Nuffnang

Manisfesto Bukan Janji : 8 ADUN PKR Bakal Letak Jawatan?



Siapa untung dengan permainan politik baru PKR yang tidak sampai setahun PRU 13 berlalu, Anwar Ibrahim kah? Khalid Ibrahim Kah, Azmin Ali Kah..... atau rakyat Selangor kah yang untung?

Pergi jahanamlah kalau rakyat untung. Untung apa, haru biru di Selangor gara-gara Azmin dan Khalid berbalah.... berbalah nak rebut jawatan Menteri Besar. Korang tetap nak merebut jawatan Menteri Besar. Jenis apa korang ni?




Sepatutnya dalam kepala hotak korang fikir bersama pakatan PENIPU rakyat (PR) untuk memperbetulkan apa yang kerajaan patut betulkan. Biar ada "Check And Balance". Tunjukkan pada kerajaan BN penyelesaian dan cara terbaik bagi mengurangkan beban rakyat. 

Tak habis-habis dengan merebut kuasa!

Korang tunggu dan lihat, pemilihan PKR bulan Mei nanti, apa pula yang terbang, kerusi, meja, microphone, atau ada yang patah sana, patah sini? Huh!

OK berbalik kepada cerita lapan ADUN PKR yang dikhabarkan, mereka mendakwa akan ada lagi lapan ADUN PKR akan meletakkan jawatan menjelang hari Khamis. Dikhabarkan tweet TS Khalid bukan yang sebenar.....




Hahaha... Semalam pun Anwar pun nafikan akan bertanding di Kajang, siap offer media untuk ludah muka dia kalau dia bertanding juga. Tup-Tap....hari ni umum akan bertanding. SEMUANYA MUNGKIN Dengan PR..




Pemuda PKR (AMK) menegaskan, tiada calon lain yang sesuai mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang melainkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya Anwar adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi DUN dan seterusnya diangkat sebagai menteri besar,” kata ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Katanya, AMK percaya kepimpinan Anwar dapat menggerakkan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan agenda konsensus nasional.

Dalam kenyataannya semalam, Shamsul berkata, mereka menghormati keputusan Bendahari AMK Lee Chin Cheh yang meletakkan jawatan.

Menurut Shamsul, ia dibuat demi kepentingan negeri dan rakyat serta mengatasi sebarang pertimbangan peribadi...

Eii please la...demi kepentingan negeri dan rakyat? Tanpa kepentingan peribadi? 




Sementara itu, PAS Selangor memberi kata dua kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya kontroversi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak dikaitkan dengan konflik dalaman parti itu berhubung kedudukan Menteri Besar.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Otman berkata, PAS akan menuntut hak mereka sekiranya kekosongan berkenaan bakal membawa kepada pertukaran Menteri Besar kerana parti itu mempunyai jumlah kerusi yang melebihi PKR dan DUN Selangor.

"Sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan Menteri Besar, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat.

"PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon Menteri Besar yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor (Dr Abdul Rani Osman) sebagai calon utama kita. Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN," katanya pada Selasa.

Mengulas lanjut Mohd Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras bagaimanapun berkata, PAS Selangor menganggap kekosongan kerusi DUN Kajang adalah isu dalaman PKR tanpa melibatkan kedudukan jawatan Menteri Besar yang disandang Abdul Khalid sejak 2008.

"Apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi Adun atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukannya dan PAS Selangor tidak akan masuk campur.

"Selagi isu jawatan Menteri Besar Selangor tidak dikaitkan, maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja," katanya.
Share this article

1 Komen:

  1. BN kena main politk secara bijak.Kalau BN berada di tempat PR dgn bubar dun akan wujudkan pelbagai polemik politik dalaman dan tidak konfiden dengan agenda test try tengok KPI rakyat di kawasan berkenaan secara realiti dengan dasar2 kerajaan yang di yakini berjaya menambat hati pengundi.Sakit kepala PM,tidak boleh tumpukan kerja2 yang beliau rangkaan.Amat menganggu .Ketua pembangkang pula buat hal ,kalau agenda PRK berterusan belaku.Lagi kuat berjimatlah kerajaan.Tak ikut rentak pun salah.Jadi serba salah.Andaikata, dengan hanya satu steament sahaja dari ketua pembangkang,"Dengan hanya mewujudkan lebih banyak lagi PRK,ia dapat membantu semua lapisan masyarakat dengan agenda pembangunan dari kerajaan pusat atas penjimatan dana kerajaan dan langkah2 RS.Ibaratkan sahaja tindak sebegini akan di salurkan melalui PRK sebagai subsidi dan tanggungjawab kerajaan.Inilah caranya kami dapat membantu rakyat sebagai suara pembangkang".

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top