Nuffnang

10 Bekas Pegawai Kanan Kerajaan dan Pemain Bola Sertai Pas : Baru Tersedar Atau Tak Kenang Budi

MACHANG : Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Kelantan malam tadi menyaksikan 10 bekas pegawai kanan kerajaan dan lagenda bola sepak menyerah borang menyertai PAS.

Antaranya bekas Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan, Fauzi Harun; bekas pensyarah UMT, Prof Dr Salleh Harun; bekas Timbalan Pengurus Besar Pos Malaysia, Abdul Halim Hassan.

Selain itu Timbalan Pengurus Pos, Wan Zain Wan Ahmad, bekas pegawai polis, Nordin Daud, manakala lagenda bola sepak Malaysia iaitu Salleh Ibrahim, Mahadi Yusof, Nik Fauzi Nik Hassan, Ramli Abdullah dan Wan Zawawi Wan Yusof.
 





Fauzi yang pernah berkhidmat di pelbagai jabatan kerajaan pusat berkata, sebenarnya ramai pegawai kerajaan yang sokong PAS dan Pakatan Rakyat, namun tidak berani tampil ke hadapan.

“Pegawai kerajaan hanya sebagai pelaksana setiap dasar yang digubal oleh orang politik di parlimen.

“Sebab itulah kalau hijau di Putrajaya menjadi kenyataan, kerajaan baru tidak menghadapi masalah untuk mentadbir kerana pegawai yang sama juga bertugas,” katanya pada majlis berkenaan.

Beliau juga mendedahkan ketika bertugas di Pahang pernah dipanggil bersama ketua-ketua jabatan lain hadir pada perjumpaan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakub ketika menjelang pilihan raya sebelum ini.

Menurutnya pada majlis itu Menteri Besar bimbang orang Melayu berpecah.

“Saya tampil ke hadapan mengemukakan pendapat, Melayu berpecah kerana ada yang menolak al Quran dan satu lagi mahu melaksanakana ajaran al Quran,” katanya.

Kata beliau asas kepada perpecahan orang Melayu berlaku hanya faktor tersebut.

Hadir sama pada program yang bermula sejak Maghrib, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selain itu Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Dewan Harian PAS Kelantan, wakil-wakil rakyat dan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS, Lau Chin Chua.

Sebelum solat Isya diadakan tazkirah disampaikan Adun Demit, Ustaz Mohamad Mustafa. Ramai yang menunaikan solat hanya berlapik kertas dan rumput.

Adun Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqullah menyifatkan kehadiran itu jauh mengatasi program Hari Raya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Sekolah Menengah Hamzah seminggu sebelumnya.

Tuan Ibrahim berkata, Kelantan menjadi destinasi terakhir program Hijau Ke Putrajaya bagi mengambil semangat kekuatan yang ada di sini sebelum melangkah ke Putrajaya.
read more...

Zaquan Rasa Loya Bila Ayu Raudhah Hamil 3 Bulan

Patutlah Ayu Raudhah kata dia mahu berehat sementara daripada dunia lakonan. Rupa-rupanya Ayu telah pun hamil 3 bulan. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ayu dan Zaquan atas berita gembira ini. Patutlah Abang Nara tengok wajah Ayu berseri-seri semenjak dua ini
 
 
 
 
Yang menariknya Zaquan turut merasa loya di awal kehamilan Ayu Raudhah. Kata Ayu kepada Media Hiburan:-
 
"Pengalaman keguguran tidak lama dahulu banyak mengajar saya. Jadi kali ini saya lebih berhati-hati dan alhamdulillah perkembangan kandungan saya baik sahaja dan sudah mencecah usia tiga bulan. Buat masa sekarang saya hanya mengalami muntah-muntah sahaja tetapi apa yang lucunya, pada awal kandungan suami saya pula yang kerap rasa loya".
 
Orang tua-tua kata kata kalau suami loya itu bermakna si suami sayang sangat kepada isterinya. Semoga dengan kehadiran cahaya mata kelak, kasih sayang Zaquan dan Ayu akan bertambah kukuh. Sama-samalah kita doakan agar segalanya berjalan lancar buat pasangan ini. - Beautifulnara.com
 
read more...

ANAK MUDA KELANTAN TERUS DIBELA

BACHOK: Pengagihan wang ihsan untuk pelajar Kelantan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) masih diteruskan, cuma berlaku kelewatan dalam pemberiannya disebabkan masalah teknikal.
 
Timbalan Menteri Kewangan yang juga Pengerusi Pengagihan Wang Ihsan Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pelajar yang ditawarkan pengajian di IPTA boleh membuat permohonan mulai sekarang.
"Mereka boleh membuat permohonan termasuk mengisi borang secara 'online' JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) Kelantan selain mengisi borang biasa melalui Penyelia Pembangunan Mukim di kawasan masing-masing," katanya ketika diminta mengulas rungutan sebilangan ibu bapa bahawa anak mereka yang ditawarkan ke IPTA tidak memperolehi bantuan itu.

Bercakap kepada pemberita di Tangok di sini, hari ini, Awang Adek memberi jaminan semua pelajar yang layak akan mendapat bantuan itu dalam tempoh terdekat.
 
 
 

Pemberian bantuan berdasarkan kategori iaitu RM800 bagi pengajian peringkat ijazah, RM500 untuk diploma manakala matrikulasi atau setaraf dengannya sebanyak RM300, katanya.
Pemberian bantuan itu untuk meringankan beban keluarga yang selama ini terpaksa mendapatkan pelbagai sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan anak-anak ke IPTA di peringkat awal kemasukan.

"Pemberian bantuan wang ihsan itu dikecualikan daripada fahaman politik dan mereka yang layak akan diberi pertimbangan yang wajar," kata Awang Adek yang juga Ketua Umno Bahagian Bachok.

Katanya pemberian wang ihsan itu bagaimanapun tidak meliputi pelajar yang menerima tawaran daripada institusi pengajian tinggi swasta. - Bernama
read more...

Anti Lynas Boikot Ipad, IPhone dan Gadjet???

Selepas berbulan-bulan operasi kilangnya cuba disabotaj oleh pemimpin pembangkang dengan pelbagai tohmahan akhirnya Lynas dibenarkan juga untuk beroperasi secara bersyarat di bawah Lesen Pengendalian Sementara (TOL).

Kelulusan berlesen yang diperolehi dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) itu bermula 3 September lalu dan akan berakhir pada 2 September 2014.
 
 


Mengikut jadual asal, Lynas sepatutnya sudah beroperasi sejak Mei tahun ini tapi berikutan putar belit fakta dan polemik isu yang dimainkan oleh pembangkang menyebabkannya terpaksa ditangguhkan sementara.

Mengikut fahaman yang sebarkan oleh pembangkang jika kilang Lynas beroperasi kesan radioaktifnya akan menyebabkan masalah pada kesihatan dan alam sekitar untuk jangka waktu pasang.

Rentetan dari propaganda sedemikian, timbullah cerita ikan berkepala dunia, mati kerana kanser dan lain-lain kisah rekaan untuk menakutkan penduduka setempat dan rakyat Malaysia seterusnya menolak pembangunan kilang bahan nadir bumi itu.

Turut dipropagandakan konon harga tanah di sekitar kilang Lynas tersebut akan jatuh merudum, sedangkan sebenarnya hebahan palsu sedemikianlah langsung tiada asasnya kerana kilang Lynas bukannya loji nuklear sebaliknya hanya kilang yang memproses bahan nadir bumi untuk kegunaan pelbagai alatan dan barangan kegunaan harian kita semua..
 
 
 

Realitinya bahan nadir bumi yang mereka potretkan sebagai 'hantu' itu sebenarnya sudah lama mereka pegang dan guna. Pelbagai jenis peralatan elektronik dan gadget terkini semuanya memanfaatkan bahan nadir bumi dalam teknologi pembuatan mereka.

Baik telefon mudah alih, Ipad, Iphone, Galaxy Tab malah beberapa komponen kereta yang kita sering guna pun turut menggunakan bahan nadir bumi.

Tapi dalam pada para penyokong dan NGO pro pro pembangkang menghebahkan kisah rekaan termasuklah membuat tohmahan kilang Lynas adalah loji nuklear, namun tidak pula mereka ini semua mencampak buang ke dalam longkang segala gadget dan peralatan elektronik yang mereka sedang gunakan sekarang.

Kan hipokrit namanya tu. Halang pengoperasian kilang Lynas yang akan memproses bahan nadir bumi tapi dimasa yang sama saban minit dan tiap hari dengan selambanya menggunakan alatan elektronik seperti komputer, Iphone dan lain-lain.

Apapun, serentak dengan perkembangan terbaru ini, Lynas dijangkakan akan mula menghasilkan pengeluaran pertamanya pada awal Oktober 2012 nanti.

 
 
 

Jika semuanya berjalan lancar, syarat dan aspek teknikal dipenuhi tidak mustahil selepas ini Malaysia akan menjadi salah satu pengeluar utama bahan nadir bumi. Impak positifnya bukan sahaja memakmurkan ekonomi negara malah ramai rakyat yang akan gembira dengan perkembangannya.

Kesan lainnya, pengeluaran dan penghasilan bahan nadir bumi dunia yang sekarang sedang dimonopoli oleh syarikat-syarikat di negara China tentunya akan terencat berikutan saingan baru dari Lynas.

Inilah yang sebenarnya ditakuti oleh ramai penyokong dan pemimpin pembangkang khususnya dari DAP dan PKR kerana kita tahu, gerakan anti Lynas yang mereka jalankan selama ini pun segala urusan kewangan untuk menampung aktiviti mereka ditanggung oleh syarikat-syarikat dari China.

Cukuplah dan sudah-sudahlah bertelagah dan menipu orang ramai demi memenuhi tembolok sendiri.

Kalau betul semua pemimpin pembangkang dan NGO proksi mereka masih mahu teruskan juga gerakkan anti Lynas konon kerana takut radioaktif, eloklah pakat campak semua telefon, ipad atau kereta masing-masing ke dalam lombong.

Ada berani? Ceh. Dalam himpunan hijau anti Lynas yang disertai penyokong pembangkang itupun ramai yang guna pelbagai gadget elektronik yang memanfaatkan bahan nadir bumi. Jadi jangan haraplah mereka akan campak semua gadget tersebut. Hipokrit.
read more...

Kenapa PR Mahukan "Bangsa" dan "Agama" Dibuang Pada IC Kita

Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat baru-baru ini dilaporkan telah membuat ketetapan bahawa ruang bangsa dalam semua dokumen rasmi kerajaan seperti kad pengenalan, sijil kelahiran dan sebagainya akan diisi dengan perkatan Malaysia sahaja sekiranya mereka memerintah negara.  Alasannya ialah untuk memastikan keutuhan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. 

Menurut laman Suara PR, khabarnya juga, PR turut bercadang akan menghapuskan ruangan agama dan jantina bagi memastikan tiada perbezaan atau diskriminasi ke atas mana-mana pihak.  
 
 


Kita melihat bahawa rancangan PR ini tidak lain tidak bukan ialah untuk menepati matlamat akhir perjuangan sebenar mereka iaitu menghapuskan status ‘bumiputera’ serta menyebarkan fahaman pluralisme dan liberalisme total.   Tindakan PR menerima baik malah menjulang para pejuang murtad dan LGBT seperti Ambiga dan yang seangkatan dengannya, sebagai wira dalam menentang kerajaan, adalah buktinya. 

Dengan kad pengenalan baru tersebut, pastinya sukar untuk mengenalpasti pertukaran agama mahupun jantina seseorang.   Bayangkan masalah yang bakal timbul jika jenazah seorang mualaf mungkin ditanam di perkuburan bukan Islam akibat tiada siapa dapat membuktikan agamanya.  Atau bagaimana jenazah seorang yang menukar jantina akan disembahyangkan apabila segala-galanya menjadi keliru antara kejadian alam semulajadi dengan peraturan ciptaan manusia. 

Dan bayangkan juga nasib kaum Melayu tanpa status bumiputera.  Bagaimana agaknya peniaga-peniaga kita akan dapat bersaing dengan peniaga-peniaga Cina yang sedia mengawal ekonomi Malaysia?  Apakah jaminan mereka tidak akan didiskriminasi oleh peniaga, pengedar dan pembekal dari kaum Cina?  Bagaimana dengan anak-anak Melayu kampung yang miskin dapat menyaingi anak-anak bandar dan kaum lain dalam merebut peluang ke menara gading?    Bagaimana kita memastikan kaum Melayu yang rata-ratanya dari golongan pekerja dan pegawai kerajaan dapat mengimbangi jumlah penduduk di bandar-bandar besar jika tidak mampu membeli hartanah yang harganya menjulang tinggi?

Ini belum lagi dibincangkan mengenai senario kuasa politik yang sama kuat atau lebih berat di kalangan bukan Islam di dalam kabinet PR.   Dengan tekanan dari ‘pejuang hak asasi’ seperti Ambiga dan angkatannya, bagaimana kita memastikan yang pihak yang lemah terbela serta tuntutan Islam terlaksana dalam setiap krisis yang membabitkan Melayu dan Islam?

Begitu banyak persoalan dan permasalahan yang bakal timbul dengan cadangan kad pengenalan baru PR ini.   Tetapi, malang dan hairan sekali kerana PAS tidak pula membuat bising atau ‘berjihad’ menentang rancangan ini.  

Walaupun terdapat keraguan dan rungutan dari beberapa pihak di dalam PR tetapi tiada tentangan keras, dan akhirnya tenggelam begitu saja. 

Sewajarnya perkara ini tidak ditenggelamkan kerana ia bakal memberi impak yang besar kepada negara dan rakyat perlu menelitinya supaya tidak terngadah di kemudian hari.   Begitupun, kita pasti, ramai dari kalangan penyokong PR sendiri yang musykil dan kurang percaya dengan laporan ini.

Tetapi, inilah yang disebut oleh pemimpin mereka dan ianya dilaporkan oleh laman web pro mereka.  Oleh itu, ia perlu diambil serius oleh setiap seorang dari rakyat Malaysia.   Jangan sampai tersilap memberi mandat kepada parti yang bertunjangkan liberalisme dan pluralisme.  Jangan sampai kita menangis air mata darah andainya generasi kita yang akan datang menghadapi krisis agama, bangsa dan juga jantina. 

Alasan perpaduan yang digunakan oleh PR sebagai asas cadangan kad pengenalan ini tidak boleh dipakai sama sekali.  Ini kerana Rakyat Malaysia telah pun bersatu sejak berpuluh tahun lalu.   Kalaupun ada cabaran yang menggoyahkan perpaduan dalam negara sebelum ini, ia tidak lain tidak bukan, datangnya dari parti pembangkang juga, seperti DAP pada 13 Mei dan PAS yang pada satu ketika menganggap kaum bukan Islam itu najis malah UMNO juga sebagai kafir.  

Rakyat Malaysia kekal bersatu di bawah BN hari ini walaupun pihak pembangkang yang bertopengkan NGO terus berusaha menghancurkannya.   Di bawah slogan 1Malaysia, rakyat Malaysia akan terus bersatu tanpa perlu menghapuskan identiti semulajadi di dalam kad pengenalan kita.   Penentuan bangsa adalah penting bagi mengenalpasti keturunan, mengenalpasti penyakit dan sebagainya.  Kepastian agama juga penting, walaupun ia bersifat spiritual dan bukannya fizikal namun ia wajib bagi menentukan struktur kehidupan dan kematian seseorang.  

Jelas, penghapusan ruang agama, bangsa dan jantina dalam kad pengenalan adalah tidak perlu sama sekali kerana ia bukan ramuan kepada perpaduan.  Ia hanyalah penyamaran yang digunakan untuk pembangkang bagi melindungi matlamat sebenar iaitu sebagai platform kepada fahaman pluralisme dan liberalisme di negara ini. 
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top