Nuffnang

VIDEO : HINDRAF DAN NAJIB!! ORANG INDIA MESTI TENGOK!!


Apa Kat Najib Kat aHINDRAF



O
read more...

MESEJ PEMBUNUH DI FB MANGSA "TIADA SIAPA BOLEH JUMPA SAYA"


“Hehe…tiada siapa boleh jumpa saya !!!! Pembunuh Parhwine Kaur”ini paparan Facebook (FB) milik mangsa bunuh, Parhwine Lucia Mejia Kaur, 18, yang tersebar di laman sosial itu sejak semalam.
Status FB yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu dikemas kini jam 3.33 petang kelmarin oleh orang yang disyaki bertanggungjawab terhadap pembunuhan remaja malang itu.





Dalam paparan itu, terdapat juga komen balas daripada dua individu dipercayai rakan mangsa mengecam perbuatan pelaku terbabit namun, dia dengan selamba membalas “bapak dia selalu cakap lebih…suruh ah tangkap aku…” dan “kenapa tangkap orang yang tak bersalah…!!!!?!?” seolah-olah mengejek pihak berkuasa.





Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias ketika dihubungi berkata, pihaknya menyiasat status laman sosial yang tersebar itu bagi memastikan sama ada ia benar atau palsu.
“Kita menahan seorang lelaki yang juga teman lelaki mangsa kelmarin dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.
Harian Metro Rabu lalu melaporkan, seorang remaja perempuan ditemui maut dengan kesan luka kecil berlubang di lehernya dalam longkang padang bola sepak sebuah kawasan perumahan di Jalan Tiung 5, Puchong Jaya, dekat Serdang.
Mayatnya ditemui tertiarap dengan lengkap berpakaian oleh beberapa penduduk kawasan berkenaan yang bermain bola sebelum mereka menghubungi polis. (sumber Harian Metro)

TERKINI: Seorang remaja lelaki yang disyaki teman lelaki Parhwine Kaur telah ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan kes ini dan pihak polis turut menjejaki seorang lagi suspek yang disyaki terlibat sama dalam kes pembunuhan gadis berusia 18 tahun itu.

read more...

PELAJAR MALAYSIA DITAHAN DI YOGJAKARTA

Seorang pelajar Malaysia berusia lingkungan 20-an yang juga anak kepada usahawan dari Selangor ditahan di rumah sewanya di Ngemplak, Sleman, tidak jauh dari universitinya. 

Pelajar itu ditahan di Yogjakarta, Indonesia atas kesalahan memiliki ganja, 17 April lalu dalam operasi memerangi kegiatan penyalahgunaan dadah di kalangan siswa di republik itu. 

Sumber memberitahu, pelajar terbabit adalah sebahagian daripada 28 individu yang ditahan Bahagian Narkotik Polis Republik Indonesia (POLRI) dalam operasi berkenaan, bertindak atas maklumat risikan dan aduan awam. 




Gambar Hiasan

“Hasil pemeriksaan mendapati pelajar terbabit berdaftar di sebuah universiti di Jogyakarta. Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut, malah keluarganya sudah dimaklumkan mengenai penahanan itu. 

“Semua individu terbabit, yang kebanyakannya pelajar universiti ditahan dalam serbuan di 12 lokasi berbeza sekitar Sleman dan Bantul, dua bandar yang menempatkan banyak pusat pengajian tinggi di Yogjakarta,” katanya. 
 
Selain ganja, turut dirampas pelbagai jenis dadah termasuk methaphetamine dan hashish, yang mendapat tumpuan di kalangan pelajar universiti di bandar berkenaan.

read more...

RAKYAT PERAK!!! Kita Bangkit Cari Mamat Ni Sampai Lubang Cacing!!

Kurang Hajau!!!! Siapakah mangkuk hayun ini. Pihak polis berlu segera mengambil tindakan.




Apabila sudah taksub dan mula dilatih oleh anasir2 jahat, maka ada rakyat yang sudah menunjukkan sikap kurang ajar kepada Raja-Raja Melayu.


Sebelum ini, macam2 kisah kita dengar mengenai tindakan ahli atau pemimpin parti pembangkang termasuk Nick Ajis yang mempermainkan dan menghina institusi Raja-Raja Melayu. Malah Cina DAP adalah yang paling kurang ajar dalam menghina institusi Raja-Raja Melayu dan Ketuanan Melayu di Malaysia


Sedangkan CINA DAP patut tahu bahawa mereka adalah BANGSA PENDATANG...Negara asal mereka bukan Malaysia tetapi CHINA. Sebab itu mereka sedang berusaha untuk menjadikan Malaysia negara huru hara dengan membangkitkan macam2 isu termasuk menggunakan kalimah Allah untuk bible dn menghina Raja-Raja Melayu.


Sebelum ini....



RAJA MUDA PERAK MURKA TITAH BAGINDA DIMANIPULASI PAKATAN RAKYAT!!!

Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah meluahkan rasa kesal terhadap pihak-pihak yang memanipulasi titah baginda untuk meraih sokongan politik khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.


Menurut baginda, ada pihak memanipulasi titah dengan bagi meningkatkan pengaruh kumpulan politik tertentu dan merendahkan lawan politik.
Titah Raja Nazrin, perbuatan itu telah memberikan gambaran tidak betul dan boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan sebahagian rakyat kerana seolah-olah baginda secara langsung telah menzahirkan sokongan terbuka kepada kumpulan politik tertentu.


“Sebarang perbuatan yang mengaitkan nama dan batang tubuh beta untuk meraih sokongan politik, sebenarnya boleh disifatkan telah mengheret istana ke dalam kancah politik kepartian serta boleh dianggap telah melanggar tatasusila serta kesopanan adab dan tertib berpolitik secara berhemah.


“Pilihan raya umum ke-13 akan berlangsung dalam tempoh terdekat. Diingatkan bahawa dalam keghairahan untuk mendapat sokongan politik, jangan sampai adat dan resam budaya bangsa dicemarkan.


“Beta menegaskan bahawa raja dan takhta kekal berada di atas politik kepartian, bersifat berkecuali dan tidak memihak mana-mana kumpulan politik,” titah baginda sempena Istiadat Meletak Kerja Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Istana Iskandariah.

read more...

OPS DAULAT : LAGI CUBAAN MENYUSUP MASUK PENGGANAS DIKESAN!!

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan cubaan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) membantu kumpulan pengganas Kiram menyusup masuk ke perairan pantai timur Sabah untuk mengganggu kelancaran proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut sumber, rancangan jahat tersebut bagaimanapun berjaya dihidu oleh pasukan keselamatan.




Beliau berkata, bagi menghalang insiden itu berlaku, PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah diarahkan untuk mengetatkan kawalan keselamatan di Sabah terutama menjelang hari penamaan calon dan pengundian.

"Kumpulan pengganas bersenjata itu dikatakan merancang masuk ke negara ini pada waktu malam dan akan bergerak dalam beberapa kumpulan kecil ke daerah Sandakan, Beluran dan Kinabatangan bagi mengelak dikesan.

"Bagaimanapun, usaha mereka sia-sia kerana pasukan keselamatan terlebih dahulu telah bersiap sedia mengetatkan kawalan keselamatan sebelum mereka melaksanakan perancangan jahat tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber itu bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar keseluruhan anggota kumpulan pengganas yang dikesan akan memasuki perairan Sabah.

Beliau memberitahu, rancangan pencerobohan terbaharu itu dirancang oleh Esmail Kiram iaitu adik kepada ketua pengganas, Jamalul Kiram.

Sehubungan itu, katanya, polis kini giat memburu beberapa individu lain yang berkait rapat dengan Esmail Kiram yang membantu merancang pencerobohan tersebut.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan wujudnya perancangan tersebut kerana mahu membalas dendam di atas kematian ramai pengikutnya di Lahad Datu, Sabah.

"Perancangan itu dipercayai rentetan daripada rasa tidak puas hati ketua pengganas yang mahu membalas dendam di atas kematian pengikutnya.

"Pihak keselamatan yakin pencerobohan terbaharu yang dirancang musuh akan gagal dan tidak sedikit pun mengganggu keselamatan terutama ketika pilihan raya nanti," katanya.

- UTUSAN
read more...

DAP VS ROS - FAKTA - FAKTA BERGAMBAR

Fakta-Fakta Yang Perlu Anda Tahu :
  • Lim Kit Siang dalam sidang akhbar yang diadakan pada tengahari 19 April menitiskan air mata kerana menuduh ROS, BN & SPR mensabotaj peluang beliau menang di Parlimen Gelang Patah.
  • Usaha DAP & Pakatan Rakyat untuk menyembunyikan kesilapan sendiri dan menuduh pihak lain dengan perbuatan sabotaj memang sudah dijangka.
  • ROS sudah pun menjelaskan bahawa DAP boleh menggunakan logo parti itu untuk PRU13 dan bahawa parti itu tidak diharamkan; namun untuk mengkaburi mata rakyat, DAP terus berlakon seolah-olah menjadi mangsa “pembunuhan politik” – seperti yang disebut oleh Lim Guan Eng.
  • Sebenarnya semua ini berpunca dari DAP sendiri yang mengenepikan rintihan hati ahli-ahli sendiri yang tidak berpuas hati dengan pemilihan barisan CEC parti tersebut.
  • Tindakan Lim Kit Siang menangis semasa sidang akhbar adalah sebuah sandiwara untuk meraih undi simpati.









read more...

OPS DAULAT : GAMBAR-GAMBAR NGERI PENGGANAS SULU


Syabas, Tahniah dan Jutaan terima kasih kepada semua anggota keselamatan yang telah berjuang bermati-matian menentang pihak pengganas Sulu demi mempertahankan kedaulatan Negara kita yang tercinta ini.




Gambar-Gambar Ngeri Mayat Pengganas Sulu Didedah! Jangan tengok Jika Lemah Semangat!




Kalau rasa tak tahan jangan tengok! Gambar-gambar ini adalah gambar sebenar mayat pengganas sulu yang tumpas bertempur dengan anggota keselamatan negara di sepanjang Op Daulat di Sabah. Berita dan gembar gembur pengganas sulu ini kebal dan tak lut dimakan peluru adalah omong-omong kosong belaka.




read more...

Tukar Jalur Gemilang, Obsesnya Mereka!!!

Pembangkang banyak mengusik sentimen sensitif dan boleh menimbulkan kekacauan di dalam negara. Ini adalah 'trade mark' biasa pembangkang yang nyata gemar menimbulkan kekecohan. Antara sentimen yang disebarkan oleh pembangkang adalah untuk menukar bendera negara. 

Mereka ingin menukar Jalur Gemilang kepada bendera yang menyerupainya bendera Singapura. Bagi mereka yang boleh berfikir jauh dan mendalami sejarah, sudah pasti kita tak tahu apa sebenarnya silap pada bendera kita. Bendera Jalur Gemilang sudah cukup membanggakan rakyat kita. 




Tetapi, inilah keburukan perangai Pakatan Rakyat. Tindakan pemimpin DAP M. Manoharan menghina jalur gemilang telah membangkitkan sentimen anti-Jalur Gemilang dalam kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Sudah pasti ini mengusik sentimen kenegaraan bagi mereka yang kurang mendalami sejarah. 

Sebab itu, ilmu sangat penting dan cara untuk kita menelusuri sejarah ialah dengan mengkaji sejarah Malaysia. Tetapi, disebabkan perkara ini dibangkitkan, Jalur Gemilang dipertikaikan. Najwan Halimi, timbalan ketua penerangan AMK juga lantang mahukan Jalur Gemilang ditukar kepada Sang Saka Malaya. 




Antara alasan yang diberi ialah Jalur Gemilang menyerupai bendera Amerika Syarikat, dan ia kononnya melambangkan penguasaan UMNO & BN di negara ini. Ini semua merupakan alasan mereka untuk meraih sokongan rakyat dengan membuatkan mereka terfikir bahawa Pakatan Rakyat memperjuangkan hak negara. 

Malah Tun Mahathir sebelum ini ketika pernah berkata tindakan provokasi secara terang-terangan itu seolah-olah mengakui hasrat pembangkang untuk menukar sistem pemerintahan Malaysia kepada sebuah negara republik. "Mungkin itu niat mereka, kalau Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang disokong memanglah itu niat mereka (negara republik). Saya tidak berani nak kata tetapi itu satu kemungkinan," katanya sebelum ini. 

Atas faktor itu juga, masyarakat pembangkang juga dilihat menunjukkan sikap kurang semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang biarpun dalam bulan kemerdekaan berpunca. Ia berpunca daripada kempen politik kebencian yang diamalkan oleh mereka parti pembangkang. Tetapi, tanpa disedari, ini adalah satu punca kepada tergadainya maruah negara dan juga kedaulatan Malaysia. 

Bangkitlah wahai rakyat, sedarlah jangan sampai dipermainkan mereka yang beragenda tersendiri. Mereka tidak akan rugi apa-apa, sebaliknya mereka mendapat ganjaran disebalik hancurnya perpaduan negara. Jadi, kita lah yang bertanggungjawab mempertahankan hak negara dan memelihara kedaulatannya.
read more...

KEJAM!! Kerana Dadah, Bayi Tersiksa!!

“Selepas menjalani proses siasatan, polis mendapati bapa bayi tersebut positif dadah.

“Isterinya pula mengalami gangguan perasaan sejak suaminya ditahan dan bertindak mengambil dadah dengan lebih aktif sehingga mengabaikan keperluan anaknya itu,” katanya Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Noor Mushar Mohammad



Keadaan bayi malang yang diabaikan ibu bapanya



Seorang bayi berusia empat bulan mengalami nasib malang setelah diabaikan kedua ibu bapanya yang dipercayai terlibat dengan penagihan dadah.

Difahamkan, bayi berkenaan turut mengalami jangkitan kulit, selain berat badannya turun mendadak akibat tidak pernah mendapat penjagaan rapi.

Mushar erkata, ibu kepada bayi berkenaan dipercayai mengalami gangguan perasaan sejak suaminya ditahan awal Mac lalu atas kesalahan curi kabel.

Menurutnya, keadaan wanita terbabit disedari seorang penduduk yang melihatnya berkeliaran di sekitar kawasan Parit 7 Sungai Leman sambil mengendong bayi pada 9 April lalu.

Penduduk berkenaan kemudiannya menawarkan kepada wanita itu untuk menghubungi pihak hospital bagi membolehkan bayinya mendapat rawatan.



Kulit bayi berkenaan melecur akibat mengalami jangkitan kuman.



“Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk rawatan.

"Hasil pemeriksaan, pihak hospital mendapati bayi terbabit hanya mempunyai berat badan 2.5 kilogram dan keadaan kulitnya melecur akibat jangkitan kuman,” katanya.

Beliau berkata, bayi itu dipercayai sudah sakit sejak dua minggu lalu dan difahamkan tidak pernah menerima rawatan kesihatan di hospital sejak lahir.

“Bayi ini hanya menerima suntikan BCG ketika dilahirkan. Bayi ini juga disahkan tidak mempunyai bekalan air yang cukup di dalam badan dan ada ketika mangsa hanya diberikan air kosong oleh ibunya," katanya.

Menurutnya, hasil maklumat daripada pihak hospital, polis kemudiannya menahan ibu bayi tersebut di hospital berkenaan jam 1.30 petang pada hari kejadian bagi menjalankan siasatan.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, ibu mangsa menggunakan wang yang diperoleh hasil pemberian ehsan penduduk sekitar untuk membeli dadah.

"Wanita itu ditahan reman selama tujuh hari bermula dari tarikh tangkapan dan sudah dituduh di Mahkamah Sungai Besar pada Selasa lalu.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sementara itu, Mushar mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan kegiatan dadah yang mampu memberi kesan buruk kepada diri sendiri dan keluarga.

Katanya, pihaknya akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan kegiatan itu dapat dikawal.

read more...

OPS DAULAT : MESTI BACA!! LUAHAN PERAJURIT PERWIRA NEGARA

Terpaku dan Terdiam Seketika!!! 

Nah, benar apa yang diluahkan ini kerana BB juga mempunyai pertalian yang kuat dengan pasukan keselamatan ini.

BB hanya berjuang di meja pejabat, ada air cond, ada bilik khas. Memang kadang-kadang terpaksa tidur dalam kereta, tidur lewat tak kira masa. Tapi mereka??


Mari Kita Renung-renungkan...

LUAHAN HATI PERAJURIT KITA


ORG AWAM.

Kami bekerja waktu pejabat. Jika rajin buat overtime. Gaji kami besar, cuma perlu beri komitmen terbaik. Kami sentiasa bersama keluarga. Hari perayaan kami sentiasa ada.

TENTERA.

Kami bekerja 24 jam sehari. Kalau malas baru kami dapat lelap ayam. Gaji kami kecil tidak setanding sijil dan masa perkhidmatan. Waktu perayaan jika ada belas kasihan dari pegawai atasan. Tapi kami kena bagi komitmen terbaik, kena korbankan mentaliti kami, korbankan nyawa kami, korbankan kasih sayang kami. Sentiasa tiada masa bersama keluarga terutama ketika bertugas. Badan kami untuk negara, makanan kami alakadar, perut kami buncit bila usia meningkat kerana kehilangan banyak hormon akibat lasak. Pakaian kami tidak perlukan jenama. APA YANG KAMI (Tentera) DAPAT! KAMI GEMBIRA DAPAT LIHAT NEGARA KAMI AMAN. Hmm, betul ke aman? Aman bagi rakyat, tapi bagi kami, kami sentiasa berperang. Mental kami sentiasa diuji.

ORG AWAM.
Belahlah askar....penceroboh masuk senang jer, askar buat apa?

TENTERA.

Kami tiada belas. Ikutkan jiwa kami cincang penceroboh negara. Tapi kami penuh disiplin. Strategi kami demi rakyat yang tak berdosa. Bukan semua pertahanan kami dibenarkan.

ORG AWAM.

Alahhhh.. Polis kita dah mati. Askar jalankanlah tugas.

TENTERA.

Malaysia negara diplomatik. Malaysia sering gunakan perbincangan sebagai langkah utama. Memang polis dah ada yang mati. Tapi kalau tentera masuk campur, peperangan akan berlaku. Bukan sahaja polis, malah oran awam turut akan terkorban.

ORG AWAM.

Sudahlah. Kerajaan lembab. Tentera malas, kami rakyat ketakutan.

TENTERA.

Inilah penghargaan yang kami terima dari rakyat setelah korbankan keluarga kami, mental kami, hidup kami dan harta kami untuk negara. Tapi kami tetap setia kepada negara. Nantikan arahan dan kami akan bertindak. Tindakan kami ada strategi. Polis pon hebat cuma mereka tidak diberi kuasa oleh undang-undang. Rakyat bersuara, kami terima, arahan diberi ,kami mara. Kerana Malaysia, kita yang punya.


TITIPAN KISAH PEJUANG 2

Seorang Pagawai polis berpangkat Inspektor yang merupakan rakan rapat kepada Inspektor Zulkifli yang terbunuh di Lahad Datu baru baru ini tidak dapat menahan sebak sewaktu bertemu dengan Balu Allahyarham Zulkifli, dan mendengar luahan hati dan pesanan dari Balu sahabat karibnya itu sebelum kembali ke Lahad Datu, di Sambutan hari polis tidak lama dulu. 

Beliau turut sama berjuang di Lahad Datu dan ditawar untuk balik kesemenanjung Malaysia tetapi menolaknya kerana mahu menyelesaikan tugas di Lahad Datu terlebih dahulu...

Alllahuakhbar dan Alfatihah untuk mereka yang telah tewas....






TITIPAN KISAH PEJUANG 2

Biar seragam disarung pudar warna, namun bukan semangat juangnya.


Terkesan dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah, veteran polis, Baharin Abu Bakar, 84, kembali menyarung seragam lamanya ketika menghadiri majlis Himpunan Ramah Mesra Veteran Polis, Special Constable (SC), Home Guard (HG) dan Jungle Scout/Squad bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob di Kuantan.







KREDIT KEPADA : KPPVVK
read more...

Sokongan Terbuka Singapura - Lagi Senarai Syarikat Didedahkan!!!

Singapura menyokong DAP secara terbuka Persoalan yang timbul, kenapa PAP SIngapura menyokong DAP dengan begitu terang-trangan lagi sehingga beberapa syarikat Singapura sanggup memberikan bukan sahaja cuti, tetapi juga tiket kepada pekerja mereka untuk pulang mengundi pada5 Mei nanti. 

Apa motif Singapura? Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah, dan kawasan itu merupakan sebahagian daripada Wilayah Ekonomi Iskandar yang mana bakal menyaingi Singapura selepas ianya disiapkan. Jelas di sini melihatkan betapa Singapura enggan tewas kepada Malaysia dan secara terang-terangan membantu Pakatan Rakyat, khususnya DAP untuk menang di Gelang Patah. 




Hubungan rapat antara DAP & PAP Singapura memang bukan suatu rahsia lagi. Pemimpin DAP kerap berulang alik ke Singapura sejak beberapa tahun sebelum ini, malah beberapa mesyuarat rahsia juga turut diadakan di negara berkenaan. PAP secara terang-terangan beri bantuan kepada DAP dalam usaha memenangi PRU13. 

Ini menjadikan PA pengkhianat kepada masyarakat Melayu dan agama Islam kerana bersekongkol dengan mereka yang mahu menjahanamkan Malaysia yang mempunyai 60 peratus masyarakat beragama Islam. Jika tidak, mengapa DAP begitu beria-ia mahu DAP menang dalam pilihan raya? kerana mereka akan dapat mengawal ekonomi Malaysia serta memecahkan kuasa yang dimiliki Melayu sebagai majoriti penduduk di negara ini. 

Berikut adalah syarikat yang memberikan cuti kepada rakyat Malaysia untuk balik mengundi: 

  1. AUTOMOBILE IMPORTER & EXPORTER ASSOCIATION (SINGAPORE) 
  2. 988 INTERNET BROADCASTING PTE LTD AVOCENT ASIA PACIFIC PTE LTD 
  3. BIZ CONSULT BOLD ENTERPRISE PTE LTD 
  4. CG ALLIANCE DART HOLDINGS PTE LTD 
  5. EILUMINA RESOURCES PTE LTD 
  6. ENERCON SYSTEMS INTERNATIONAL, LLC HEATEC JIETONG PTE LTD 
  7. J. HANG INVESTMENT PTE LTD 
  8. KORDAMENTHA FORENSIC PTE LTD 
  9. MAZ ENERGY PTE LTD 
  10. MICROLOGIC SOLUTIONS LLP 
  11. PRICE CUT PTE LTD 
  12. S P SETIA INTERNATIONAL (S) PTE LTD 
  13. SOLAR SHIPPING SINGAPORE PTE LTD 
  14. TEIAN CONSULTING INTERNATIONAL PTE LTD 
  15. TMF SINGAPORE H PTE LTD 

Syarikat-syarikat ini yang dikawal DAP/PAP di Singapura menggalakkan kakitangan ambil cuti bantu DAP di Malaysia. Singapura mula tergugat dengan kemajuan Wilayah Iskandar & Greater Johor Plan. Jangan memperkecil bila orang ‘bisnes’ di Singapura mula bertindak untuk membantu rakyat Malaysia balik mengundi. 

Anwar sangat gembira bila DAP menyerahkan senarai syarikat yang dikatakan akan membantu memberi cuti kepada kakitangan Malaysia. PKR setakat ini merasakan apa yang dilakukan DAP ini sangat membantu untuk PRU13.Cuti 2 hari dan perkhidmatan bas disediakan demi untuk menjatuhkan sebuah kerajaan Islam. Amat menyedihkan, namun hakikat ini perlu diketahui umum kerana ia bukan lagi melibatkan urusan dalaman negara, tetapi juga kedaulatan dan keislaman negara kita. 

Mungkin mereka hanya menganggap lumrah kalah menang dalam pilihan raya, namun jika mahu tewas sekalipun, tidak sekali Islam akan diruntuhkan. Jelas dan nyata perkara itu bukan lagi soal kalah menang pilihan raya, tetapi survival Melayu dan Islam di Malaysia
read more...

OPS DAULAT : Datu Amirbahar Didakwa Lancar Perang Terhadap Yang Di-Pertuan Agong

Adik kepada Jamalul Kiram, yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram Jumaat didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, Sabah, atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.




Datu Amirbahar, bakal berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan iaitu melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Dia yang dianggap sebagai Menteri Pertahanan Kerajaan Kesultanan Sulu juga didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Datu Amirbahar, 49, dari Jolo, Selatan Filipina didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kg Tanduo, Lahad Datu, antara 9 Feb. dan 23 Mac lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang ditangkap pada 23 Mac lepas ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Suluk di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S.Maniam yang bersidang sebagai Majistret.

Pendakwaan diketuai Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Datuk Nordin Hassan, dan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohd Dusuki Mokhtar, kedua-duanya dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya dan DPP Lahad Datu Shukor Abu Bakar.

Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 177A (2) Kanun Prosedur Jenayah bagi memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Tawau dan 14 Mei ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi.

Mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, semua kesalahan keselamatan hendaklah dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Berikutan dakwaan terhadap Datu Amirbahar, 20 warga Filipina didakwa setakat ini manakala seorang koperal polis warga tempatan juga didakwa di Mahkamah Majistret berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu baru-baru ini.

Kesemua warga Filipina itu didakwa berhubung pelbagai kesalahan antaranya melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong, menjadi anggota kumpulan pengganas, melindungi pengganas serta merekrut orang sebagai anggota kumpulan pengganas.

Seorang anggota polis pula didakwa tidak memberi maklumat mengenai tindakan pengganas.

Kesemua kes itu juga dipindahkan di Mahkamah Tinggi Tawau.

- BERNAMA
read more...

Samseng Tandas Libatkan Pelajar Sekolah!!

Kuala Lumpur: Sekumpulan lima remaja lelaki berusia belasan tahun layak digelar ‘samseng junior’ apabila mereka yang lengkap beruniform sekolah bukan saja nekad menyamun seorang lelaki warga Nepal berusia awal 30-an sebaliknya turut menikam mangsa ketika berada di dalam tandas di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, tikaman seorang daripada kumpulan remaja terbabit dipercayai bersenjatakan pisau menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di perut.





BAJU mangsa dipenuhi darah akibat ditikam kumpulan pelajar terbabit.

Menurut sumber, selepas menyamun wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa bernilai RM500, kumpulan remaja itu cuba melarikan diri.

“Namun, dua daripada mereka ditahan pengawal keselamatan selepas mangsa yang cedera merangkak keluar mendapat bantuan daripada orang ramai,” katanya memberitahu, tiga lagi rakan remaja itu sempat meloloskan diri.

Sumber polis berkata, mangsa yang berada di dalam tandas sendirian mendakwa didatangi kumpulan pelajar terbabit yang lengkap memakai uniform sekolah.

- MyMetro

BB : Makin Parah Pelajar Kita, Selepas Buli Di Sekolah Kini Menular Di Tempat Awam Sampai Kes Jenayah Berat Dah Ni. Guna Senjata Untuk Peras Ugut!!! Minta BB dan Keluarga Dijauhkan Dari Gejala Ini.
read more...

Mana Kau Mau Lari HUSAM!!!

Mesti ramai yang rasa Dato’ Husam sebagai hero PAS sebab berani ke Putrajaya. Ini adalah kerana beliau sudah mengesahkan akan bertanding di Putrajaya. Perkara ini dianggap sebagai satu simbol keberanian PAS kerana mencabar BN di pusat pemerintahan negara.



Tetapi, jangan kita lupa bahawa setiap calon veteran yang bertanding akan dinilai melalui 'track record'. Setiap perkara yang dilakukan calon akan dinilai di saat menjelang kepada pilihan raya. Ianya umpama semakan report card rakyat kepada mereka yang bertanding. Jadi, cuba semak semula apa kejayaan dan khidmat yang telah dicurahkan beliau di Kelantan. 

Nampaknya, beliau sama sahaja dengan kepimpinan pakatan pembangkang yang lain. Sebab janji hanya tinggal janji, janji pembangkang tak mungkin ditepati. Tindakan yang ingin bertanding di Putrajaya dilihat sebagai melarikan diri setelah gagal tunaikan janji-janji kepada rakyat Kelantan. Sudah semestinya ini bakal meninggalkan rasa kecewa rakyat Kelantan. 




Mana tak nya, sudah berjanji, tidak dilaksanakan. Rakyat sudah semestinya mengangkat beliau sebagai pemimpin mereka kerana percaya beliau akan berkhidmat untuk masyarakat. Tetapi inilah resam pembangkang, menabur janji untuk meraih undi. Bukan berjanji untuk ditepati. Jadi, macam mana pula gayanya jika beliau ke Putrajaya. 

Jangan mudah percaya kepada janji-janji semudah itu. Kaji semula adakah ianya relevan untuk dilaksanakan. Ini sebagai langkah awal untuk berjaga-jaga dari kecewa. Apa yang kita nampak, Husam ingin mencuba nasib di Putrajaya dengan strategi baru. 

Ekoran sokongan terhadap beliau di Kelantan semakin berkurangan, beliau menaruh harapan kepada rakyat Kelantan yang berhijrah atau menetap di Putrajaya. Tetapi, apa yang kita pasti, rakyat sudah bijak menilai. Sama-sama kita berfikir sebelum buat keputusan agar tidak kecewa di kemudian hari.
read more...

TERKINI : SENARAI CALON PAS BAGI TERENGGANU DAN PERAK


Berikut ialah senarai calon PAS bagi kerusi Parlimen dan Dun di Terengganu pada PRU13.

P.033 Besut : Riduan Mohd Nor
N.001 Kuala Besut : Nafisah Ismail
N.002 Kota Putera : Adam Said
N.003 Jerteh : Wan Azhar Wan Ahmad
N.004 Hulu Besut : Solahuddin Jaafar

P.034 Setiu : Omar Sidek
N.005 Jabi : Azman Ibrahim
N.007 Langkap : Hassan Karim
N.008 Batu Rakit : Che Ghani Che Ambak

P.035 Kuala Nerus : Mohd Khairuddin Aman Razali
N.009 Tepuh : Hishamuddin Abd Karim
N.010 Teluk Pasu : Ridwan Hashim
N.011 Seberang Takir : Zakaria Dagang
N.012 Bukit Tunggal : Alias Razak

P.036 Kuala Terengganu : Raja Kamarul Baharin
N.013 Wakaf Mempelam : Mohd Abd Wahid Endut
N.015 Ladang : Tengku Hassan Tengku Omar
N.016 Batu Buruk : Syed Azman Syed Ahmad Nawawi

P.037 Marang : Tuan Guru Abdul Hadi Awang
N.017 Alur Limbat : Ariffin Deraman
N.018 Bukit Payung : Mohd Nor Hamzah
N.019 Rhu Rendang : Tuan Guru Abdul Hadi Awang
N.020 Pengkalan Berangan : Sulaiman Sulong

P.038 Hulu Terengganu : Kamaruzaman Abdullah
N.022 Manir : Helmi Harun
N.023 Kuala Berang : Muhyiddin Abd Rashid
N.024 Ajil : Mohd Razki Alias

P.039 Dungun : Wan Hassan Mohd Ramli
N.025 Bukit Besi : Roslan Ismail
N.026 Rantau Abang : Alias Harun
N.027 Sura : Wan Afandi Wan Nik
N.028 Paka : Satipul Bahri Mamat

N.029 Kemasik : Alias Abdul Hamid
N.030 Kijal : Hazri Jusoh
N.031 Chukai : Hanafiah Mat
N.032 Air Putih : Abd Razak

Dibawah ini pula senarai calon PAS dan Pakatan Rakyat Perak



PARLIMEN (PAS) 

Gerik: Hajjah Norhayati Abidin
Lenggong: Hj Razman Zakaria Larut: Dato’ Fauzi Shaari
Parit Buntar: Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
Bukit Gantang: Ustaz Idris Ahmad
Kuala Kangsar: Drs. Khalil Idham Lim Abdullah
Parit: Ustaz Hj Muhd Ismi Mat Taib


DUN (PAS) 

Selama: Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin
Kubu Gajah: Ustaz Nazri Din
Titi Serong: Ustaz Abu Bakar Hussein
Gunong Semanggol: Ustaz Zawawi Abu Hassan
Selinsing: Hj. Husin Din
Changkat Jering: Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin
Trong: Ustaz Norazli Musa
Kamunting: Ustaz Mohamad Fakhruddin Abd Aziz
Chenderoh: Dr Mohd Azalan Radzi
Lubok Merbau: Hj Mohd Zainudin Mohd Yusof
Lintang: Mej (B) Ir. Hj Ahmad Mazlan bin Othman
Manjoi: Hj. Asmuni Awi
Manong: Hj. Jamil Dzulkarnain
Pengkalan Bharu: Dr Khairuddin Abd Malik
Belanja: Dr Najihatussolehah Ahmad
Sungai Rapat: Ustaz Radzi Zainon
Air Kuning: Dr Razi Othman
Kampung Gajah: Drs. Ishak Shaari
Pasir Panjang: Hajjah Rohawati Abidn
Rungkup: Ustaz Misbahul Munir Masduki
Changkat Jong: Hj. Anuar Sudin
Slim: Hj Aminuddin Zulkipli.



PARLIMEN (PKR) 

Lumut: Laksamana (B) Imran Abdul Hadi
Tapah: Vasantha Kumar
Tanjung Malim: Tan Yee Kew
Padang Rengas: Dr Meor Ahmad Asharra Ishak
Bagan Serai: Dr Mohd Nur Manuty
Tambun: Siti Aishah Shaik Ismail.


DUN (PKR) 

Pengkalan Hulu: Mejar (B) Abdullah Hassan
Temengor: Supian Nordin
Kenering: Tarmizi Abdul Hamid
Kota Tampan: Zahrul Nizam Abdul Majid
Batu Kurau: Fadhil Alias
Kuala Sepetang: Chua Yee Ling
Bukit Chandan: Fathmawaty Salim
Hulu Kinta: A Tinagaran
Simpang Pulai: Tan Kar Hing
Tualang Sekah: Baldip Singh
Alor Pongsu: Rosli ibrahim
Chenderiang: Bah Tony
Behrang: Brigadier Jeneral (B) Hadi Abdul Khattab
Sungai Manik: Osman Abdul Khattab
Pangkor: Saifullah Mohd Zulkifli
Bota: Zulkifli Ibrahim PARLIMEN (DAP)
Ipoh Timur: Thomas Su Keong Siong
Pasir Pinji: Howard Lee
Tebing Tinggi: Ong Boon Piow
Batu Gajah: V. Sivakumar
Ipoh Barat: M. Kulasegaran
Beruas: Datuk Ngeh Koo Ham
Kampar:
Teluk Intan: 



DUN (DAP) 


Paul Yong (Tronoh), Loh Sze Yee (Jalong), Wong May Ing (Pantai Remis), Leong Cheok Keng (Malim Nawar) , Leow Thye Yih (Aulong), A. Sivanesan (Sungkai), S. Sivasubramaniam (Buntong), Chen Fook Chye (Keranji) and Lim Pek Har (Menglembu).

read more...

Kata Dua DAP Kepada ROS: Dua Isu Dalam Satu

Riuh rendah jadi Pakatan Rakyat apabila Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng ingin bertanding menggunakan logo PAS dalam PRU-13 apabila kemelut pemilihan CEC masih belum diputuskan oleh ROS. Yang peliknya isu menggunakan logo PAS ini tetap timbul walaupun ROS telah mengumumkan bahawa parti tersebut boleh saja menggunakan logo ‘roket’ mereka sementara perkara itu masih dalam siasatan. 




Keputusan ini diambil berdasarkan undang-undang di mana pendaftaran parti itu masih belum terbatal secara rasmi kerana masih di dalam siasatan. Untuk itu, ROS telah menghantar surat penangguhan siasatan kepada DAP atas dasar timbangrasa kerana mengambilkira kesibukan parti itu dalam menghadapi pilihanraya. 

Surat tersebut telah dihantar pada awal April lagi, tetapi minggu berikutnya, Karpal Singh membuat kenyataan seolah-olah baru sahaja menerimanya. Namun, DAP menganggap surat yang dihantar melalui faks adalah tidak rasmi serta menolak untuk menerimanya. DAP kemudiannya memberi kata dua kepada ROS untuk menghantar surat rasmi sebelum jam 3 petang keesokannya, atau mereka akan tetap bertanding atas logo parti sekutu mereka. 

Jelas sekali DAP sengaja tidak mahu menggunakan logo parti mereka yang sudah terkenal dengan sikap perkauman itu. Mereka tahu bahawa logo DAP telah dicop sebagai jahat, korup, rasis dan bodoh tidak tahu mengira. Taktik jahat DAP semakin terserlah apabila mereka cenderung memilih logo PAS berbanding PKR sedangkan PKR adalah lebih dekat dengan prinsip dan aspirasi parti itu. 




Ini kerana DAP cukup maklum bahawa orang-orang PAS pada umumnya, amat taksub dengan parti dan segala apa lambang atau slogan parti mereka. Justeru, dengan bertanding atas logo PAS, maka lebih mudahlah golongan taksub ini memilih calon DAP kerana sentimen setia buta-tuli kepada PAS dan logonya. Namun, tindakan DAP itu tetap dapat dihidu oleh segelintir orang-orang PAS lebih ‘terbuka’, lalu berlakulah kekecohan di mana mereka memprotes dan mempersoalkan keputusan DAP itu. 

Tempelak mereka kepada DAP, ‘kenapa tidak gunakan saja logo PKR?’ Sedangkan DAP sanggup mati kerana menentang prinsip PAS, kenapa pula ingin menggunakan logo PAS? Nampaknya, bukan semua puak PAS itu buta tuli. Tetapi, walaupun mereka lebih terbuka, kita masih tidak faham kenapa golongan ini terus setia bersama Pakatan Rakyat. Jika sedar akan pertentangan prinsip dan aspirasi, kenapa masih bersekongkol dengan DAP? Jika PR menang nanti, dan DAP berjaya menguasai PAS dan PKR, bukankah ia berpunca dari sokongan mereka juga? 

Tidakkah mereka memahami bahawa menyokong PAS bermakna wajib dan automatik menyokong DAP – tidak boleh tidak, dan tidak boleh dinafikan atau disangkal lagi kerana itulah hakikatnya. Bertambah malang bagi umat Melayu Islam ialah apabila protes golongan ini tidak begitu menyeluruh kerana sebahagian besar lagi penyokong PAS yang lain adalah buta tuli. Buktinya, beberapa laman web dan blog pro-PAS dilihat begitu giat membela penggunaan logo PAS oleh DAP. 

Sebenarnya, terdapat dua isu di sini, satunya ialah DAP sengaja ingin memanipulasi minda taksub penyokong PAS dalam PRU nanti, dan keduanya ialah DAP ingin agar rakyat melupakan soal ketidaktelusan mereka dalam proses pemilihan CEC. Apapun, kita pasti yang rakyat tidak akan lupa siapa DAP dan bagaimana tidak telusnya serta bodohnya mereka dalam mengira undi. 

Kita sudah menyaksikan bagaimana DAP sanggup memijak dan mempermainkan orang-orangnya sendiri secara terang-terangan, maka bayangkan saja apa yang mereka akan sanggup lakukan kepada yang bukan ‘orang-orangnya’, sekiranya mereka mendapat kuasa mutlak.
read more...

GEMPAR!! Mayat Kepala Ditetak Ditemui Pencari Pucuk Paku!!

“Saya baru sampai dan selepas meletakkan motosikal, saya pergi ke kawasan paya itu untuk melihat ikan.

“Tidak disangka ada mayat lelaki dalam keadaan meniarap, tangannya diikat dan kesan tetak di kepala,” katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya, dia seterusnya memaklumkan kejadian tersebut kepada polis.



Pasukan forensik melakukan pemeriksaan terhadap mayat dan lokasi berhampiran, semalam.


Seorang lelaki dikejutkan dengan penemuan mayat diikat dan kesan tetak di kepala ketika dia sedang mencari pucuk paku di Jalan Padang Jawa 2, Padang Jawa, di sini, semalam.

Mayat lelaki itu ditemui dalam kawasan paya berhampiran Sungai Klang, kira-kira jam 9 pagi. Saksi yang enggan dikenali itu berkata, setiap hari dia akan ke kawasan tersebut untuk mencari pucuk paku.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kesan tetak di belakang badan dan kepala mangsa.

“Mangsa dipercayai mati kurang 24 jam. Kita tidak menemui sebarang senjata yang digunakan dalam pembunuhan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, polis sedang menyiasat sama ada mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya ditemui.

Zahedi berkata, mangsa merupakan warga Myanmar berdasarkan beberapa tanda di anggota badan.

“Identitinya belum diketahui dan kita tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi bantu siasatan.
read more...

MENAGIH CINTA : PDRM DIPERGUNAKAN!!

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak, Superintendan Maszely Minhad berkata, penipuan itu dilakukan kerana suspek sedang berusaha untuk mengahwini teman wanitanya yang merupakan kakak mangsa.

Katanya, suspek turut membantu mangsa mengisi borang permohonan palsu secara manual di rumah remaja itu di Taman Lawan Kuda Bharu, Gopeng pada 8 Januari lalu.



MASZELY (kiri) dan pegawainya menunjukkan surat palsu yang dirampas daripada seorang lelaki pada sidang akhbar di Ipoh semalam.


“Suspek turut menunjukkan surat tawaran kemasukan konstabel wanita dan memberitahu lepasan SPM layak untuk ditemuduga tetapi perlu menjalani ujian kesihatan di hospital kerajaan kira-kira dua minggu kemudian

Gara-gara kemaruk hendak berbini, seorang lelaki bukan sahaja tergamak memalsukan surat tawaran jawatan konstabel polis malah, sanggup mengatur satu temu duga palsu bagi mengambil hati keluarga bakal isterinya dalam kejadian di sini baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, lelaki berusia 35 tahun itu turut mengaku sebagai anak saudara Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan dan memalsukan surat tawaran jawatan konstabel yang kononnya ditandatangani oleh Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam.

Bagi memastikan penipuannya berjalan lancar, suspek turut membawa adik perempuan bakal isterinya itu ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Zon Selatan di Bakri, Muar, Johor pada awal bulan ini untuk menjalani temu duga.

Bagaimanapun, penipuan licik suspek akhirnya terbongkar apabila saudara gadis berusia 18 tahun tersebut membawa surat berkenaan kepada Thaiveegan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam pada 5 April lalu selepas merasa curiga.

Adik mangsa merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)..

- KOSMO
read more...

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top