Nuffnang

LAGI MANGSA LIWAT TAMPIL BUAT PENGAKUAN

Siapa pula Yuli Arianto? Seorang Budak bernama Yuli Arianto dari Tembilahan, Riau, Indonesia membuat pengakuan terbuka di Facebook bahawa dia juga pernah menjadi mangsa Datuk seri Anwar Ibrahim.
Berita ini telah disampaikan oleh banyak blog pro pembangkang serta pro kerajaan.
Jadi tak tau siapa yang betul tetapi mari baca petikan DIBAWAH:
Kalau buka Facebook Yuli, nampaknya dia menjadi mangsa serangan kurang puas hati rakyat Malaysia yang dipercayai penyokong Anwar selepas membuat pengakuan berkenaan.
HEBAT BETUL PENYOKONG2 GAY TUA NI YA..SAYANG SAMPAI TAK BOLEH DISENTUH LANGSUNG...
read more...

MUTAKHIR : KARNIVAL BELIA KREATIF DIBATALKAN



Karnival Belia Kreatif Bakal Berlangsung
Pada 23-25 Mac 2012
Bertempat Di Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil




Sehubungan Dengan Itu Sekretariat Karnival Belia Kreatif (KBK)
Mengalu-alukan Sebarang Idea Dan Cadangan Daripada Para Belia
Mengenai Aktiviti Yang Akan Diadakan Sepanjang Karnival Tersebut
Sekiranya Anda Mempunyai Idea Dan Cadangan Yang Menarik
Bolehlah Dikongsikan .
Hantar Ke Email kbk2012@kbs.gov.my
Hubungi Mereka Di Talian 03-8871 3413
Atau Datang Sendiri Ke Sekretariat KBK 2012 Di Lobi Menara KBS, Presint 4, Putrajaya

BB : Sebab musabab tidak dapat disahkan

read more...

SAFEE SERTAI MUANG THONG UNITED - JUARA THAILAND???



KUALA LUMPUR – Ketika karier Safee Sali di Pelita Jaya masih samar ekoran status Liga Super Indonesia (ISL) yang masih belum mendapat kata putus, juara liga Thailand 2010, Muang Thong United mungkin menjadi pilihan terbaru buat Safee Sali jika mahu meneruskan kariernya di luar negara.

Menurut pengurus peribadi Safee, Zakaria Rahim, dia dihubungi wakil Muang Thong yang cukup berminat mahu mendapatkan penyerang Harimau Malaya itu.
“Kelab Muang Thong ada menyatakan minat untuk mendapatkan Safee cuma ia hanya secara lisan dan belum ada tawaran secara rasmi.

“Sebenarnya perbincangan ini sudah lama berlangsung termasuk mengenai gaji dan nilai kontrak yang akan ditawarkan kepada Safee, cuma ia belum melangkah ke tahap serius.
“Jika mereka mengemukakan tawaran rasmi, saya mahu tengok dahulu bila pintu perpindahan pemain akan dibuka supaya Safee tidak perlu menunggu terlalu lama untuk bermain, ” kata Zakaria ketika dihubungi, semalam.

Musim lalu, Muang Thong menamatkan saingan liga di tempat ketiga dan mara ke saingan suku akhir Piala AFC. Bertambah menarik, Safee mungkin bergandingan dengan bekas bintang Liverpool dan England, Robbie Fowler yang merupakan pengurus, merangkap pemain selain diperkuatkan tiga pemain import dari Ivory Coast.

Liga Thailand membenarkan penggunaan lima pemain import bagi setiap pasukan. Buat masa kini, Muang Thong hanya diperkuatkan empat pemain import dan masih ada satu kekosongan buat bekas pemain Selangor itu jika berminat berhijrah ke sana.
Salah sebuah majalah bola sepak Thailand mendedahkan Muang Thong berminat menjadikan Safee sebagai pengganti bekas pemain Fulham dan Queens Park Rangers (QPR) ,Zesh Rahman dari Pakistan.

Mengenai isu terkini ISL, Zakaria berkata, tiada sebarang keputusan dinyatakan oleh Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) terhadap status beberapa kelab ISL walaupun diberi tempoh sehingga 10 Januari untuk menyertai Liga Perdana Indonesia (IPL).

“Tiada sebarang tindakan oleh PSSI selepas tarikh yang diberikan dan saya yakin kemelut di ISL boleh diselesaikan tanpa menjejaskan karier Safee di Pelita, ” katanya.
 
Sumber-Utusan
read more...

MALAYSIA PENGELUAR KONDOM UTAMA DUNIA???



NEW DELHI 13 Jan. - Malaysia kini diambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).
MREPC berkata, Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia, yang dengan mudah melepasi paras satu bilion.

"Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka satu bilion kondom,” kata Pengarah Pemasaran dan Pembanguan majlis itu, Low Yoke Kiew kepada Bernama.
Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005.

Pengeluar utama Asia — Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia — terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walau pun di negara yang konservatif seperti India.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan.

Di China, lebih dua bilion kondom dijual, di Jepun terjual 580 juta setahun manakala pengeluaran India telah melepasi satu bilion keping. “Kondom Malaysia mendapat permintaan yang baik dan kompetitif. Kami kini banyak membekalkan kepada program PBB. Kita menjangka pertumbuhan yang baik bagi kesemua produk lateks kita tahun ini, yang termasuk kondom,” kata Yoke Kiew.

Pengeluar kondom bergantung kepada getah asli kerana lebih 90 peratus daripada sarung kontraseptif itu dibuat menggunakan lateks manakala usus biri-biri adalah satu lagi bahan yang digunakan di dalam industri itu.

Kondom getah yang pertama dikeluarkan pada 1855, yang mempunyai ketebalan tiub dalam tayar basikal tetapi perkembangan teknologi telah menjadikannya lebih murah, ringan nipis dan berpelincir. — BERNAMA
read more...

14,000 Pelajar Terjejas Akibat AirAsia X Henti Laluan London


LONDON 13 Jan. - Keputusan AirAsia X untuk menghentikan laluan Kuala Lumpur-Londonnya mulai 30 Mac dijangka memberi kesan kepada lebih 14,000 pelajar Malaysia yang meneruskan pengajian mereka di United Kingdom (UK).

Sejak memulakan laluan itu pada bulan Mac 2009, syarikat penerbangan jarak jauh tambang rendah ini telah menjadi pilihan ramai kepada mereka yang mahu kembali ke tanah air dari UK memandangkan tambangnya yang amat berpatutan dan disertai dengan perkhidmatan yang baik.

Pengerusi United Kingdom dan Majlis Eire Pelajar-pelajar Malaysia, Ahmad Syawal Hafriz Abdullah berkata, pemberhentian ke atas laluan ini akan menyebabkan para pelajar mempunyai pilihan penerbangan yang sedikit.

"Kebanyakan kami memang tidak sabar-sabar untuk menyertai keluarga dan mereka yang tercinta terutamanya pada musim-musim perayaan,” kata beliau kepada Bernama.
Pelajar tahun dua di London School of Economics berkata, beliau berharap AirAsia X akan menarik balik penggantungan ini dan menyambung semula penerbangannya ke London secepat mungkin.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di sini, Datuk Zakaria Sulong berkata, ketibaan rakyat Malaysia telah meningkat ekoran pengenalan AirAsia X ke UK. "Ini termasuklah pelajar Malaysia di UK yang mahu pulang ke tanah air. Tiada alternatif penerbangan tambang rendah dari Kuala Lumpur. Pergerakan antara kedua-dua negara akan terjejas oleh penutupan ini,” kata beliau.

Selain London, AirAsia X turut mengumumkan pada hari Khamis yang ia akan menggantungkan penerbangan ke Paris pada 31 Mac dan Mumbai dan New Delhi pada 31 Januari.

Menurut AirAsia X, sebab di sebalik penggantungan ini ialah kerana pelaksanaan skim perdagangan emisi dan duti penumpang udara di UK, yang semakin meningkat di United Kingdom dan akan dinaikkan sekali lagi pada April.

Sebab lain ialah kebimbangan terhadap peruntukan dan dipengaruhi pula oleh situasi tidak menentu ekonomi global dan harga bahan bakar jet yang melambung meskipun AirAsia X mencatatkan faktor beban melebihi 80 peratus untuk penerbangan London dan Parisnya pada tahun 2011. — BERNAMA
read more...

HAJAT LIN DAN TAK KESAMPAIAN



HASRAT Lin Dan untuk memalukan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei di laman sendiri pada Terbuka Malaysia, terbantut selepas tewas kepada pemain tidak ternama Denmark pada pusingan kedua, semalam.

Tumpas mengejut di tangan Jan O Jorgensen, Lin Dan bagaikan hilang tum­puan pada set kedua seterusnya terbawa-bawa ke set ketiga, meskipun beraksi baik di set pertama sebelum tewas dalam tempoh 58 minit, 14-21, 21-15, 21-15.

Lin Dan bagaimanapun enggan ditemuramah media bertugas, sebaliknya terus berlalu ke bilik persalinan, tetapi sempat menyapa seterunya Chong Wei selepas sidang media pemain nombor satu dunia itu, semalam.

Chong Wei terkejut apabila dikhabarkan Lin Dan tewas pada sidang medianya selepas perlawanan berakhir.

“Mungkin tahun ini bukan tuah Lin Dan. Sama seperti tahun lalu, saya juga kurang bernasib baik, sebaliknya Lin Dan menunjukkan peningkatan sepanjang 2011.

“Dia manusia, saya juga manusia, masing-masing punya kelemahan dan kelebihan,”katanya, semalam.

Di pusingan kedua, turun selaku pili­han utama, Chong Wei mudah mengatasi pemain Jepun, Kazushi Yamada di set pertama untuk menang 21-8.

Namun, dikejutkan di set kedua, apabila ketinggalan jauh 4-12 sebelum kembali bangkit merapatkan kedudukan untuk terikat 15-15, seterusnya menang 21-18.

Suku akhir hari ini, Chong Wei akan bertemu sahabat baiknya Taufik Hidayat dari Indonesia dan beliau berharap tidak melakukan kesilapan serta hilang fokus seperti perlawanan set kedua semalam.

Sementara itu, pemain wanita negara, Tee Jing Yi tewas mudah ke atas pemain Jerman, Juliane Schenk dalam masa 34 minit dengan catatan 18-21, 6-21.

Sumber  : Sinar Harian

BB : Suka dalam duka. Dalam kegembiraan dengan kekalahan Lin Dan ini, kita kena renung kembali apakah kita telah bersedia sekiranya Dato' Lee Chong Wei tiba-tiba ditimpa kecederaan dan mengalami situasi yang sama seperti yang dialami oleh bekas perseorangan utama negara iaitu Wong Choon Han?
read more...

VIDEO DAHLIA TECK BUAT SURPRISE BIRTHDAY PARTY UNTUK APEK (KHAIRUL FAHMI)



Bertuah betul ler jadi orang popular ni....isk...isk..



Apa-apa pun, Selamat Hari Lahir Apek. Semoga kecemerlangan dan kehebatan di gawang gol semakin teserlah.

Sanatul Halwah Ya Jamil
read more...

PANAS : TARIKH 21.2.12 SEKSUALITI MERDEKA AKAN DIBENARKAN???

 

Malaysia gay festival organisers challenge ban

Malaysian gay rights activists Tuesday mounted a court challenge to a police ban on an annual gay festival in the conservative Muslim-majority nation.

The third "Seksualiti Merdeka" (Sexuality Freedom) festival featuring gay-themed films, concerts and forums on homosexual issues was banned by police before it could go ahead in November last year after Muslims cried foul.

Festival organiser and activist Pang Khee Teik said the decision to submit a request for a court review of the ban was to end "the ongoing discrimination in the country".
"It's important to make a stand. The police are clearly wrong in this instance and as Malaysians we must challenge any unjust act," he told AFP.

"That's one of the reasons why Sexuality Merdeka organised this festival because we have realised staying silent has allowed more injustice. "By keeping quiet, we have also condoned the fear we are living in."

The request was submitted earlier but a judge began hearing it on Tuesday. However, government prosecutors quickly lodged an objection to the challenge. The judge is expected to rule on the objection on February 21 before deciding later on the challenge to the police ban, Pang said.

Homosexuality remains a taboo subject in Muslim-majority Malaysia, where sodomy is punishable by up to 20 years in prison. Amnesty International on Tuesday issued a statement calling on the Malaysian government to repeal the law criminalising sodomy, calling it "repressive".

The statement came after a judge acquitted opposition leader Anwar Ibrahim on sodomy charges that he has denounced as a fabrication by the government aimed at ending his political career. The ban on the gay festival followed Prime Minister Najib Razak's announcement in September that he would expand civil liberties and break with the country's authoritarian past.

read more...

AIR MATA ZIZAN KERANA JUE



MASIH berteka-teki mengenai status hubungan mereka, Zizan lebih selesa menggambarkan dirinya dengan Juliana Evans sebagai ‘kawan’.

Namun apabila Zizan menangis ketika keberangkatan Juliana ke Amerika Syarikat (AS) pada 4 Januari lalu, bagai ada sesuatu yang disembunyikan oleh keduanya. Menjawab perkara berkenaan, Zizan hanya menyifatkan ia sebagai air mata seorang kawan rapat dan tidak lebih dari itu.

“Sebolehnya saya tidak mahu menangis pada hari tersebut tapi apabila lihat rakan-rakan Jue menangis, saya tidak dapat menahan perasaan sebak lalu menangis. “Memang payah saya untuk menangis tapi disebabkan dia ialah kawan saya yang paling rapat dalam industri tambahan pula dia ‘sekepala’ dengan saya, maka perasaan sedih itu timbul di saat perpisahan kami.

“Saya tahu, dia pergi ke AS pun untuk belajar malah saya juga kagum sebenarnya dengan Jue. Dia sanggup berjimat dalam setiap perbelanjaannya semata-mata untuk menyambung pelajarannya,” jelas Zizan yang turut berjumpa keluarga Juliana pada hari keberangkatannya itu.

Selain itu Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak juga sempat berpesan kepada Juliana yang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi massa di University of Michigan agar tidak mensia-siakan peluang yang ada.

“Peluang Jue dapat belajar di luar negara sememangnya tidak harus disiakan lebih-lebih lagi semua wang hasil kerjayanya digunakan untuk tujuan tersebut.

“Selain itu, dia juga ada pesan sesuatu pada saya. Dia kata dia tidak mahu dengar perkara-perkara buruk berkaitan diri saya sepanjang dia melanjutkan pelajaran di sana,” ujar Zizan yang menyifatkan pesanan itu benar-benar menyentuh perasaannya. Walaupun dipisahkan dengan jarak dan perbezaan waktu, mereka masih lagi berhubung seperti biasa.

“Jue ada beritahu saya, dia baru sahaja selesai program orientasi di sana dan sudah memulakan kelas,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Zizan turut memberitahu dia juga mempunyai rancangan untuk melawat Jue di AS tetapi bukan dalam masa terdekat.

“Jika ada rezeki dan peluang, saya akan ke sana. Siapa yang tidak mahu malah kalau bukan kerana Jue pun saya memang menyimpan hasrat untuk bercuti di sana,” ujarnya sebelum menutup bicara
Sumber-Utusan
read more...

KEJOHANAN FUTSAL 1MALAYSIA DI PUTRAJAYA


Kompleks Futsal 1Malaysia di Presint 18, Putrajaya akan kembali gempak dengan jeritan dan pekikan para pemain futsal dari seluruh negara pada 20 hingga 22 Januari 2012 ini.

Kejohanan ini merupakan kemuncak kepada pelaksanaan Kejohanan Futsal 1 Malaysia di peringkat Parlimen dengan tujuan memberi peluang dan ruang kepada belia dari seluruh parlimen untuk mengetengahkan bakat mereka dan bertanding ke peringkat yang lebih tinggi.

Ia akan disertai oleh pasukan-pasukan yang telah menjuarai Kejohanan Futsal 1 Malaysia Peringkat Parlimen yang telah dilaksanakan pada 2011 yang lalu melibatkan 444 pasukan (222 pasukan lelaki dan 222 pasukan wanita).

Hadiah-hadiah Yang Ditawarkan :


Hadiah  – Lelaki

  • Pertama : RM20,000.00+Piala+medal
  • Kedua : RM10,000.00+medal
  • Ketiga : RM6,000.00+medal
  • Keempat : RM4,000.00+medal
  • Kelima : RM1,000.00+medal
  • Keenam : RM1,000.00+medal
  • Ketujuh : RM1,000.00+medal
  • Kelapan : RM1,000.00+medal
  • Anugerah Bola Emas (Pemain terbaik perlawanan akhir)
  • Wang Tunai RM200.00 + piala
  • Piala Pusingan Menteri Belia dan Sukan
  • Piala Iringan

Hadiah  – Wanita



 
  • Pertama : RM10,000.00+Piala+medal
  • Kedua : RM5,000.00+medal
  • Ketiga : RM3,000.00+medal
  • Keempat : RM2,000.00+medal
  • Kelima : RM1,000.00+medal
  • Keenam : RM1,000.00+medal
  • Ketujuh : RM1,000.00+medal
  • Kelapan : RM1,000.00+medal
  • Anugerah Bola Emas (Pemain terbaik perlawanan akhir)
  • Wang Tunai RM200.00 + piala Piala Pusingan Ketua Setiausaha KBS
  • Piala Iringan
  • Selain daripada perlawanan futsal program ini juga akan menjalankan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung yang hadir seperti:
    1. Muaythai Fit Warrior 2. Aerobicthon Competition 3. Persembahan Pentas 4. Cabutan Bertuah 5. Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak 6. Sukan Bermotor 7. Pertandingan Cyber War
    Pameran dan jualan juga turut disediakan.
    BB : So, luangkan masa anda dari 20-22 Januari ini untuk melihat sendiri kemeriahan, kemahiran dan aksi-aksi menarik pemain-pemain futsal ini.
read more...

83 % WANITA MEMILIH KEKUATAN DAN KETEGANGAN UNTUK KEPUASAN



SALURAN darah atau arteri pada zakar mempunyai kaitan rapat dengan tahap ereksi. Perunding Urologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Ong Teng Aik memberitahu, ereksi atau ketegangan pada zakar berlaku jika darah memasuki ruang zakar dengan mencukupi.

“Darah akan memenuhi ruang zakar tanpa gangguan serta memberi kekuatan ereksi andainya saluran darah tidak terganggu atau tersumbat,” kata Teng Aik. Zakar akan membesar dan menegang apabila sepasang tisu korpus kavernosum pada alat kelamin itu terisi dengan darah.

Jelas Teng Aik, pembentukan plak dan lemak akibat pertambahan kolesterol di dalam badan mampu menyekat saluran darah. Oleh kerana saluran darah zakar lebih kecil berbanding pada bahagian lain tubuh, tanda awal kepada masalah kesihatan kardiovaskular ditunjukkan oleh tahap ereksi.
“Penyakit kardiovaskular menyebabkan sekatan kepada aliran darah ke bahagian zakar dan menyebabkan masalah mati pucuk.

Tahap

“Sebenarnya dalam tempoh tiga tahun selepas masalah mati pucuk dikesan, pesakit berisiko mendapat penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung selain diabetes dan obesiti.
“Merokok dan amalan sedentari atau gaya hidup tidak aktif turut memberi kesan kepada kemerosotan kekuatan ereksi zakar.

“Apa yang ramai orang tidak sedar adalah kualiti ereksi rendah merupakan petanda awal kepada penyakit jantung,” kata Teng Aik. Terdapat empat tahap ereksi iaitu mati pucuk teruk, mati pucuk sederhana, ereksi separa optima dan ereksi optima.


ZAKAR akan menegang jika kedua-dua tisu korpus kavernosum dipenuhi darah.



Bagaimanapun, tahap tiga dan empat iaitu ereksi separa optima dan ereksi optima sahaja yang mampu untuk melakukan penetrasi dan menjayakan hubungan seksual. Menurut Teng Aik, biarpun kedua-dua tahap itu mampu menyumbang kepada kejayaan aktiviti seksual, namun kesannya menunjukkan perbezaan yang ketara.

“Jelas sekali bahawa ereksi separa optimum boleh membawa kekecewaan dalam kepuasan seksual buat seorang lelaki. Zakar tidak menegang sepenuhnya walaupun ia berkeupayaan untuk melakukan penetrasi.

“Risiko untuk mendapat penyakit jantung iskemik bagi mereka yang menghadapi masalah ereksi tahap tiga adalah lebih tinggi berbanding mereka di tahap empat kerana faktor ketidakpuasan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Pensyarah Psikologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Low Wah Yun berkata, tahap ereksi yang rendah mampu menjejaskan emosi dan psikologi kedua-dua pasangan.
Seorang lelaki akan berasa lebih yakin kerana keperluan emosi dan psikologinya dicapai melalui hubungan seksual.

“Sekiranya memenuhi keperluan seksual, pasangan mereka akan rasa lebih disayangi. Sebanyak 93 peratus lelaki dan 83 peratus wanita memilih kekuatan dan ketegangan zakar sebagai faktor yang memberi kepuasan seksual,” ujar Wah Yun.

Wah Yun menjelaskan, usia tidak mempunyai kaitan dengan tahap ereksi zakar.
Gangguan kepada keupayaan tersebut yang dialami oleh mereka yang berusia emas adalah dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular yang dihidapi.

“Tidak kisah tua atau muda, kesemua mereka masih boleh berereksi sekiranya tiada gangguan pada zakar,” kata Wah Yun.

Sumber : Kosmo
read more...

THIERRY HENRY D' LEGEND : VIDEO JARINGAN PERTAMA DAN KEMENANGAN THE GUNNERS


Gol Kemenangan Thierry Henry

BB : Maaf, tak sempat nak upload betul-batul lagi. Tapi lihatlah aksi seorang "Legend" yang masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol kemenangan Arsenal ketika bertemu Leeds United dalam saingan Piala FA Inggeris awal pagi tadi. Betul-betul memukau teknik dan kualiti jaringan tersebut.
read more...

HIMPUNAN BELIA TERBESAR ASIA 2012 DI PUTRAJAYA


Sebanyak 500 acara dalam 33 segmen bakal memeriahkan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2012 yang akan berlangsung selama lima hari bermula 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya.

Seramai dua juta belia dijangka akan berhimpun dan melibatkan diri pelbagai aktiviti melalui segmen – segmen dan acara yang disediakan pada Himpunan Jutaan Belia-Putrajaya Mei 2012 yang bertemakan Jutaan Peluang, Ribuan Keriangan ini.

Antaranya adalah sukan dan rekreasi, seni budaya, kemahiran dan kepimpinan, teknologi maklumat dan keusahawanan, kerohanian dan jatidiri, penerokaan bidang-bidang baharu dan banyak lagi.

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, dalam sidang media sempena pelancaran Segmen dan Galeri HBN 2012 di sini berkata, “ sambutan HBN 2012 merupakan karnival terbesar di peringkat Asia Tenggara dengan turut menghimpunkan penyertaan belia di peringkat antarabangsa.”

Tambah beliau lagi, “ Korea Selatan, Jepun, Negara-Negara Komanwel dan Asia telah pun menyatakan persetujuan untuk turut serta dalam pelbagai acara yang disediakan sempena HBN tahun ini.”

Pada majlis yang sama, beliau turut melancarkan Galeri HBN 2012 yang memuatkan paparan sejarah, kejayaan serta pelbagai maklumat serta informasi berkaitan HBN. Di samping itu, perancangan dan persediaan KBS menjelang himpunan jutaan belia pada Mei 2012 ini berserta segmen-segmen dan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun ini turut dipaparkan di galeri tersebut.

HBN yang disambut pada 15 Mei setiap tahun telah diadakan di Putrajaya secara besar-besaran bermula 2010. Pihak sekretariat HBN 2012 mempelawa kepada semua belia, individu, kumpulan, kelab serta sektor korporat untuk menyertai sambutan HBN tahun ini sama ada sebagai peserta, penganjur mahupun pengunjung aktiviti.

Hadir sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim, Ketua Setiausaha KBS, Dato’ Mohid Mohamed, Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan Ketua Pegawai Eksekutif HBN, Mod Nadzri Yaakob.

Galeri Majlis Pelancaran Segmen dan Galeri HBN 2012


 
 
 

 
read more...

KEMENANGAN DATO LEE CHONG WEI DI TERBUKA KOREA BUKAN KERANA SIMPATI : SHABERY CHEEK



PUTRAJAYA – Kejayaan yang diraih pemain badminton No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei ke atas jaguh China, Lin Dan pada final Terbuka Korea kelmarin, bukan atas simpati lawan.
Itu pandangan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menggangap kemenangan tersebut mampu memberi kesan psikologi positif kepada Chong Wei.

Malah, Ahmad Shabery juga berharap agar pemain itu berupaya mengekalkan prestasinya sehingga Sukan Olimpik London yang bakal membuka tirai 27 Julai ini.
“Saya tak anggap Lin Dan sekadar memberikan kemenangan kepada Chong Wei.
Terbuka Korea adalah kejohanan yang menawarkan hadiah termahal dan ini satu permulaan yang baik pada 2012,”

“Kemenangan ini mampu memberi kesan psikologi yang baik kepada Chong Wei dan sekiranya dia berupaya mendapatkan kemenangan lagi sudah tentu tekanan lebih dirasai oleh Lin Dan,” katanya pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan dua pemain golf muda negara yang sedang meningkat, Galven Kyle Green, 18, dan Galven Kendall Green, 11, di pejabatnya, semalam.
Pada final kelmarin, Chong Wei akhirnya menundukkan jaguh China, Lin Dan 12-21, 21-18, 21-14 pada perlawanan akhir, setelah kali terakhir mengalahkan jaguh China itu Mac lalu.

Rekod sejak 2004 menunjukkan Chong Wei tidak pernah mencatat kemenangan berturut-turut ke atas Lin Dan, sebaliknya satu kemenangan disusuli dengan tiga atau empat kekalahan.

Sumber-Utusan
read more...

SUARA BELIA KIAN DOMINAN



UMUM menyedari istilah belia kian popular di negara ini. Jika sebelum ini belia banyak dikaitkan dengan fenomena sosial dan permasalahannya, namun istilah belia terus digunakan pada pelbagai bidang kehidupan.

Dengan jumlah populasi belia di negara ini mencecah 12 juta iaitu 42.8 peratus daripada keseluruhan 28 juta penduduk, sudah pasti kewujudan belia membentuk satu sinergi yang mampu mencorakkan landskap sosioekonomi dan politik negara.

Menyedari kepentingan belia terhadap kelangsungan negara, kerajaan melancarkan enam inisiatif Transformasi Belia Malaysia yang meliputi keperluan belia masa kini iaitu Parlimen Belia Malaysia, VyRec (ruang interaksi maya), MyIcon (ikon belia), MyCorp (sukarelawan belia Malaysia), MyPark (Pusat Sehenti Kegiatan Belia) dan The Leader (kepemimpinan belia).

Jika diamati keseluruhan enam inisiatif besar di atas, ia satu usaha radikal kerajaan untuk menyediakan ruang dan peluang untuk golongan belia mempertingkatkan peranan serta sumbangan kepada pembangunan negara.

Parlimen Belia Malaysia yang akan mengumpulkan individu belia berusia 25 tahun ke bawah dengan mewakili 222 kawasan Parlimen pasti akan mencipta sejarah sebagai platform belia menyuarakan pandangan terhadap isu semasa secara langsung.

Bagi Majlis Belia Malaysia (MBM), ia satu lonjakan buatnya untuk memastikan suara golongan belia terus didengari. Jika sebelum ini suara belia bergema di Majlis Perundingan Belia Negara, pasti nanti ia akan lebih hangat dan pelbagai melalui Parlimen Belia Malaysia.

Justeru, jika kini masih ada yang mendakwa suara orang muda tidak didengari (termasuk mahasiswa), ia adalah dakwaan melulu oleh sesetengah individu yang tidak sabar dan tiada ketahanan dalam memperjuangkan idealismenya. Hakikat golongan belia sedang mewarnai dan mempengaruhi rupa bentuk masyarakat bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Sinergi orang muda sentiasa dikaitkan dengan keupayaan idea baru, keupayaan menguasai ilmu terkini dengan berbantukan ICT. Jurang pemikiran kelihatan makin meluas seiring perbezaan usia seseorang individu.
Dalam julat umur belia sedia ada iaitu 15 hingga 40 tahun kini sudah wujud jurang seperti dalam soal minat, pilihan kerjaya, sikap dan perhubungan. Sudah pasti jurang ini makin jelas dan luas bagi golongan yang lebih berusia.

Pertembungan ini kadang-kadang mewujudkan konflik pemahaman yang tidak berkesudahan dan meletihkan. Sebagai contoh, saya pernah ditempelak seseorang melalui panggilan telefon sewaktu siaran langsung temuramah radio (pemanggil mungkin agak berusia – bukan belia) yang meminta agar isu belia tidak lagi diperkatakan kerana seolah-olah ‘orang lama’ sepertinya tidak berjasa dan tidak berguna lagi.

Hal sedemikian menginsafkan saya betapa pentingnya bagi kita untuk mencari titik pertemuan agar konflik seperti ini tidak berpanjangan. Jika tidak, kedua-dua pihak akan dihurung rasa curiga, prejudis dan permusuhan sehingga menidakkan manfaat yang sepatutnya diraih melalui satu bentuk perhubungan ‘menang-menang’ yang harmoni. Bentuk perhubungan yang berkesan di antara dua golongan ini ialah yang berasaskan sikap penghormatan dan keterbukaan. Orang muda mesti menghormati jasa dan sumbangan golongan lebih tua manakala kehadiran orang muda perlu diterima dengan dada terbuka.

Proses ini harus berterusan umpama membina laluan air yang mengalir dari puncak gunung yang mungkin berbeza laluannya, tetapi akhirnya bertemu di lautan.

Aliran air yang diurus dengan baik akan menzahirkan tanaman subur manakala aliran air yang diempang dan terus dikepung pasti melimpah dan mencetus bencana. Bagi memastikan belia memenuhi keperluan pembangunan negara, MBM menerapkan elemen 3K dalam usaha pembangunan belia iaitu Kepemimpinan, Kemahiran dan Keusahawanan.

Bagi tahun 2012 yang amat mencabar ini, kerajaan merancang bajet pembangunan belia yang teliti bagi memastikan belia dapat memainkan peranan bagi menjayakan gagasan transformasi negara. Dave Ulrich, Norm Smallwood dan Kate Sweetman dalam bukunya ‘The Leadership Code,’ 2008, menyatakan terdapat lima rukun harus dipatuhi untuk melahirkan pemimpin yang baik iaitu, i) membentuk masa depan, ii) menjadikan sesuatu usaha sebagai kenyataan, iii) menggembleng bakat masa kini, iv) membina generasi akan datang, dan v) membuat pelaburan kepada pembangunan diri.

Semua yang dinyatakan di atas adalah asas bagi memastikan belia aset paling bernilai demi kelangsungan dan pembinaan negara bangsa Malaysia. Namun sesuatu yang lebih penting juga ialah kesanggupan golongan belia untuk dibentuk dan dibimbing sehingga menjadi warga yang baik.
Dalam kerangka masyarakat Malaysia, belia akan dilihat unggul jika memenuhi ciri-ciri individu yang berilmu, tegas, rajin, tekun, proaktif, berbudi tinggi dan bersopan.

Sifat angkuh, kasar, melulu serta ganas akan meletakkan belia di kedudukan paling bawah dalam masyarakat. Kini, terpulang kepada belia untuk menentukan nilai yang ingin diletakkan padanya, sama ada menjadi harta paling bernilai atau beban menyusahkan masyarakat.


Mohamed Maliki Mohamed Rapiee
Penulis berkelulusan Sarjana Pendidikan (Bimbangan dan Kaunseling) USM

Sumber : Majlis Belia Malaysia (MBM)
read more...

QPR : MARK HUGHES CALON PANAS SEBAGAI PENGURUS BARU MENGGANTIKAN NEIL WARNOCK



QPR telah memecat Neil Warnock disebabkan taktik "gung-ho" yang diterapkannya dalam pasukan setakat ini gagal meletakkan Rangers dalam kedudukan yang selamat selain keupayaan beliau untuk menarik pemain-pemain terbaik menyertai Rangers dalam musim perpindahan Januari ini.

Bekas pengurus Wales, Manchester City dan Blackburn Rovers itu secara rasmi belum dihubungi oleh QPR tetapi dijangka akan mengadakan perbincangan dengan kelab barat London itu tidak lama lagi selepas penasihat beliau, Kia Joorabchian tiba kembali dari Brazil pada hari Isnin.

Dengan pemilik QPR, pengerusinya Tony Fernandes dipercayai telah kembali ke Malaysia selepas menghabiskan masa pada hujung minggu di London, satu mesyuarat dengan Hughes - individu yang membawa Fulham ke pencapaian tertinggi EPL kedua mereka dalam sejarah kelab itu sebelum tiba-tiba berhenti - dijangka dijadualkan pada Selasa.

Ketua Eksekutif QPR, Philip Beard berkata pada Ahad bahawa kelab "perancangan (pelantikan) akan dibuat dengan secepat mungkin", dan ia difahami bahawa pelantikan akan dibuat oleh kelab sebelum akhir minggu ini.
Hughes, tanpa sebarang jawatan ketika ini, memiliki keupayaan yang terbukti dan berpengalaman dalam EPL utnuk mengendalikan pemain dengan nama-nama besar menjadikan beliau calon yang paling sesuai dari pandangan ahli lembaga pengarah, yang menyimpulkan bahawa enam kekalahan dan dua seri dalam Liga Perdana Inggeris akan membawa kelab kembali ke saingan Championship.
Hughes telah menyatakan minat bahawa beliau berkemungkinan menerima tawaran kelab yang ketika ini mempunyai kestabilan pemilikan dan dana untuk berbelanja di pasaran perpindahan.

Fernandes semalam mempertahankan tindakan kelab di Twitter, menjelaskan kepada penyokong yang marah dengan pemecatan pengurus yang membawa kelab ke EPL hanya lapan bulan lalu bahawa "dalam 47 tahun hidup, saya tidak pernah terpaksa membuat satu keputusan yang sukar" tetapi board "perlu memikirkan masa depan kelab ini".

Selain Hughes, Zianfranco Zola yang telah dipecat West Ham pada May 2010 juga antara calon yang disebut-sebut untuk mengemudi Rangers seterusnya.

read more...

ANALISIS 901 DAN PANDANGAN TUN MAHATHIR MOHAMAD

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi Isnin berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya membuktikan satu perkara iaitu tidak pernah wujud sebarang konspirasi untuk memenjarakan Anwar sama ada dahulu mahu pun sekarang.

“Segala-galanya tentang teori konspirasi ini hanyalah pandangan serong Anwar bahawa dia akan disabitkan dengan kesalahan untuk membuat dia hidup sengsara.

“Tetapi keputusan mahkamah hari ini (Isnin) adalah bukti bahawa tidak wujud sebarang konspirasi sebelum atau sekarang untuk mengenakannya,” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga berkata, sebelum ini pun kerajaan pernah kalah dalam beberapa kes di mahkamah termasuklah Umno diharamkan oleh mahkamah.

Ini, kata Dr Mahathir menunjukkan di Malaysia, sistem kehakiman negara adalah bebas dan berkecuali dan tidak ada mana-mana pihak termasuklah kerajaan mahupun pembangkang boleh campur tangan,” katanya lagi.






ANALISIS


1. Satu keputusan Hakim Zabidin Mohd Diah yang memeranjatkan ramai pihak. Tetapi persoalannya sekarang ialah what is next?

2. Penyokong-penyokong Anwar yang hadir di Bangunan Mahkamah, Jalan Duta menyambut keputusan dengan kegembiraan tetapi di dalam masa yang sama seperti ada yang tidak kena.

3. Ada di antara kita terutamanya penyokong-penyokong parti pembangkang telah ditanam dengan perasaan membenci serta tidak mempercayai lagi sistem kehakiman negara.

4. Setiap pemimpin pembangkang menyuarakan perkara yang sama. No fair justice in BN ruling party.

5. Sistem kehakiman negara dilabel seburuk-buruknya sebagai tali barut BN, UMNO atau pun dibawah telunjuk Najib Razak.

6. Dimana sahaja Anwar Ibrahim berada sama ada di dalam mahu pun luar negeri, beliau akan menuduh sistem kehakiman negara adalah yang paling teruk dimanipulasikan oleh kerajaan pemerintah UMNO.

7. Sama ada anda tergolong di dalam pihak yang percaya 'sistem kehakiman yang teruk serta tali barut UMNO' atau pun percaya Anwar Ibrahim meliwat, kedua-duanya amat yakin Anwar Ibrahim disabitkan dengan kesalahan meliwat Shaiful Bukhari.

8. Begitu juga dengan kenyataan Anwar Ibrahim selama ini yang mengatakan bahawa kes liwat Shaiful Bukhari adalah konspirasi UMNO dan Najib Razak.

9. Dari hari pertama sehingga di malam sebelum 9hb Januari, Anwar Ibrahim dengan penuh yakin bahawa kes liwat tersebut diada-adakan atau pun ulang tayang kes liwat yang pertama. Pokoknya, UMNO yang kononnya bersalah!

10. Tetapi sekarang, semua mata terbuka dan sedar bahawa 'sistem kehakiman dibawah telunjuk Najib Razak' dan 'kes liwat adalah konspirasi UMNO Najib Razak' merupakan pembohongan dan fitnah Anwar Ibrahim belaka!

11. Selama 3 tahun ini Anwar Ibrahim telah menipu rakyat termasuk penyokong-penyokongnya sendiri supaya mempercayai bahawa kes liwat beliau tidak akan diadili dengan saksama dan Saiful Bukhari adalah boneka UMNO.

12. Tetapi ternyata Anwar Ibrahim berbohong dan menabur fitnah selama ini.

13. Dan kita perlu ingat bahawa Anwar Ibrahim dibebaskan kerana kesilapan teknikal (technical fault) yang argumentable beyond any reaonsable doubts. Kita tunggu laporan verdict keseluruhan kes liwat tersebut.

14. Demonstrasi bercampur kekacauan dan huru hara semakin menular di kalangan masyarakat kita.

15. Perlakuan "vandalisme" semakin berani dilakukan secara terbuka atau terang-terangan.

16. Kekerasan (penggunaan senjata, bom buatan sendiri, mortar dan objek merbahaya) semakin kerap berlaku atau dilaporkan.

17. Ketaksuban melampau kepada individu atau organisasi melebihi ketaatan dan kepercayaan kepada agama.

18. Ketenteraman dan keselesaan awam semakin tergugat.

19. KEMEROSOTAN SOKONGAN GENERASI MUDA KEPADA PR.
( Tak percaya? BB akan rungkaikan satu-persatu dalam tulisan yang akan datang)
read more...

Warkah untuk ahli UMNO dan Rakyat Malaysia





Ahli2 Umno dan Rakyat Malaysia,

Terlepasnya Anwar Ibrahim dari hukuman Mahkamah Tinggi memperlihatkan,

1. Segala fitnah dan pembohongan Ai selama ini bahawa kes Saiful v Ai adalah satu konspirasi Bn/Umno adalah satu bidaah dan semata2 propaganda dan tipu helah Ai dan Pkr selama ini.

2. Tipu helah dan pembohongan Ai selama ini bahawa sektor kehakiman Malaysia tidak ada kewibawaan sebab telah dibeli olih kerajaan Bn juga kini terbukti tidak berasas dan semata agenda politik Ai utk menipu rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa.

3. Kes Saiful vs Ai bukanlah kes Ai lawan Bn tapi ianya adalah kes kemasiatan akhlak atau kerapuhan moral Ai yg telah meliwat atau sodomi kakitangan beliau sendiri, dan Saiful menuntut keadilan utk dirinya yg termangsa dan teraniaya ! So what??

4. Rakyat Malaysia mesti tahu kekuatan Umno/Bn bukanlah bergantung kpd kes Saiful vs Ai tetapi keunggulan Bn adalah atas track recordnya memerintah Malaysia semenjak mencapai kemerdekaan serta mengtransformasi negara ini sapertimana yg dapat kita lihat skrg !?

5. Dari fakta2 diatas, Pakatan Rakyat terpaksa menghadapi kenyataan dan realiti yg getir utk menghadapi pru 13 ini dimana pembohongan mereka tentang perkara2 yg telah disebutkan diatas disamping situasi komponen2 PR yg semakin tenggelam dgn perpecahan2 dalaman kerana dasar umum mereka yg tidak konsisten, bercanggah dan kelam kabut sepanjang masa !

6. Olih itu jangan hiraukan soal Ai dgn Saifulnya....kita teruskan sokongan padu, mantap dan unggul kpd DsNajib yg gigih dan komited secara total dlm usaha beliau mentransformasi negara dan mendaulatkan rakyat Malaysia ke persada internasional...!

7. Kalau hal DNA jadikan hal dlm kes ini, dlm video Dato T bolihkah beliau lepas dari kenyataan yg sebenarnya?

Pencinta Pemimpin yg Bemoral...
(Sila edarkan)
read more...

MUTAKHIR : SUSULAN 901 - PRU 13 PADA JUN ATAU SEPTEMBER TAHUN INI - LIM GUAN ENG




Bertentangan dengan pandangan popular, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat tidak akan menyaksikan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum dalam masa terdekat ini.

"Bagi saya, pilihan raya awal bermaksud mereka mahu ia diadakan pada Mac. Bagaimanapun, saya tidak fikir bahawa ia akan diadakan pada Mac tetapi sebaliknya pada bulan Jun atau September, " katanya hari ini.

Ditanya sama ada keputusan itu akan meningkatkan sokongan atau kepopularan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Lim berkata beliau tidak fikir begitu - sebaliknya, ia meletakkan PR semakin hampir ke Putrajaya. (Ceh...konpiden je bunyi nyer)

"Apa yang penting bukan hanya keadilan untuk Anwar tetapi keadilan untuk semua rakyat Malaysia. Ini adalah hari yang penting bagi Malaysia, untuk kebebasan dan keadilan," katanya.

"Ini bukan sahaja kemenangan rakyat tetapi usaha mempertahankan hak dan berharap kita boleh mencapai reformasi untut menuntut perubahan untuk masa depan yang lebih cerah, lebih baik dan bebas untuk semua rakyat Malaysia."

Pemimpin supremo DAP yang juga bapa kepada Guan Eng - Lim Kit Siang pula menyifatkan pembebasan Anwar sebagai kemenangan besar dan tanda bahawa negara ini bersedia untuk berubah.

"Ini adalah satu kemenangan besar bagi PR.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (atas, kiri) juga mengucapkan tahniah kepada Anwar dan berkata beliau berharap pembebasan itu akan meletakkan PR semakin hampir ke Putrajaya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersyukur dengan keputusan itu dan berkata Anwar kini sudah terlepas daripada fitnah yang dihadapinya.

Katanya, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menunjukkan MASIH ADA KEADILAN DALAM MAHKAMAH.

BB : Habis tu sebelum ni tiada keadilan ke? Piirah.... bila keputusan memihak mereka, baru ada keadilan. Kalau sebaliknya, Konspirasi Kerajaan.

read more...

ALHAMDULILLAH : 901 BUKTI BADAN KEHAKIMAN NEGARA BEBAS

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata keputusan mahkamah berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan badan kehakiman negara bebas dan mengeluarkan pendapat serta keputusan tanpa memilih bulu.




“Penghakiman sudah diputuskan…dengan itu sah badan kehakiman negara ini mempunyai reputasi dan pendirian yang boleh disetarafkan dengan keputusan kehakiman negara maju berasaskan kepada ‘rule of law’ atau keunggulan undang-undang,” katanya di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Terdahulu dalam satu kenyataan, Rais berkata Malaysia memiliki badan kehakiman yang bebas dan keputusan tersebut membuktikan kerajaan tidak mempunyai pengaruh ke atas keputusan hakim.

Gelombang terkini dalam perubahan demokratik berani yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan membantu memperluaskan ketelusan dalam semua bidang kehidupan di Malaysia, katanya.

Rais yang juga Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata dengan keputusan itu juga, rakyat harus terus berpegang teguh kepada prinsip keluhuran undang-undang.

“Tiada siapapun berada di tahap lebih tinggi daripada undang-undang negara.

“Dan saya yakin dengan keputusan ini, pengikut dan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasionalkan kedaulatan undang-undang negara yang tersisip dalam Rukun Negara,” katanya.

Beliau berharap tidak akan ada lagi spekulasi atau gesaan yang boleh memecah-belahkan institusi atau elemen pentadbiran negara serta perpaduan di negara ini.

“Keputusan dan pendapat mahkamah yang mencerminkan keadilan wajar kita hormati.

“Saya sendiri amat bangga dengan badan kehakiman Malaysia yang menjalankan tugas tanpa memilih bulu,” katanya.

Sumber : UMNO ONLINE
read more...

VIDEO LIVE 901 DARI MAHKAMAH 2

read more...

VIDEO LIVE 901 DARI MAHKAMAH

read more...

HAKIM : ANWAR TIDAK BERSALAH




Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

BB : INI BARU PLOT AWAL FILEM 901
read more...

VIDEO PERTAMA 901 DARI MAHKAMAH JALAN DUTA

<iframe width="440" height="260" src="http://www.youtube.com/embed/CpoN4FOh2oM?feature=player_embedded" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

DIPETIK DARIPADA BLOG AAKJ

http://www.youtube.com/embed/CpoN4FOh2oM?feature=player_embedded
read more...

SYABAS DATO LEE CHONG WEI: TEWASKAN LIN DAN UNTUK MENJUARAI TERBUKA KOREA





KUALA LUMPUR 8 Jan. - SELEPAS dihantui pelbagai isu mengenai persembahanya ketika menentang Lin Dan, hari ini jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei membuktikan bahawa Lin Dan bukanlah halangan terbesar dalam kerjayanya.

Hasilnya, Lin Dan tersungkur di kaki Chong Wei pada aksi final Siri Super Terbuka Korea, sebentar tadi dengan catatan 12-21, 21-18, 21-14. Chong Wei pulang dengan hadiah lumayan AS$75,000 (RM235,875).

Ia merupakan kemenangan pertama Chong Wei ke atas jaguh China itu selepas kali terakhir melakukannya All England, Mac lalu. - UTUSAN

BB: Semangat dan perjuangan kental sebeginilah yang atlet kita semua perlu contohi
read more...

PANAS SENSASI!!! LIM GUAN ENG PM INTERIM BILA ANWAR DIDAPATI BERSALAH




Panasssssss.... Hangpa orang-orang Melayu semua mai baca artikel ini yang dipetik daripada Tranungkite.net. Percaya, tak percaya, suka tak suka. Tiada tempat untuk Tuan Guru Nik Aziz,TG Haji Hadi, Azmin Ali, Nurul Izzah, mahupun Kak Wan Azizah sendiri.

.....................................

DATUK Seri Anwar Ibrahim telah menjelaskan bahawa seorang Perdana Menteri interim akan dilantik sementara menunggu beliau dibebaskan dari penjara – jika Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya dari Barisan Nasional (BN).

Persoalannya sekarang, siapakah dari kalangan pimpinan Pakatan Rakyat sedia ada yang boleh diharap untuk memegang jawatan tersebut sementara menunggu proses yang sepatutnya selesai untuk membebaskan Anwar?



Siapa pun dia, orang ini mestilah diterima oleh semua lapisan rakyat dalam Pakatan Rakyat, selain partinya sendiri.

Tidak setakat itu, pemimpin tersebut mestilah seorang yang boleh dipercayai untuk menyerahkan semula jawatan Perdana Menteri kepada Anwar bila masa itu tiba nanti dan paling penting tidak mengambil peluang di dalam tempoh tersebut untuk menguatkan pengaruhnya pula.

Dalam hal ini, penulis ingin mencadangkan agar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilantik sebagai Perdana Menteri interim yang disebut Anwar, walaupun perkhabaran kuat yang masuk ke gegendang telinga penulis menyatakan Azmin Ali atau Nurul Izzah yang akan menduduki jawatan tersebut.

Alasan itu (pemilihan Azmin atau Nurul Izzah) mudah difahami tapi pandangan penulis mengenai Guan Eng adalah berdasarkan hakikat bahawa kaum cina ini boleh dipercayai dalam hal-hal sedemikian, selain jangkaan bahawa DAP juga akan menguasai kerusi terbanyak di Dewan Rakyat.

Jika semua tidak tahu, ketika UMNO diharamkan pada 1987, wujud satu tempoh masa dimana jawatan Perdana Menteri ‘dipangku’ sementara oleh bekas Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik. Jika tidak salah penulis, jawatan itu dipangku Dr. Ling tidak kurang dari 4 jam sebelum menyerahkannya semula kepada UMNO setelah masalah berkaitan selesai.

Bukan tidak percaya dengan kebolehan pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat seperti Datuk Nik Aziz, Datuk Seri Hadi (sebagai tambahan kepada Azmin atau Nurul Izzah) , tapi seperti disebut pada awal artikel ini tadi, pemimpin tersebut perlulah boleh diterima semua kaum dalam Pakatan Rakyat.

Tidak setakat orang Melayu sahaja.

Dan ternyata, DAP lebih kedepan dalam soal ini (penerimaan rakyat) dibanding dengan PKR, apatah lagi PAS yang bergantung hampir sepenuhnya kepada sokongan orang Melayu.

Inilah masa yang sesuai juga untuk Anwar membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rakyat itu sememangnya didirikan atas semangat kerjasama yang kuat antara parti komponen, bukan seperti mana yang digambarkan UMNO dan BN – kerjasama palsu.

Lagipun kita sendiri tidak pasti berapa banyak kerusi parlimen yang bakal dimenangi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang akan datang. Ini penting kerana kedudukan Perdana Menteri turut sama ditentukan oleh vote of confidence dikalangan ahli-ahli dewan.

Dalam hal ini penulis yakin kelebihan akan berpihak kepada DAP melihat kepada strategi mereka yang menumpukan kepada winnable seats seperti mana dibuktikan dalam pilihanraya negeri Sarawak pada tahun lepas dimana DAP menang 13 dari keseluruhan 15 kerusi yang ditandingi mereka.

Memang DAP tidak bertanding terlalu banyak kerusi tapi mereka bertanding di kerusi yang mereka yakin boleh menang.

Penulis tidak rasa ahli-ahli Parlimen DAP nanti ada keyakinan yang cukup kuat kepada Azmin atau Nurul Izzah untuk memegang jawatan tersebut, yang mana keadaan ini boleh menjurus kepada ketidak tentuan dalam arena politik dan pentadbiran negara seterusnya membuka jalan kepada BN untuk berkuasa semula.

Percayalah, pemilihan Azmin atau Nurul Izzah hanya akan menyelesaikan separuh dari masalah – memastikan jawatan Perdana Menteri diserah semula kepada Anwar, sedangkan pemilihan Guan Eng akan juga memastikan rakyat dan pentadbiran kerajaan berjalan dengan lancar sementara menantikan Anwar bebas dari penjara.

Justeru, tidak syak lagi bahawa Guan Eng adalah pemimpin yang memenuhi kriteria sebagai Perdana Menteri interim yang disebut Datuk Seri Anwar.
read more...

TAYANGAN PERDANA SELURUH DUNIA FILEM 901. SINOPSIS RINGKAS

Info ini BB dapat dari blog Reformis Anak Muda. Kebenaran dan kesahihannya biarlah orang yang layak menentukannya. Cuma apa yang hendak dikongsi di sini adalah perancangan jalan cerita atau plot 901 Anuar Ibrahim telah dirancang dan disusun dengan baik sekali. Kekuatan sebuah filem terletak pada kekuatan skripnya. Manakala pelakon hanya menjadi penambah seri kepada sesebuah filem tersebut."Story Board" cerita 901 ini telah siap sepenuhnya. Hanya menunggu tayangan perdana kepada umum sahaja.

Promosi filem 901 ini telah bermula semenjak 4 tahun yang lalu. Dan kalau dilihat kepada promosi yang dijalan dan digerakkan ini, filem 901 ini bakal mencapai tontonan box office bukan setakat di Malaysia, tetapi juga di peringkat antarabangsa. Dengarnya, pihak hollywood dan bollywood juga akan turut membuat tayangan perdana serentak di seluruh dunia.

Dibawah ini sedikit sinopsis cerita 901 yang sempat dipetik daripada blog Reformis Anak Muda.



..............................

Kita jangan lupa 2 minggu sebelum tarikh DSAI akan dijatuhi hukuman DSAI telah menjelajah keseluruh negeri berjumpa dengan rakyat dan setiap kali DSAI turun kesetiap negeri jumlah yang hadir mendengar ucapan DSAI mencecah ribuan orang.. Petang Jumaat 6/1/2011 DSAI telah memberi taklimat pada diplomat asing berkaitan dengan kes yang beliau hadapi dan kemungkinan2 yang akan berlaku kepada beliau. Difahamkan perjumpaan dengan kawalan yang agak ketat dari pihak hotel pun masih ada SB yang berkeliaran di sekitar lobi hotel.

Mengikut jadual DSAI selepas kes mahkamah beliau akan terbang ke India bertemu dengan cucu Mahatma Gandhi dan selepas itu beliau akan terbang ke Istambul bertemu dengan PM Turki..

Baca lagi Reformis Anak Muda

...............................
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top