Kompleks Futsal 1Malaysia di Presint 18, Putrajaya akan kembali gempak dengan jeritan dan pekikan para pemain futsal dari seluruh negara pada 20 hingga 22 Januari 2012 ini.
Kejohanan ini merupakan kemuncak kepada pelaksanaan Kejohanan Futsal 1 Malaysia di peringkat Parlimen dengan tujuan memberi peluang dan ruang kepada belia dari seluruh parlimen untuk mengetengahkan bakat mereka dan bertanding ke peringkat yang lebih tinggi.
Ia akan disertai oleh pasukan-pasukan yang telah menjuarai Kejohanan Futsal 1 Malaysia Peringkat Parlimen yang telah dilaksanakan pada 2011 yang lalu melibatkan 444 pasukan (222 pasukan lelaki dan 222 pasukan wanita).
Hadiah-hadiah Yang Ditawarkan :
Hadiah – Lelaki
- Pertama : RM20,000.00+Piala+medal
- Kedua : RM10,000.00+medal
- Ketiga : RM6,000.00+medal
- Keempat : RM4,000.00+medal
- Kelima : RM1,000.00+medal
- Keenam : RM1,000.00+medal
- Ketujuh : RM1,000.00+medal
- Kelapan : RM1,000.00+medal
- Anugerah Bola Emas (Pemain terbaik perlawanan akhir)
- Wang Tunai RM200.00 + piala
- Piala Pusingan Menteri Belia dan Sukan
- Piala Iringan
Hadiah – Wanita
- Pertama : RM10,000.00+Piala+medal
- Kedua : RM5,000.00+medal
- Ketiga : RM3,000.00+medal
- Keempat : RM2,000.00+medal
- Kelima : RM1,000.00+medal
- Keenam : RM1,000.00+medal
- Ketujuh : RM1,000.00+medal
- Kelapan : RM1,000.00+medal
- Anugerah Bola Emas (Pemain terbaik perlawanan akhir)
- Wang Tunai RM200.00 + piala Piala Pusingan Ketua Setiausaha KBS
- Piala Iringan
Selain daripada perlawanan futsal program ini juga akan menjalankan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung yang hadir seperti:
1. Muaythai Fit Warrior
2. Aerobicthon Competition
3. Persembahan Pentas
4. Cabutan Bertuah
5. Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
6. Sukan Bermotor
7. Pertandingan Cyber War
Pameran dan jualan juga turut disediakan.
BB : So, luangkan masa anda dari 20-22 Januari ini untuk melihat sendiri kemeriahan, kemahiran dan aksi-aksi menarik pemain-pemain futsal ini.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....