telah membuat beberapa keputusan hidup yang buruk yang menggelincirkan hidup saya untuk beberapa tahun lagi.

    Lebih daripada itu, saya adalah seorang yang sangat pendiam, yang sukar untuk bercakap secara terbuka kepada orang (walaupun kepada ibu bapa saya) dan, dengan itu, lebih suka menyimpan segala-galanya dalam diri. Tambahan lagi, saya tidak pernah benar-benar mempunyai tempat yang sesuai untuk membantu saya dan menyelesaikan isu-isu yang melanda saya. Saya sering berpura-pura gembira dan yakin untuk mengekalkan status quo supaya tiada siapa yang akan bertanya kepada saya apa-apa dan saya tidak perlu berfikir tentang apa yang menghantui saya. Semua ini sudah tentu satu formula untuk kehancuran emosi.

    Tetapi ada satu perkara – satu-satunya perkara yang saya sentiasa boleh beralih kepada dasar, untuk menenangkan diri saya dan untuk memfokuskan semula supaya saya sekurang-kurangnya boleh berfungsi di tempat kerja dan dalam kehidupan. Agama. Saya sentiasa mempunyai Tuhan.

    Awal tahun lalu bermula agak cerah untuk saya. Saya merasakan kebebasan yang baru ditemui kerana saya akhirnya membuat kemajuan dalam menyelesaikan beberapa isu-isu peribadi dan keluarga dan memandang ke depan untuk memulakan (kehidupan) pada banyak peringkat. Kerjaya saya dalam media telah berjalan dengan baik dalam kedua-dua tugasan tempatan dan antarabangsa, jadi saya merasakan seperti saya mahu mengalami perkara-perkara baru dan mencuba gaya hidup yang berbeza.

    Saya tinggal dalam kehidupan yang agak peribadi, tenang dan merendah diri, melakukan pekerjaan saya dan menghabiskan masa di rumah, tetapi kerana beban yang ditarik balik, saya telah mencuba untuk lebih banyak keluar, bersosial, menemui beberapa rakan-rakan hipster, mula membuat penampilan dalam pelbagai program dan parti-parti di sekitar bandar, dan juga mencuba-cuba sedikit dalam fotografi seni di mana saya mendedahkan diri lebih daripada apa yang buat sebelum ini. Saya berasa bebas dan hidup tetapi bagaimanapun, masih merasa kosong.

    Mungkin kerana kehidupan yang saya cuba untuk hidup begitu asing kepada saya dan amat tidak sesuai bagi saya, saya menyesal. Dan apabila kekosongan semakin meningkat, parti-parti jadi membosankan, saya terperangkap dengan imej seksi dan rakan-rakan hipster tidak membawakan (kehidupan) yang terbaik dalam diri saya, pendek kata.

    Saya mula membenci apa yang terjadi pada diri saya dalam bulan-bulan yang singkat itu dan saya kembali merasa kehilangan, tiada harapan dan keliru tentang dunia. Saya mahu kembali kebiasaan, ketenangan, kebosanan tetapi bermanfaat, kehidupan peribadi saya. Jadi, saya memutuskan diri saya sepenuhnya dan kembali kepada satu perkara yang sentiasa bertapak dan memfokuskan saya semula.
    Selepas menghentikan segala-galanya, saya segera kembali kepada Tuhan dengan harapan untuk menemui kedamaian sebenar saya dambakan. Dan perjalanan saya bermula…

    Kebenaran Yang Menemuiku
    Seperti yang dinyatakan, ini bukan kali pertama saya memohon bantuan Tuhan untuk menenangkan diri saya dan memberi tumpuan semula, tetapi entah bagaimana saya benar-benar mahu ia menjadi untuk kali terakhir. Masa yang lain, saya akan memberi tumpuan semula hanya cukup untuk terus hidup, tetapi kali ini, saya mahu Tuhan untuk menjadi dan kekal sebagai panduan dalam hidup saya.

    Saya mahu agama menjadi pilihan gaya hidup saya, bukan hanya satu elemen dalam hidup saya. Saya telah cukup berpengalaman dalam kehidupan sekarang untuk mengetahui jenis orang yang saya mahu jadi dan memimpin jenis kehidupan yang paling selesa. Saya mahu hidup dalam keadaan yang baik, bersih, hidup yang damai dan mahukan keaslian.

    Untuk mendapatkan keaslian, saya mahu mencari gereja yang benar dan mudah bagi Kristian yang awal kerana saya fikir, perlu ada cara yang betul untuk menyembah Tuhan. Saya fikir bahawa orang-orang yang bersama Nabi Isa atau pengikut-pengikutnya dan bagaimana mereka menyembah, harus menjadi cara yang betul. Saya dapati gereja moden terlalu menonjol – seperti konsert rock, dan kurang mendalam dan kejiwaan.

    Saya juga mendapati beberapa teori Kristian baru bertembung dengan sistem kepercayaan saya di mana orang ramai tidak perlu mengubah teori agama untuk menyesuaikan keinginan mereka sendiri. Satu kumpulan Kristian yang baru tidak patut dibuat setiap kali sekumpulan orang tidak bersetuju dengan sesuatu unsur atau mahu tambahan kepada apa yang mendahului. Oleh itu, fakta bahawa terdapat lebih daripada 200 kumpulan dalam Kristian tidak menyenangkan saya. Saya mahu keaslian. Saya mahu kebenaran. Saya mahu cara ibadah yang betul.

    Apa yang saya telah lakukan, telah jadi satu latihan akademik. Saya merasakan bahawa apa yang telah saya lakukan ialah penyelidikan sejarah Kristian dan mendapatkan Bible daripada Kristian yang awal dan manuskrip untuk mendapatkan petunjuk tentang gereja mana, kumpulan mana yang betul… yang saya harus ikuti.

    Saya tahu bahawa penulis sering tanamkan laporan mereka dengan berat sebelah dan kepercayaan mereka, jadi saya memilih buku-buku tentang sejarah Kristian yang ditulis oleh ahli sejarah bukan agama dan pakar-pakar Bible. Saya tahu bahawa saya terpaksa menggali secara mendalam dan kembali kepada peringkat yang sangat permulaan tentang gereja kerana apa yang saya tahu mengenai Bible.

    Sebagai seorang pelajar Sarjana Muda, saya belajar di sebuah kolej Jesuit di mana masih terdapat paderi berjubah coklat mengajar dan menjaga dasar kampus. Wajib bagi pelajar untuk mengambil kelas teologi Kristian sebagai sebahagian daripada kurikulum. Dalam salah satu kelas, Jesuit yang bersyarah mengajar sesuatu yang saya tidak pernah lupa. Kitab Bible itu telah disusun oleh pope.

    Kemudian, saya mendapati bahawa bab-bab dalam Bible juga dipilih atau ditolak dan terdapat banyak versi yang bercanggah. Jika Bible ini disusun oleh seorang lelaki atau sekumpulan lelaki dan ada konflik dalam versi yang berbeza, maka apa terjadi kepada agama itu sendiri? Saya perlu tahu. Saya mahu tahu kerana saya mahu menjadi seorang Kristian yang baik yang mengikuti perintah-perintah Tuhan bukan apa yang telah dipilih oleh seorang lelaki atau sekumpulan lelaki pada masa lalu.

    Pada ketika ini, saya ingin memberi hormat saya kepada rakan-rakan Kristian kesayangan saya dan ahli keluarga yang boleh membaca dan membiarkan anda tahu bahawa saya tahu betapa indahnya sebahagian ajaran Kristian. Saya amat berbangga dengan didikan Kristian yang saya terima. Saya berterima kasih untuk nilai-nilai dan ideologi agama Kristian telah diterapkan dalam saya. Dan, saya masih suka ajaran dan kehidupan Nabi Isa hingga ke hari ini.

    Walau bagaimanapun, lebih jauh saya melihat ke dalam sejarah, lebih banyak saya faham bahawa agama Kristian dan teori-teori dan kepercayaan yang kita pegang kini, telah dimasukkan oleh sekumpulan lelaki. Semakin banyak saya belajar tentang berapa banyak usaha supaya beberapa konsep seperti Trinity disahkan dan diterima, menunjukkan saya bahawa ia adalah hanya semata-mata – satu konsep (dan sebenarnya, ia telah terbukti sebagai satu ciptaan teori dan telah diambil dalam kebanyakan cetakan semula Bible moden).

    Semakin saya mendapat tahu tentang Paul atau Saul, penulis sepatutnya dalam Perjanjian Baru (Bible), lebih banyak saya rasa terpaksa untuk terus menyelidik dan mencari kebenaran. Selepas beberapa lama, saya membuat kesimpulan bahawa apa yang saya perlu lakukan ialah adalah melihat agama yang telah diamalkan oleh Nabi Isa, Daud, Ibrahim, Musa, Nuh dan sebagainya. Bukan agama yang telah diturunkan kepada saya.

    Saya tahu tiada di kalangan lelaki ini adalah Kristian. Saya tahu bahawa Nabi Isa adalah seorang Yahudi yang bercakap Aramaik tetapi tidak semuanya Nabi-nabi yang besar (adalah Yahudi). Sesetengah para Nabi adalah orang Arab, sebahagiannya kaum yang lain. Jadi, agama apa yang semua lelaki-lelaki agung ini (para Nabi) amalkan? Kerana, itulah apa yang setepatnya yang saya mahu amalkan. Mereka yang terbaik dan dipilih oleh Tuhan, jadi apa sahaja yang mereka lakukan mesti betul.

    Semasa menyelidik, menggali dan mencari secara jujur, seorang rakan Muslim saya bertanya jika saya pernah belajar apa-apa mengenai Islam. Memang diakui, saya tidak pernah. Saya ingin berfikir bahawa saya tahu sedikit sebanyak tentang agama Kristian dan sedikit tentang agama Yahudi tetapi agama Ibrahim ketiga, saya tidak tahu apa-apa. Jadi, saya rasa jika saya mencari kebenaran dan Islam berasal daripada tradisi yang sama, perlu juga ada petunjuk dalam Islam bagi saya untuk dedahkan. Jadi, saya mula membaca, dan membaca, dan membaca, dan saya tidak boleh berhenti.

    Saya telah diserap sepenuhnya dengan ajaran Islam daripada mula lagi. Seperti yang disentuh sebelum ini, Islam secara mudah bermaksud “untuk menyerah (menyembah) kepada satu-satunya Tuhan”. Dan, seorang Muslim adalah seseorang yang menyembah kepada satu-satunya Tuhan.

    Bila saya belajar, saya fikir, maksudnya tiap-tiap orang dari tiga agama Nabi Ibrahim ini adalah seorang Muslim dan kemudian mengamalkan Islam! Jadi, secara imbasan (tentang Islam), ya, tetapi tidak cukup kerana dalam Islam, di sana bukan sahaja penekanan kepada keesaan Tuhan, tetapi juga, kerana hanya ada satu Tuhan, di sana mestilah ada juga, secara logik, hanya satu cara yang betul untuk menyembah Tuhan.

    Oh… ini mula kelihatan seperti apa yang saya cari selama ini.

    Semasa saya terus membaca, saya dapati diri saya mudah memahami cerita-cerita para Nabi Islam kerana mereka Nabi-nabi yang sama yang saya belajar tentang mereka dalam Bible Kristian. Saya dapati diri saya tertarik dengan cara Islam menstrukturkan agama ke dalam gaya hidup dan bukan hanya satu daripada kehidupan, dan saya dapati diri saya bersedia menerima cara orang Islam menyembah Allah. Saya bermula dengan sebuah buku yang membandingkan manuskrip purba dalam bahasa Aramaik, Arab dan Yunani.

    Kemudian saya berpindah ke buku-buku yang dikesan kebenaran tentang satu Tuhan melalui bukan sahaja Islam, Kristian dan Yahudi tetapi melalui banyak agama lain di seluruh dunia. Malah agama yang menyembah banyak Tuhan (politheistic) menerima bahawa ada satu Tuhan yang agung. Kemudian, (berpindah) kepada buku mengenai pandangan Islam terhadap Nabi Isa dan Kristian.

    Kemudian, (berpindah) kepada buku mengenai kepercayaan Islam dan sebagainya dan seterusnya. Buku demi buku itu setiap satu (tajuk) kira-kira 10 hingga 12 buah telah saya baca, telah meletakkan satu aturan untuk saya; membina pencarian dan pengetahuan yang diperoleh dari buku-buku tersebut dan membawa kepada buku seterusnya untuk dibaca.

    (Saya merasakan seperti Tuhan telah membawa saya langkah demi langkah dan meletakkan setiap buku dalam turutan yang sempurna bagi saya untuk melihat kebenaran. Dan, walaupun ia adalah pilihan peribadi saya untuk mula mencari kebenaran, secara ikhlas saya rasa sekarang bahawa kebenaran telah menemui saya.)

    Dua buku terakhir yang saya baca adalah tentang kesejagatan (sifat universal) Islam (bagaimana Islam boleh masuk ke dalam mana-mana budaya dan bangsa dan menjadi panduan kepada apa-apa situasi kehidupan) dan (buku) koleksi cerpen bagaimana orang lain mencari Islam.

    Secara jujur, semasa saya membaca tentang kemasukan orang lain (ke dalamIslam) daripada paderi-paderi Kristian kepada suri rumah Jepun, kepada kanak-kanak kecil di sekolah Brazil dan bakal samseng di Amerika, tiada cerita yang menyentap diri saya lebih daripada cerita yang ditulis oleh seorang wanita dari Oklahoma yang berlatarbelakang Kristian yang mencari kebenaran. Apabila saya membaca cerita beliau, ia refleks kembali pada saya dan saya menangis dengan deraian air mata. Saya tahu dan yakin bahawa saya telah menemui apa yang saya cari.

    Dari Sekarang hingga Hari Akhirat
    Baiklah, jadi saya menemui kebenaran yang saya mahukan. Sekarang apa (pula)?
    Pada masa ini, walaupun saya tidak ragu-ragu bahawa Islam adalah cara untuk pergi, isu kembali (revert) (Umat Islam menggunakan perkataan “kembali” dan bukannya “menukar” kerana ia percaya bahawa apabila seseorang itu memeluk Islam, mereka kembali ke jalan yang betul kepada satu penyerahan yang total kepada Allah selepas tempoh yang sesat) masih satu keputusan yang amat sukar dan serius bagi saya.

    Saya mempunyai banyak kebimbangan bagaimana reaksi ibu bapa, bagaimana reaksi rakan-rakan saya, bagaimana reaksi rakan sosial saya dan sama ada saya akan kehilangan semua orang dan semua orang sayang kepada saya jika saya secara rasmi menerima Islam ke dalam hidup saya. Kemudian, ada isu kerja dan dari mana pendapatan saya akan datang jika saya perlu mengakhiri kerjaya saya dalam media supaya saya boleh berpakaian dengan betul dan memakai tudung. Banyak perkara telah melalui fikiran saya semasa minggu-minggu tersebut.

    Tetapi apa yang saya boleh simpulkan adalah, jika Allah telah membimbing saya kepada Islam, maka saya tidak mempunyai pilihan kecuali menerima (Islam), kerana saya tahu bahawa Dia adalah yang Maha Baik, Maha Mengasihani dan mengetahui apa yang terbaik untuk saya.

    Tambahan pula, jika pilihan ini menjadikan saya anak perempuan yang lebih baik, kawan yang lebih baik dan orang yang lebih baik dan memberi saya lebih kedamaian, lebih harapan dan lebih kebahagiaan, saya percaya bahawa orang-orang yang menyayangi saya masih akan menerima saya tidak kira apa (yang terjadi) – walaupun ia mengambil sedikit masa. Saya juga percaya bahawa, kerana Tuhan adalah Pemberi Rezeki dan Pelindung yang terbaik, Dia akan mengirim pekerjaan untuk saya, yang bukan sahaja sesuai dengan saya tetapi juga boleh diterima dalam Islam.

    Sebaik sahaja pemikiran ini telah mengukuh dalam fikiran saya, saya fikir untuk mendapatkan al-Quran terjemahan bahasa Inggeris Amerika untuk dibaca. Dan, ia adalah pada hari yang saya meminta satu salinan terjemahan al-Quran daripada salah satu guru Islam saya – apabila beliau bercakap kata-kata yang menusuk hati saya dan membuatkan saya digenangi dengan air mata – bahawa saya secara rasmi menerima Islam dengan membaca Syahadah atau Testimoni Keimananan secara Islam.

    Apa yang beliau katakan kepada saya? Apa yang menyentuh hati seseorang tidak sama dengan yang lain tetapi saya akan berkongsi salah satu perkara yang beliau tegaskan kepada saya. Beliau berkata kepada saya, “Mengapa anda tidak menyerahkan sepenuhnya diri anda dan menjadi seorang Muslim? (Perlu diingat bahawa Islam bermaksud seseorang yang menyerahkan kepada satu-satunya Tuhan).

    Beliau tahu bahawa saya telah melakukan penyelidikan yang meluas, membaca secara intensif dan telah datang kepada kesimpulan bahawa Islam adalah kebenaran dan yang tepat untuk saya. Melalui perbualan pendek kami hari itu, beliau juga tahu bahawa saya merasakan seolah-olah saya telah Islam seluruh kehidupan saya tetapi tidak tahu.

    Bagi saya, kesedaran ini menunjukkan bahawa saya telah Islam, jadi saya menjawab, “Saya sudah (Islam)”. Lalu beliau pantas menjawab, “Tidak, anda belum (Islam)”. Mendengar kata-kata itu mematahkan hati saya. Sesuatu telah terkoyak dalam diri saya dan saya mula menangis. Ketika itu, saya menyedari dengan sepenuh kefahaman bahawa tanpa mengisytiharkan dan memberikan komitmen diri saya kepada kehidupan yang diserahkan kepada satu-satunya Tuhan, saya bukanlah benar-benar berserah (Islam).

    Saya merasakan saya seperti tanpa disedari, telah menafikan Tuhan, menafikan kebenaran yang telah saya temui, menafikan kepercayaan saya, bila saya mahu begitu banyak (kajian) untuk menjadi baik dan tunduk kepada Tuhan dengan cara yang betul. Kurang daripada sejam selepas kesedaran ini, saya menyerah dan menerima Islam sebagai cara hidup saya.

    Selepas membaca Syahadah, apa yang saya rasa tidak boleh digambarkan dengan tepat. Saya merasakan satu sensasi yang menyelinap dalam diri menyebabkan perasaan seperti pembersihan yang menyeluruh. Saya rasa suci dan diberi cahaya, kedamaian dan kebahagiaan yang hakiki. Saya tidak pernah merasakan kegembiraan yang tulus seperti itu dalam hidup saya. Dan, perasaan ini berada hingga ke hari ini dan saya tahu ia akan bersama saya hingga ke hari terakhir saya di dunia ini.

    Saya gembira dengan Allah, Perancang saya dan (gembira) dengan agama pilihan saya.

    Kedamaian, Harapan dan Kehormatan
    Saya tidak tahu bagaimana cerita saya akan diterima tetapi saya harap kita akan terus menjadi sebahagian kehidupan antara satu sama lain. Saya berharap kita meneruskan berkongsi pandangan, berkongsi pengalaman dan menyokong antara satu sama lain dengan cara yang positif. Saya juga berharap untuk berkawan dengan rakan-rakan baru dari mana sahaja, daripada setiap budaya dan agama. Saya melihat ke hadapan untuk beralih daripada masa saya yang lalu kerana apa yang penting ialah apa yang saya lakukan daripada sekarang ke masa hadapan.

    Ya, anda akan melihat saya berpakaian berbeza dan saya juga boleh bercakap sedikit berbeza tetapi sebahagian besarnya, saya hanya akan menjadi versi diri saya yang dinaik taraf. Saya mahu menjadi orang yang lebih baik. (Jadi) seseorang yang lebih baik, lebih memberi, lebih bijaksana, lebih prihatin, lebih bertimbang rasa, lebih menghormati, lebih berlemah lembut, lebih tenang, lebih memahami dan seseorang yang lebih mementingkan untuk memperbaiki dirinya setiap hari.
    read more...

    GAMBAR : Wajah TERKINI Waris MAHSURI!!!!




    Ini adalah wajah terbaru keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Nawawi. Wan Aishah masih nampak cantik walaupun mengenakan solekan tipis dan dia kini jua bertudung.

    Dia berkahwin dengan jejaka pilihannya, Alee Tongyon kira-kira dua tahun lepas. Alee adalah seorang usahawan muda industri pelancongan. Alee merupakan rakan sekampung Wan Aishah sejak kecil.

    Pasangan ini bagaimanapun mula rapat sejak Wan Aishah memasuki universiti dan mengikat tali pertunangan.

    Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel.






    Genealogi :

    Mahsuri 
    Wan Agim 
    Wan Hakay 
    Wan Hussein 
    Wan Hasheen / Chern Yayee 
    Wan Nawawi / Suwan Yayee 
    Wan Aishah / Sirintra Yayee 

    Ibunya Wan Sumaini binti Karim / Sunee Doomlak juga keturunan Mahsuri.

    Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998.

    Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand dan Malaysia.

    Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam.

    Ekoran penemuan itu, Utusan Melayu (M) Berhad mengambil daya usaha menjadikan Wan Aishah sebagai anak angkat dan mengatur beberapa program berkaitan sejarah moyangnya Mahsuri di Malaysia.Antara yang paling menarik ialah Minggu Pengisahan Mahsuri di Pulau Langkawi yang mendapat sambutan hangat pelancong dalam dan luar negara.

    Wan Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.

    read more...

    KRISIS LAHAD DATU : Saksi Akui Lihat Anggota Komando Terkorban, Kelibat Musuh Tidak Kelihatan!!!


    Kota Kinabalu: Saksi kelima pendakwaan kes pencerobohan bersenjata di Lahad Datu mengakui melihat dua anggota komando VAT69 yang terkorban terbaring dalam keadaan kepala berbalut dan berlumuran darah ketika sedang berbalas tembakan.

    Ketua Sektor D Deputi Superintendan Abdul Rani Alias ketika memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, situasi itu dilihat ketika pasukannya bergabung dengan Sektor C diketuai Deputi Superintendan Anwar Rosli ketika serangan pengganas.

    “Ketika itu, saya dimaklumkan dua anggota komando VAT69 terkorban dalam insiden tembak-menembak iaitu Sarjan Sabarudin Daud dari Sektor B dan Asisten Superintendan Zulkifli Mamat dari Sektor C.




    “Saya melihat sendiri kedua-dua anggota ini terbaring dengan kepala mereka berbalut dan berlumuran darah,” katanya.

    Terdahulu, ketika ditanya Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail, Abdul Rani berkata, pasukannya tidak melihat pengganas Sulu, sebaliknya hanya melihat percikan api senjata dari arah semak di hadapan ketika insiden berbalas tembakan di Kampung Tanduo pada 1 Mac tahun lalu.

    “Pada hari kejadian, pasukan saya yang berkawal di Sektor D melakukan tinjauan rapat termasuk melakukan pemeriksaan terhadap 23 rumah yang dikosongkan di kampung terbabit.

    “Kemudian ketika di dalam rumah dua tingkat, kami terdengar bunyi tembakan dan mengambil keputusan bergerak ke arah bunyi terbabit.

    “Kami bergerak dalam bentuk ‘V’ ke arah bunyi tembakan dan dalam jarak 200 meter, pasukan saya secara tiba-tiba ditembak dari arah depan dan kiri,” katanya ketika perbicaraan pencerobohan pengganas Sulu di Penjara Pusat Kota Kinabalu, di sini, semalam.

    Abdul Rani berkata, ketika itu dia bersama Lans Koperal Mohammad Qayyum Aiqal Zolkifli berada di hadapan melalui denai manakala anggota lain di kiri dan kanan.

    “Sebaik diserang, saya bersama anggota lain terus mencari perlindungan, namun Mohammad Qayyum cedera selepas terkena tembakan pada bahu kanannya.

    “Saya segera memanggil anggota perubatan untuk membawa Mohammad Qayyum keluar dari tempat perlindungan manakala kami terus berbalas tembakan dengan pihak musuh selama satu jam,” katanya.

    Abdul Rani berkata, sepanjang insiden berbalas tembakan, dia tidak melihat kelibat musuh dan hanya menembak ke arah semak yang mengeluarkan ‘flash’ (percikan api).

    read more...

    TRAGEDI!!! Lagi Bayi Meninggal Di Rumah Pengasuh!!


    SHAHRUN mendukung mayat anaknya.


    SEREMBAN: Seorang bayi perempuan berusia lima bulan ditemui mati di rumah pengasuh di Taman Bandar Senawang, tengah hari tadi.

    Bayi malang berkenaan, Amani Saffiya didapati berada dalam keadaan tidak bernyawa di dalam buaian oleh pengasuhnya sebelum cuba memberikan bantuan penafasan (CPR) namun gagal.

    Pengasuhnya kemudiannya menghubungi ibu mangsa, Nor Haslinda Hamzah, 32, yang juga guru, sebelum bayi itu dibawa ke klinik kesihatan berdekatan.

    Sementara itu, ayahnya, Shahrun Ismail, 36, berkata, sebelum ini anak bongsu dari tiga adik beradik itu, berada dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda pelik.

    Katanya, bayinya itu hanya menangis seperti biasa setiap kali mahu dihantar kepada pengasuh, namun itu adalah perkara biasa memandangkan anaknya itu sudah pandai mengenal orang.

    Dia dan isterinya tidak menjangkakan perkara ini akan berlaku, namun reda dengan takdir.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

    Katanya, setakat ini kes disiasat sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah. 

    -Harian Metro
    read more...

    SAMUN : Penyanyi Aishah Kerugian Lebih RM1,000

    Penyanyi wanita popular era 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah berusia 48 tahun kerugian lebih RM1,000 selepas disamun dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Ampang, kelmarin.

    Dalam kejadian pada jam 9.15 malam itu, dua lelaki menaiki motosikal dilapor memecahkan cermin bahagian penumpang kereta jenis Mercedes Benz milik penyanyi terbabit sebelum melarikan beg tangan mangsa.




    Menurut sumber, ketika kejadian mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah di kawasan berhampiran bersama anaknya dilapor memberhentikan kenderaan apabila lampu isyarat bertukar merah.

    Katanya, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki kemudian berhenti bersebelahan kereta milik mangsa sebelum pemboncengnya memecahkan cermin penumpang dipercayai menggunakan topi keledar.

    “Suspek merampas beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang,” katanya. Menurutnya, hasil siasatan awal dilakukan pihak berkuasa mendapati penyanyi itu tidak mengecam wajah kedua-dua suspek.

    “Malah, polis yang melakukan pemeriksaan di tempat kejadian juga dilaporkan tidak mempunyai petunjuk jelas mengenai kejadian itu apabila semakan mendapati kamera litar tertutup (CCTV) di persimpangan lampu isyarat berkenaan tidak berfungsi,” katanya.

    Katanya, pihak berkuasa juga gagal mendapatkan saksi bebas mengecam dua penjenayah terbabit tetapi siasatan lanjut masih dilakukan.

    Difahamkan, penyanyi berkenaan dan anaknya tidak cedera dalam kejadian itu. Beliau berkata, selain wang tunai RM1,000, kad pengenalan, lesen memandu dan kad kredit milik mangsa dilarikan penjenayah.

    Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dilakukan.
    read more...

    Manisfesto Bukan Janji : 8 ADUN PKR Bakal Letak Jawatan?



    Siapa untung dengan permainan politik baru PKR yang tidak sampai setahun PRU 13 berlalu, Anwar Ibrahim kah? Khalid Ibrahim Kah, Azmin Ali Kah..... atau rakyat Selangor kah yang untung?

    Pergi jahanamlah kalau rakyat untung. Untung apa, haru biru di Selangor gara-gara Azmin dan Khalid berbalah.... berbalah nak rebut jawatan Menteri Besar. Korang tetap nak merebut jawatan Menteri Besar. Jenis apa korang ni?




    Sepatutnya dalam kepala hotak korang fikir bersama pakatan PENIPU rakyat (PR) untuk memperbetulkan apa yang kerajaan patut betulkan. Biar ada "Check And Balance". Tunjukkan pada kerajaan BN penyelesaian dan cara terbaik bagi mengurangkan beban rakyat. 

    Tak habis-habis dengan merebut kuasa!

    Korang tunggu dan lihat, pemilihan PKR bulan Mei nanti, apa pula yang terbang, kerusi, meja, microphone, atau ada yang patah sana, patah sini? Huh!

    OK berbalik kepada cerita lapan ADUN PKR yang dikhabarkan, mereka mendakwa akan ada lagi lapan ADUN PKR akan meletakkan jawatan menjelang hari Khamis. Dikhabarkan tweet TS Khalid bukan yang sebenar.....




    Hahaha... Semalam pun Anwar pun nafikan akan bertanding di Kajang, siap offer media untuk ludah muka dia kalau dia bertanding juga. Tup-Tap....hari ni umum akan bertanding. SEMUANYA MUNGKIN Dengan PR..




    Pemuda PKR (AMK) menegaskan, tiada calon lain yang sesuai mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang melainkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    “Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya Anwar adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi DUN dan seterusnya diangkat sebagai menteri besar,” kata ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin.

    Katanya, AMK percaya kepimpinan Anwar dapat menggerakkan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan agenda konsensus nasional.

    Dalam kenyataannya semalam, Shamsul berkata, mereka menghormati keputusan Bendahari AMK Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan.

    Menurut Shamsul, ia dibuat demi kepentingan negeri dan rakyat serta mengatasi sebarang pertimbangan peribadi...

    Eii please la...demi kepentingan negeri dan rakyat? Tanpa kepentingan peribadi? 




    Sementara itu, PAS Selangor memberi kata dua kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya kontroversi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak dikaitkan dengan konflik dalaman parti itu berhubung kedudukan Menteri Besar.

    Setiausahanya, Mohd Khairuddin Otman berkata, PAS akan menuntut hak mereka sekiranya kekosongan berkenaan bakal membawa kepada pertukaran Menteri Besar kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi yang melebihi PKR dan DUN Selangor.

    "Sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan Menteri Besar, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat.

    "PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon Menteri Besar yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Abdul Rani Osman) sebagai calon utama kita. Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN," katanya pada Selasa.

    Mengulas lanjut Mohd Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras bagaimanapun berkata, PAS Selangor menganggap kekosongan kerusi DUN Kajang adalah isu dalaman PKR tanpa melibatkan kedudukan jawatan Menteri Besar yang disandang Abdul Khalid sejak 2008.

    "Apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi Adun atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukannya dan PAS Selangor tidak akan masuk campur.

    "Selagi isu jawatan Menteri Besar Selangor tidak dikaitkan, maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja," katanya.
    read more...

    Nuffnang 3

    MENARIK

    BB Followers

     
    Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
    Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
    back to top