#PRU13 : BN Serah Watikah Calon Hari Ini
Barisan Nasional (BN) akan menyerahkan surat tauliah calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kepada pengerusi BN negeri hari ini iaitu lima hari sebelum penamaan calon pada Sabtu ini.
Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, majlis itu akan diadakan di Ibu Pejabat BN di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Katanya, pengerusi BN negeri akan pulang ke negeri masing-masing untuk mengumumkan calon-calon PRU-13 BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
"Kebanyakan negeri dijangka membuat pengumuman esok (hari ini) dan Selasa ini.
"Semua itu terpulang kepada mereka (pengerusi-pengerusi BN negeri)," katanya.
Beliau berkata, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menyampaikan surat tauliah itu kepada pengerusi BN negeri.
Sementara itu, di Kota Bharu, Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pengumuman calon BN negeri itu akan diumumkan selepas mendapat lampu hijau daripada Najib.
Katanya, BN Kelantan telah mengemukakan cadangan calon yang terdiri daripada muka lama dan baharu, tokoh agama, Pemuda serta Wanita dan senarai itu telah mendapat pandangan daripada semua pihak termasuk perbincangan dengan ketua-ketua UMNO bahagian masing-masing.
Beliau berharap mereka yang tidak dicalonkan tidak merajuk dan mengkhianati parti dengan melakukan sabotaj 'cah keting'.
"Kalau merajuk sekali pun fikirlah yang kita perlu kembali bekerja demi untuk merampas Kelantan daripada Pas dan untuk masa depan rakyat yang perlukan pembelaan kita," katanya.
BN Johor dan Kedah pula dijangka mengumumkan calon BN negeri masing-masing pada pagi Selasa, kata jurucakap BN di kedua-dua negeri terbabit. - Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



belanja dania suami makan nasi daun pisang bananab...

apa bakal terjadi jika kita kembali ke zaman nokia...

cat s eye or commonly known as mata kucing fruit

razer tingkatkan pengalaman seru untuk pemain marv...

wanita bersama 7 lelaki belasah pemuda hingga long...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....